churp

14 May 2012

Sape Nie?

Di suatu petang yang terang. Kelihatan awan sedang malu malu untuk menangis. Alahai, awan itu sungguh kiut ketika sedang menahan untuk menangis. Heheheheehe. Gua merenung ke luar tingkap sambil mengharapkan kuliah gua akan segera habis cepat. Mata gua sudah tidak berdaya saing lagi untuk terus dibuka. Encik mata perlu ditutup segera kerana beliau sudah kepenatan sungguh. Disebabkan gua yang bersifat prihatin, dengan itu, gua pun segera la menutup mata. Baru sahaja 5 minit gua menutup mata, tiba tiba fon gua berbunyi menandakan ade orang telah send mesej dekat gua. Gua buka fon and cek mesej itu.


"Nak tanya, siapa ye kawan awak yang guna nombor ni untuk mesej mesej sebelum nie"?

Tak paham gua ngan ayat itu. Aneh je mesej tu. Then gua pun balas balik.

"Ape ? Tak paham la".

3 minit kemudian. 1 mesej diterima

"Saya empunya nombor ini before kawan awak, cuma nak tau nama and details die je".

Shit ! Gua semakin tidak paham. Tapi disebabkan gua bosan, gua pon layan la lagi. Gua reply balik.

"Erk? Tak tau pon"

Suasana tetiba menjadi tegang. Kedengaran anjing anjing di belakang bilik kuliah gua memekak seakan akan mahu meminta kaki. 10 minit kemudian. Suasana menjadi seperti sediakala, anjing anjing itu turut berdiam diri. Barangkali anjing anjing itu telah di beri kaki oleh tuan die kot. Itu gua tak peduli. Heheheheheee. Lalu, gua terima 1 mesej.

"Kenal tak sesape name Linda"?

Okey fine, gua dah tak boleh nak paham lagi. Sakit kepala gua memikirkan persoalan persoalan yang beliau lemparkan kepada gua. Disebabkan sume persoalan yang dilemparkan terlalu sukar untuk gua jawap. Then gua pun membalas mesej itu.

"Sape Linda? Tak tau pun sape. Nie sape? Jawap la.".

2 minit kemudian..

"Takde.. Saya Naz. Aritu hp saya kene curi. Bile saya buat balik nombor nie, nombor awak masuk inbox saya. Tanya Linda da siap ke video tu? Ari isnin ari tu". Sungguh panjang lebar die menerangkan dekat gua.

Okey okey. Gua dah tau sape die tu sape, tapi saje je gua nak maen maen kan lagi beliau. Biar padan muke beliau. Sape suruh jahat sangat ngan gua. Hahahahaaa. Then gua reply.

"Ooo.. Salah nombor kot. Hp saya takde send item la plak nak cek".

Then die reply.

"Yeke.. Takpe lah kalau camtu.. Hp saya kene curik malam jumaat minggu lepas. Saya buat nombor saya balik ari isnin, so memang ade masalah die nak mesej mesej gune nombor saya. Kalau tak kenal takpe la".

Dengan panjang lebar beliau menerangkan situasi beliau dekat gua. Tidak penat kah tangan beliau menaip mesej panjang panjang? Kasihan. Padahal gua dah tau ape cerita yang sebenar. Hahahahahaaa. Buat penat mate gua je nak mengeja satu satu per satu  ayat yang tertera di skrin hp gua itu.

Dan tak semena mena, beliau segera menelefon gua. Gua dengan tenang mengangkat panggilan itu. Sedangkan gua still ade kelas lagi time tu. Memang kool kan gua. Hahahahaha

Pemanggil: Hello, nie sape ?

Gua : Nie sape plak?

Pemanggil : Saya tanya awak nie, awak yang anta mesej dekat saye dulu aritu"?

Gua : Mane ade? Bukan awak ke yang mesej saya dulu.

Pemanggil : Awak la. Sape Linda?

Gua : Linda mane? Tak kenal pon.

Pemanggil : Takpe la. Sori kaco.

Beliau terus meletakkan panggilan itu dengan selamba gajah nyer. Gua pasti, dalam hati die mesti tengah menyirap dengan gua. Laen yang ditanya. Laen pula yang gua jawap. Kalau la gua berada dihadapannyer, confirm gua sudah kene pukul dengan sekuat kuat ati nyer tanpa mempedulikan kesakitan gua. Heheheheee.

