churp

01 December 2012

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...

Bahagian 5


-------

Luar Kotak

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan 1 soalan ,

” Ada 3 ekor burung di atas pokok. Sekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi yang tinggal? ”Mat mengangkat tangan & menajawab,”Kosong cikgu”.

”Kenapa kosong Mat?” Tanya cikgu. ”Sebab 2 ekor lg tu mesti la terbang lari cikgu.”

”Salah! Jawapannya 2, Mat. 3 - 1 = 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir”.

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas & murah hatinya belanja Mat makan aiskrim.

Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba2 bertanya, ”Cikgu, ada 3 gurl makan aiskrim.

Sorang tu style makan telan semua sekaligus.
Yang sorang lagi gigit sikit2.
Gurl yg last sekali jilat keliling dulu & kulum aiskrim sampai habis.

Antara 3 gurl tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana 1 cikgu?

”Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Mat tu! Tp cikgu tetap maintain cool jerk. Dgn berlagak neutral cikgu pun menjawab, “Yang jilat keliling dulu & kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin”.

”Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir. Hahahahaha xD

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mandikan Kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tujupakale

Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

29 October 2012

Sayang...


*******

Entah harus dari mana
Ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu
Dari jauh lubuk hatiku

Bukan, bukan keinginanku
Tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan
Aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati

Sayang maafkan aku ingin putus

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

*******

28/03/2012-29/09/2012
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

31 August 2012

!


Setelah beberapa ari puas beraya sakan sampai terasa diri pon da semakin membesar. Maka dengan itu juga, saya dengan rendah ati nyer memulakan bicara pada ari yang mulia ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم . Sudah lama kita tidak ketemu dalam dunia blog ini kan. Apa khabar semua? Adakah kalian merindui saya ? Saya menyusun sepuluh jari memohon maap sekiranye kalian merindui saya kerana saya tidak sebegitu rajin untuk mengupdate blog saya ini. Sekian

p/s : terima kasih kerana membaca entry kali ini. Semoga kalian dimurahkan rezeki :)
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

18 August 2012

Selamat Hari Raya !!

Assalamualaikum...

Setelah hampir sebulan kite semua berpuasa. Maka tak lama lagi semua orang yang beragama Islam akan menyambut hari raya yang dijangka disambut ahad ini. Merujuk tajuk gua di atas " Selamat Hari Raya !! " Gua sebenarnyer bukan nak wat cerita pasal ari raye gua tahun nie mahupun tahun tahun sebelum tahun nie.

Raye tahun nie gua tak sempat nak beli ape ape lagi. Tahun lepas pon same gak camgini. Trend beli belah time last minit nie memang gua minat dari lahir lahir dah. First time gua keluar dari perut mak gua masa awal kelahiran dulu, gua dah kabo dekat encik ayah yang berbunyi seperti ini.

"Ayah, gua harap ayah tahu la yang gua nie feberet nyer buat keje last minit. Harap ayah paham and boleh terima ye. Bukan senang nak dapat anak camgini punye last minit ye"

Encik ayah yang terkejut mendengar gua berkata kata lantas terkejut seperti tikus nampak gajah. Lalu beliau pon segera mengangkat gua seperti sebiji bola ragbi dan menendang gua sekuat kuat nyer ke luar tingkap dan beterbangan la gua diangkasa melepasi planet bumi. Akhirnya gua dijumpai alien di planet Namek dan dibesarkan disana sehingga kini menjadi manusia super. Heheheheheee

Time ni mesti korang dah menyumpah nyumpah betapa celaka nyer gua ini sebab buat cerita mengarut ini kan. Kurang la pahala korang sebab bace blog gua nie. Hahahahahaaa. Berbalik kepada cerita gua, tadi malam gua pergi la ke pasaraya nak shoping beli baju and seluar berserta kasut raye. Gua pergi la pusing pusing satu pasaraya tu mencari ape yang gua nak beli.

Then gua ternampak la satu kedai yang nun jauh di utara sedangkan gua sedang berada di selatan. Gua pun segera la berlari lari anak mendapatkan kedai tersebut. Gua tengok pekerja pekerjanye sungguh peramah. Gua yang tak masuk lagi ke dalam kedai itu telah dilayan seperti customer yang telah beberlanje beribu ribu ringgit sahaja. Semua pekerja wanita dikedai itu berlari lari menerpa ke arah gua untuk memberikan layanan mesra mereka.

Gua yang terkesima saat itu segera melangkah keluar kedai itu melihat papan tanda kedai itu. Tertera nama kedai baju.  Gua ingatkan gua sudah masuk rumah urut ketika itu. Goyang sedikit iman gua time tu. Sumpah shit punya cerita. Hahahahahahaa. Gua yang sudah mendapat layanan yang sungguh mesra itu segera la mencari baju dan seluar di kedai itu.

Setelah gua melihat keseluruhan kedai itu, gua akhirnya telah memilih 2,3 pasang baju disebabkan layanan mesra dari pekerja kedai itu. Kini tibanye mase gua memilih seluar. Setelah puas mencari seluar. Then gua pon terlihat la satu seluar yang cantik di mata gua. Pekerja kedai yang baek itu pun perasan la yang gua minat seluar itu. kite orang pun bersembang :

Dia : Abang nak saiz ape ? Sume saiz ade dekat sini.

Gua : Abang ? Wow. Belum pape lagi dah panggil abang. Hehehehe. Abang nak saiz 35 la dik

Dia : Saiz 35 tak ade la abang. Seluar jenis laen ade la saiz 35.

Gua : Tak ade? Tak pe la kalau seluar tak ade. Janji adik ade teman abang pilih seluar. Hehehehee.

Dia : Ish abang nie. Sweat la. Suke suke.

Gua : Okey la dik. Abang nak pergi bayar baju tadi ye.

Dia : Okey abang.

Mendengar tentang ketiadaan saiz seluar yang gua nak beli itu, gua pun blah dari kedai itu tanpa menghiraukan baju baju yang telah gua pilih tadi. Dan paling confirm nyer, mesti perkerja yang melayan gua tadi berkata fak dekat gua kerana gua tak membeli ape ape. Kesian die melayan gua dari tadi. Hahahahaa

Dikesempatan ini juga, gua mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf sekira nyer terkasar bahasa dengan korang semua okey. Btw, cerita di atas adalah cerita benar yang telah ditokok tambah dengan banyak nyer bagi menyedapkan jalan cerita itu. Harap maklum Hehehehee. Esok sekali lagi gua akan pergi mencari seluar itu sampai jumpa saiz yang gua nak. Chow !!


p/s : gua jeles tengok adik adik gua dah siap semua baju raye.
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

14 August 2012

Friendship vs Love..



Friendship is a quiet walk in the park with the one you trust.
     Love is when you feel like you are the only two around.

Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care.
     Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart.

Friendship is being close even when you are far apart.
     Love is when you can still feel their hand on your heart
     when they are not near.

Friendship is hoping that they experience the very best.
     Love is when you bring them the very best.

Friendship occupies your mind.
     Love occupies your soul.

Friendship is knowing that you will always try to be there
     when in need.
     Love is when you will give up everything to be at their side.

Friendship is a warm smile in the winter.
     Love is a warming touch that sends a pulse through your heart.

Love is a beautiful smile to which nothing compares:
     A tender laugh, which opens your heart,
     A single touch that melts away your fears,
     A smell that reminds you of the tenderness of heaven,
     A voice that reminds you of the innocence of youth.

Friendship can survive without love.
     Love cannot live without friendship.


p/s : kadang kadang sebuah persahabatan itu lebih indah dari sebuah percintaan :)

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

13 August 2012

Sembang Kosong...

Assalamualaikum...


Sejak bapak gua memotong astro beberapa ari lepas disebabkan perkhidmatan astro yang macam celaka giler. Gua pun kerap kali la dihadapkan dengan cite cite yang entah pape. Tak cerita indon, cerita melayu yang tak abis abis dengan hasad dengki nyer. Kalo cerita takde hasad dengki bagai nie, gua syak tak laku kot cite tu. Tu la pasal adegan hasad dengki tu perlu diutamakan. Betul kan ? Hahahahahaaa

Sedang gua melepak depan tb menonton sinetron indon pada suatu petang. Tetiba, seorang budak kenit yang gua pernah ceritakan dulu datang berlari lari anak ke arah gua. Lalu die pun senyum senyum la dekat gua seperti meminta disekeh beribu ribu kali dan lantas perbualan yang macam celaka antara gua dengan die pun terjadi.

****** 

Die : Abang abang, nak pinjam telefon abang tu sikijap. Nak kol kakak mimi.

Gua : Boleh blah ! Pegi amik telefon rosak tu kol kakak mimi.

Die : Ala. Nak telefon abang gak. Pinjam la sikijap.

Gua : Tak boley. Sikijap pon tak boley jugak. Abang tengah pakai. Sepak kejap lagi tau la.

Die : Uh ! Benci abang.

Lalu gua pon bangun menggambil fon gua dan berlalu pergi ke dapur pura pura ke tandas. Malas gua layan budak tu. Nanti menyusahkan gua je. Then die menggambil telefon gua yang rosak tu dan terus berpura pura bersembang dengan kakak mimi die itu. Gua yang melihat hanya menggelengkan kepala sahaja. Sungguh ntah pape budak kenit itu. Rase nak buli je die sampai nanges saat itu. Hahahahaha

******

Di suatu petang ketika encik emak sedang memasak. Kelihatan budak kenit itu turut berada disitu. Lalu gua datang dan mengacau die.

