churp

Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

29 February 2012

Lelaki, Perempuan dan Ego

Hello lelaki lelaki curang dan perempuan gedik sekalian.




Bile manusia berbicara tentang ego. Semua nyer akan tertumpu kepada kaum lelaki. Kaum lelaki la yang dikatekan mempunyai ego paling tinggi sekali mengalahkan ketinggian bukit. Ego yang gua mahu cerita kali ini tak ade kene mengena dengan moto Yamaha Ego mahupun permainan Lego. Sume tu gua tak sentuh dalam entry gua kali nie. Entry pasal mainan lego or moto ego tu, gua tulis len kali ok. Heheheeee

*******************

Mengikut Kamus Pelajar edisi kedua, ego adalah :


  • Satu sifat sifat seseorang sebagai individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb) atau keperibadian. 
  • Satu perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) daripada orang lain
  • Perasaan megah akan diri sendiri:
  • Contoh ayat : Dia tidak mengaku bersalah kerana egonya terlalu tinggi. 

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, ego pula bermaksud :

  • Persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya
  • Contoh ayat : Sebagai hamba yang sudah bebas kembali, egonya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sebagai manusia berkembang dan mengukuh kuat.

*******************

So, secara konklusinye. Ego adalah satu sifat yang sentiasa menggangap dirinye sahaja betol, satu sikap dimana tidak mahu mengalah, keras kepala,melindungi diri,tidak kenal erti putus asa serta mementingkan diri sendiri. Pendapat, kelakuan atau perangai orang lain diklasifikasikannya sebagai salah dan tidak boleh diterima. Perasaan ego ini selalu nyer akan membawa masalah besar dalam hubungan dan kehidupan seharian.

Perempuan turut akan mengatakan bahawa ego pasangan (lelaki) mereka tinggi merupakan punca tercetusnye pergadohan. Mereka tidak sedar kadang kala perempuan juga mempunyai egonye yang tersendiri. 

"Bukan lelaki je ada ego, aku pun ada ego, ego aku tinggi lagi dari dia la" 

Betul ke ayat atas ni? Ada sesetengah pihak akan cakap betul yang perempuan ade ego yang tinggi, tapi hakikat sebenarnya, lelaki tersebut telah merendahkan egonya kerana seorang perempuan yang dia cintai. Ini siyes gua tak tipu. Betul nie. Cayer la. Lelaki kan baek. Hahahaaaa

Kalo dalam hubungan sume nak tunjuk ego. Nanti time gado sape yang nak mintak maaf? Tak kan nak biarkan masalah tu selesai dengan sendiri nye. Itu bukan cara yang terbaik la kawan. Jap jap. Boley ke masalah gado gado boley selesai dengan sendiri nye? Nampak cam giler cool. Gua tak pasti la tentang itu. Hehehee. Rendahkan sikit ego tu, dan start mengalah. Tak de hal la kalo korang turunkan ego korang tu. Bukan kuar dinosor gigit korang pon kalo ego tu turun. Hahahahaaa





Semalam gua layan FB, de pasangan tengah perang besar. Yang perempuan kate lelaki yang ego tinggi and yang lelaki pula, kate perempuan tu yang ego tinggi. Dalam situasi nie, gua pon tak pasti siapa yang betul and siapa yang salah. Cuma satu nasihat je gua ley kasi. Korang try cakap baik baik. Guna kan bahase yang indah indah time korang belajar BM dulu. Kate kate yang mampu mencairkan wanita wanita diluar sana. Jangan ngorat bini orang sudah. Tu menyusahakan diri namenyer. Then jangan la terlalu kedekut untuk meminta maaf. Tak salah pon mintak maaf even tak de wat salah pon. Tak kene tumbuk la kalo selalu cakap maaf. Hahahahaaa

And yang paling penting. Salah seorang kene mengalah. Kalo rase diri tu susah sangat nak mengalah. Belaja la untuk mengalah. Orang yang selalu mengalah bukan la seorang yang lemah, tetapi merupakan orang yang kuat kerane mempunyai kekuatan untuk mengalah demi orang yang tersayang. Nie ayat gua reka sendiri, korang jangan nak memandai nak follow, nanti sesat jangan nak salah kan gua lak. Hahahaaaa

Ego seorang wanita adalah amat diperlukan kerana kebanyakan wanita ego demi untuk menjaga maruah dirinya. Dalam konteks ini ego adalah amat perlu dalam menilai harga diri seorang wanita itu.

Syah     : Hai, sorang aje. Tak takut ke? Meh la sini abang hantar pulang. Panas ni tengah hari jalan kaki. Jom la Temah.

Temah   : Eh, tak naklah aku naik motor buruk kau ni. Kalau Mercedes ke, BMW ke, nak jugak aku tumpang… Huh! (mendongak ke atas sambil berlalu pergi)

Tapi kalo ego nyer begini. Patut la di bagi kaki sahaja. Jual mahal sangat. Nanti tak laku padan muke. Hahahaha. Gua da tak ade idea nak cakap pe. So, gua chow dulu. Adios...

p/s : sape makan cabai, nanti die yang kene tibai. heheheee :)

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

17 February 2012

Tips Putus Cinta...

Assalamualaikum semua..

Kali ni gua nak wat entry sedey plak. Pasal pe? Itu gua punyer suke. Hidup ini bukan cuma ade gembira je. Sedey itu perlu juga. Dan bersifat celake itu perlu. Heheheee

Dalam kehidupan ini, seriously kite tak akan tak pernah putus cinta. Putus cinta itu seperti lumrah dalam kehidupan. Tipu la kalo de orang selalu bercinta tapi tak pernah putus cinta. Percintaan ini adalah something yang indah dan boleh menjadi sesuatu yang sangat terok lagi dasyat bile putus cinta.

