churp

10 April 2012

Cuti !!

Assalamualaikum...


Cerita jumaat lalu...

Tepat pukul 2015, gua segera mencapai kunci moto dan turun dengan pantasnye dari asrama menuju ke parking moto yang terletak di hadapan blok asrama gua. Gua ditemani rumate gua segera memecut laju di celah celah jalan raya dalam keadaan yang gelap beserta hujan renyai renyai. Sedang gua memandu, gua hanya memikirkan satu sahaja destinasi yang ingin gua tuju, iaitu KFC yang terletak dibandar Kangar.

Bile dipikir pikirkan semula, gua sudah sebulan tidak makan KFC dek kerana kekurangan duit ptptn. 500 inggit yang dipotong dari akaun gua kerana membayar balik wang pendahuluan dulu sungguh menyeksakan gua. Kalau sem sem lepas, mahu tiap tiap minggu gua makan KFC nie. Gua nie dah kire macam pelanggan tetap KFC tu aje. Heheheheee

"Kenapa la tidak dihalalkan saja duit pendahuluan sebanyak 1500 inggit itu. Bukankah ia lebih baek begitu. Tak ade la sebulan sekali je makan KFC. Huhuhuhuuu". Ati kecil gua berkata kata sebentar.

Gua yang kurang jelas penglihatan di waktu malam tetap meneruskan perjalanan yang memakan masa 10 minit itu dengan kelajuan 80 km/h. Sampai sahaja di destinasi yang dituju, maka terlihat la ramai kawan kawan gua yang sedang menikmati KFC itu. 

"Ceh ! Makan tak nak ajak. Kalau ajak, boley gak gua pau diorang tu. Jimat duit sikit. Hehehehee". Ati kecil gua berkata kata lagi.

Bla bla bla... Gua makan KFC sampai kenyang. Bla bla bla... Gua tunggu bas dari pukul 9 sampai pukul 10. Bla bla bla... Gua naek bas. Bla bla bla... Gua duduk sebelah perempuan. Bla bla bla... Bulan terang menemani perjalanan gua. Bla bla bla... Gua telan ubat batuk setengah botol. Bla bla bla... Gua tido nenyak. Bla bla bla. Gua bangun da sampai.

Begitu la perjalanan gua dari Kangar ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa selama 7 jam itu gua abiskan dengan tido sahaja. Tamat...


Hello silent reader(s).

Bile gua tengok blog gua nie, dah lame gak tak update ye. Dekat dua minggu gak la. Gua bukan tak nak update, tapi gua tak ada idea, tak tau nak update pasal ape. Nak lukis katun pun gua tak ade mud da. Bile idea tak ade, gua malas nak sentuh blog. Heheheheee

Sekarang nie gua tengah cuti mid sem. Disebabkan gua tak ade kerja, bosan giler duduk umah. So kerja gua kat rumah hanyalah guling guling dari ruang tamu sampai dapur, kejar kucing gua sampai satu kampung, lumba lari dengan rimau tak pun, gua tangkap jerung dekat tasek belakang rumah gua pastu masak gulai. Heheheheee.

Sampai sini sahaja la gua merepek ok. Gua pun da tak ade idea nak tulis ape lagi. Chow.

p/s : gua still sakit lagi :(
Tamat sudah cerita gua. Sekian !