Lepas abis kelas. Gua pun mesej beliau dan memperkenalkan diri gua. Pelbagai sumpah seranah gua terima free free dari beliau kerana mempermainkan beliau. Sungguh kasihan gua disumpah sumpah ketika itu. Beliau ingat gua nie sesumpah ke suke suke ati je kene sumpah. Apa pon tak boley ! Hahahahahaa

Gua wat entry nie sebab nak mintak maaf dekat beliau nie. Kasihan kene maen maen kan denga gua. sori ye kakak. Nanti gua kasi secret recepi ye. Heheheheheee.

K, chow !

p/s : entry nie gua lambat publish skit sebab gua bizi sangat mnggu lepas :)
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

10 May 2012

Cerita Giler !!

Pada suatu malam yang gelap gelita. Di sebuah kampung yang tiada bernama. Kelihatan seorang pemuda yang tidak diketahui dari mana dan siapa singgah ke kampung tak bernama itu. Pemuda itu kelihatan gundah gulana kerana barangkali beliau sudah tersesat ditengah malam itu. Tiba tiba


"Abang, jauh lagi ke nak sampai nie? Dah lenguh badan badan saya duduk dalam kereta nie". Satu suara perempuan yang tidak diketahui datangnye tiba tiba memecah keheningan di malam hari itu.

Pemuda itu tersentak lantas menggeletar satu badan nyer. Dikuatkan semangat nyer untuk tidak menghiraukan suara yang menggangu concentration nyer untuk memandu. Diikutkan perkiraan, sudah 18 jam pemuda itu memandu tanpa henti. Memang agak memenatkan bagi pemuda itu tapi disebabkan sifat kedekot beliau yang sangat celaka, beliau menggambil keputusan tidak mahu beristirehat di R&R di sekitar lebuhraya di Malaysia. Hal ini mungkin berlaku disebabkan harga makanan makanan di R&R itu lebih mahal 20 sen ke 30 sen dari harga yang sebenar. Sungguh dasyat sifat kedekut beliau.

"Abang ! Nape diam nie. Tensen la saya ! Cuba cakap. Bisu dah ke"? Sekali lagi suara perempuan tadi memecah lagi keheningan malam itu. Tapi dengan nada yang lebih kuat dan nyaring. Burung burung gagak yang sedang bersenang lenang di atas pokok pain turut terkejut dan menggelabah meninggalkan pokok pain itu dek kerana ketakutan sama seperti pemuda itu alami.

Suara yang lebih kuat daripada biasa itu terus menyebabkan pemuda itu semakin gelabah. Wajah nyer bertambah pucat seperti kehilangan 100 liter darah. Dah la sedang sesat di satu kampung yang tiada bernama, ditambah lagi dengan suara yang entah datang dari mane. Situasi itu mampu menggoyangkan lutut sesape sahaja yang ada di dalam kereta tersebut. Lantas pemuda itu segera membrek kereta kancil nyer disatu simpang dan segera meninggalkan kereta kancil yang belum abis lagi dibayar hutangnye disimpang itu dan terus berlari memecut laju seperti dikejar gorilla.

"Abang ! Nak pergi mane plak tu abang. Giler da ke"? Suara perempuan yang entah dari mana itu kembali bersuara. Kali ini dua kali lebih kuat berserta dengan suara orang mengilai ngilai.

"Eh ! Siapa plak yang mengilai ngilai tengah malam ini"? Suara perempuan itu berkata kata. Didengar nyer suara itu dengan teliti dan dicarinye punca suara mengilai ngilai itu. Tiba tiba lagi sekali.

"La, fon laki aku ke yang bunyi. Ape kejadah nye laki aku buat ringtone suara antu mengilai nie. Dah la tetiba lari dekat tengah hutan tu. Isyh ! Tak paham aku ngan laki aku nie". Bisik perempuan itu di dalam ati nyer.

Diangkat nyer panggilan itu dan terjadi la perbualan seperti ini

Si isteri : Hello hello. Sapa di sana.

Si pemanggil : Saya di sini. Sapa plak di sana?

Si isteri : Ya ya, saya di sana. Sapa di sini?

Si pemanggil : Saya la di sini. Sapa di sana?

 Kelihatan mereka seronok sekali dengan panggilan itu. Seperti dua orang giler sedang berbual sahaja. Pebualan itu berterusan selama 15 minit dan tiba tiba terputus.

Si pemanggil : Tut tut tut... Tut tut tut.

Si isteri : Ye saya bercakap.

Si pemanggil : Sori about that. My coin finish already.

Si isteri : Wah wah. Sekiping kau nyah. Kelas gitu. Hahahahahaa

Si pemanggil : Bese la tu. Orang duduk KL. Mesti la sekiping rite. Hahahahahaaa.

