churp

Showing posts with label cerita tipu. Show all posts
Showing posts with label cerita tipu. Show all posts

10 May 2012

Cerita Giler !!

Pada suatu malam yang gelap gelita. Di sebuah kampung yang tiada bernama. Kelihatan seorang pemuda yang tidak diketahui dari mana dan siapa singgah ke kampung tak bernama itu. Pemuda itu kelihatan gundah gulana kerana barangkali beliau sudah tersesat ditengah malam itu. Tiba tiba


"Abang, jauh lagi ke nak sampai nie? Dah lenguh badan badan saya duduk dalam kereta nie". Satu suara perempuan yang tidak diketahui datangnye tiba tiba memecah keheningan di malam hari itu.

Pemuda itu tersentak lantas menggeletar satu badan nyer. Dikuatkan semangat nyer untuk tidak menghiraukan suara yang menggangu concentration nyer untuk memandu. Diikutkan perkiraan, sudah 18 jam pemuda itu memandu tanpa henti. Memang agak memenatkan bagi pemuda itu tapi disebabkan sifat kedekot beliau yang sangat celaka, beliau menggambil keputusan tidak mahu beristirehat di R&R di sekitar lebuhraya di Malaysia. Hal ini mungkin berlaku disebabkan harga makanan makanan di R&R itu lebih mahal 20 sen ke 30 sen dari harga yang sebenar. Sungguh dasyat sifat kedekut beliau.

"Abang ! Nape diam nie. Tensen la saya ! Cuba cakap. Bisu dah ke"? Sekali lagi suara perempuan tadi memecah lagi keheningan malam itu. Tapi dengan nada yang lebih kuat dan nyaring. Burung burung gagak yang sedang bersenang lenang di atas pokok pain turut terkejut dan menggelabah meninggalkan pokok pain itu dek kerana ketakutan sama seperti pemuda itu alami.

Suara yang lebih kuat daripada biasa itu terus menyebabkan pemuda itu semakin gelabah. Wajah nyer bertambah pucat seperti kehilangan 100 liter darah. Dah la sedang sesat di satu kampung yang tiada bernama, ditambah lagi dengan suara yang entah datang dari mane. Situasi itu mampu menggoyangkan lutut sesape sahaja yang ada di dalam kereta tersebut. Lantas pemuda itu segera membrek kereta kancil nyer disatu simpang dan segera meninggalkan kereta kancil yang belum abis lagi dibayar hutangnye disimpang itu dan terus berlari memecut laju seperti dikejar gorilla.

"Abang ! Nak pergi mane plak tu abang. Giler da ke"? Suara perempuan yang entah dari mana itu kembali bersuara. Kali ini dua kali lebih kuat berserta dengan suara orang mengilai ngilai.

"Eh ! Siapa plak yang mengilai ngilai tengah malam ini"? Suara perempuan itu berkata kata. Didengar nyer suara itu dengan teliti dan dicarinye punca suara mengilai ngilai itu. Tiba tiba lagi sekali.

"La, fon laki aku ke yang bunyi. Ape kejadah nye laki aku buat ringtone suara antu mengilai nie. Dah la tetiba lari dekat tengah hutan tu. Isyh ! Tak paham aku ngan laki aku nie". Bisik perempuan itu di dalam ati nyer.

Diangkat nyer panggilan itu dan terjadi la perbualan seperti ini

Si isteri : Hello hello. Sapa di sana.

Si pemanggil : Saya di sini. Sapa plak di sana?

Si isteri : Ya ya, saya di sana. Sapa di sini?

Si pemanggil : Saya la di sini. Sapa di sana?

 Kelihatan mereka seronok sekali dengan panggilan itu. Seperti dua orang giler sedang berbual sahaja. Pebualan itu berterusan selama 15 minit dan tiba tiba terputus.

Si pemanggil : Tut tut tut... Tut tut tut.

Si isteri : Ye saya bercakap.

Si pemanggil : Sori about that. My coin finish already.

