churp

Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

31 March 2012

Lelaki, Perempuan dan Kawan


Situasi 1 :

*************

Di suatu malam yang suram dan muram menandakan malam itu tidak indah seperti malam malam sebelum nyer kerana hujan akan melanda di beberapa negeri tepilih di semenanjung Malaysia. Di ketika itu la kelihatan seorang pemuda sedang khusyuk bermaen dota. Di saat beliau hampir memusnahkan semua tower pihak lawan, tiba tiba fon beliau berbunyi.

"Tet tet"

"Isyhhh. Sape la pulak kaco aku tengah maen game nie. Nak kate awek aku, dah awal awal tadi aku kate jangan kaco aku, aku tengah bizi. So mesti die takkan mesej or kol aku selagi aku tak mesej die malam nie. Eh eh, aku bukan ade awek pon sekarang nie. Perasan la pulak ade awek. Heheheheee. Sape lak yang kaco aku time tengah main game nie". Bisik Meon di dalam hati nyer.

Meon bangun dan terus mencapai fon nyer. Tertera nama Kamal di skrin fon beliau. Meon menjawap panggilan itu dan lantas terjadi la perbualan Meon bersama kawan nyer Kamal...

Kamal : Weyh Meon, amik aku dekat bangsar. Takde bas lak malam nie. Dah la gelap cam nak hujan je.

Meon : Amik kau? Malas la. Suruh la awek kau yang kau sayang giler giler tu. Siap dah janji nak hidup same kan. Takkan die sanggup biarkan laki die sorang sorang kat situ kan. Hahahahahaaaa

Kamal : Awek aku tido la weyh, lagipun da pukul 8 lebey nie. Kalo die boley amik aku pun, aku tak kasi. Perempuan tak elok keluar malam malam. Amik aku ye Meon. Hehehehe.

Meon : Takde takde, kau suruh gak awek kau amik kau. Aku tengah bizi nie. Jangan kaco aku la giler.

Kamal : Tolong la Meon. Tak kesian ke kat member kau nie. Amik aku kat bangsar je pun. Tak jauh mane la. Please. Nanti aku belanja kau makan kedai mamak kat tempat bese. Boley tengok Menyu lawan City time tu.

Meon : Celaka punyer member ! Menyusahkan member je tau. Okey okey. Tunggu aku dalam satu jam. Aku nak siap siap jap. Kalau lambat, padan muke kau. Aku peduli ape. Hahahahaaaa

Kamal : Thankz Meon.

*************

Situasi 2

*************

Di suatu tengah hari yang sangat panas terik sehingga mampu membuatkan seekor kucing kehausan dan menghabiskan tengah ari itu dengan hanya tidor dan telentang dek penangan kepanasan yang melampau. Di kala itu juga kelihatan seorang pemuda baru sahaja bangun tidor dan dalam keadaan separuh sedar. 

"Dah pukul berapa nie? Aku nak naek bas balik KL pukul 2 jap lagi balik KL". Pemuda itu bersuara.

Dilihat nyer jam di dinding dan terkejut la pemuda itu kerana waktu itu adalah pukul 1.30. Ini bermaksud, beliau cuma ada setengah jam sahaja lagi untuk ke perhentian bas. Dicapai nyer fon beliau dan terus mencari nama Kamal yang merupakan member sebilik nyer. Di tekan button kol dan terjadi la perbualan ini...

Meon : Kamal, kau kat mane ni. Kat bilik tak ade pon. 

Kamal : Aku tengah date ngan awek aku nie kat pekan. Asal kau nie gelabah semacam je ?

Meon : Date ?! Cilake kau. Bukan kau da janji malam semalam ke nak anta aku pergi perhentian bas. Balik la cepat. Sempat lagi kau nak anta aku nie.

Kamal : Alamak ! Aku lupe la Meon. Awek aku pagi tadi mesej ajak lunch same. Tu pasal aku lupe aku da janji dengan kau nak anta kau kat tempat bas tu.

Meon : Dah tu, kau nak anta aku tak?

Kamal : Tak kot. Kau mintak tolong Pian la anta kau kat tempat bas tu. Malas lak aku nak tinggal kan awek aku sekarang nie. Tengah syok date nie. Heheheheehee

Meon : Camni la member. Sial nyer perangai. Time susah, cari member gak mintak tolong. Time senang, member mintak tolong memang tak tolong la. Pentingkan la sangat awek tu. Nanti time kau susah, kau mintak tolong la awek tersayang kau tu. Tu pun kalau die nak tolong la. Dah la, bye.

*************
Assalamualaikum...

Dah lame gua tak update blog nie kan. Rase malas je minggu nie gua nak update. Maybe sebab gua terlalu taksud layan cerita anime kot minggu nie. Tu pasal gua tak bernafsu nak update blog gua nie. Hahahahahaa. Korang mesti da bace dua situasi yang gua dah tulis kat atas tu kan. Ape yang korang rase? Terase kan. Gua dah agak dah. Hahahahaa. 