Si isteri : Setakat sekiping je pandai, tapi kol gune public pon. Baek tak yah ngaku duduk KL. Buat malu orang KL je kau nie nyah. Hahahahahahaa

Si pemanggil : A'a kan. Malu la gua der. Hahahahaa

Perbualan itu berterusan selama 10 minit. Perbualan yang dipenuhi gosip gosip liar itu ter henti apabila...

Si pemanggil : Kau ngan Mail biler nak sampai umah aku nie Kiah. Penat aku tunggu nie. Dari pukul 1 petang sampai ke 1 pagi dah aku tunggu nie.

Kiah : Ntah la Senah. Laki aku tetiba jadi sasau. Pastu die lari pecut dalam utan sorang sorang. Macam nampak antu je.

Senah : Isyh. Buang tebiat Mail tu ye. Kesian aku ngan laki kau tu. Mude mude da sasau. Hahahahahaa. Kau mesti pakai bedak sejuk dalam kereta lagi kan

Kiah : Opkos la. Macam tak biase je kau. Hehehehehee. Takpe la. Aku drive sorang la balik umah kau. Tunggu... Mail tu, kalau aku jumpa die esok aku jemput die. Heheheheee

Senah : Okey okey. Aku tunggu kau. Bye.

Kiah : Bye.

Lantas, si Kiah pun membawa kereta kancil milik laki nyer itu ke rumah senah yang terletak 2 kilometer sahaja lagi di hadapan.

Pada masa yang sama, si pemuda yang bernama Mail itu telah berlari sejauh 5 kilometer ke dalam utan. Dan menggunakan akal fikiran beliau yang sedikit waras itu, beliau segera membuat bahasa tarzan. Maka, beribu ribu la binatang datang menyahut seruan tarzan Mail. Disebabkan Mail amat hebat membuat bahasa binatang, dia menggambil keputusan untuk tinggal bersama sama binatang binatang itu sehingga beliau terlupa akan bini nyer Kiah. Mail akhirnya hidup bahagia dengan binatang binatang itu, sehingga beliau ditembak mati sebulan kemudian oleh laki Senah kerana disangkakan gorilla datang menyerang kampung "Tiada Bernama". Si Kiah pon berkahwin baru dengan lelaki lain.

Sekian...

p/s : tahniah pada sesapa yang bace cerita ini sampai abis. hahahahahaa
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

09 May 2012

Blog Gua..

Assalamualaikum..


Kalau korang perasan, gua dah start jarang jarang update blog giler nie kan. Bukan sebab gua malas, tapi gua banyak menghabiskan mase gua dengan tido, tengok anime dan tidak lupe juga kepada maen game. Mesti korang kagum dengan alasan gua kenapa gua jarang update blog nie kan. Hahahahaaa.

Tadi gua cek profile blog gua, tak sangka dah setahun juga blog gua nie ye. Then gua try tengok gambar gambar from this blog. Gua jumpa la banner banner gua yang lame lame tu. Tak silap gua, ade 2,3 gak la banner yang gua design dulu. Bile gua ratapi banner banner yang gua design dulu lame lame. Sumpah buruk ! Nape la gua design banner buruk cam gitu ye. Heran gak gua. Maybe sebab gua 1st time edit gambar gune adope photoshop. Tu pasal buruk kot. Hehehehee.

Blog gua dulu tak macam blog gua sekarang. Kalau tak silap gua, dulu blog gua kaler itam merah ngan putih. Time tu bagi gua, kombinasi tiga kaler tu la yang paling cantik dekat dunia nie. Kombinasi kaler kaler laen sume tak cantik bagi gua. Buruk giler la kombinasi kaler kaler laen tu la senang cite. Hahahahaa. Btw, gua peminat setia kaler putih. Bersepah baju baju gua yang kaler putih. Nasib baek design laen laen. Takde la orang cakap gua tak mandi nanti sebab pakai baju same. Heheheheee

Lagi satu, dulu dekat banner gua ade la gambar gua. Gua ingat buat camtu nampak menarik. Tapi gua silap. Gua memang silap besar time tu. Serius giler memang tak menarik letak muke sendiri dekat banner tu. Rase cam nak bagi penampor je kat diri sendiri. Hahahahaa. Bila ingat balik, time mule mule berbloging nie, gua takde follower. Satu pon takde. Sedey gak kan. Tapi gua bukan kesah pon sebab buat pe nak ade follower sedangkan enrty pon gua takde. Hahahahaha. Ape yang follower gua nak bace nanti. Tak kan nak tengok muke gua je ke. Memang tak la kan. Hahahahahahaa.