Si isteri : Wah wah. Sekiping kau nyah. Kelas gitu. Hahahahahaa

Si pemanggil : Bese la tu. Orang duduk KL. Mesti la sekiping rite. Hahahahahaaa.

Si isteri : Setakat sekiping je pandai, tapi kol gune public pon. Baek tak yah ngaku duduk KL. Buat malu orang KL je kau nie nyah. Hahahahahahaa

Si pemanggil : A'a kan. Malu la gua der. Hahahahaa

Perbualan itu berterusan selama 10 minit. Perbualan yang dipenuhi gosip gosip liar itu ter henti apabila...

Si pemanggil : Kau ngan Mail biler nak sampai umah aku nie Kiah. Penat aku tunggu nie. Dari pukul 1 petang sampai ke 1 pagi dah aku tunggu nie.

Kiah : Ntah la Senah. Laki aku tetiba jadi sasau. Pastu die lari pecut dalam utan sorang sorang. Macam nampak antu je.

Senah : Isyh. Buang tebiat Mail tu ye. Kesian aku ngan laki kau tu. Mude mude da sasau. Hahahahahaa. Kau mesti pakai bedak sejuk dalam kereta lagi kan

Kiah : Opkos la. Macam tak biase je kau. Hehehehehee. Takpe la. Aku drive sorang la balik umah kau. Tunggu... Mail tu, kalau aku jumpa die esok aku jemput die. Heheheheee

Senah : Okey okey. Aku tunggu kau. Bye.

Kiah : Bye.

Lantas, si Kiah pun membawa kereta kancil milik laki nyer itu ke rumah senah yang terletak 2 kilometer sahaja lagi di hadapan.

Pada masa yang sama, si pemuda yang bernama Mail itu telah berlari sejauh 5 kilometer ke dalam utan. Dan menggunakan akal fikiran beliau yang sedikit waras itu, beliau segera membuat bahasa tarzan. Maka, beribu ribu la binatang datang menyahut seruan tarzan Mail. Disebabkan Mail amat hebat membuat bahasa binatang, dia menggambil keputusan untuk tinggal bersama sama binatang binatang itu sehingga beliau terlupa akan bini nyer Kiah. Mail akhirnya hidup bahagia dengan binatang binatang itu, sehingga beliau ditembak mati sebulan kemudian oleh laki Senah kerana disangkakan gorilla datang menyerang kampung "Tiada Bernama". Si Kiah pon berkahwin baru dengan lelaki lain.

Sekian...

p/s : tahniah pada sesapa yang bace cerita ini sampai abis. hahahahahaa
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

20 March 2012

Date !!

Di suatu pagi ketika gua sedang makan di warung Pak Mat. Gua telah dihadapkan dengan satu aksi ngeri di mana seorang isteri membelasah suami nyer dengan sebatang kayu balak sebesar kereta kancil kawan gua. Sang suami yang dipukul kayu balak itu kelihatan seperti tidak sakit pun, malah hanya tersenyum dan ketawa girang seperti menonton persembahan Sepah di funfair dekat sebelah rumah gua je pada minggu lepas. Lawak sungguh performance diorang time tu sampai orang ramai yang menonton nyer berguling guling 100 minit non stop termasuk gua. Heheheheee.

Aksi ngeri itu berlangsung selama 300 minit tanpa henti menyebabkan gua telah menghabiskan tiga cawan milo ais dan tiga bungkus nasi lemak dan terpaksa membayar sepuluh ringgit untuk makanan makanan tersebut. Gua yang ketika itu hanya membawa tujuh ringgit terpaksa berhutang sebanyak tiga ringgit. So, secara total nyer pada ari itu, gua telah berhutang sebanyak lima ribu ringgit termasuk hutang tertangguh dahulu kala dengan Pak Mat. Disebabkan Pak Mat baek orang nyer, mana mungkin die tidak benarkan gua berhutang dengan die kerana gua merupakan pelanggan tetap beliau yang suke berhutang ribu ribu nie. Orang laen mane berani. Heheheheeee

Perkara di atas menyebabkan gua tidak puas ati dengan suami isteri yang bergadoh tadi kerana mereka, gua tidak mempunyai duit lagi untuk lunch pukul 1300 nanti di warung Ismail. Gua menggambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan pasangan tersebut untuk berbincang tentang ganti rugi yang sepatut nyer gua dapat iaitu sebanyak 50 juta akibat aksi mereka yang terlampau itu.


