churp

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

22 March 2012

Lelaki, Perempuan dan Merajuk

Assalamualaikum..


Tengah gua melepak dekat tempat tunggu bas. Gua terlihat la pasangan yang tengah syok bercinta. Jalan sebelah sebelah, bergurau gurau mesra, bertampar tampar sampai lebam. Rase time tu macam die sorang je yang de pakwe or makwe. Orang laen tak de pun pakwe or makwe nie. (terase) Bukan maen mesra lagi depan khalayak ramai. Gua tak tau la kalo diorang buat macam tu sebab sengaja je nak kasi gua jelez. Kalo betul la, hebat juga gua nie buat diorang tergugat. Hahahahaaaa. Tapi seriusly la gua agak jeles sedikit la (sikit je tak banyak ok) sebab diorang syok je kapel tapi agak sian gak kene kutuk dengan gua free free sebab bermanje depan gua. Bajet gua seronok tengok, nyirap de la. Hahahahaa

Mentang mentang la gua tengah single sekarang nie (isi form cepat kalo nak gua. hahahahahaaa), banyak pula orang yang tunjuk diorang la pasangan paling bahagia abad nie. Sekali korang break depan gua, sumpah gua gelak kaw kaw depan korang. Ape gua kesah korang tengah sedey ke tak sebab lepas break. Yang gua tau, gua memang suke tengok orang yang berlagak swit time kapel nie break pastu kutuk kutuk bekas awek. Cam celake je perangai gua kan. Hahahahahaaaa

Kadang kadang, gua hairan juga tengok ade la segelintir pasangan yang kapel bertahun tahun lame nyer. Dari zaman atuk nenek lagi diorang dah kapel, tak break break pon. Kalo la ditakdirkan pasangan tu jenis kaki mengongkong or kaki kuat merajok. Macam mane la diorang jage hubungan tu ye. Serius nie gua nak belajar cara cara menjaga hubungan supaya bertahan bertahun tahun lame nyer. Ini not kind of maen maen ok. Gua serius nie. Hohohohooo

Perempuan nie diciptakan berbeza sifat nyer dengan lelaki. Bile time merajok, sume benda jadi tak kene. Nie salah la, tu salah la, sana salah la, situ salah la. Ntah ape yang betul pon gua tak tau, nanti gua sekeh, tau la. Heheheheeee. Andai la ari tu si pakwe silap teknik memujuk, boleh dicerai nyer oleh si makwe time tu gak. Agak kasihan juga la korang time tu sebab percintaan korang terputus di tengah jalan ibarat layang layang terputus tali nyer dan tersangkut dekat tiang letrik dan layang layang itu pun terkena renjatan elektrik. Hehehehehee.

Entry gua kali nie pasal camne nak pujuk pasangan korang kalo tengah merajok. Nie sume based on pengalaman gua je, maybe betul and maybe banyak salah. Korang jangan la percaye 100 peratus ape yang gua kasi tau. Banyak auta dari fakta je. Tapi kalo korang percaye gak, lantak korang la. Gua kesah ape. Hahahahahaaa

**************** 

Kalo perempuan merajok :

Yang kaum lelaki mestila cepat cepat mintak maap. Even diorang tak maapkan korang. Mintak maaf je la. Jangan nak tunjuk hero ego sangat la time tu. Tau la laki tu ego tinggi, tapi jangan nak sangat pentingkan diri tu. Ingat perasaan makwe tu sikit. Dah tau salah, ngaku je salah. Bukan payah pon nak ngaku salah and mintak maap. Jangan nak buat tak tau je ok. Next, korang cakap dengan awek korang tu baek baek, gunakan perkataan perkataan indah, sopan santun dan baek baek belaka saja time nak memujuk. Jangan nak ngader ngader pegi maki awek korang time tu. Memang cerai la jawapan yang korang dapat dari awek korang tu ha. Orang tengah bz merajok, suke suke ati je korang pegi maki kan. Memang tu la balasan yang setimpal korang akan dapat. Padan muke ! Hahahahahaaaa. 