Gua : Weyh, buat ape dekat dapur nie ? Madihah pandai memasak ke ?

Die : Yah tak pandai memasak. Yah kecik lagi la abang.

Gua : Blah la. Nah masak ayam nie.

Die : Yah tak tau masak la abang. Yah nak makan kaki ayam. Yah suke kaki ayam.

Gua : Jadi la ayam tu. Nanti boley la dapat kaki ayam. Hahahaha. Madihah sayang abang tak ?

Die : Tak.

Gua : Kenapa madihah tak sayang abang ?

Die : Abang jahat. Yah tak suke abang.

Gua memang telah menjangkakan jawapan itu yang akan keluar dari mulut die. Lantas gua datang jekat die. Angkat die dan campak dalam bilik encik emak. Menangis la budak itu keseorangan. Berani lagi cakap gua jahat ye. Padan muka kau budak kenit ! Hahahahahaaa

p/s : maaf kalau entry nie bosan sebab gua pon bosan gak. so idea yang keluar pon idea bosan la. hehehehe
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

08 August 2012

Wordless Wednesday...


p/s : dunia sunyi tanpa suara
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

Kulihat layu dalam Melayu..



Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Malique : Layu

p/s : gua jumpa lagu nie time dari album malique : ok !
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

05 August 2012

Segmen: Kenangan Ramadhanku…

Assalamualaikum...

segmen

Biler gua selak kalendar arini, gua baru perasan arini dah 16 hari kite sume puasa. That means, dah nak raye la kan. Biasenye waktu waktu camgini, dekat sume tempat dah bersepah sepah la boleh dengar lagu raya kuar berkumandang and bermacam macam versi ade. Ade baru, ade lame, ade rase gembira, ade rase sedih, ade yang best, ade yang tak best. Biler lagu raya yang tak best tu, gua rase macam nak kasi kaki aje dekat penyanyi tu. Takde semangat nak berhari raya langsung dalam lagu beliau. Hahahahaaaa .

Time time camni gak la waktu paling sesuai nak bazirkan duit buat shoping raye. Beli itu, beli ini, beli dekat situ. beli dekat sana, beli banyak, beli sikit and shit nye, gua pun dah stat merapu. Agak celaka juga la ape yang gua tulis nie takde kene mengena dengan tajuk entry gua kan. Rase nak tepuk tepuk je dahi bagi idea yang berkenaan tu keluar.

Berbalik dekat tajuk entry gua itu, gua nak cerita la sikit pasal puasa gua time kekanak ribena dulu. Dulu dulu, time gua darjah satu, gua eksited giler nak puasa. Siap bagi tau satu family lagi betapa eksited nyer gua nak berpuasa ini. Encik emak yang tiap tiap hari mendengar betapa eksitednye gua nak berpuasa pun turut bosan.

Dipendekkan cerita, dulu gua selalu ke sekolah pagi pade pukul 7 pagi. Before pergi sekolah, gua selalu nyer akan bekpez dulu. So, pukul 7 pagi tu biler makan, confirm confirm la tak puasakan. Nampak sangat penipunye biler gua kabo gua puasa tapi gua bekpez kul 7 tadi. Tapi, encik emak gua selalu menyakinkan gua yang gua berpuasa pada hari itu. Nampak kejam sedikit encik emak buat gua macam itu. Sanggup die troll anak die sendiri. Heheheheheee.

Biler dekat sekolah time waktu rehat. Gua nampak la bebudak yang puasa and yang tak puasa. Siap bawak bekal lagi nak makan time tu. Time tu gua darjah 1, so biler kawan gua pelawa untuk makan sekali. Gua pun dengan yakin giler nye, jawap la :

"Aku tak boley makan arini, aku puasa"

Tapi hakikat nyer, gua tak puasa pon. Memang sangat hampeh gua menahan lapar ketika time rehat itu. Baek gua makan je makanan free tu kan. Kenyang gak. Hahahahahaaa. Setelah gua masuk darjah 2, baru la gua puasa betul betul. Takde dah lagi puasa boley makan pukul 7 bagai. Ini not kind of maen maen punya puasa okey. Gua puasa betul betul  time tu okey. Just tak cukup je. Hehehehee.

Benda paling gua sakit ati biler berpuasa dulu dulu, adalah berpuasa dekat kampung. Cabaran nak berpuasa dekat kampung memang tinggi. Dengan sepupu sepupu gua yang kecik kecik selamba je makan minum depan gua ditemani pakcik pakcik gua yang selamba je tak puasa dengan alasan sakit gastrik, tekanan yang gua hadapi memang tinggi. Last last sekali biler gua tak tahan, gua merayu dekat encik emak nak berbuka puasa sebab sepupu sepupu gua seronok pergi minum air kelapa. Celaka sungguh diorang sebab mengugat iman gua. Hahahahaa

Btw, gua akui, gua amat lemah membuat intro untuk sebuah cerita. Membuat satu intro itu lebih lame dari nak menyiapkan keseluruhan cerita itu. Sobsobsob.

p/s : tahun nie gua takde duit nak shoping raye sebab tak keje. sangat sedih. huhuhuhuuu :(
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

04 August 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+


Follower : 134

Gua join segmen nie ! Semoga gua dapat kengkawan blogger yang laen lagi. Nice to meet u :)

Tag : Sume yang bace entri gua nie

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

Saya Nak Kad Raya !!

Tetiba teringin nak kad raye tahun nie dari kengkawan blogger. So gua pon join la segmen nie. Hope tuan blog nie tak marah gua join segmen die nie. :)


Gua rase kad raye nie comel. Hehehehee. Kalau korang nak join. Klik banner tu ye. Pehlis la bagi gua kad raye tu. Nak sangat ! (sambil buat muke mintak kaki)

TARIKH TUTUP: 5hb OGOS, 2012 jam 9.00 malam


p/s : gua nak join segmen kad raye bebanyak. nanti gua dapat kad raye banyak. hahahahaa

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

26 July 2012

Gangguan !!


"Abang abang ! nak lagu love song baby." Jerit seorang budak kenit dari tengah rumah.

"Ah ! Sudah. Bala dah mulai menghampiri gua" Bisik hati gua.

Gua yang sedang khusyuk bermain game dihampiri budak kenit itu dan merayu rayu meminta gua supaya memasang lagu love song baby tetapi beliau langsung tidak gua hiraukan sehinggalah beliau berjaya menarik perhatian gua dengan membuatkan game yang gua tengah maen menjadi GAME OVER !

"Tak guna betul budak kecik ini. Tak abis abis mengacau je. Ape benda la lagu love song baby yang die asyik merengek je." Hati kecil berkate kate lagi tapi kali ini dalam keadaan yang sakit hati.

Sumpah gua sakit hati time tu. Bukan sakit hati maen maen ini, tapi betul betul punya sakit ati yang gua dapat time tu. Ikutkan hati gua, nak aje gua pakse budak kenit tu maen balik game tu sampai menang. Biar padan muke budak kenit tu. Hahahahaaa. Tapi disebabkan gua ini abang yang baek, gua pon tidak sampai hati la melakukan bende sedemikian.

Setelah puas gua membelek belek folder lagu gua, akhirnye berjaya jugak gua menjumpai lagu love song baby tu. Mule mule gua ingat lagu ape, rupa rupa nyer lagu Love You Like a Love Song nyanyian Selena Gomez. Lepas tu, gua pon pasang la lagu tu. Budak kenit itu kelihatan sungguh gembira sekali dan turut bernyanyi bersama sama.

Setelah berulang kali budak kenit itu mendengar lagu itu. Gua pun datang dekat beliau dan terus menutup lagu itu dan tanpa belas kasihan menghalaunye. Budak kenit itu sungguh terkesima lalu mengalir la air mate nyer dan beliau terus berlalu mendapatkan encik emak di dapur.

"YES ! Dapat gak aku balas dendam". Padan muke die. Hahahahahahaa. Gua klik game gua dan terus maen.

Nampakkan, gua memang abang yang baek. Sekian !

p/s : selamat berpuasa ! :)
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

18 July 2012

Wordless Wednesday...

PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan


Amik korang. Gua tak tau nak cakap ape lagi. Tapi sumpah lawak. Hahahahaahaaa

p/s : gua nak belaja kat sekolah stat 2014 la. takde homework bagai. lol

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

04 July 2012

Gua, Gemuk dan Stress !! [Part 2]

Assalamualaikum...


Aritu gua ade cerita pasal gua pakai seluar jean yang dah semakin sempit sejak bermenjak menjak nie. Tu gua baru cerita pasal berat gua yang naek belum lagi gua cerita ape pasal gua stress. Terlupa pulak gua nak cerita part stress nyer. Tapi kalau gua cerita gak kat entry tu, confirm bertambah panjang lebar lagi la entry gua yang mengarut tu. Korang bukan suke pon cerita ngarut gua kan. Rase cam nak bagi gua penerajang je kan. Hahahahahahaaa

Cerita minggu lepas..

******

Pada ari sabtu atau ari ahad. Gua pun tak pasti. Lupe dah. Hehehehee. Pada ari itu, banyak sungguh majlis orang kawen  dekat rumah gua nie. Dan disebabkan banyak kenduri kawen yang terjadi, maka dengan itu, encik emak telah menggunakannye sebagai alasan untuk tidak memasak pada ari itu. Lantas gua bertanya kepada encik emak.