"Hello akak akak dan abang abang sekalian. Dari tadi saya tengok kamu berdua bergadoh, tak bosan ke?" Gua memula bicara. Sungguh sopan sekali percakapan gua ketika itu. Heheheheheee

"Bosan? Sori sikit adik. Tak kan bosan nyer kalo dapat pukul laki sendiri dengan kayu balak ni ha. Adik tak pernah try ke? Nak try tak"? Si isteri membalas bicara gua beserta jemputan untuk memukul laki nyer sekali.

"Sopan dan baek juga si isteri itu ye walaupun die sedang mengenggam erat kayu balak itu". Bisik hati gua.

"Betul nie akak kasi try, teringin juga saya ingin memukul laki akak ini. Disebabkan die, saya telah menghabiskan duit makan tengah ari saya untuk ari nie. Saya geram nie dengan laki akak". Gua mule menunjukkan ketidakpuasan ati gue kepada si isteri itu.

"Iye adik, nah nie kayu nyer. Pukul la laki akak nie. Akak tak kisah pon". Si isteri berkate kate sambil ketawa berdekah dekah sampai terkeluar anak tekak nyer. Heheheheee

"Kalo saya pukul laki akak, saya still bole mintak ganti rugi 50 juta tak sebab saya tak dapat lunch tengah ari nie"? Gua mendapatkan kepastian tentang ganti rugi tersebut.

"Tak ade hal la adik. Tapi nape mintak 50 juta je? Mintak la 100 juta ke, satu bilion ke, baru nampak gempak sikit". Si isteri membalas

"Saya orang baek baek, tak reti nak tamak tamak nie". Gua membalas. Ringkas sekali kate kate gua macam cilake. Hahahahaaa

Lantas gua mengenggam kayu balak itu dan terus memukul laki si isteri tadi dan si suami itu terus terpelanting beribu ribu kilometer jauh nyer kerana pukulan gua yang terlalu dasyat giler itu mampu membuatkan bola besbol musnah sekelip mata tanpa dapat dijejaki oleh, CSI, FBI, mahupun PDRM. (why PDRM? why PDRM why?) Betapa kuat nyer pukulan gua tu kan. Hehehehee

Sesudah gua menjalankan amanat gua terhadap si isteri untuk memukul suami die, gua teringat yang gua ade date dengan si awek pada pukul 1200. Memandangkan gua telah menghabiskan 500 minit untuk membincangkan tentang ganti rugi, so gua mempunyai mase lagi 30 minit lagi untuk berjumpa si awek. Btw, si isteri itu bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak 50 juta itu minggu depan. Betapa epi nyer gua ketika itu. Rase nak kawen empat je time tu.Hahahahahaa. Tapi semua nyer mustahil, kerana gua ingin menjelaskan utang utang tertunggak gua sebanyak 49.99 juta. Sedey ati gua mengenangkan nasib gua yang malang itu. Huhuhuhuuu.

Lalu, gua start moto dan memecut laju sehingga 500 km/h dari Ipoh ke Kampung Baru. Perjalanan yang kebiasaan nyer menggambil mase tiga jam lebey itu akan gua compress kan nyer menjadi 15 minit sahaja. Dalam gua memecut laju, tiba tiba gua terlihat sebuah kapal angkasa berada 200 km di hadapan gua sedang berenti di R&R dan  kelihatan seekor alien telah menghalakan sepucuk senapang pak cik gua yang telah hilang 1000 tahun lalu tepat ke arah moto gua. Kehebatan senapang pak cik gua itu mampu membuatkan sesape yang tekena tembakan nyer itu mampu melayang sehingga ke planet pluto.