Putus cinta selalu nyer terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:

1. Kecurangan
2. Cemburu
3. Tidak serasi
4. Percintaan jarak jauh
5. Kehadiran orang ketiga dan lain2 lagi

Terdapat satu fakta yang mengatakan, lelaki mengalami stress yang jauh lebih besar daripada wanita ketika menghadapi situasi putus cinta. Secara statistik, lelaki yang bunuh diri akibat kemurungan kerana patah hati atau putus cinta mencapai nisbah 4:1 daripada wanita.

Ini disebabkan kerana lelaki tidak mampu mengungkapkan masalah emosional mereka pada orang lain, bahkan pada kawan baik sekalipun. Sebagai lelaki, kita seharus nyer tidak cenderung memendam masalah sehingga merosakkan akal fikiran. Betul atau tidak mende nie, gua tak pasti. Maybe betol kot sebab gua selalu gak dengar cite laki bunuh diri sebab putus cinta.

Kali ni gua nak kasi tips lepas putus cinta. Tips nie gua search je and ade gak based on experience gua yang tak seberape nie. Hahahahaaa



**********************

1.   Menangis

Kalo dah tak ley nak tahan sangat air mate tu, nangis je r. Itu mungkin perkara yang terbaek sekali nak menggambarkan hati yang remuk hancur berkecai. Tapi nasihat gua la, jangan nak nangis lame2 sangat. Dua tiga ari dah la. Dan jangan nak tunjuk kat satu dunia yang anda tengah sedey. Siyes melampau sangat. Jangan sebab putus cinta, da tak nak pergi kerja, nak stop study, tak makan sampai kesihatan terjejas. Tak elok sume 2, sian kat mak bapak skit sebab asyik riso  kat korang tu. Jangan nak pentingkan diri sendiri je. Orang len pun pernah putus cinta gak.



2.   Bz kan diri

Bz kan diri itu bukan bermaksud bz body. Dah laen da maksud itu. Silap2, disebabkan bz body 2, ley gado anak2 jiran sebelah 2. Bertumbok bertampar. Heheheee. Korang kene la bz kan diri dengan wat keje2 rumah yang korang tak pernah wat tu. Mop lantai rumah, cat bumbung rumah, cat dinding rumah. Sume keje korang tak pernah wat, korang try la. Mane tau, korang enjoy. Heheheee. tak pon, korang layan balik muve2 yang korang dah tengok sampai 10kali kasi hafal sume dialog. Mane tau lepas nie korang ley jadi pelakon plak. Heheheee. 



3.   Keluar dengan member2

Kalo duduk umah asyik nangis je. Elok lah kuar ngan member2 len. Mane tau tengah2 kuar ngan member jumpa bf/gf baru. Kan seronok tu. Heheheee. Get new life ! Lagipun, member2 kan just tempat luahan prasaan bile dalam kesusahan je. Kalo tak susah, tak de nyer nak contact2 member. yang ni gua terase. Asyik 24/7 mesej bf/gf je. Cam da  tak ade keje len. Mak suroh kasi kucing makan pun tak nak sebab bz mesej. Adoi... Kesian kucing tu kelaparan.



4.   Menghapus kenangan bersama

Bile rase2 sampai bile2 tak ley nak lupe kan bekas kekasih tu. Bersedia la nak buang sume2 gambar, remove contact, padam sume mesej2, remove friend dalam laman sosial, bakar sume barang yang bekas kekasih kasi. Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin dan delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. So, korang take time la k. Maybe masa akan membantu korang start new life.



5.   Bersedia dengan kehidupan yang berbeza

You Never Walk Alone (YNWA). Kalo dulu ade orang yang selalu bersama dengan korang. Tapi sekarang kamu bersendirian saje. Tapi ingat lah. Kamu still ade family yang sayang kan kamu lebey dari segala nyer. So jangan nak letak diri korang dalam hidup yang sunyi. Maybe meluah kan perasaan kepada family sendiri akan melegakan segala tekanan yang datang. 



6.   Sila benci bekas kekasih anda

Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, korang harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa. Kemudian, hubungi bekas kekasih korang balik. Sila maki dan marah bekas kekasih korang tu walaupun sedikit sebanyak korang pun ada salahnya terjadinya perpisahan tu. Lepaskan amarah dalam dada sepuas hatinya.



7.   Dekatkan diri dengan agama

 Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa yang terluka. Ia juga dapat membantu korang untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa. Tetapi bukan korang perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas.



**********************

Belajarlah terima kenyataan yang korang dah tak ade hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak boley terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan dengan dia? MOVE ON! Korang juga sepatutnyer menerima orang baru yang hadir dalam hidup korang kerana setiap pertemuan dan perpisahan ade HIKMAH yang telah ditetapkan. 

Mungkin orang baru itu akan mengajar erti bahgia yang sebenar dan bukan nyer bekas kekasih. Siapa tahu mase depan kan. So, jangan terlalu memikirkan bekas kekasih kerana die tidak akan meninggalkan diri korang jika dia adalah jodoh korang.

Kadang2 hidup ini agak kejam, tapi kite seharusnyer pandai menyesuaikan diri dengan hidup baru. Tapi bagi gua, tips di atas banyak yang korang boley pakai and ade risiko yang korang perlu tanggung selepas tu. Maybe lepas korang remove sume contact bekas kekasih korang, korang menyesal kerana mane tau satu ari nanti korang boley jadi kawan baik. Semakin kita benci semakin kuat perasaan rindu itu menguasai kita

p/s : bagi gua, setiap bende yang pergi. bende yang lebih baek akan datang. smile :)

Tamat sudah cerita gua. Sekian !