"Mak, mane makanan ? Lapar nie. Huhuhuuu".

Gua bertanyakan soalan itu dengan membuat muke yang paling kiut sedey gua boleh buat.

"Takde takde. Kau nak makan, kau pergi ikut mak orang kenduri kawen tu. Mak memang malas nak masak ari nie. Mak confirm kenyang makan dekat kenduri kawen nanti. Biar padan muke kau tak makan satu ari nie. Hahahaaa".

Sungguh kacak lagi bergaya alasan yang encik emak berikan kepada gua. Rase sungguh sedih di penjuru ati gua ini seperti di tusuk gading gajah yang nak tak nak je tajam nyer. Terasa kepedihannyer. Sungguh pedih. Hehehehee. Mentang mentang la gua ni jenis tak gemar pergi kenduri kawen nie, tapi jangan la mengugut gua dengan alasan sebegitu. Kecik ati gua yang sememangnye dah kecik nie. Huhuhuhuuu.

Setelah beberapa jam menahan diri dari memakan makanan. Perut gua semakin tidak boleh bersabar lagi, beliau perlu segera disuapkan makanan sebelum beliau marah. Dapat perut jenis tak penyabar nie susah gak. Tensen gua. Patut la berisi semacam je perut gua nie. Jenis tak penyabar camni la akibat nyer. Hahahahahaaaa. Then gua pun mencari la cekelat cekelat yang ade dan makan pastu tido. Bagi gua, saat tido la perut gua tidak marah marah kalau lapar. Hehehehee

Pada saat ketika bulan sudah mahu menjelma, gua merayu rayu dekat encik emak supaya memasak. Gua dah tak boleh tahan dengan kelaparan yang melanda gua sejak beberapa jam lalu. Sungguh gua tidak mempunyai kekuatan lagi untuk menahan perut gua supaya bersabar lagi. Saat itu juga la gua syak perut gua dah lemah semacam dan seakan akan menangis kelaparan. Heheheheheee.

Setelah berpuluh puluh minit merayu dekat encik supaya memasak makanan untuk anak lelaki nye yang agak terlalu comel ini, encik emak pun bersutuju untuk kiteorang sekeluarga makan di luar. Maybe encik emak kesian dekat gua yang kelaparan ini, tu pasal beliau sanggup belanja gua makan dekat luar. Sayang juga encik emak dekat gua ye. Heheheheeee

Seterusnyer sume family gua pun bergerak la ke kedai makan yang dekat mane ntah. Gua sangkakan panas dari malam itu sampai ke pagi besok, rupa nyer ujan ditengah jalan. Perut yang sedang girang dapat menikmati makanan diluar terus berubah menjadi sedih. Sedang gua sedang asyik menikmati satay yang terhidang depan gua, tetiba sahaja fon yang sedang gua pegang terpadam secara mengejut. Gua yang terkejut dengan situasi itu, segera memberikan CPR yang baru gua belajar aritu kepada fon gua. Tiup punye tiup, beliau still tidak kembali.

Pada ketika minit beserta saat itu la, gua tersedar yang fon gua telah tamat riwayat nyer. Sangat sedey gua pada ketika itu. Dah la takde duit nak beli fon baru, fon yang ade pulak nak rosak. Kecewa nyer gua dengan fon gua ini. Kalau nak rosak pon, tunggu la gua beli fon baru dulu. Sungguh tidak berhati perut beliau memperlakukan gua dengan sedemikian caranyer. Huhuhuhuuuu. Beliau tidak tahu kah betapa sayang nyer gua dekat beliau itu. Tiap tiap malam tido bersame same seperti pasangan yang dah kawen. Tapi, inikah balasan yang beliau kasi dekat gua. Tergamak beliau ! Huhuhuhuuu.

Kejadian yang menimpa gua pada malam itu hilang ditiup angin pada malam itu juga seperti tidak pernah berlaku ape ape. Perasaan sedih dan kecewa bagai itu dipendam sahaja di dasar paling dalam di dalam lubuk hati ini. Biar lah semua kenangan kite bersam hilang dimamah usia. Macam celaka aje kan ayat puitis gua tu kan. Rase macam nk bagi kaki dekat diri sendiri je. Hahahahaa.

******

Sungguh agak celaka sikit cerita gua kali ini. Hope korang sume bersabar ye dengangua yang sedang kesedihan ini ye. Heheheheeee. Tamat sudah cerita gua ini. Chow !!

p/s : entah biler gua nak keje nie. tensen la cam gini !

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

Gua, Gemuk dan Stress !!

Assalamualaikum...


Sedang gua baru menikmati poldober dari mekdi tadi. Tetiba je gua bersemangat nak mengupdate blog gua ini. Bertemankan sepasang t-shirt dan seluar jeans gua yang semakin ketat tanpa diketahui puncanye, gua duduk di atas kerusi sambil memikirkan kenapa seluar jean gua agak sempit sejak bermenjak menjak ini. Nak kate seluar ini semakin mengecil time dibasuh, mungkin juga, nak kate gua semakin gemuk. Oh tidak ! Tu jauh sekali. Gua bukan gemuk, berat je naek sikit. Hehehehee.

Gua rase dah nak dekat 2 minggu gua berada di rumah gua ini. Tak banyak yang gua lakukan selain makan, online, maen game, tengok katun dan tido. Aktiviti ini asyek berulang dari ari ke ari dan silap tarikh besday Mak Temah, mungkin benda yang same akan berulang dari bulan ke bulan kalau gua still tak cari keje lagi. Dan kemungkinan juga dari tahun ke tahun. Siapa tahu kan ? Tapi dari tahun ke tahun nampak cam tipu la pulak. Tak baek tipu tipu nie. Hehehehee.

Ari ke empat gua cuti, gua dah cari keje. Punya semangat gua nak cari keje tu, lepas subuh pagi pagi gua dah kuar rumah pergi cari keje. Dari pagi sampai ke malam gua keluar rumah tak balik balik. Gua syak mesti encik emak risau anak lelaki die yang baek lagi penyayang dan kiut miut nie tak balik balik rumah lagi. Hehehehee. Gua yang keluar sikit punye lame keluar dari pagi sampai ke malam tu just mintak keje dekat 1 tempat je. Tu pun kene rejek. Memang macam celaka lah kan. Shit betul rejek gua yang berdedikasi nie. Hahahahaa. 

Lepas gua kene rejek tu, gua dah malas nak pergi ziarah tempat tempat laen nak cari keje. Taknak gua menanggung malu kene rejek lagi. Malu gua. MALU. Hahahahaaa. Then, gua dengan tak malu nyer pegi la lepak dekat rumah pak cik gua untuk membuli anak die sampai nanges. Biar padan muke die kene buli ngan gua yang baru kene rejek keje nie. Hahahahahaaa. Dalam sibuk membuli budak kecik dan perasaan yang sedey kene rejek tu, gua tidak lupa menikmati makan tengah hari. Lepas je gua melantak makanan tu sume, ati gua yang sedey itu terus kembali ceria seperti kanak kanak yang maen di taman ribena celaka punye analogi dan gua pun tido. Sungguh senang hati gua selepas makan. Hahahahahaaa.

Tabiat buruk gua yang lepas makan pastu tido tu telah menyebabkan berat gua naek beberapa kilo. Dan disebabkan masalah itu juga la gua semakin stress untuk menjadi kurus dekat rumah nie. Tak boleh kurus langsung duduk dekat rumah nie. Pelbagai makanan cuba mengayat gua untuk dimakan begitu sahaja. Heheheheee. Hope bulan puase nie gua akan kurus seperti dahulu kala. This not kind of maen maen punye azam ye. Nie azam dari puase tahun lepas gua forward ke tahun ini. Nampak tak betapa semangat nyer gua meneruskan azam gua ini dari tahun lepas. Baguskan gua. Hahahahaa

That's all for now. Chow !

p/s : burger poldober mekdi tu sedap la. laen kali gua pau orang belikan untuk gua lagi. hehehehee

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

27 June 2012

Long Distance Relationship !!

Assalamualaikum...


Cinta jarak jauh. Sejenis percintaan bukan makanan yang memerlukan kesefahaman dan keserasian antara pasangan yang lebih tinggi compare dengan percintaan jarak dekat. Cinta jarak jauh nie bukan satu benda yang mudah tetapi sesuatu yang giler susah. Kecenderungan untuk curang, tahap kejelesan yang tinggi giler, keraguan kesetiaan dan pelbagai lagi masalah yang datang dalam cinta jarak jauh ini.

Selalu nyer, orang akan berkata bercinta jarak jauh nie susah giler nak kekal dan sebab itu ramai orang putus cinta ditengah jalan. Tapi, bukan semua yang bercinta jarak jauh itu akan gagal. Ade je yang berjaya gua tengok. Time kapel dulu dulu bahagia gak sampai dah kawen dah pun. Anak anak bersepah sepah keliling rumah gak. Heheheheee

Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta. Sentiasa berhubung walaupun tak dapat berjumpa bagi mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain. Tentunya korang tak mahu pasangan korang mencari orang lain bagi mengisi kekosongan dan kesepian hati disebabkan pasangan yang tinggal jauh dimata betul tak. So, pandai pandai la korang nak atasi masalah ini dengan sendirinye okey. Gua tak reti nak bagi nasihat nie. Hehehehehe

Gua dah pernah bercinta pelbagai jarak nie so gua rase yang jauh nie lebih mencabar namun bende nie bukan sesuatu yang mustahil. Maybe macam macam masalah datang dan pergi disebabkan terpisah jauh. Tapi, takkan disebabkan jarang jumpa pun boley jadi masalah besar. Betul tak ? Yang penting korang betul betul ikhlas nak bercinta, bukan nak maen maen kan anak orang tu, yamg laen laen takde hal la. Niat tu penting. NIAT ! Hehehehee.