Gua yang ketakutan ketika itu segera memberhentikan moto gua dan menekan button emergency yang ade di moto gua. Tetiba, moto gua bertukar menjadi robot transformers. Gua yang ketakutan sebelum ini terus menjadi teruja dan bersama sama robot baru gua itu, gua segera berlari ke arah alien tersebut dan menyepak kapal angkasa nyer melayang ke ruang udara. Alien yang sebelum ini yang menghalakan senapang ke arah gua tadi terus melepaskan tembakan bertubi tubi ke arah robot gua sambil memakan ubi rebus yang dijual di R&R itu.

Gua yang agak bengang kerana asyek ditembak terus memijak mijak alien tersebut seperti melenyek lenyek lipas tanpa belas kasihan sikit pon. Hohohooo. Tetiba (tetiba lagi. bosan la) keadaan cuaca yang tenang sebentar tadi terus bertukar gelap gelita dan guruh berkeliaran menyambar nyambar sesape saje yang dikehendaki. Abis tiga ekor lembu Pak Atan mati ditembak petir. Kasihan. Hehehhee. Tidak semena mena, satu panahan kilat hinggap dekat badan alien itu. Kemudian nyer, alien itu terus membesar dan membesar dan menjadi raksasa seperti dalam cerita Power Rangers dulu dulu.

Gua dengan bantuan robot baru gua Bebalby terus berlawan dengan raksasa itu. Perlawanan sengit (sengit la sangat) itu menyebabkan Bebalby cedera parah sehingga hilang sume anggota badan nyer diratah gelojoh raksasa itu dan yang tinggal hanya kepala nyer sahaja. Raksasa yang 100 kali ganda lebey besar itu terus membuat onar sehingga air laut di Selat Melaka bergelora menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Sungguh tidak baek itu raksasa. (beremosi jap). Huhuhuhuhu

Dalam keadaan yang sukar itu, tetiba muncul keajaiban. Seorang wanita datang dari ceruk planet mane ntah membawa bazoka dan menembak tepat dahi raksasa itu dan raksasa itu mengecil dan terus mengecil sehingga sebesar seekor cicak. Gua kemudian nyer berlari lari memijak raksasa kenit itu sehingga hancur. Selepas puas ati memijak raksasa kenit itu, gua merenung tepat ke arah wanita itu. Tenung dan terus tenung lantas wanita itu menjerit.

"Hoi" !!

Satu suara yang gua seakan akan familiar tetapi tidak ingat di mana gua pernah mendengar nyer. Gua hayati kembali suara itu dan...

"Ape cerita awak merepek nie, da lambat tu lambat la, tak payah nak wat cerita utang berjuta juta, ganti rugi, alien bagai. Geram tau saya dengan awak nie, satu jam saya tunggu cam orang bodoh kat sini". Si awek mule memarahi gua.

"Mane ade merepek. Betul la cerita saya". Gua membalas dan menunjukkan bangkai cicak di depan moto gua menandakan gua tidak merepek. Comel juga muke si awek nie biler marah. Hehehhehehe

"Tipu lagi. Benci awak tau tak. Rumah awak tak sampai 15 km je dari sini, yang menipu dari Ipoh nak ke sini pasai pa. Ingat saya tak tau ke rumah awak mane"? Si awek memarahi gua.

"Sori sori, salah saya. Nanti saya belanja awak lunch dekat hotel lima bintang k". Gua memujuk si awek.

Macho juga cara gua memujuk si awek nie. Sampai die mengganguk angguk tanda percaya. Tapi benggap betol die tu kerana percaya yang gua akan bawak die dekat hotel lima bintang. Gua nie da la kedekot. Setakat warung lima bintang tepi umah Cik Senah tu pun gua berkire nie lak nak belanja die dekat hotel lima bintang. Mustahil tu mustahil. Hehehehe. Gua membuka wallet melihat duit gua.

"Eik ! Singgit je ade camne nak belanja die makan nie". Ati kecil gua berkata.

Kemudian, gua merenung tepat ke mata si awek membuat mata berkaca kaca. Si awek nampak nyer seperti mengerti ape yang gua ingin sampai kan.

