churp

29 May 2011

Kerja...


Dah lame gua xupdate blog nie. Bz dgn kerja r katekan. jadual ntah ape2. Bersepah, wat pening kepala je. Btw, gua keje cashier kat carrefour. Keje cashier nie memang "seronok" abis r. Cashier r tempat customer marah2, maki hamun n lepas geram bler harga barang silap. Kite orang nie cashier je,men scan2 je. Mane r kite orang tau kalo barang 2 harga lain.

2 baru salah harga, belum lagi kalo barang yang xde harga. Gua r kene cari harga 2 n skali lagi gua kene marah coz barang 2 xde harga. 2 bukan salah gua r. Adoiii!! Gua ingat keje cashier nie mudah je. Scan2. Rupe nyer " indah khabar dari rupa ".

Memandang kan carrefour tempat gua kerja nie x maju mane, so xramai r customer yang datang. Disebabkan customer x ramai, pekerja pun x ramai r. nak save bajet konon. Bler pekerja x ramai, then ramai r cashier yang kene pakse keje full time wat o.t. Masalah nyer skrang tempat gua 2 xde customer, so bler suruh wat o.t 2, rase terseksa gler tggu kedai nak tutup. Silap2, bley bertumbuk ngan supervisor coz suruh o.t.


Paling gue x puas ati skali sume supervisor buli gua coz gua budak baru. Abis keje bukan2 diorg suruh gua buat. Xde ati perut tol. Adeyh..

 " BUDAK BARU MEMANG PATUT KENE BULI ".... Padan mke


Gaji dah r xbesar mane, pas2 nak nyusah kan gua. Memang x bley blah langsung. Gua ingat nak berenti r keje cashier nie. Bley gler gua lame2 kene lepas geram ngan customer. Mentang2 r " customer always right ", diorang tunjuk hebat lak. Tau r majoriti customer datang situ orang2 kaya, respect r skit kt org len. jangan tunjuk kepala lak. Bengang gua.

p/s: puas gua lepas geram kt cini.Chow...
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

17 May 2011

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...





Bahagian 2
------


UMUR TINGGAL ENAM MINGGU


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAHWIN LAIN

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BAHASA INGGERIS

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


TIRU

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Ali tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu Ali,, aku lagi la tak tahu".




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TUKANG JUAL



Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor 
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan 
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

09 May 2011

Rokok...






KUALA LUMPUR: Seramai 336 perokok di bawah umur 18 tahun dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi di seluruh negara kerana merokok atau memiliki hasil tembakau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.

Katanya seorang pekedai runcit juga telah dikompaun di bawah peraturan 8(1) akta larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang menyebabkan dia dikenakan kompaun bernilai RM500.

Di bawah Peraturan 14(1) Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau kepada Orang di Bawah Umur 18 tahun, 24 orang pekedai lagi dikenakan kompaun, kata Dr Hassan dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 2,101 tempat telah diperiksa di bawah ''Ops OBD'' di mana 1,600 tempat yang diperiksa merupakan tempat penjualan hasil tembakau seperti gerai runcit, kedai runcit, pasaraya, kedai makan dan sebagainya.

Nie paper Metro 9 Mei n gua bukan nak cakap ape2 r. Just gua nk kc tau r yang gua kesian r ngan budak2 2 coz x pasal2 kene kompaun RM50. RM50 2 bnyk weyh, kalo lu orang hisap rokok dunhill, bley dapat 5 kotak. 2 kalo dunhill, kalo rokok yg RM3.50, lu orang bley beli 1 katon k. 

Gua nie bukan nak bg ceramah ke ape, just nk kc tau r. Yang merokok nie bahaye. Cepat mati!! Xsempat tue.Rokok mengandung lebih dari empat ribu nahan2t dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan tidak baik bagi kesihatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan2 yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. 

Bahan pada rokok yang paling berbahaya adalah TarNikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanser. Nikotin mempunyai bahan dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok susah gler berhenti merokok dan berisiko mengakibatkan penyakit jantung. Karbon monoksida sangatlah beracun dan tidak berbau mau pun berwarna. Ia merupakan sebab utama keracunan yang paling umum terjadi di beberapa negara. Pendedahan dengan karbon monoksida dapat mengakibatkan keracunan sistem saraf pusat dan jantung.



Merokok nie xde langsung kesan baik tp terlalu banyak kesan buruk. Contoh nyer:
1. Memendekkan usia
Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubungkait dengan rokok.

2. Punca penyakit
Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

3. Tidak sihat dan hidup tidak berkualiti
Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

4. Kesihatan anak2 terjejas
Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

5. Punca remaja merokok
Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

6. Gigi kuning
Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

7. Bau nafas
Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

8. Kulit rosak
Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

9. Memusnahkan keluarga dan rakan-rakan
Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

10.Mudah letih dan kurang cerdas
Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

11. Baju dan rambut berbau
Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

12. Meningkatkan pencemaran udara.
Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

13. Menjejaskan kesuburan(fertiliti)
Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

14. Disfungsi ereksi
Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.


Tu dia, banyak kan kesan buruk merokok yang gua dapat search dekat siniSo, gua nak nasihat kan la kt korang xpayah r nak ngade2 hisap rokok. Xde pekdah pon. Pk2 kan r n selamat beramal. Chow...

p/s: pmpn x ske lelaki merokok weyh. Saham jatuh.