Semua nyer bergantung gak kepada kemampuan individu itu sendiri. Agak agak rase diri korang tu susah nak bercinta jauh jauh nie, cari la awek dekat dekat. Kalau jiran sebelah rumah tu ade anak lawa, tak salah korang nak berkawan dengan anak jiran korang tu. Gua rase macam tak salah je. Tak tau la kalau mak jiran korang tu kate salah. Tu memang salah la. Hehehehehee

Kalau nak gua cerita semua tentang cinta nie, mahu menangis gua kesorangan menerangkan betapa susah nyer nak bercinta tu. Dah la gua bukan orang yang hebat dalam hal hal berkaitan cinta cinta bagai nie. Memang silap besar la kalau gua bercerita pasal cinta cinta nie. Kalau gua diberi kamus pasal cinta nie, belum tentu gua dapat menerangkan ape itu cinta. Itu baru cinta, belum masalah masalah dalam percintaan lagi. Memang susah ye cinta nie. Payah payah. Hehehehhee

So cukup la sampai sini je la gua cerita pasal cinta jarak jauh ini okey. Kalau nak mintak gak nasihat dekat gua nie. Pergi la tanya dekat formspring gua. Gua akan try menjawab soalan soalan korang dengan jaya nyer even jawapan yang gua kaci itu memang patut dibagi kaki. Hahahahahaa. Ok la, chow !!


p/s : jangan nak bercinta kalau tak reti nak bercinta. kikikiki

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    25 June 2012

    Tamat ..

    Assalamualaikum..


    Setelah beberapa lama gua tidak mengupdate blog yang cilake ini, akhirnyer terlintas juga dibenak hati gua yang paling dalam untuk mengupdate blog ini. Minggu exam memang memenatkan otak gua yang terpakse bekerja keras dan bekerja dengan lebih gigih pabila sume subjek mesti dihadap dan dihabiskan dalam tempoh masa 1 minggu sahaja.

    Biler diingatkan balik, 1 minggu itu macam gua tak gunakan sebaiknye sebabnye. Exam kali nie gua betul betul study last minit. 1 ari before exam  baru gua bukak buku. Memang jadi giler la gua dalam 1 ari gua nak abiskan 1 subjek. Tercabar otak gua untuk beroperasi dengan sebegitu dasyat. Time time nak exam la banyak pulak drama drama jepun berserta anime anime yang datang dari pelbagai ceruk.

    Time study week yang 1 minggu tu la gua berusaha sedaya upaya menghabiskan segala drama drama dan anime anime yang gua dapat. Ape punyer cilake la perangai gua nie kan. Time exam baru tau senang susah nyer paper tu. Menggeletar otak otak gua mencari jawapan kepada persoalan persoalan yang disediakan oleh lecturer lecturer gua yang gua tidak ketahui jawapan nyer itu. Hahahahaha

    Ape ape pun, gua telah berjaya menjawap exam gua dengan "cemerlang" sekali even gua tak belajar dengan bersungguh sungguh compare dengan kawan kawan gua yang stay up bagai tapi jawap still "cemerlang" macam gua. Hahahahaa

    Cukup la sampi disini cerita gua. Chow !!

    p/s : jangan korang nak tiru perangai gua tu. tak sihat tu. hahahhahaa

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    12 June 2012

    Exam !!

    Assalamualaikum...


    Gud luck bagi sesape yang ambil exam minggu nie dan minggu depan.

    Sincerely ,
    Hafiz Hafizi


    p/s : malam nie gua start dah exam. doakan kejayaan gua okey :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    11 June 2012

    Love Story !!

    Assalamualaikum...


    Saat kalian membaca surat ini. Aku mungkin sudah tiada lagi disini. Surat yang aku tulis sebelum aku pergi, aku tujukan untuk teman istimewaku. Saat pertama kali bertentang mata. Aku sudah jatuh cinta. Mulai saat itulah aku mencari peluang mencuri-curi melihat wajahmu dari jauh. Sungguh ayu wajahmu aku lihat dari jauh. Namun aku sedar, mustahil bagiku mendekati perempuan yang ayu seperti kamu. Masakan perempuan yang cantik seperti kamu tidak mempunyai teman teman istemewa yang lain. 

    Masihkah kamu ingat ketika kamu sedang makan petang disuatu kafe, aku menghampiri kamu tetapi belum sempat aku menegur kamu, penjagamu telah datang kepadaku dan telah menghalauku keluar. Saat itu juga, aku sedar dunia kita terlalu jauh beza nya umpama langit dan bumi tetapi, aku tetap tidak berputus asa. Aku tetap dengan pendirianku untuk mengenali kamu dengan lebih dekat.

    Ditakdirkan pada suatu petang, aku lihat kamu bersiar-siar ditaman tanpa ditemani penjaga kamu yang pernah menghalauku. Ketika itu jugalah aku menggambil kesempatan itu menegurmu. Masihkah kamu ingat perbualan kita yang pertama kalinya. Andai kata kamu tidak mengingatinya, aku akan menceritakan kembali detik-detik pertemuan kita itu.

    "Hai awak. Saya Romeo. Kenal tak ? Kita tinggal satu taman".

    Pertama kali aku menegur perempuan ayu menyebabkan aku merasa resah dan serba tidak kena. Pabila melihat mukamu itu, aku kembali gagah meneruskan perbualan itu. Persoalan yang aku tujukan tadi kamu hanya balas dengan satu senyuman yang cukup manis yang mampu mencairkan hati setiap lelaki yang memandangnya.

    Kemudiannya, aku memberanikan diri meminta izin dari kamu untuk membacakan sebuah sajak yang aku cipta khas untuk kamu seorang dan kamu mengangguk tanda setuju.

    *****

    Maafkan,
    Aku telah mencintaimu,
    Tanpa suara, 
    Tanpa kata,
    Dalam rahsia !

    Sejauh ini,
    Kusimpan sendiri dalam hati, 
    Bersama rinduku,
    Yang bagai awan,
    Tidak tercapai !

    Sering kau muncul, 
    Saat tak terduga, 
    Dan hilang,
    Disaat penjagamu datang,
    Aku resah !

    Dipuncak hatiku,
    Dalam doa aku meminta,
    Jangan pernah kamu pergi,
    Meski kita terlalu berbeza darjatnya,
    Aku berharap kita akan bersama !

    *****

    Satu sajak yang telah melahirkan perasaan cinta antara kita berdua. Mulai saat itu, kita sering keluar berdua-duaan secara curi-curi agar penjagamu tidak mengetahui hubungan cinta kita ini. Dari sehari ke sehari cinta kita semakin kuat hinggalah suatu saat kita terlanjur. Pada ketika aku mengetahui kamu sudah mengandung, perasaanku menjadi tidak keruan. Satu dosa besar telah aku lakukan antara kita berdua.

    Perbezaan semakin ketara semakin kelihatan terhadap perut kamu yang semakin membesar sehinggakan suatu saat kamu tidak mampu menyembunyikannya lagi. Seandainya aku mempunyai duit yang banyak, sudah pasti aku akan bawa kamu ke klinik untuk mengugurkan kandungan kamu itu tetapi hakikatnya aku tidak mampu. Disebabkan rahsia ketelanjuran kita telah terbongkar, maka aku telah dilarang untuk berjumpa kamu malah aku turut dibelasah penjagamu akan kesalahan yang aku lakukan dan kamu telah dikurung di dalam rumah sehingga anak itu dilahirkan.

    Aku merasa bersalah kerana telah merosakkan kamu tanpa mempunyai apa-apa ikatan yang sah pun. Sungguh keji diriku ini. Sepatutnya akulah yang patut menjaga kamu tetapi akulah yang menjadi punca kamu disisihkan masyarakat disebakan anak yang kamu kandung itu. Betapa pedihnya hakikat itu untuk aku telan. Teringat lagi kata-kata penjagamu yang menghina aku. Makian demi makian telah dihambur kepadaku tanpa mempedulikan perasaan aku ketika itu.

    " Dasar kucing kurap, menyampah aku melihat engkau dekat rumah aku ini. Berambus kau dari sini ".

    Sungguh pedih kata-kata itu untuk aku dengari. Maka dengan ini, aku akan mengakhirkan sisa-sisa hidup aku dengan terjun ke dalam kolam renang. Kamu tahukan betapa bencinya kaum kita kepada air. Selamat tinggal sayang. Btw, aku terlupa hendak memberitahu nama kamu di awal cerita. Nama kamu ialah Si Putih. Maafkan aku sayang kerana terlupa hendak memention nama kamu diawal cerita.

    The End,
    Romeo



    Cinta ini adalah kisah cinta antara kucing. Tiada kena mengena antara manusia-manusia sekalian alam. Hahahahhahaa


    Padan muka korang baca cerita gua yang agak celaka kali ini. Penat gua menaip satu satu cerita giler nie. Bagi korang yang menyirap dengan gua. Silakan. Gua peduli hape. Hahahahahaa

    p/s : sajak tu gua kopi paste je, tapi gua edit gak la bagi menepati kriteria cerita ini. hahahahahaaa

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    10 June 2012

    Hurts Quotes..