"Ok fine, awak tak ade duit nak belanja makan. Nanti saya yang bayar makan tu. Dah la datang lambat, pastu suruh orang belanja lak. Melampau je" Si awek memerli gua

"Thankz awak". Gua membalas, even perlian nyer sungguh menikam kalbu gua ini. Huhuhuuhuu

Kemudian kami segera meninggalkan kedai Cik Nah tu dan terus pergi ke tempat laen berbekalkan duit singgit gua. Nampak gaya nyer, si awek la kene supot gua date kali nie. Bahagia je rase. Kalo selalu kan bagus. Hahahaaa

Berakhirnyer cerita gua tentang date ini.. Tamat.

p/s : tak ade idea :)
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

16 March 2012

Alasan...

Satu pagi yang sunyi tanpa ayam jantan yang berkokok kerana meninggal dunia akibat dibaling botol syampoo oleh gua kerana sering kali menggangu tido gua dengan memekak di pagi ari. Beliau tidak tahu ke yang tido berkualiti mampu membina fikiran yang cerdas. Tanpa fikiran yang cerdas, bagaimana gua nak menunjukkan pretasi yang cemerlang dalam kehidupan seharian. Heheheheee

Gua syak la, ayam ayam nie yang yang buat gua asek kecundang dalam peperiksaan. Asek menggangu tido gua je tiap tiap pagi. Then, last last, gua tak bole nak concentrate dalam ujian dek kerana gangguan emosi akibat mendengar kokokon beliau setiap pagi yang mengikut irama R&B tu. Time tu, nak salin soalan pun gua tak boley, apatah lagi gua nak menjawap soalan tu. Sudah tentu la tidak boley. Okey, nie gua tipu. Heheheee. Dah la gua selalu kantoi dek kerana bawak pinjam toyol. Kalo camni la tiap tiap semester, memang gua tak berjaya la dapat umah four flat. Hohohohooo.

Part kantoi nie pun gua heran gak, punyer baek la gua sorok kan toyol tu, last last gua kantoi gak. Ini mesti kes lecturer gua pun kaki bawak toyol gak time jawap exam dulu. Kalo tak, macam mane die tau gua simpan toyol tu dekat dalam stokin, dekat dalam pencil case, dalam kocek seluar, dalam tandas, dalam baju, dalam baju kawan gua. Gua bukan sengaja nak bawak toyol toyol tu sume. Gua just ikot bak kate pepatah omputih tu, “It's not how many times you fall that matters, it's how many time you get back up”. Nampak tak ayat tu !? Nampak sangat ayat kopi paste kan. Hahahahaaaa

Tiba tiba.. (eh, tetiba je tiba tiba)



"Argghhh... Lambat bangun lagi. Mati la aku kali nie. Dah sebelas kali lambat dalam mase dua minggu nie.

Gua mengelabah sendirian dan segera mencapai tuala. Gua membuka baju dan sedia untuk mandi. Gua masuk ke bilik air dan membasuh tangan. Tidak semena mena, tangan gua menjadi beku akibat menyentuh air sejuk itu.

"Isyh, sejuk sangat air nie. Baek aku tak payah mandi. Gosok gigi dengan basuh muka dah la". Gua berpikir kesorangan.

Jam di fon menunjukkan pukul 0755. Itu bermaksud gua ade lima minit je lagi untuk pergi ke kuliah. Gua segera memakai baju dan terus melompat dari bilik gua ke tempat parking moto. Selepas melompat, gua baru tersedar, yang gua duduk di tingkat empat. Gua telah membuat kesilapan yang besar pada pagi itu bukan kerana gua bertindak bodoh terjun dari tingkat empat, tetapi kerana gua telah melakukan kan aksi bertaraf lima bintang itu tanpa sempat merakam nyer. Camne la gua boley lupe. Heheheee

Time mendarat tu, nasib baek la gua tidak cedera parah, Hanya patah tulang ibu jari kaki kiri dan patah jari tengah tangan je. Hebatkan gua. Batman pon sure sure kalah nyer. Hahahaaa. Tapi dengan keadaan gua yang tak seberapa teruk tu, gua tetap terus melangkah ke tempat parking moto dan meneruskan perjalanan ke bilik kuliah.