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

Oh Tidak!!

Yosh!!



Entry kali nie gua nak cakap yang gua keciwa gler bler team gua, Chelsea kalah lawan Man U. 2-0. Yang saket nyer bler member gua kutuk gua r. Mane ley jadi cmni. Gua harap Man U x menang piala epl tahun nie. Nasib bek gua tgh cuti sem skrg nie. Kalo x, cnfm kne bahan ngan member gua. K, chow..

p/s: wat penat je gua xtido tgk match nie...
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

06 May 2011

Lelaki dan Makanan...

Yosh!!

Semalam gua de chat ngan sorg budak nie. Gua sembang2 sampai tgh malam n then gua tnye die "xnak tido lagi ke"? Then die cakap "xnak coz kenyang giler". Gua pun tnya r die makan ape sampai knyg. Die cakap die makan nasi sampai tambah 2 kali, then makan burger lak, sambung makan kueh lagi, n ntah ape lagi r. Pastu gua tanya " xtakut gemok ke"? Perempuan slalu nyer takut nak gemok2 nie. Tapi dengan selamba die cakap, "a'a, aku mmg nak gemok pun, 2 pasal makan banyak". Gua pun diam je r coz gua pun makan bnyak gak. hehee...

Actually gua nak cite pasal laki dan makanan, tapi dah merepek lebih lak. Tadi gua jenguk jap blog sorg mamat nie. De r satu post 2 menarik minat gua untuk bace. Die pasal makanan berkhasiat untuk kaum laki. Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Berikut ada 7 jenis makanan bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk kaum lelaki.



1. Pisang



Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi.  Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah.  Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok.  Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.

2. Beri dan Ceri 


Semua jenis beri seperti blackbery, bluberry, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh.  Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.

3. Tiram

Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh.    Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.  Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
 
4. Brokoli


Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane.  Sulphoraphane mengandungi zat antikanser.  Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat.  Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.

5. Kacang Brazil


Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat.  Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

6. Sayuran berwarna oren



Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran bewarna oren seperti labu dan lobak merah adalah antioksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.  Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.

7. Ikan



Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi.  Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.

Makanan yang baik untuk lelaki adalah makanan yang mengandungi makanan panas dan seimbang dengan makanan sejuk. Dalam erti kata ilmu perubatan cina mesti ada Ying dan Yang. Kalau makan makanan yang panas sahaja pun tidak elok. Begitu juga kalau asyik makan makanan yang sejuk sahaja pun tidak elok. Jadi, seimbangkan pemakanan agar kehidupan lebih sihat dan sempurna!

p/s: Gua ingat makanan berkhasiat just untuk perempuan je. Sekarang gua baru tau de gak makanan bekhasiat untuk laki. hehee... Chow..
Kredit kat blog nie coz bg infomasi nie...

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

05 May 2011

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...





Bahagian 1
------
GAMBAR


Sarip baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Sarip naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Sarip mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Sarip terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Sarip tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang,

Sarip berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMIK



Sarip baru habis main bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Sarip dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bola sepak.

Keesokan harinya, Sarip membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Sarip, cuba nak mempermainkan Sarip. Dia memberitahu, sekiranya Sarip meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Sarip pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Sarip meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Jidin keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Sarip menjelaskan kepada Jidin bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.

Jidin menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUKU TELEFON



Sarip merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Sarip. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! " kata Sarip.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telefon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MASA



Sarip: "Jidin, skrang dah pukui brapa?"
Jidin: "3:15 petang."
Sarip: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Jidin: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Sarip: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
HADIAH PERPISAHAN


Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
NENEK


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

04 May 2011

Cinta...

Yosh!!


Tgh gua lepak baring2 td. Gua tetiba teringat kt status kawan gua kt dalam fb smlm. "People say you can't live without love". Bler gua pk2 blk, ape kene mengena cinta ngan hidup. Gua bukan r org yang hebat dalam bab2 cinta nie tapi gua pk r, xde cinta pn orang ley je hidup. Contohnyer gua. Gua hidup je sampai sekarang even gua x bercinta. Ini terbukti r yang manusia still bley hidup kalo xde cinta. Ape yang gua merepek nie. adeyh...


Bler sebut pasal cinta je, sume org bley jawap. Kalo tanya bdak darjah 1, cnfm die pn ley jawap. "Cinta 2 jadi bler kte ske kat seseorg n rase x seronok kalo die xde sehari", 2 lah jwapan yg bdk kecik 2 kc bler lu org tanya kt diorg. Apa itu CINTA?? Bler gua search kat pak cik google, banyak sungguh jawapan yang diberikan. sekarang gua list kan jawapan2 tersebut:


Pertama
  • Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggungjawab, Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir. Continue

Kedua
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Continue
Ketiga
  • CINTA itu Fitrah, Naluri, Komitmen, Terletak di puncak, Melebihkan orang yang dicintai dari diri sendiri. Continue
Sekarang lu org mst pening dengan sume definisi2 cinta nie kan. Tapi gua sti x nampak 1 pun definisi yang mengatakan bahawa tanpa CINTA manusia akan mati. So, cyer r yang lu org ley hidup even xde cinta.
Cukup r info2 yang gua kc nie. Kalo lu org nak tau lebih lanjut lagi, g r kat link yang gua sediakan 2 k. Chow..





p/s: gua kadang2 tensen gak tgk bdk2 skolah rendah dah pandai kapel2 nie. Gua dulu time skolah rendah xpandai pn kapel2 nie. Jeles tol. hehee...