    I'm going to smile like nothing wrong, talk like everything's perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting me.

    I want to love someone whose heart has broken. So he knows exactly how it feels and won't break mine.

    It hurts the most when the person that made you feel special yesterday makes you feel so unwanted today.

    When you are in love and you get hurt, it’s like a cut... it will heal, but there will always be a scar.

    Some people accidentally walk on your feet and apologize, while others walk all over your heart and don't even realize.

    If only you could delete feelings the same way you delete text messages.

    You know you deserve someone better when the one you’ve always fought for is also the one you’ve always cried for.

    A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.

    Love is like the truth, sometimes it prevails, sometimes it hurts.

    'I'm happy for you!' is the hardest lie to tell when your old love found someone new.


    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    Peladang...

    Jumaat lepas punye cerita (Dah 2 minggu cite nie. Lambat update sebab gua malas sikit. Heheheheee )..

    Sedang gua melepak kemalasan ditemani lappy kesayangan gua bersama cerita katun yang tak pernah sudah sudah. Tiba tiba gua kedengaran satu suara yang jarang didengari. Suara yang hanya datang pabila gua selalu tido lewat. Gua amati betul betul bunyi yang tiba tiba muncul itu. Setelah seberapa purnama, gua berjaya mengesan bunyi itu dan dari mana bunyi itu datang. Itu adalah bunyi yang datang dari perut gua. Biler dipikirkan balik. Sudah 6 jam gua tidak makan. Ini bermakna, gua perlu mencari sesuatu untuk dimakan bagi menambah kemalasan gua ini. Hahahahaha

    Gua pun segera memerah otak memikirkan ape yang patut gua makan pada waktu itu. Pikir punye pikir, gua tetiba teringin nak makan steamboat. Dan masalah nyer, gua taktau plak kat mane ade steamboat kat ini perlis. So gua pun chat la kakak gua.(Orang yang same gua pernah kenakan dulu. Hehehehe)

    Gua : Weyh. Makan steamboat la jom.

    Beliau : Sape belanje? Ko? Jom.. Aku pon tengah lapo je ni. Hahahaa

    Cis, berani beliau menyuruh gua membelanja beliau. Memang tak la gua buat sebegitu rupa. Gua sanggup tahan lapar dari membelanja beliau sesuka ati. Hahahahaaa. Lantas gua memaksa beliau supaya bersetuju dengan cadangan gua tanpa perlu gua membelanja beliau. Setelah gua mengadakan perbincangan dengan beliau selama 15 purnama, finally beliau bersetuju dengan cadangan gua yang terlalu bagus untuk ditolak itu. Heheheheee.


    Disebabkan gua menggambil masa terlalu lama untuk kakak gua bersetuju dengan cadangan gua itu, maka langit yang cerah pada mula mula nye mula mengorak langkah untuk menghilangkan diri mereka supaya sang hujan boleh turun bermain main dengan riang ria pada waktu itu. Sang hujan turun bermain main dengan asyik tanpa menghiraukan malam yang bakal menjelma tidak lame lagi. Heheheheee.

    Oleh kerana hujan sedang rancak menghujani muka bumi ini, maka gua terpaksa la sekali lagi memaksa kakak gua mencari kereta supaya hajat gua untuk menikmati steamboat pada aritu tercapai dan tidak terkubur begitu saja. Heheheheheee. Seperti cerita kakak gua pada blog beliau ini. (klik sini). Beliau telah mengatakan gua agak mengada ngada ketika itu memaksa beliau mengikut kenhendak gua. Tapi gua peduli ape. Sikit pun tak terasa berkata sedemikian, biar padan muka beliau. Saja je gua nak menyusahkan beliau. Bukan jarang pun kan. Hahahahahaaa.

    So tepat pukul 8 lebey sikit. Kitaorang pun berangkat la ke kedai steamboat yang terletak dikawasan mane ntah tetapi yang pasti sunyi sepi sahaja tempat itu. Sampai sahaja di kedai itu, bersepah sepah la manusia yang sedang melahap makanan makanan yang disediakan. Dengan berbekalkan RM9.90, korang boleh la makan sehingga mane korang mampu makan. Makan je RM9.90. Minum kire lain bil ye. Benda tu tak same. Mati mati gua ingat RM9.90 tu sekali makan dan minum. Nampak nyer gua tertipu lagi. Hahahaaaa.

    Setelah 2 jam gua memuaskan nafsu gua yang agak buas terhadap makanan makanan yang sedia ade ini. Maka gua pun kekenyangan lah setelah 2,3 pinggan ayam gua melantak. Nafsu makan gua memang agak celaka skit. Maybe gua kene diet lepas nie. Berat sudah naek mendadak giler giler nie. Hampeh betol ! Hehehehehe

    Then, lepas makan kitaorang pergi la jenjalan dekat satu dataran dekat Kangar nie. Ape ntah name dataran tu. Gua tak pernah ingat la plak. Fail ! Time tu dataran tu ade ekspo peladang. Banyak la booth booth yang berkaitan ngan tumbuh tumbuhan bagai ade kat situ. Tapi sebab gua sampai sane dah pukul 10 lebey. So banyak gak la booth booth yang da tutup. Kedai kedai yang ade pun dah tak meriah sangat sebab macam dah lewat.

    Dipendekkan cerita, gua pon berjalan jalan la di dataran itu tanpa hala tuju. Tujuan gua pada asalnye ingin melihat dan mendampingi lembu yang ade di situ pada waktu tetapi tiada kesampaian. Buat penat aje gua datang situ tapi sekor lembu pun gua tak jumpa. Sesungguhnye ketika itu mahu gua menjerit sekuat ati menyeru lembu lembu itu keluar dan gua mahu beramah mesra dengan mereka semua. Mana tau satu ikatan persahabatan boleh terjalin pada masa itu kan. Siapa tahu kan. Hahahahahaaa. Oke fine, itu memang cilake, nampak sangat menipu je cerita gua ni kan. Kalau korang cayer, korang memang terbaek lah. Bengong gak cam lembu gak Hahahahahaaa.

    That's all my story for this story. Cerita yang telah gua olah menjadi sesuatu yang agak mengarut telah berjaya disiapkan dengan panjang lebar. Walaupun pada asal nyer gua nak cerita pasal gua makan steamboat dan tak dapat bersemuka dengan lembu. Tu aje. Tak lebey dan tak kurang. Hehehehee. Tapi takkan gua nak wat entry just letak, " Ari ini saya makan steamboat dan gagal beramah mesra dengan lembu. The end ". Memang tak la gua nak wat entry panjang giler camtu. Memang giler tak kool la. Hehehehehee. Cukup la sampai di sini gua mengarot. Chow.

    p/s : gua tipu je pasal nak beramah mesra ngan lembu tu. tenung lembu pun gua taknak, nie plak beramah mesra. memang tak la. hehehehe :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    06 June 2012

    Komuter...

    Biler gua ingat kembali zaman gua kanak kanak, mahu gak berkaca kaca mata gua nak cerita kisah hidup gua dulu. Penuh cerita sedih. Time gua kecik dulu, gua jarang jarang dapat naek komuter. Kalau dapat naek pon, paling jauh gua pergi pon dekat The Mall. Tu pun ngan family gua and gua pon konpius The Mall nie ade lagi ke tak ? Tak silap gua sekarang nie die dah jadi Hotel Legend. The Mall nie dekat stesen putra tu kalau gua tak silap. Rase cam betul je. Malas gua nak peduli. Hahahahahaaa.

    Lagi pun, entry nie bukan pasal The Mall pun. So tak payah la gua buang masa je nak cerita lebih lebih pasal The Mall. Buat serabai je entry gua kejap lagi. Hahahahaa. Pastu makin mengarut je cite gua and korang pun bengang dengan gua kan. Starting nie pun dah ngarut. Tapi gua peduli ape. Korang bace sape suruh. Hahahahahaaa.


    Biler gua pikir balik la, dah lame benor gak gua tak naek komuter nie, dah berjanggut gak la kambing Pak Seman tu tunggu nak tengok gua naek komuter nie. Nampak sangat nipu nyer tu. Hehehehehe. Rase rase nyer, last sekali gua naek komuter nie ahad lepas. Ari nie ari rabu, so kire nyer dah tiga ari gak la gua tak naek komuter nie. Lame tu lame. Macam celaka punya lame nyer. Hahahahaaaa. Gua biase nyer naek komuter nie biler gua balik bercuti je. Bosan bosan, gua pergi la jalan jalan sorang sorang tengok wayang. Nak ajak member, memanjang takde duit. Entah ape la alasan die, sama je dari dulu. Bagi la alasan laen, dah naek tepu taik telinga gua dengan alasan alasan cam gitu. Tak kreatif langsung. Hehehehee.