Sebab gua buat blog nie pon gua dah tak ingat sangat. Yang gua ingat, dulu gua ade kawan yang ajak gua buat blog nie. Time tu gua taknak sebab gua rase gua suck dalam bab bab penulisan nie sebab rata rata blog yang gua tengok banyak yang kopi pasta je. Takde idea sendiri. Bosan and tak menarik ! Kalau sikit sikit takpe la, gua boley terima lagi. Kalu dah semua entry asyik mengkopi je, memang mintak kaki je la kan. Hahahahaaa.

Then kawan gua tadi tu jadi la blogger yang berjaya, gua kagum gak. Entry die pon banyak gak yang giler giler cam entry gua. Menarik, tapi tak semua entry die gua baca sebab banyak sangat. Pening otak gua nak membaca sepatah demi sepatah perkataan yang muncul di skrin laptop gua. Heheheheheee. Finally, gua pon berusaha la membina blog nie. So tercipta la hafizhafizi91.blogspot.com hasil dari name gua sendiri sebelum gua tukar blog address kepada bilakucingmenari.blogspot.com hasil daripada kucing yang menari tango depan gua mintak makanan free. Hahahahaaa.

Bila gua dah tukar blog address gua. Gua pon design 100% blog gua. Takde lagi background hitam merah bagai dan takde lagi banner muke sendiri sume. Gua buat blog kaler putih yang simple giler. Takde pecah pale nak pikir camne nak design blog jadi kool giler and time tu la gua bersemangat buat entry entry mengarut sume bagai. Hehehehehe. Okey okey ! Sudah cukup gua mengarut kali nie. Nanti laen kali gua cerita lagi ye. Tunggu je la okey. Gua tak lari mane pon. Hehehehehee. Before gua terlupa, gua memang taknak letak muke gua dekat blog nie. Takut jadi tak menarik plak pastu rase nak tampo tampo diri sendiri lak. Hahahahaa.

Chow !!

p/s : kawan yang ajak gua buat blog nie dah delete dah blog die. sedey :(
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

05 May 2012

Tensen !

2,3 minggu lepas punye cerita...


Time tu gua still cuti pertengahan sem lagi. Disebabkan internet dekat U gua yang agak terlalu giler mengecewakan gua kerana kelajuannye yang mampu mencecah kelajuan seperti siput sedut, maka gua pun jarang la dapat online sepuas ati nye. Bukan sahaja gua je yang merasa kecewa masalah ini, malahan kucing kucing diseluruh U gua turut merasai kekecewaan gua ini. Kasihan kucing kucing itu tak boley nak update status FB selalu. Kasihan mereka meraka itu ! Hahahahahaa. Nak surf ini kene blok, nak surf itu pon kene blok, nak surf sana sini pon tetap kene blok. Ishhh ! Tak paham la gua nape mesti nak blok sume bende gua nak surf. Tensen la gua camgini. Kasi bakar ini line tau la. Hahahahaaaa.

Bukan sahaja gua tidak puas ati terhadap perkhidamatan internet, malah gua pun giler kecewa dengan siaran radio yang entah berapa banyak nyer la sampai tak terucap dengan kate kate dekat Malaysia nie tapi satu pun susah nak dapat siaran yang clear giler dekat U gua nie. Setakat nak dengar radio dalam bahasa melayu memang takde harapan la nak dapat line clear, tapi kalau korang rase korang hebat giler memahami bahasa thailand. Sudi sudi la kan diri tu mendengar siaran radio itu di sini ye. Confirm clear giler line rado tu. Gua tak tipu. Heheheheee.

Eh eh eh ! Jauh sangat gua sudah melakukan pergerakan lencongan ini. Merepek aje gua ini. Ayuh kite kembali semula kepada cerita cuti pertengahan sem gua. Macam cilake je ayat gua kan. Hahahahhaaaa.

*********

Pada suatu hari ape entah di waktu tengah hari. Gua pon dah lupe ari ape ari tu sebab dah 2,3 minggu nyer cerita kan. Mustahil la gua ingat kan. Heheheheheee. Tiba tiba.