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

Cuti...

Yosh!!



Bler sebut cuti je, mst lu orang ske kan. Mane de manusia yang x ske cuti nie, nampok bebenor nipunyer. Gua pn x terkecuali gak dalam hal nie. Bler gua tau bler nk cuti, mst dah plan awal2 nk wt ape time cuti 2. Tiket x yah ckap r, cnfm dah bli awal2. hehee... Skrg nie gua tgh cuti sem n mule2 cuti ok r, fine seronok. Then bler dah masuk seminggu, mule r rse bosan. Nak kuar enjoy duit dah abis time ujung2 sem dulu. So nak xnak gua terpakse r lepak rumah je tgk tb n wat benda yang x berpekdah.

Lagi 1, disebabkan gua start cuti awal, maka gua kesorgan r kat kawasan perumahan gua. Mane x nyer, org len mne balik lgi time nie. Tgh bz jawap exam time 2. Disebabkan gua asyik makan n tdo je sepanjang gua duduk umah nie, mak gua start r tensen tgk gua. lantas ati kecil beliau berkate2, "dasar x bley pakai nyer anak jantan makan tdo je keje, bek x yah cuti je ngabis kan beras je". hehee...

Time cuti nie gua bnyk download muve2 yang gua x sempat nak tgk time duduk kat asrama dulu. Gua de gak download filem The Fast & The Furious 5 tapi malang nyer, gambar cite ini sungguh menyedihkan. Ade ke patut die rakam sebelah skrin je. Gua nk tgk ape. Tensen gler gua tgk cte 2. Nsb bek r citer nie de pelakon feveret gue, The Rock. Gua maafkan gak r org yg rakam filem nie. hehee... Btw, jumaat malam nie gua g wayang gak nak tgk filem nie, n yang paling gua suke ialah, kakak gua yang support gua nyer tiket. seronok gler. hahaa... K r, bnyk sgt gua merepek nie. Chow...

p/s: Gua ingat nk cr keje r. bosan gak duduk umah lme2 nie.

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

02 May 2011

Buli...

Yosh!!


Gua masih ingat time gua kecik2 dulu. Slalu gler kene buli kat skolah. Time 2 sumpah gua dah x ske nk g skolah. Kalo gua g pon, t confirm gua ponteng n then balik umah cam xde ape2 je. Cilake gler. hahaa. Bler dah slalu wat cm2, bapak gua pon x tahan r. Beliau pn belasah gua kaw2 nyer n sampai skrg gua dah x brani nak ponteng skolah lagi. Fobia weyh kena belasah kaw2. hehehee...

Semalam time gua bce paper, gua de gak terbace anak Rozita Che Wan kene buli kat skolah smpi wt laporan polis  untuk protection anak die 2. Perghhh.. Rase seronok plak gue rase kalo gua jd anak die. Mak dah r cantik pas2 sayang gler plak kat anak die. Bertuah jd anak die. hehe... Gua rse buli nie berlaku slalu nyer kat budak2 yg gua rse cm  lemah n then org2 yang rse dri diorg kuat 2 start r buli bdk2 innocent nie. Xgne nyer mahluk. Gua skrg kc tau lu org punca buli yang gua dapat search dari pak cik google...

  1. Faktor rakan sebaya
  2. Rase xpuas ati 
  3. Pernah gak jd mgsa buli
  4. Gagal kawal emosi (xpeduli perasaaan orang len)
  5. Xberjaya dalam pelajaran
  6. Penceraian mak bapak
  7. Sekadar mahu berseronok (rase bosan bersekolah)
  8. Benci gler ngan mangsa buli 2
  9. Nak tunjuk kuat
  10. Lastly, slalu tgk filem aksi (pengaruh kuat)


p/s: Bler gua ingt blk zaman kecik2 gua, malang gak gua nie sbnr nyer... Nasib bek r gua bler dah besar dah x kene buli lagi. Kalo x, boleh wt gado nyer t. Gua pn dah xde cte lagi nk kc tau. Sampi cni je r. Chow.
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

01 May 2011

Akhirnyer...

Yosh!!!

Finally... Dapat gak gua create blog nie even gua terpaksa tunggu sebulan untuk publish post coz de masalah teknikal sikit kat asrama gua.... Btw, gua harap lu org enjoy r ngan blog gua nie...
Gua pun wat blog nie untuk lu orang gak...hehehee..
Peace no war!!


p/s: Gua rse cukup r intro nie. Nnt gua smbg lg k. Chow
Tamat sudah cerita gua. Sekian !