Dalam perjalanan ke bilik kuliah, ketika gua sedang membawa moto kawasaki ninja dalam kelajuan 200 km/h. Tiba tiba, sebuah moto yamaha ego memotong gua dari belakang. Gua terkejut dan terus mengejar moto yamaha tu.

"Macam mane moto buruk tu boleh bawak sampai 200++ km/h. Ape enjin roket ke die pasang dekat moto tu." Gua bercakap sendirian.

Dalam suasana pecut memecut tu, moto yamaha itu telah berada seratus kilometer dihadapan gua. (nampak benor nipu nyer) Disebabkan gua rase tercabar, lantas gua menekan button nos yang telah sedia ade pada moto gua (dan dan je moto gua ade nos time tu kan) dan akhirnye gua dapat meninggalkan moto honda tu seribu kilometer dibelakang.


" YES !! Puas ati aku dapat kalah kan kau moto burok. Makan asap la engkau. Dasar moto lembab". Gua menjerit di atas moto dengan sekuat ati nyer.

Pada saat itu juga la, sebuah kerusi hinggap di kepala gua.

"ADOI !!".Gua mengerang kesakitan.

Gua menoleh kebelakang dan melihat seorang orang tue tengah berlari mengejar gua kerana telah melanggar kebun lobak nyer sehingga hancur lobak lobak beliau. Gua memberhentikan moto gua dan memohon maaf kepada orang tue itu kerana merosakkan kebun lobak beliau.

"Baiklah, aku maafkan kau." Orang tue tu memaafkan gua selepas membelasah gua sampai semua gigi gigi gua patah. Kesian kan gua. Heheheeee.

Selepas dibelasah orang tue itu, gua pun pergi ke hospital untuk mendapatkan gigi palsu beserta rawatan akibat dibelasah tadi. Kemudian gua kembali meneruskan perjalanan ke kuliah gua dan terlambat selama satu jam.

"Begitu la cerita saya mengapa saya lewat ari ini puan". Gua memberikan alasan kepada lecturer gua. Baek punyer alasan kan. Heheheheeee.

"Punyer panjang cerita kamu, satu jam je lewat? Sah sah la kamu menipu saya kan." Lecturer gua bersuara.

"Disebabkan cerita kamu yang super power tu, saya kasi kamu assingment yang super power juga ok. Saya nak kamu buat assingment tentang cara cara mengatasi bangun lewat dalam seratus muka surat. Minggu depan saya nak tengok !" Tambah beliau lagi.

"Hahahahahahahahaha". Satu bilik kuliah menggelakkan gua kerana alasan gua yang giler tadi itu.

Gua hanya menundukkan muka dan berlalu pergi akibat malu ditertawakan rakan sebaya.

Sekian sahaja cerita tipu ini :)

p/s : gua bosan, so cerita pon bosan. heheheheee
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

03 March 2012

Bla bla bla... [Part 2]


"Mane budak perempuan tu Hafiz?" Zahar bertanye kepada gua.

"Entah, tak tau die pergi mane". Balas gua pendek.

"Hai, name saya Isa. Nama awak sape? Awak rumate saya gak erk? Isa bertanya dengan banyak sekali soalan nyer. 

Nampak excited sungguh berjumpa dengan Zahar. Mungkinkah mereka berdua ade sesuatu rahsia yang gua tak tahu. Gua sendiri tidak pasti. Hahahaaa

Hurm... Bla bla bla... Isa budak terengganu. Bla bla bla... Die dapat tawaran sambung diploma. Bla bla bla...Zahar nampak die dengan perempuan comel. Bla bla bla... Isa kenal kan gua dengan perempuan comel tu. Bla bla bla... Gua ayat perempuan tu. Bla bla bla... Perempuan tu sangkut... Bla bla bla... Zahar ayat perempuan lain. Bla bla bla... Isa pergi library pakai short. Bla bla bla... Gua nasihat Isa pakai seluar panjang. Bla bla bla... Bape banyak bla la weyh. Hahahaaa

Pada suatu hari...