Then kalo perempuan tu cam malas nak layan korang je, korang bagi la die mase sampai mud die dah ok. Jangan nak memaksa sangat anak orang tu, bukan bini korang pun lagi nak pakse pakse. Ada paham ? Hohohohohooo. And kalo la korang rase bosan tak tau nak buat ape, pegi la mesej perempuan perempuan lain, tak pun sekandal sekandal korang ke. Kalo dah name nyer laki confirm confirm la ade kawan perempuan yang bersepah sepah kan. Macam la gua tak tau kan. Hehehehee. And kalo la korang rase korang tu kaye, korang kasi la diorang hadiah. Tak payah mahal mahal, murah pun dah ok da, janji korang kasi something that yang buat mud diorang okey sikit. Jangan korang pandai pandai bagi makanan kucing, memang tak selamat la hidup korang pastu. Time tengah bengang bengang tu, di cari nyer anak rimau, pastu baling kat muka korang kasi hancur, tau la. Hahahahahaaaa.

If awek korang merajok sebab korang kantoi ade perempuan laen, korang pandai pandai la reka cerita bagai. Kate la tu sume adek adek angkat, kakak kakak angkat korang, sepupu sepapat yang dah berpuluh puluh tahun tak jumpa, tak pun mak cik ke. Bukan payah nak menipu kan, senang je pon. Kalo nak menipu tu biar la logik sikit, jangan maen cakap je. Tak pasal pasal, nanti ade kaki yang melayang kat muka korang sebab salah tipu. Heheheheheee. Tak pon korang try la buat lawak yang korang rase die boley bantai gelak. Jangan la pulak kasi lawak yang korang sorang je paham and korang sorang je yang gelak, yang awek korang tu tak paham pon pe lawak korang. Itu seriusly amat memalukan. Giler ape buat lawak tak jadi. Hahahahahaaa 

Last sekali, kalo la awek korang still merajok gak lepas korang try sume tips gua kasi nie, korang tak payah la buat pape dah. Korang merajok je ngan awek korang tu sebab ngader ngader nak merajok lame lame. Ingat  korang takde keje laen ke nak buat selain nak pujuk die. Banyak lagi game ngan muve yang korang nak maen and abiskan. Die tak pikir ke semua tu. Hohohohoo

Kalo lelaki merajok :

Macam biase gak, mintak maaf, cakap elok elok, pujuk memujuk, kasi lelaki mase untuk bertenang, kasi mesej yang ade animasi kiut miut, tak pon kol terus pakwe korang tu. Try pujuk elok elok, confirm ok la nanti. Kalo die still nak merajok gak, korang biar je pakwe korang tu. Nanti die da ok or rindu korang, die mesej la balik korang. Lelaki nie simple je, tak serabut payah cam perempuan. Hohohoho

****************

Sekian sahaja tips yang gua dapat berikan pada  kali ini. Semoga kite berjumpa lagi di mase akan datang di dalam blog yang same. Hehehehee. Celake giler ayat gua, sekema nak mampos. Mesti korang menyirap je dengan gua kan. Hahahahaaa. Gua pon dah tak tau nak tulis ape dah nie. Chow !

p/s : budak ini utang gua pizza ! dah dua sem gua tak makan pizza nie. grrrrrr

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

21 February 2012

Cerita Kedai Kopi...

Suatu hari di kedai kopi.

********************

"Makan dik". Pelayan itu menyapa gua yang baru sahahja melabuhkan punggung gua di kedai beliau.

"Roti kosong dua". Gua membalas sambil menjengah ke dalam dompet gua. Mane la tau duit tak ade ke time tu. Malu gak la gua time tu.

"Minum"? Pelayan itu bersuara lagi

"Air kosong je la". Gua membalas dengan riak muka yang menunjukkan gua tak ade duit.

Nampak nyer riak wajah gua yang tak ade duit berjaya dan seterusnye pelayan 2 beransur pergi sambil membuat wajah yang agak tidak puas ati dengan gua.