Pintu bilik gua ditolak dengan kuat nyer sehingga berguguran tombol pintu itu jatuh dan seberapa ketika kemudian, pintu bilik gua itu pun rebah. Dan selang beberapa saat selepas itu, bunyi guruh dilangit jelas kedengaran. Kilat sabung menyabung dan ayam yang tengah bersabung pon menghentikan perlawanan sabung menyabung mereka itu kerana takut takut mereka disambar kilat yang sedang sabung menyabung itu pula. Lantas hujan lebat mulai turun selepas itu dan banjir kilat pun berlaku. Itik itik pak cik Leman segera menggambil kesempatan akibat banjir kilat itu untuk meloloskan diri dari sangkar itik yang kerap berbau seperti tahi itik itu. Hehehehe. Okey okey. Ini cerita, gua tipu. Haahahhahaaaa. Kali nie cerita yang betol betol okey.

Tiba tiba...

"Hafiz, downloadkan lagu lagu baru. Kakak nak". Kakak gua mengarahkan gua.

Sesuka ati beliau je mengarah ngarahkan gua yang sedang bersenang lenang bersama sama laptop gua yang sudah tiga ari tidak shut down di atas katil yang empuk ditemani bantal bantal pelok gua.

"Tengok la kalo orang free, orang tengah bizi nie". Gua membalas dalam keadaan berbaring dengan ati yang riang seperti kanak kanak dalam iklan ribena tu. Hahahahahaa.

Sememang nyer gua tengah bizi time tu even korang nampak gua sedang berbaring dengan senang lenang nyer time tu. Gua tak tipu la bab bab kebizian gua nie. Kebizian gua ini memang terlalu bizi sehingga kalau Obama tengok gua punye bizi. Die pon tak sanggup nak jadi gua disebabkan kebizian gua yang melampau itu sehingga mampu mengalahkan kebizian die sebagai presiden amerika. Confirm die menangis sendirian bawah katil kalau die amik alih kebizian gua yang lagi bizi dari kebizian die nie. Kasihan kan. Hahahahahaaa. Amik korang ayat yang berterabur yang ikhlas dari gua nie. Berape banyak bizi la gua nie. Hahahahahaa

"Bizi ape la die tu. Asek baring je tau. Pemalas betol die nie. Patut la makin gemok". Satu perlian yang ikhlas dari kakak gua kepada gua di tengah hari itu.

"Die pon gemok gak. Hahahahaa". Gua pon memerli balik kakak gua time tu gak. Mane boley gua sorang je yang gemok. Sape yang cakap gua gemok mesti la kene gemok gak. Baru fair and lovely. Tak gitu. Hahahahaaa.

Dek kerana perlian yang tersasar dari kene jiwa raga gua. Gua pun segera la mencari lagu lagu baru seperti yang kakak gua arahkan.

"Ape sume lagu nie. Tak best giler. Lirik entah ape ape. Bosan. Buang mase je download. Nasib baek free. Kalau kene bayar, confirm gua claim balik duit gua dekat kakak gua tu. Hehehehee". Ati kecil gua berkata kate manis.

Setelah selesai mendownload sume lagu lagu yang gua rase baru tu, gua pun mendengar nyer satu persatu.

"Apa pasal lagu lagu ini sume nyer tentang putus cinta. Bengang la gua camni. Time gua sedey break dulu, takde pon lagu lagu camni. Time gua da okey, lagu putus cinta je ade. Ini tidak adil" ! Ati kecil gua memberontak.

Time itu mahu sahaja gua cari penulis lirik lagu lagu sedey itu tukar lirik lagu die sampai jadi lagu gembira. Kalau beliau tak mahu dengar cakap gua, terpaksa la gua ikat beliau dekat pokok dan lepaskan berjuta juta bala tentera kerengga gua yang gua ternak dekat pokok Kak Timah jiran gua menyerang beliau. Biar beliau tahu betape sakit nyer ati gua ini dengan lagu lagu sedey die. Hahahahaaa.

THE END

*********

Actually, gua pon tak tau nape gua wat entry ini. Memang cilake kan setakat tulis entry untuk merepek aje.Lantak gua la kan. Hahahahaaa. Dah lame gua tak update blog nie sebab line internet dekat U gua memang mengecewakan. Sakit je ati gua. 

And pasal lagu putus cinta tu, lagu tu sedap. Tapi lirik die, tak boley blah langsung. Gila bayang aje gua tengok. Hahahahaaa.Tak boley la gua nak perform lagu lagu camtu dekat orang tersayang gua nanti. Nanti die ingat gua nak mintak break plak. Hura hara la nanti. Hahahaaa. Cukup la sampai sini je gua taip. Penat sudah. Kalau la entry ni bley kopi paste, takde la penat sangat gua nak menaip kan. Heheheheee. K chow !

p/s : tak semestinyer time bahagia tak layan lagu sedey sedey kan :)

Tamat sudah cerita gua. Sekian !