"Hafiz, duduk kat matrik nie susah la. Payah sangat. Huuu." Isa mengadu pada gua.

"Memang la, ade aku kate senang ke? Hahahaha". Gua membalas dengan nada selamba.

"Camne nie. Huuuuu". Isa kesedihan.

"Camni la, kalo aku jadi kau, aku tak masuk matrik ni, aku lagi prefer masuk u amik diploma. Kau kan dapat tawaran kat UMT. Lebey bek kau masuk sane. Tak ade la teruk sangat la macam study kat matrik nie". Gua berkate kate dengan penuh semangat.

Isa memerhatikan gua tanpa mengelipkan kelopak mata nyer sambil mulut nyer terbuka luas. Tiba tiba, seekor cicak yang ntah dari mane datang nyer telah turut mendengar nasihat gua terhadap Isa lantas cicak itu bertepuk tangan tanda menunjukkan kekagumannye terhadap gua. Dengan tidak semena mena nyer, cicak itu telah terjatuh ke dalam mulut Isa dan Isa mengunyah ngunyah cicak itu dan memakan nyer. 

"Sedap nyer cicak nie. Nak lagi bole?" Isa berkate kate tentang kesedapan cicak itu. 

Gua pun mengiyakan sahaja tanggapan Isa tentang cicak itu kerana gua pun turut terliur melihat Isa memakan cicak itu.

Sungguh sial sekali gua bercerita tentang penipuan yang tidak masuk akal ini. Memang celaka la siapa yang mempercayai cerita tipu dari gua ini. Hahahahaaa

Pada keesokan hari.



"Aik? Kosong da katil Isa nie. Mane die pergi?" Tanya gua kehairanan kepada Zahar.

"Ntah. Eh, dalam loker die ade biskot la. Jom makan". Zahar mengajak gua memakan biskut itu bersama nyer.

"Jom". Gua menerima perlawaan tersebut.

Tiba tiba...

"Weyh, ade surat la". Zahar memberitahu gua.

Surat itu dari Isa yang telah keluar dari matrik pada pagi itu kerana tidak tahan dengan suasana di matrik yang amat susah. Die juga meninggalkan cadar yang telah gua rembat sebelum surat itu ditemui dan meninggalkan pesanan yang hanya satu saja yang gua  mampu untuk ingat iaitu berkaitan perempuan. 

"Hafiz, hope berjaya la cari awek dekat matrik itu dan thankz pasal nasihat semalam".

Sungguh celaka die mengatakan sebegitu kepada gua. Gua syak yang die nie tau yang gua selalu fail ngorat perempuan nie. Malu la gua nak jumpa die lagi camni. Hahahahaaa. Dan yang pasal nasihat tu, bodoh nyer die mendengar nasihat gua itu. Gua hanya mampu ketawa sahaja mengingati nasihat yang telah gua berikan. Hahahaaaa.

Isa. Kalo kite jumpa kat terengganu. Gua harap lu carikan gua sorang lagi awek kat sane. Awek dulu telah gua putuskan perhubungan itu di tengah jalan mati di tepi rail keretapi. Sungguh tragis perpisahan itu. Hahaaaa.

Sekian sahaja cerita gua kali ini. Segala situasi telah direka kembali tanpa mengikut susunan yang sebenar kerana gua pun sudah tidak ingat lagi jalan cerita yang sebenar. Hahahaaaa Sebahagian besar daripada entry ini adalah rekaan gua semate mate. Semua watak dalam cerita ini adalah benar dan sebenar benar nyer. Hehehee..

Hope korang enjoy. Chow !!

p/s : sungguh seronok merepek dimalam hari. hahaaaaa 

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

24 February 2012

Satu Konspirasi..