********************

Salah ke gua mintak air kosong je. Gua bukan takde duit, gua cuma tak suke je minum air manis nie. Tapi katekan la air milo ais same harga dengan air kosong. Gua prefer air milo ais lagi. Gua bukan manusia la sekiranyer gua tolak milo ais tu. Korang tak tau betape sedap nyer minum milo ais dikala hari yang sungguh panas sehingga tekak kekeringan. Heheheee

Masalah nyer, harga milo ais same seperti harga air kosong hanyalah mimpi di time senja saje. Takkan pernah harga milo ais akan jadi seperti air kosong. Harga mereka telah tiada jodoh kerana dipisahkan jurang yang terlalu jauh beza nyer. Hahahaaaa

Eh2.Dah jauh sangat gua merepek nie. Hahahaaa. Tujuan gua tulis entry kali nie adalah mengenai senario masyarakat yang selalu pergi ke kedai2 makan dan mengambil minuman manis.  Mengambil makanan manis tanpa kawalan sebenar menyumbang kepada penyakit kencing manis.




Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka.

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?

Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.

Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama. Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga



Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.


Jenis-Jenis Diabetes

Apakah jenis diabetes? 2 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

-    Kencing manis jenis 1:

Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

-    Kencing manis jenis 2:

Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis.

Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

Ok. Gua dah penat nak menkopi paste pasal benda nie. Kalo korang nak bace lebey2 lagi. Klik sini.

p/s : gua agak tak ade idea nak wat entry baru disebabkan masalah yang melanda :(


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

09 May 2011

Rokok...






KUALA LUMPUR: Seramai 336 perokok di bawah umur 18 tahun dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi di seluruh negara kerana merokok atau memiliki hasil tembakau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.

Katanya seorang pekedai runcit juga telah dikompaun di bawah peraturan 8(1) akta larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang menyebabkan dia dikenakan kompaun bernilai RM500.

Di bawah Peraturan 14(1) Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau kepada Orang di Bawah Umur 18 tahun, 24 orang pekedai lagi dikenakan kompaun, kata Dr Hassan dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 2,101 tempat telah diperiksa di bawah ''Ops OBD'' di mana 1,600 tempat yang diperiksa merupakan tempat penjualan hasil tembakau seperti gerai runcit, kedai runcit, pasaraya, kedai makan dan sebagainya.

Nie paper Metro 9 Mei n gua bukan nak cakap ape2 r. Just gua nk kc tau r yang gua kesian r ngan budak2 2 coz x pasal2 kene kompaun RM50. RM50 2 bnyk weyh, kalo lu orang hisap rokok dunhill, bley dapat 5 kotak. 2 kalo dunhill, kalo rokok yg RM3.50, lu orang bley beli 1 katon k. 

Gua nie bukan nak bg ceramah ke ape, just nk kc tau r. Yang merokok nie bahaye. Cepat mati!! Xsempat tue.Rokok mengandung lebih dari empat ribu nahan2t dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan tidak baik bagi kesihatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan2 yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. 

Bahan pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanser. Nikotin mempunyai bahan dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok susah gler berhenti merokok dan berisiko mengakibatkan penyakit jantung. Karbon monoksida sangatlah beracun dan tidak berbau mau pun berwarna. Ia merupakan sebab utama keracunan yang paling umum terjadi di beberapa negara. Pendedahan dengan karbon monoksida dapat mengakibatkan keracunan sistem saraf pusat dan jantung.



Merokok nie xde langsung kesan baik tp terlalu banyak kesan buruk. Contoh nyer:
1. Memendekkan usia
Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubungkait dengan rokok.

2. Punca penyakit
Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

3. Tidak sihat dan hidup tidak berkualiti
Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

4. Kesihatan anak2 terjejas
Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

5. Punca remaja merokok
Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

6. Gigi kuning
Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

7. Bau nafas
Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

8. Kulit rosak
Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

9. Memusnahkan keluarga dan rakan-rakan
Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

10.Mudah letih dan kurang cerdas
Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

11. Baju dan rambut berbau
Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

12. Meningkatkan pencemaran udara.
Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

13. Menjejaskan kesuburan(fertiliti)
Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

14. Disfungsi ereksi
Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.


Tu dia, banyak kan kesan buruk merokok yang gua dapat search dekat sini. So, gua nak nasihat kan la kt korang xpayah r nak ngade2 hisap rokok. Xde pekdah pon. Pk2 kan r n selamat beramal. Chow...

p/s: pmpn x ske lelaki merokok weyh. Saham jatuh.


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

06 May 2011

Lelaki dan Makanan...

Yosh!!