Bile gua perhati kebanyakkan orang yang ade pakwe or makwe nie. Sume jenis yang pentingkan pasangan sendiri dari member member yang dah lame korang kenal. Kalo yang lelaki tu dah kawan dengan sorang perempuan nie dari kecik. And then bile si lelaki tu dah ade awek baru dua tiga bulan, terus putus kawan perempuan die yang dah lame kenal dari kecik tu. Agak kecelakaan juga la biler benda camtu terjadi kan. Seriusly gua tak berkenan jenis manusia yang macam gini.

Kalo korang nak bercinta bagai tu, gua nak kasi nasihat sikit la. Agak agak pasangan korang tu jenis tak nak korang kawan ramai. Pikir pikir la balik camne korang nak settle benda benda camtu. Jangan sebab sorang perempuan or lelaki. Korang hampir hampir kehilangan kawan korang semua. Pikir pikir kan la ye. Heheheheee

Okey la.. Cukup la sampai sini ok. Nanti ade mase gua sambung balik. Chow !

p/s : sungguh bosan malam minggu ini. layan anime gak yang bez. heheheheeee


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

26 February 2012

Ayam..

Pagi tadi punya cerita

*******************

Gua yang baru sahaja hendak melelapkan mata selepas suboh dan mimpi sudah datang menjelma, tiba tiba dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok. Gua ingat ayam dekat asrama gua yang berkokok lantas gua tidak memperdulikannya.

Tiba tiba gua teringat yang gua duduk di tingkat empat. Ape kejadah nyer ayam nak berkokok dekat tingkat empat. Orang giler je bela ayam dalam umah. Heheheee. Gua rase tak sedap hati. Gua amik bantal dan tutup telinga gua buat buat tak dengar bunyi ayam giler berkokok tu. Agak agak da sepuloh minit, ayam tu still tak paham paham nak berhenti berkokok, gua makin menyirap. 

"Apahal dok bising bising nie, celaka celaka celaka. Nak tido pon tak senang". Bentak ati gua.

Alarm fon rumate seperti meminta minta nak dilontarkan saja ke luar tingkap tak pon meminta kaki yang ikhlas dari gua. Hahahaaa Nasib bek fon member. Kalo tak, memang see u at the bottom la kalo gua lontar kat luar. Hehehehe. Tapi kalo la time tu gua ade kuasa bebola api. Sudah tentu gua memFIREkan bebola api dekat fon tersebut tanpa perlu bangun nak mematikan nyer. Senang kerja. Pagi nanti member gua tanya kenapa  fon die hangus. Gua cakap la ayam yang berkokok tu dah jadi KFC kene bakar. Tak de hal la sume tu. Hahahaaa




Agak agak kesabaran gua mulai kurang, gua pon bangun dan mematikan alarm tersebut. Tetiba, gua terdengar sume rumate gua tengah berdengkur. 

"Ape punye celaka diorang tak dengar bunyi ayam berkokok tadi. Punye la lame ayam tu dok bising. Seko seko pon tak memberikan respon yang sewajar nyer. Taik telinga banyak sangat ke sampai tak dengar pape". Ati kecil gua merungut sendirian.

Sumpah gua bengang di pagi hari. Next gua pon kembali ke atas katil gua dan melelapkan mate.

 Baru lima minit tido............

*******************

KRINGGGGGGG................

"CELAKA, lagi sekali ke". Sumpah seranah gua dekat alarm yang tengah berbunyi itu.

Lagi satu alarm fon rumate gua berbunyi dan lagi sekali gua mendengar dengkuran dengkuran indah diulit mimpi. Gua bangun lagi sekali, gua pergi dekat fon tu. Gua matikan sume yang patut. Gua dah la tido lewat. Agak celaka la anasir anasir jahat ini menganggu tido gua yang berkualiti. Kalo da tau tak ley nak dengar bunyi alarm tu. Lain kali ujung minggu jangan set alarm. Tuan punyer fon beserta fon fon nyer sekali tak pasal pasal kene sumpah seranah dengan gua. Padan muke korang. Hahahaaaa

Nasib baik la member gua itu cuma ada dua fon. Kalo la ade tiga, empat fon. Agak agak nyer tiap tiap fon die set alarm soh die bangun pagi. Hampeh sungguh begitu. Sekian saja luahan perasaan gua di pagi hari. Heheheee. Terima kasih awak kerana berjaya membuatkan gua panas di pagi hari.

p/s : gua tidak pernah dikejutkan bangun pagi oleh perempuan perempuan comel. Mungkin kah ini disebabkan gua tidak comel. Agak sedey sekali. Heheheeee

Tamat sudah cerita gua. Sekian !