6.39 pagi

*****************

Gua dikejutkan dengan suara budak kecil merengek. Lantas gua capai fon dan matikan alarm yang membingitkan halwa telinga gua. Gua cek fon. Zero mesej. Miskol pon tiada. Alangkah kasihan hidup gua sekarang. Tiada lagi ucapan selamat pagi dari sesape pon. Hidup kesorangan dan tiada siapa datang membantu dikala gua kesedihan.

Jap jap. Asal sungguh cilake itu ayat. Korang jangan cayer sangat dengan ape yang gua bagi tau tadi. Maybe some part de yang betol and maybe some part gua kasi korang auta aje. Heheheheee 

*****************

Perempuan, satu mahluk yang diciptakan yang agak menarik dan mempunyai 1001 emosi yang lebey dari seorang lelaki mahupon pondan. Hahahaaaa. Emosi mereka yang kadang kala keterlaluan membuatkan para lelaki seperti gua agak cuak untuk melukakan perasaan mereka. Gua memang tidak ensem tapi gua still lelaki dan bukan pondan.Agak cilake la orang yang mengatakan gua ini pondan. Hahahaaaa

Perasaan jeles yang keterlaluan tanpa disedari membuatkan hidup mereka semakin tidak tenang. Ape saje yang dilakukan oleh para lelaki menjadi perhatian dan masalah kecil seperti semut boleh menjadi sebesar dinosor lantas berlaku nyer perang teluk edisi khas. Okey, nie gua tipu. Hahahaaaa




Perempuan juga satu kaum yang mudah sangat termakan dengan pujukan dan cerita sedey. Amat malang la perempuan2 yang selalu mendengar cerita sedey gua itu.Selain daripada membuat cerita sedey, gua amat terok sekali dalam berkata2 manis sekali. Bukan kerana takut kencing manis, tapi gua tidak pandai sejak kecil lagi. Nie serios gua tak tipu. Hahahaaa

Dekat tempat gua belajar ni, gua ade beberape orang kakak yang sangat baik. Selalu belanja gua makan terutama nyer time gua pegi pasar malam ari rabu. Confirm diorang kasi upah dekat gua. Nape la pasar malam tiada ari2 dekat sini, kalo tak, boley la tiap2 ari mereka2 itu membelanjai gua yang selalu kesempitan uang ini. Ini secara tidak langsung membuatkan gua "sayang" akan mereka tetapi itu hanya sementara sahaja. Gua hanya "sayang" mereka2 itu bile mereka2 itu mengatakan mereka mahu belanja gua makan sahaja. Jikalau mereka tidak mahu membelanja gua, nescaya kasih "sayang" itu akan berkurangan secara automatik nyer. Hahahaaaa

Disebabkan mereka itu kakak2 gua, so, kehidupan mereka tidak akan lengkap tanpa mendapat kutukan2 professional dari gua umpama makan megi rebus air panas tanpa telur. Serios kurang sedap rase megi tersebut. Hehehehee. Kepakaran gua mengutuk mereka kadang kala mendapat cacian dan makian juga dari mereka lantas membuatkan gua merajok dan mengambil keputusan drastik untuk tidak online selame 6 jam. Hahahaaaa.

Sebagai seorang kakak kepada gua yang berperangai agak celaka ini, mereka amatlah selalu tidak melayani cerita2 sedey gua. Bukan mahu memberi kata2 semangat tapi telah memberikan gua kate2 kutukan yang amat menusuk ke dalam jantung hati yang mengepam darah selaju 120km/h. Kalo la gua ini mengalami gangguan emosi maka, secara rasmi nyer, gua akan menyalahkan mereka2 ini kerana telah memberi gua tekanan emosi secara drastik nyer. Hahahaaa

Okey2, gua dah cukup mengarut sangat ini. Tak pasal2 nanti, gua kene kutuk lagi dengan diorang yang tak berhati perut itu. Nanti gua cite lagi secara terperinci sape kakak2 gua yang gua telah kutuk ini. Hahahaaa. Nak pegi melawat diorang, klik sini

p/s: jangan marah ye gua punyer cerita yang agak mengarut ini. disebabkan gua dalam mud sedey, maka cerita2 gua semua nyer mengarut :)

Tamat sudah cerita gua. Sekian !