    Disebabkan encik ayah yang selalu tak kasi gua keluar sesuka ati time kanak kanak ribena dulu, so gua first time naek komuter ngan kawan kawan gua time form 4. Perghh. Baek giler gua nie kan. Nampak sangat gua bukan kaki melepak mahupun kaki perempuan. Sape sape yang tak puas ati ngan statement gua nie, jap lagi gua bagi penerajang sekor sekor. Hahahahaaa. Time tu sume bajet kanak kanak la. Padahal dah form 4. Tak boleh blah langsung. Hahahahaha. Sebab nyer sekor sekor ngader ngader nak beli tiket kanak kanak yang kaler biru kat mesin tiket tu. Pergi KL Sentral RM1.20 je. Murah giler. Jimat duit gua. Sekali sekala takpe la buat cam gitu, tapi kalo dah macam selalu. Memang kene la balasan nyer.

    Pernah gak sekali kawan kawan gua kantoi beli tiket kanak kanak dengan orang yang cek tiket tu. Kene la denda sekor sekor RM10. Nasib baek la muke diorang muke melayu. Kalau la muke sekor sekor cam muke mat bangla dok selalu lepak kat KL time cuti raya, confirm sekor sekor kene tendang dari itu komuter. Hahahahaaa. Kadang kadang biler gua dah selalu naek komuter dulu dulu. Gua baru perasan yang kadang kadang gua boley muntah time naek tren. Nie disebabkan pnyakit bernama motion sickness.

    ******

    From Wikipedia, the free encyclopedia:


    Motion sickness or kinetosis, also known as travel sickness, is a condition in which a disagreement exists between visually perceived movement and the vestibular system's sense of movement. Depending on the cause it can also be referred to as seasickness, car sickness, simulation sickness or airsickness. Dizziness, fatigue, and nausea are the most common symptoms of motion sickness.

    ******

    Haa amik korang. Sepatah haram pun gua tak paham. Hahahahaaa. Nak senang korang google translate (klik sini) je ayat ayat di atas tu. Senang cerita. Hehehehehe. So, nak dipendekkan cerita. Aritu (ari ahad lepas) gua terpaksa membatalkan perjalanan gua pulang ke perlis menaiki keretapi disebabkan penyakit ini datang menyerang gua secara tetiba dan bertubi tubi. Dah la tiket mahal, pastu burn camgitu je. Kasihan encik emak yang membelanja tiket itu. Sorry encik emak. Lain kali tak mau dah naek keretapi lagi. Hehehehee. Actually gua buat entry nie nak cerita pasal gua nak muntah dalam komuter je. Tapi dah merepek merepek sudah cerita gua. Memang celaka la kan. Hahahahaaa

    That's the end of my story. Chow !

    p/s : disebabkan motion sickness tu, akhirnyer gua demam sudeyh. and sory sebab dah lame tak update blog. :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    14 May 2012

    Sape Nie?

    Di suatu petang yang terang. Kelihatan awan sedang malu malu untuk menangis. Alahai, awan itu sungguh kiut ketika sedang menahan untuk menangis. Heheheheehe. Gua merenung ke luar tingkap sambil mengharapkan kuliah gua akan segera habis cepat. Mata gua sudah tidak berdaya saing lagi untuk terus dibuka. Encik mata perlu ditutup segera kerana beliau sudah kepenatan sungguh. Disebabkan gua yang bersifat prihatin, dengan itu, gua pun segera la menutup mata. Baru sahaja 5 minit gua menutup mata, tiba tiba fon gua berbunyi menandakan ade orang telah send mesej dekat gua. Gua buka fon and cek mesej itu.


    "Nak tanya, siapa ye kawan awak yang guna nombor ni untuk mesej mesej sebelum nie"?

    Tak paham gua ngan ayat itu. Aneh je mesej tu. Then gua pun balas balik.

    "Ape ? Tak paham la".

    3 minit kemudian. 1 mesej diterima

    "Saya empunya nombor ini before kawan awak, cuma nak tau nama and details die je".

    Shit ! Gua semakin tidak paham. Tapi disebabkan gua bosan, gua pon layan la lagi. Gua reply balik.

    "Erk? Tak tau pon"

    Suasana tetiba menjadi tegang. Kedengaran anjing anjing di belakang bilik kuliah gua memekak seakan akan mahu meminta kaki. 10 minit kemudian. Suasana menjadi seperti sediakala, anjing anjing itu turut berdiam diri. Barangkali anjing anjing itu telah di beri kaki oleh tuan die kot. Itu gua tak peduli. Heheheheheee. Lalu, gua terima 1 mesej.

    "Kenal tak sesape name Linda"?

    Okey fine, gua dah tak boleh nak paham lagi. Sakit kepala gua memikirkan persoalan persoalan yang beliau lemparkan kepada gua. Disebabkan sume persoalan yang dilemparkan terlalu sukar untuk gua jawap. Then gua pun membalas mesej itu.

    "Sape Linda? Tak tau pun sape. Nie sape? Jawap la.".

    2 minit kemudian..

    "Takde.. Saya Naz. Aritu hp saya kene curi. Bile saya buat balik nombor nie, nombor awak masuk inbox saya. Tanya Linda da siap ke video tu? Ari isnin ari tu". Sungguh panjang lebar die menerangkan dekat gua.

    Okey okey. Gua dah tau sape die tu sape, tapi saje je gua nak maen maen kan lagi beliau. Biar padan muke beliau. Sape suruh jahat sangat ngan gua. Hahahahaaa. Then gua reply.

    "Ooo.. Salah nombor kot. Hp saya takde send item la plak nak cek".

    Then die reply.

    "Yeke.. Takpe lah kalau camtu.. Hp saya kene curik malam jumaat minggu lepas. Saya buat nombor saya balik ari isnin, so memang ade masalah die nak mesej mesej gune nombor saya. Kalau tak kenal takpe la".

    Dengan panjang lebar beliau menerangkan situasi beliau dekat gua. Tidak penat kah tangan beliau menaip mesej panjang panjang? Kasihan. Padahal gua dah tau ape cerita yang sebenar. Hahahahahaaa. Buat penat mate gua je nak mengeja satu satu per satu  ayat yang tertera di skrin hp gua itu.

    Dan tak semena mena, beliau segera menelefon gua. Gua dengan tenang mengangkat panggilan itu. Sedangkan gua still ade kelas lagi time tu. Memang kool kan gua. Hahahahaha

    Pemanggil: Hello, nie sape ?

    Gua : Nie sape plak?

    Pemanggil : Saya tanya awak nie, awak yang anta mesej dekat saye dulu aritu"?

    Gua : Mane ade? Bukan awak ke yang mesej saya dulu.

    Pemanggil : Awak la. Sape Linda?

    Gua : Linda mane? Tak kenal pon.

    Pemanggil : Takpe la. Sori kaco.

    Beliau terus meletakkan panggilan itu dengan selamba gajah nyer. Gua pasti, dalam hati die mesti tengah menyirap dengan gua. Laen yang ditanya. Laen pula yang gua jawap. Kalau la gua berada dihadapannyer, confirm gua sudah kene pukul dengan sekuat kuat ati nyer tanpa mempedulikan kesakitan gua. Heheheheee.

    Lepas abis kelas. Gua pun mesej beliau dan memperkenalkan diri gua. Pelbagai sumpah seranah gua terima free free dari beliau kerana mempermainkan beliau. Sungguh kasihan gua disumpah sumpah ketika itu. Beliau ingat gua nie sesumpah ke suke suke ati je kene sumpah. Apa pon tak boley ! Hahahahahaa

    Gua wat entry nie sebab nak mintak maaf dekat beliau nie. Kasihan kene maen maen kan denga gua. sori ye kakak. Nanti gua kasi secret recepi ye. Heheheheheee.

    K, chow !

    p/s : entry nie gua lambat publish skit sebab gua bizi sangat mnggu lepas :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    10 May 2012

    Cerita Giler !!

    Pada suatu malam yang gelap gelita. Di sebuah kampung yang tiada bernama. Kelihatan seorang pemuda yang tidak diketahui dari mana dan siapa singgah ke kampung tak bernama itu. Pemuda itu kelihatan gundah gulana kerana barangkali beliau sudah tersesat ditengah malam itu. Tiba tiba


    "Abang, jauh lagi ke nak sampai nie? Dah lenguh badan badan saya duduk dalam kereta nie". Satu suara perempuan yang tidak diketahui datangnye tiba tiba memecah keheningan di malam hari itu.

    Pemuda itu tersentak lantas menggeletar satu badan nyer. Dikuatkan semangat nyer untuk tidak menghiraukan suara yang menggangu concentration nyer untuk memandu. Diikutkan perkiraan, sudah 18 jam pemuda itu memandu tanpa henti. Memang agak memenatkan bagi pemuda itu tapi disebabkan sifat kedekot beliau yang sangat celaka, beliau menggambil keputusan tidak mahu beristirehat di R&R di sekitar lebuhraya di Malaysia. Hal ini mungkin berlaku disebabkan harga makanan makanan di R&R itu lebih mahal 20 sen ke 30 sen dari harga yang sebenar. Sungguh dasyat sifat kedekut beliau.

    "Abang ! Nape diam nie. Tensen la saya ! Cuba cakap. Bisu dah ke"? Sekali lagi suara perempuan tadi memecah lagi keheningan malam itu. Tapi dengan nada yang lebih kuat dan nyaring. Burung burung gagak yang sedang bersenang lenang di atas pokok pain turut terkejut dan menggelabah meninggalkan pokok pain itu dek kerana ketakutan sama seperti pemuda itu alami.