Semalam gua de chat ngan sorg budak nie. Gua sembang2 sampai tgh malam n then gua tnye die "xnak tido lagi ke"? Then die cakap "xnak coz kenyang giler". Gua pun tnya r die makan ape sampai knyg. Die cakap die makan nasi sampai tambah 2 kali, then makan burger lak, sambung makan kueh lagi, n ntah ape lagi r. Pastu gua tanya " xtakut gemok ke"? Perempuan slalu nyer takut nak gemok2 nie. Tapi dengan selamba die cakap, "a'a, aku mmg nak gemok pun, 2 pasal makan banyak". Gua pun diam je r coz gua pun makan bnyak gak. hehee...

Actually gua nak cite pasal laki dan makanan, tapi dah merepek lebih lak. Tadi gua jenguk jap blog sorg mamat nie. De r satu post 2 menarik minat gua untuk bace. Die pasal makanan berkhasiat untuk kaum laki. Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Berikut ada 7 jenis makanan bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk kaum lelaki.



1. Pisang



Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi.  Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah.  Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok.  Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.

2. Beri dan Ceri 


Semua jenis beri seperti blackbery, bluberry, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh.  Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.

3. Tiram

Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh.    Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.  Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
 
4. Brokoli


Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane.  Sulphoraphane mengandungi zat antikanser.  Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat.  Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.

5. Kacang Brazil


Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat.  Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

6. Sayuran berwarna oren



Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran bewarna oren seperti labu dan lobak merah adalah antioksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.  Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.

7. Ikan



Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi.  Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.

Makanan yang baik untuk lelaki adalah makanan yang mengandungi makanan panas dan seimbang dengan makanan sejuk. Dalam erti kata ilmu perubatan cina mesti ada Ying dan Yang. Kalau makan makanan yang panas sahaja pun tidak elok. Begitu juga kalau asyik makan makanan yang sejuk sahaja pun tidak elok. Jadi, seimbangkan pemakanan agar kehidupan lebih sihat dan sempurna!

p/s: Gua ingat makanan berkhasiat just untuk perempuan je. Sekarang gua baru tau de gak makanan bekhasiat untuk laki. hehee... Chow..
Kredit kat blog nie coz bg infomasi nie...

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

02 May 2011

Buli...

Yosh!!


Gua masih ingat time gua kecik2 dulu. Slalu gler kene buli kat skolah. Time 2 sumpah gua dah x ske nk g skolah. Kalo gua g pon, t confirm gua ponteng n then balik umah cam xde ape2 je. Cilake gler. hahaa. Bler dah slalu wat cm2, bapak gua pon x tahan r. Beliau pn belasah gua kaw2 nyer n sampai skrg gua dah x brani nak ponteng skolah lagi. Fobia weyh kena belasah kaw2. hehehee...

Semalam time gua bce paper, gua de gak terbace anak Rozita Che Wan kene buli kat skolah smpi wt laporan polis  untuk protection anak die 2. Perghhh.. Rase seronok plak gue rase kalo gua jd anak die. Mak dah r cantik pas2 sayang gler plak kat anak die. Bertuah jd anak die. hehe... Gua rse buli nie berlaku slalu nyer kat budak2 yg gua rse cm  lemah n then org2 yang rse dri diorg kuat 2 start r buli bdk2 innocent nie. Xgne nyer mahluk. Gua skrg kc tau lu org punca buli yang gua dapat search dari pak cik google...

  1. Faktor rakan sebaya
  2. Rase xpuas ati 
  3. Pernah gak jd mgsa buli
  4. Gagal kawal emosi (xpeduli perasaaan orang len)
  5. Xberjaya dalam pelajaran
  6. Penceraian mak bapak
  7. Sekadar mahu berseronok (rase bosan bersekolah)
  8. Benci gler ngan mangsa buli 2
  9. Nak tunjuk kuat
  10. Lastly, slalu tgk filem aksi (pengaruh kuat)


p/s: Bler gua ingt blk zaman kecik2 gua, malang gak gua nie sbnr nyer... Nasib bek r gua bler dah besar dah x kene buli lagi. Kalo x, boleh wt gado nyer t. Gua pn dah xde cte lagi nk kc tau. Sampi cni je r. Chow.
Tamat sudah cerita gua. Sekian !