    Suara yang lebih kuat daripada biasa itu terus menyebabkan pemuda itu semakin gelabah. Wajah nyer bertambah pucat seperti kehilangan 100 liter darah. Dah la sedang sesat di satu kampung yang tiada bernama, ditambah lagi dengan suara yang entah datang dari mane. Situasi itu mampu menggoyangkan lutut sesape sahaja yang ada di dalam kereta tersebut. Lantas pemuda itu segera membrek kereta kancil nyer disatu simpang dan segera meninggalkan kereta kancil yang belum abis lagi dibayar hutangnye disimpang itu dan terus berlari memecut laju seperti dikejar gorilla.

    "Abang ! Nak pergi mane plak tu abang. Giler da ke"? Suara perempuan yang entah dari mana itu kembali bersuara. Kali ini dua kali lebih kuat berserta dengan suara orang mengilai ngilai.

    "Eh ! Siapa plak yang mengilai ngilai tengah malam ini"? Suara perempuan itu berkata kata. Didengar nyer suara itu dengan teliti dan dicarinye punca suara mengilai ngilai itu. Tiba tiba lagi sekali.

    "La, fon laki aku ke yang bunyi. Ape kejadah nye laki aku buat ringtone suara antu mengilai nie. Dah la tetiba lari dekat tengah hutan tu. Isyh ! Tak paham aku ngan laki aku nie". Bisik perempuan itu di dalam ati nyer.

    Diangkat nyer panggilan itu dan terjadi la perbualan seperti ini

    Si isteri : Hello hello. Sapa di sana.

    Si pemanggil : Saya di sini. Sapa plak di sana?

    Si isteri : Ya ya, saya di sana. Sapa di sini?

    Si pemanggil : Saya la di sini. Sapa di sana?

     Kelihatan mereka seronok sekali dengan panggilan itu. Seperti dua orang giler sedang berbual sahaja. Pebualan itu berterusan selama 15 minit dan tiba tiba terputus.

    Si pemanggil : Tut tut tut... Tut tut tut.

    Si isteri : Ye saya bercakap.

    Si pemanggil : Sori about that. My coin finish already.

    Si isteri : Wah wah. Sekiping kau nyah. Kelas gitu. Hahahahahaa

    Si pemanggil : Bese la tu. Orang duduk KL. Mesti la sekiping rite. Hahahahahaaa.

    Si isteri : Setakat sekiping je pandai, tapi kol gune public pon. Baek tak yah ngaku duduk KL. Buat malu orang KL je kau nie nyah. Hahahahahahaa

    Si pemanggil : A'a kan. Malu la gua der. Hahahahaa

    Perbualan itu berterusan selama 10 minit. Perbualan yang dipenuhi gosip gosip liar itu ter henti apabila...

    Si pemanggil : Kau ngan Mail biler nak sampai umah aku nie Kiah. Penat aku tunggu nie. Dari pukul 1 petang sampai ke 1 pagi dah aku tunggu nie.

    Kiah : Ntah la Senah. Laki aku tetiba jadi sasau. Pastu die lari pecut dalam utan sorang sorang. Macam nampak antu je.

    Senah : Isyh. Buang tebiat Mail tu ye. Kesian aku ngan laki kau tu. Mude mude da sasau. Hahahahahaa. Kau mesti pakai bedak sejuk dalam kereta lagi kan

    Kiah : Opkos la. Macam tak biase je kau. Hehehehehee. Takpe la. Aku drive sorang la balik umah kau. Tunggu... Mail tu, kalau aku jumpa die esok aku jemput die. Heheheheee

    Senah : Okey okey. Aku tunggu kau. Bye.

    Kiah : Bye.

    Lantas, si Kiah pun membawa kereta kancil milik laki nyer itu ke rumah senah yang terletak 2 kilometer sahaja lagi di hadapan.

    Pada masa yang sama, si pemuda yang bernama Mail itu telah berlari sejauh 5 kilometer ke dalam utan. Dan menggunakan akal fikiran beliau yang sedikit waras itu, beliau segera membuat bahasa tarzan. Maka, beribu ribu la binatang datang menyahut seruan tarzan Mail. Disebabkan Mail amat hebat membuat bahasa binatang, dia menggambil keputusan untuk tinggal bersama sama binatang binatang itu sehingga beliau terlupa akan bini nyer Kiah. Mail akhirnya hidup bahagia dengan binatang binatang itu, sehingga beliau ditembak mati sebulan kemudian oleh laki Senah kerana disangkakan gorilla datang menyerang kampung "Tiada Bernama". Si Kiah pon berkahwin baru dengan lelaki lain.

    Sekian...

    p/s : tahniah pada sesapa yang bace cerita ini sampai abis. hahahahahaa
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    09 May 2012

    Blog Gua..

    Assalamualaikum..


    Kalau korang perasan, gua dah start jarang jarang update blog giler nie kan. Bukan sebab gua malas, tapi gua banyak menghabiskan mase gua dengan tido, tengok anime dan tidak lupe juga kepada maen game. Mesti korang kagum dengan alasan gua kenapa gua jarang update blog nie kan. Hahahahaaa.

    Tadi gua cek profile blog gua, tak sangka dah setahun juga blog gua nie ye. Then gua try tengok gambar gambar from this blog. Gua jumpa la banner banner gua yang lame lame tu. Tak silap gua, ade 2,3 gak la banner yang gua design dulu. Bile gua ratapi banner banner yang gua design dulu lame lame. Sumpah buruk ! Nape la gua design banner buruk cam gitu ye. Heran gak gua. Maybe sebab gua 1st time edit gambar gune adope photoshop. Tu pasal buruk kot. Hehehehee.

    Blog gua dulu tak macam blog gua sekarang. Kalau tak silap gua, dulu blog gua kaler itam merah ngan putih. Time tu bagi gua, kombinasi tiga kaler tu la yang paling cantik dekat dunia nie. Kombinasi kaler kaler laen sume tak cantik bagi gua. Buruk giler la kombinasi kaler kaler laen tu la senang cite. Hahahahaa. Btw, gua peminat setia kaler putih. Bersepah baju baju gua yang kaler putih. Nasib baek design laen laen. Takde la orang cakap gua tak mandi nanti sebab pakai baju same. Heheheheee

    Lagi satu, dulu dekat banner gua ade la gambar gua. Gua ingat buat camtu nampak menarik. Tapi gua silap. Gua memang silap besar time tu. Serius giler memang tak menarik letak muke sendiri dekat banner tu. Rase cam nak bagi penampor je kat diri sendiri. Hahahahaa. Bila ingat balik, time mule mule berbloging nie, gua takde follower. Satu pon takde. Sedey gak kan. Tapi gua bukan kesah pon sebab buat pe nak ade follower sedangkan enrty pon gua takde. Hahahahaha. Ape yang follower gua nak bace nanti. Tak kan nak tengok muke gua je ke. Memang tak la kan. Hahahahahahaa.

    Sebab gua buat blog nie pon gua dah tak ingat sangat. Yang gua ingat, dulu gua ade kawan yang ajak gua buat blog nie. Time tu gua taknak sebab gua rase gua suck dalam bab bab penulisan nie sebab rata rata blog yang gua tengok banyak yang kopi pasta je. Takde idea sendiri. Bosan and tak menarik ! Kalau sikit sikit takpe la, gua boley terima lagi. Kalu dah semua entry asyik mengkopi je, memang mintak kaki je la kan. Hahahahaaa.

    Then kawan gua tadi tu jadi la blogger yang berjaya, gua kagum gak. Entry die pon banyak gak yang giler giler cam entry gua. Menarik, tapi tak semua entry die gua baca sebab banyak sangat. Pening otak gua nak membaca sepatah demi sepatah perkataan yang muncul di skrin laptop gua. Heheheheheee. Finally, gua pon berusaha la membina blog nie. So tercipta la hafizhafizi91.blogspot.com hasil dari name gua sendiri sebelum gua tukar blog address kepada bilakucingmenari.blogspot.com hasil daripada kucing yang menari tango depan gua mintak makanan free. Hahahahaaa.

    Bila gua dah tukar blog address gua. Gua pon design 100% blog gua. Takde lagi background hitam merah bagai dan takde lagi banner muke sendiri sume. Gua buat blog kaler putih yang simple giler. Takde pecah pale nak pikir camne nak design blog jadi kool giler and time tu la gua bersemangat buat entry entry mengarut sume bagai. Hehehehehe. Okey okey ! Sudah cukup gua mengarut kali nie. Nanti laen kali gua cerita lagi ye. Tunggu je la okey. Gua tak lari mane pon. Hehehehehee. Before gua terlupa, gua memang taknak letak muke gua dekat blog nie. Takut jadi tak menarik plak pastu rase nak tampo tampo diri sendiri lak. Hahahahaa.

    Chow !!

    p/s : kawan yang ajak gua buat blog nie dah delete dah blog die. sedey :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    05 May 2012

    Tensen !

    2,3 minggu lepas punye cerita...


    Time tu gua still cuti pertengahan sem lagi. Disebabkan internet dekat U gua yang agak terlalu giler mengecewakan gua kerana kelajuannye yang mampu mencecah kelajuan seperti siput sedut, maka gua pun jarang la dapat online sepuas ati nye. Bukan sahaja gua je yang merasa kecewa masalah ini, malahan kucing kucing diseluruh U gua turut merasai kekecewaan gua ini. Kasihan kucing kucing itu tak boley nak update status FB selalu. Kasihan mereka meraka itu ! Hahahahahaa. Nak surf ini kene blok, nak surf itu pon kene blok, nak surf sana sini pon tetap kene blok. Ishhh ! Tak paham la gua nape mesti nak blok sume bende gua nak surf. Tensen la gua camgini. Kasi bakar ini line tau la. Hahahahaaaa.

    Bukan sahaja gua tidak puas ati terhadap perkhidamatan internet, malah gua pun giler kecewa dengan siaran radio yang entah berapa banyak nyer la sampai tak terucap dengan kate kate dekat Malaysia nie tapi satu pun susah nak dapat siaran yang clear giler dekat U gua nie. Setakat nak dengar radio dalam bahasa melayu memang takde harapan la nak dapat line clear, tapi kalau korang rase korang hebat giler memahami bahasa thailand. Sudi sudi la kan diri tu mendengar siaran radio itu di sini ye. Confirm clear giler line rado tu. Gua tak tipu. Heheheheee.

    Eh eh eh ! Jauh sangat gua sudah melakukan pergerakan lencongan ini. Merepek aje gua ini. Ayuh kite kembali semula kepada cerita cuti pertengahan sem gua. Macam cilake je ayat gua kan. Hahahahhaaaa.

    *********

    Pada suatu hari ape entah di waktu tengah hari. Gua pon dah lupe ari ape ari tu sebab dah 2,3 minggu nyer cerita kan. Mustahil la gua ingat kan. Heheheheheee. Tiba tiba.

    Pintu bilik gua ditolak dengan kuat nyer sehingga berguguran tombol pintu itu jatuh dan seberapa ketika kemudian, pintu bilik gua itu pun rebah. Dan selang beberapa saat selepas itu, bunyi guruh dilangit jelas kedengaran. Kilat sabung menyabung dan ayam yang tengah bersabung pon menghentikan perlawanan sabung menyabung mereka itu kerana takut takut mereka disambar kilat yang sedang sabung menyabung itu pula. Lantas hujan lebat mulai turun selepas itu dan banjir kilat pun berlaku. Itik itik pak cik Leman segera menggambil kesempatan akibat banjir kilat itu untuk meloloskan diri dari sangkar itik yang kerap berbau seperti tahi itik itu. Hehehehe. Okey okey. Ini cerita, gua tipu. Haahahhahaaaa. Kali nie cerita yang betol betol okey.

    Tiba tiba...

    "Hafiz, downloadkan lagu lagu baru. Kakak nak". Kakak gua mengarahkan gua.

    Sesuka ati beliau je mengarah ngarahkan gua yang sedang bersenang lenang bersama sama laptop gua yang sudah tiga ari tidak shut down di atas katil yang empuk ditemani bantal bantal pelok gua.

    "Tengok la kalo orang free, orang tengah bizi nie". Gua membalas dalam keadaan berbaring dengan ati yang riang seperti kanak kanak dalam iklan ribena tu. Hahahahahaa.

    Sememang nyer gua tengah bizi time tu even korang nampak gua sedang berbaring dengan senang lenang nyer time tu. Gua tak tipu la bab bab kebizian gua nie. Kebizian gua ini memang terlalu bizi sehingga kalau Obama tengok gua punye bizi. Die pon tak sanggup nak jadi gua disebabkan kebizian gua yang melampau itu sehingga mampu mengalahkan kebizian die sebagai presiden amerika. Confirm die menangis sendirian bawah katil kalau die amik alih kebizian gua yang lagi bizi dari kebizian die nie. Kasihan kan. Hahahahahaaa. Amik korang ayat yang berterabur yang ikhlas dari gua nie. Berape banyak bizi la gua nie. Hahahahahaa

    "Bizi ape la die tu. Asek baring je tau. Pemalas betol die nie. Patut la makin gemok". Satu perlian yang ikhlas dari kakak gua kepada gua di tengah hari itu.

    "Die pon gemok gak. Hahahahaa". Gua pon memerli balik kakak gua time tu gak. Mane boley gua sorang je yang gemok. Sape yang cakap gua gemok mesti la kene gemok gak. Baru fair and lovely. Tak gitu. Hahahahaaa.

    Dek kerana perlian yang tersasar dari kene jiwa raga gua. Gua pun segera la mencari lagu lagu baru seperti yang kakak gua arahkan.

    "Ape sume lagu nie. Tak best giler. Lirik entah ape ape. Bosan. Buang mase je download. Nasib baek free. Kalau kene bayar, confirm gua claim balik duit gua dekat kakak gua tu. Hehehehee". Ati kecil gua berkata kate manis.

    Setelah selesai mendownload sume lagu lagu yang gua rase baru tu, gua pun mendengar nyer satu persatu.

    "Apa pasal lagu lagu ini sume nyer tentang putus cinta. Bengang la gua camni. Time gua sedey break dulu, takde pon lagu lagu camni. Time gua da okey, lagu putus cinta je ade. Ini tidak adil" ! Ati kecil gua memberontak.

    Time itu mahu sahaja gua cari penulis lirik lagu lagu sedey itu tukar lirik lagu die sampai jadi lagu gembira. Kalau beliau tak mahu dengar cakap gua, terpaksa la gua ikat beliau dekat pokok dan lepaskan berjuta juta bala tentera kerengga gua yang gua ternak dekat pokok Kak Timah jiran gua menyerang beliau. Biar beliau tahu betape sakit nyer ati gua ini dengan lagu lagu sedey die. Hahahahaaa.

    THE END

    *********

    Actually, gua pon tak tau nape gua wat entry ini. Memang cilake kan setakat tulis entry untuk merepek aje.Lantak gua la kan. Hahahahaaa. Dah lame gua tak update blog nie sebab line internet dekat U gua memang mengecewakan. Sakit je ati gua. 

    And pasal lagu putus cinta tu, lagu tu sedap. Tapi lirik die, tak boley blah langsung. Gila bayang aje gua tengok. Hahahahaaa.Tak boley la gua nak perform lagu lagu camtu dekat orang tersayang gua nanti. Nanti die ingat gua nak mintak break plak. Hura hara la nanti. Hahahaaa. Cukup la sampai sini je gua taip. Penat sudah. Kalau la entry ni bley kopi paste, takde la penat sangat gua nak menaip kan. Heheheheee. K chow !

    p/s : tak semestinyer time bahagia tak layan lagu sedey sedey kan :)

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    10 April 2012

    Cuti !!

    Assalamualaikum...


    Cerita jumaat lalu...

    Tepat pukul 2015, gua segera mencapai kunci moto dan turun dengan pantasnye dari asrama menuju ke parking moto yang terletak di hadapan blok asrama gua. Gua ditemani rumate gua segera memecut laju di celah celah jalan raya dalam keadaan yang gelap beserta hujan renyai renyai. Sedang gua memandu, gua hanya memikirkan satu sahaja destinasi yang ingin gua tuju, iaitu KFC yang terletak dibandar Kangar.

    Bile dipikir pikirkan semula, gua sudah sebulan tidak makan KFC dek kerana kekurangan duit ptptn. 500 inggit yang dipotong dari akaun gua kerana membayar balik wang pendahuluan dulu sungguh menyeksakan gua. Kalau sem sem lepas, mahu tiap tiap minggu gua makan KFC nie. Gua nie dah kire macam pelanggan tetap KFC tu aje. Heheheheee

    "Kenapa la tidak dihalalkan saja duit pendahuluan sebanyak 1500 inggit itu. Bukankah ia lebih baek begitu. Tak ade la sebulan sekali je makan KFC. Huhuhuhuuu". Ati kecil gua berkata kata sebentar.

    Gua yang kurang jelas penglihatan di waktu malam tetap meneruskan perjalanan yang memakan masa 10 minit itu dengan kelajuan 80 km/h. Sampai sahaja di destinasi yang dituju, maka terlihat la ramai kawan kawan gua yang sedang menikmati KFC itu. 

    "Ceh ! Makan tak nak ajak. Kalau ajak, boley gak gua pau diorang tu. Jimat duit sikit. Hehehehee". Ati kecil gua berkata kata lagi.

    Bla bla bla... Gua makan KFC sampai kenyang. Bla bla bla... Gua tunggu bas dari pukul 9 sampai pukul 10. Bla bla bla... Gua naek bas. Bla bla bla... Gua duduk sebelah perempuan. Bla bla bla... Bulan terang menemani perjalanan gua. Bla bla bla... Gua telan ubat batuk setengah botol. Bla bla bla... Gua tido nenyak. Bla bla bla. Gua bangun da sampai.

    Begitu la perjalanan gua dari Kangar ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa selama 7 jam itu gua abiskan dengan tido sahaja. Tamat...


    Hello silent reader(s).

    Bile gua tengok blog gua nie, dah lame gak tak update ye. Dekat dua minggu gak la. Gua bukan tak nak update, tapi gua tak ada idea, tak tau nak update pasal ape. Nak lukis katun pun gua tak ade mud da. Bile idea tak ade, gua malas nak sentuh blog. Heheheheee

    Sekarang nie gua tengah cuti mid sem. Disebabkan gua tak ade kerja, bosan giler duduk umah. So kerja gua kat rumah hanyalah guling guling dari ruang tamu sampai dapur, kejar kucing gua sampai satu kampung, lumba lari dengan rimau tak pun, gua tangkap jerung dekat tasek belakang rumah gua pastu masak gulai. Heheheheee.

    Sampai sini sahaja la gua merepek ok. Gua pun da tak ade idea nak tulis ape lagi. Chow.

    p/s : gua still sakit lagi :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !