churp

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

14 August 2012

Friendship vs Love..



Friendship is a quiet walk in the park with the one you trust.
     Love is when you feel like you are the only two around.

Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care.
     Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart.

Friendship is being close even when you are far apart.
     Love is when you can still feel their hand on your heart
     when they are not near.

Friendship is hoping that they experience the very best.
     Love is when you bring them the very best.

Friendship occupies your mind.
     Love occupies your soul.

Friendship is knowing that you will always try to be there
     when in need.
     Love is when you will give up everything to be at their side.

Friendship is a warm smile in the winter.
     Love is a warming touch that sends a pulse through your heart.

Love is a beautiful smile to which nothing compares:
     A tender laugh, which opens your heart,
     A single touch that melts away your fears,
     A smell that reminds you of the tenderness of heaven,
     A voice that reminds you of the innocence of youth.

Friendship can survive without love.
     Love cannot live without friendship.


p/s : kadang kadang sebuah persahabatan itu lebih indah dari sebuah percintaan :)

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

27 June 2012

Long Distance Relationship !!

Assalamualaikum...


Cinta jarak jauh. Sejenis percintaan bukan makanan yang memerlukan kesefahaman dan keserasian antara pasangan yang lebih tinggi compare dengan percintaan jarak dekat. Cinta jarak jauh nie bukan satu benda yang mudah tetapi sesuatu yang giler susah. Kecenderungan untuk curang, tahap kejelesan yang tinggi giler, keraguan kesetiaan dan pelbagai lagi masalah yang datang dalam cinta jarak jauh ini.

Selalu nyer, orang akan berkata bercinta jarak jauh nie susah giler nak kekal dan sebab itu ramai orang putus cinta ditengah jalan. Tapi, bukan semua yang bercinta jarak jauh itu akan gagal. Ade je yang berjaya gua tengok. Time kapel dulu dulu bahagia gak sampai dah kawen dah pun. Anak anak bersepah sepah keliling rumah gak. Heheheheee

Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta. Sentiasa berhubung walaupun tak dapat berjumpa bagi mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain. Tentunya korang tak mahu pasangan korang mencari orang lain bagi mengisi kekosongan dan kesepian hati disebabkan pasangan yang tinggal jauh dimata betul tak. So, pandai pandai la korang nak atasi masalah ini dengan sendirinye okey. Gua tak reti nak bagi nasihat nie. Hehehehehe

Gua dah pernah bercinta pelbagai jarak nie so gua rase yang jauh nie lebih mencabar namun bende nie bukan sesuatu yang mustahil. Maybe macam macam masalah datang dan pergi disebabkan terpisah jauh. Tapi, takkan disebabkan jarang jumpa pun boley jadi masalah besar. Betul tak ? Yang penting korang betul betul ikhlas nak bercinta, bukan nak maen maen kan anak orang tu, yamg laen laen takde hal la. Niat tu penting. NIAT ! Hehehehee.

Semua nyer bergantung gak kepada kemampuan individu itu sendiri. Agak agak rase diri korang tu susah nak bercinta jauh jauh nie, cari la awek dekat dekat. Kalau jiran sebelah rumah tu ade anak lawa, tak salah korang nak berkawan dengan anak jiran korang tu. Gua rase macam tak salah je. Tak tau la kalau mak jiran korang tu kate salah. Tu memang salah la. Hehehehehee

Kalau nak gua cerita semua tentang cinta nie, mahu menangis gua kesorangan menerangkan betapa susah nyer nak bercinta tu. Dah la gua bukan orang yang hebat dalam hal hal berkaitan cinta cinta bagai nie. Memang silap besar la kalau gua bercerita pasal cinta cinta nie. Kalau gua diberi kamus pasal cinta nie, belum tentu gua dapat menerangkan ape itu cinta. Itu baru cinta, belum masalah masalah dalam percintaan lagi. Memang susah ye cinta nie. Payah payah. Hehehehhee

So cukup la sampai sini je la gua cerita pasal cinta jarak jauh ini okey. Kalau nak mintak gak nasihat dekat gua nie. Pergi la tanya dekat formspring gua. Gua akan try menjawab soalan soalan korang dengan jaya nyer even jawapan yang gua kaci itu memang patut dibagi kaki. Hahahahahaa. Ok la, chow !!


p/s : jangan nak bercinta kalau tak reti nak bercinta. kikikiki

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    10 June 2012

    Hurts Quotes..



    I'm going to smile like nothing wrong, talk like everything's perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting me.

    I want to love someone whose heart has broken. So he knows exactly how it feels and won't break mine.

    It hurts the most when the person that made you feel special yesterday makes you feel so unwanted today.

    When you are in love and you get hurt, it’s like a cut... it will heal, but there will always be a scar.

    Some people accidentally walk on your feet and apologize, while others walk all over your heart and don't even realize.

    If only you could delete feelings the same way you delete text messages.

    You know you deserve someone better when the one you’ve always fought for is also the one you’ve always cried for.

    A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.

    Love is like the truth, sometimes it prevails, sometimes it hurts.

    'I'm happy for you!' is the hardest lie to tell when your old love found someone new.


    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    31 March 2012

    Lelaki, Perempuan dan Kawan


    Situasi 1 :

    *************

    Di suatu malam yang suram dan muram menandakan malam itu tidak indah seperti malam malam sebelum nyer kerana hujan akan melanda di beberapa negeri tepilih di semenanjung Malaysia. Di ketika itu la kelihatan seorang pemuda sedang khusyuk bermaen dota. Di saat beliau hampir memusnahkan semua tower pihak lawan, tiba tiba fon beliau berbunyi.

    "Tet tet"

    "Isyhhh. Sape la pulak kaco aku tengah maen game nie. Nak kate awek aku, dah awal awal tadi aku kate jangan kaco aku, aku tengah bizi. So mesti die takkan mesej or kol aku selagi aku tak mesej die malam nie. Eh eh, aku bukan ade awek pon sekarang nie. Perasan la pulak ade awek. Heheheheee. Sape lak yang kaco aku time tengah main game nie". Bisik Meon di dalam hati nyer.

    Meon bangun dan terus mencapai fon nyer. Tertera nama Kamal di skrin fon beliau. Meon menjawap panggilan itu dan lantas terjadi la perbualan Meon bersama kawan nyer Kamal...

    Kamal : Weyh Meon, amik aku dekat bangsar. Takde bas lak malam nie. Dah la gelap cam nak hujan je.

    Meon : Amik kau? Malas la. Suruh la awek kau yang kau sayang giler giler tu. Siap dah janji nak hidup same kan. Takkan die sanggup biarkan laki die sorang sorang kat situ kan. Hahahahahaaaa

    Kamal : Awek aku tido la weyh, lagipun da pukul 8 lebey nie. Kalo die boley amik aku pun, aku tak kasi. Perempuan tak elok keluar malam malam. Amik aku ye Meon. Hehehehe.

    Meon : Takde takde, kau suruh gak awek kau amik kau. Aku tengah bizi nie. Jangan kaco aku la giler.

    Kamal : Tolong la Meon. Tak kesian ke kat member kau nie. Amik aku kat bangsar je pun. Tak jauh mane la. Please. Nanti aku belanja kau makan kedai mamak kat tempat bese. Boley tengok Menyu lawan City time tu.

    Meon : Celaka punyer member ! Menyusahkan member je tau. Okey okey. Tunggu aku dalam satu jam. Aku nak siap siap jap. Kalau lambat, padan muke kau. Aku peduli ape. Hahahahaaaa

    Kamal : Thankz Meon.

    *************

    Situasi 2

    *************

    Di suatu tengah hari yang sangat panas terik sehingga mampu membuatkan seekor kucing kehausan dan menghabiskan tengah ari itu dengan hanya tidor dan telentang dek penangan kepanasan yang melampau. Di kala itu juga kelihatan seorang pemuda baru sahaja bangun tidor dan dalam keadaan separuh sedar. 

    "Dah pukul berapa nie? Aku nak naek bas balik KL pukul 2 jap lagi balik KL". Pemuda itu bersuara.

    Dilihat nyer jam di dinding dan terkejut la pemuda itu kerana waktu itu adalah pukul 1.30. Ini bermaksud, beliau cuma ada setengah jam sahaja lagi untuk ke perhentian bas. Dicapai nyer fon beliau dan terus mencari nama Kamal yang merupakan member sebilik nyer. Di tekan button kol dan terjadi la perbualan ini...

    Meon : Kamal, kau kat mane ni. Kat bilik tak ade pon. 

    Kamal : Aku tengah date ngan awek aku nie kat pekan. Asal kau nie gelabah semacam je ?

    Meon : Date ?! Cilake kau. Bukan kau da janji malam semalam ke nak anta aku pergi perhentian bas. Balik la cepat. Sempat lagi kau nak anta aku nie.

    Kamal : Alamak ! Aku lupe la Meon. Awek aku pagi tadi mesej ajak lunch same. Tu pasal aku lupe aku da janji dengan kau nak anta kau kat tempat bas tu.

    Meon : Dah tu, kau nak anta aku tak?

    Kamal : Tak kot. Kau mintak tolong Pian la anta kau kat tempat bas tu. Malas lak aku nak tinggal kan awek aku sekarang nie. Tengah syok date nie. Heheheheehee

    Meon : Camni la member. Sial nyer perangai. Time susah, cari member gak mintak tolong. Time senang, member mintak tolong memang tak tolong la. Pentingkan la sangat awek tu. Nanti time kau susah, kau mintak tolong la awek tersayang kau tu. Tu pun kalau die nak tolong la. Dah la, bye.

    *************
    Assalamualaikum...

    Dah lame gua tak update blog nie kan. Rase malas je minggu nie gua nak update. Maybe sebab gua terlalu taksud layan cerita anime kot minggu nie. Tu pasal gua tak bernafsu nak update blog gua nie. Hahahahahaa. Korang mesti da bace dua situasi yang gua dah tulis kat atas tu kan. Ape yang korang rase? Terase kan. Gua dah agak dah. Hahahahaa. 

    Bile gua perhati kebanyakkan orang yang ade pakwe or makwe nie. Sume jenis yang pentingkan pasangan sendiri dari member member yang dah lame korang kenal. Kalo yang lelaki tu dah kawan dengan sorang perempuan nie dari kecik. And then bile si lelaki tu dah ade awek baru dua tiga bulan, terus putus kawan perempuan die yang dah lame kenal dari kecik tu. Agak kecelakaan juga la biler benda camtu terjadi kan. Seriusly gua tak berkenan jenis manusia yang macam gini.

    Kalo korang nak bercinta bagai tu, gua nak kasi nasihat sikit la. Agak agak pasangan korang tu jenis tak nak korang kawan ramai. Pikir pikir la balik camne korang nak settle benda benda camtu. Jangan sebab sorang perempuan or lelaki. Korang hampir hampir kehilangan kawan korang semua. Pikir pikir kan la ye. Heheheheee

    Okey la.. Cukup la sampai sini ok. Nanti ade mase gua sambung balik. Chow !

    p/s : sungguh bosan malam minggu ini. layan anime gak yang bez. heheheheeee


    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    22 March 2012

    Lelaki, Perempuan dan Merajuk

    Assalamualaikum..


    Tengah gua melepak dekat tempat tunggu bas. Gua terlihat la pasangan yang tengah syok bercinta. Jalan sebelah sebelah, bergurau gurau mesra, bertampar tampar sampai lebam. Rase time tu macam die sorang je yang de pakwe or makwe. Orang laen tak de pun pakwe or makwe nie. (terase) Bukan maen mesra lagi depan khalayak ramai. Gua tak tau la kalo diorang buat macam tu sebab sengaja je nak kasi gua jelez. Kalo betul la, hebat juga gua nie buat diorang tergugat. Hahahahaaaa. Tapi seriusly la gua agak jeles sedikit la (sikit je tak banyak ok) sebab diorang syok je kapel tapi agak sian gak kene kutuk dengan gua free free sebab bermanje depan gua. Bajet gua seronok tengok, nyirap de la. Hahahahaa

    Mentang mentang la gua tengah single sekarang nie (isi form cepat kalo nak gua. hahahahahaaa), banyak pula orang yang tunjuk diorang la pasangan paling bahagia abad nie. Sekali korang break depan gua, sumpah gua gelak kaw kaw depan korang. Ape gua kesah korang tengah sedey ke tak sebab lepas break. Yang gua tau, gua memang suke tengok orang yang berlagak swit time kapel nie break pastu kutuk kutuk bekas awek. Cam celake je perangai gua kan. Hahahahahaaaa

    Kadang kadang, gua hairan juga tengok ade la segelintir pasangan yang kapel bertahun tahun lame nyer. Dari zaman atuk nenek lagi diorang dah kapel, tak break break pon. Kalo la ditakdirkan pasangan tu jenis kaki mengongkong or kaki kuat merajok. Macam mane la diorang jage hubungan tu ye. Serius nie gua nak belajar cara cara menjaga hubungan supaya bertahan bertahun tahun lame nyer. Ini not kind of maen maen ok. Gua serius nie. Hohohohooo

    Perempuan nie diciptakan berbeza sifat nyer dengan lelaki. Bile time merajok, sume benda jadi tak kene. Nie salah la, tu salah la, sana salah la, situ salah la. Ntah ape yang betul pon gua tak tau, nanti gua sekeh, tau la. Heheheheeee. Andai la ari tu si pakwe silap teknik memujuk, boleh dicerai nyer oleh si makwe time tu gak. Agak kasihan juga la korang time tu sebab percintaan korang terputus di tengah jalan ibarat layang layang terputus tali nyer dan tersangkut dekat tiang letrik dan layang layang itu pun terkena renjatan elektrik. Hehehehehee.

    Entry gua kali nie pasal camne nak pujuk pasangan korang kalo tengah merajok. Nie sume based on pengalaman gua je, maybe betul and maybe banyak salah. Korang jangan la percaye 100 peratus ape yang gua kasi tau. Banyak auta dari fakta je. Tapi kalo korang percaye gak, lantak korang la. Gua kesah ape. Hahahahahaaa

    **************** 

    Kalo perempuan merajok :

    Yang kaum lelaki mestila cepat cepat mintak maap. Even diorang tak maapkan korang. Mintak maaf je la. Jangan nak tunjuk hero ego sangat la time tu. Tau la laki tu ego tinggi, tapi jangan nak sangat pentingkan diri tu. Ingat perasaan makwe tu sikit. Dah tau salah, ngaku je salah. Bukan payah pon nak ngaku salah and mintak maap. Jangan nak buat tak tau je ok. Next, korang cakap dengan awek korang tu baek baek, gunakan perkataan perkataan indah, sopan santun dan baek baek belaka saja time nak memujuk. Jangan nak ngader ngader pegi maki awek korang time tu. Memang cerai la jawapan yang korang dapat dari awek korang tu ha. Orang tengah bz merajok, suke suke ati je korang pegi maki kan. Memang tu la balasan yang setimpal korang akan dapat. Padan muke ! Hahahahahaaaa. 

    Then kalo perempuan tu cam malas nak layan korang je, korang bagi la die mase sampai mud die dah ok. Jangan nak memaksa sangat anak orang tu, bukan bini korang pun lagi nak pakse pakse. Ada paham ? Hohohohohooo. And kalo la korang rase bosan tak tau nak buat ape, pegi la mesej perempuan perempuan lain, tak pun sekandal sekandal korang ke. Kalo dah name nyer laki confirm confirm la ade kawan perempuan yang bersepah sepah kan. Macam la gua tak tau kan. Hehehehee. And kalo la korang rase korang tu kaye, korang kasi la diorang hadiah. Tak payah mahal mahal, murah pun dah ok da, janji korang kasi something that yang buat mud diorang okey sikit. Jangan korang pandai pandai bagi makanan kucing, memang tak selamat la hidup korang pastu. Time tengah bengang bengang tu, di cari nyer anak rimau, pastu baling kat muka korang kasi hancur, tau la. Hahahahahaaaa.

    If awek korang merajok sebab korang kantoi ade perempuan laen, korang pandai pandai la reka cerita bagai. Kate la tu sume adek adek angkat, kakak kakak angkat korang, sepupu sepapat yang dah berpuluh puluh tahun tak jumpa, tak pun mak cik ke. Bukan payah nak menipu kan, senang je pon. Kalo nak menipu tu biar la logik sikit, jangan maen cakap je. Tak pasal pasal, nanti ade kaki yang melayang kat muka korang sebab salah tipu. Heheheheheee. Tak pon korang try la buat lawak yang korang rase die boley bantai gelak. Jangan la pulak kasi lawak yang korang sorang je paham and korang sorang je yang gelak, yang awek korang tu tak paham pon pe lawak korang. Itu seriusly amat memalukan. Giler ape buat lawak tak jadi. Hahahahahaaa 

    Last sekali, kalo la awek korang still merajok gak lepas korang try sume tips gua kasi nie, korang tak payah la buat pape dah. Korang merajok je ngan awek korang tu sebab ngader ngader nak merajok lame lame. Ingat  korang takde keje laen ke nak buat selain nak pujuk die. Banyak lagi game ngan muve yang korang nak maen and abiskan. Die tak pikir ke semua tu. Hohohohoo

    Kalo lelaki merajok :

    Macam biase gak, mintak maaf, cakap elok elok, pujuk memujuk, kasi lelaki mase untuk bertenang, kasi mesej yang ade animasi kiut miut, tak pon kol terus pakwe korang tu. Try pujuk elok elok, confirm ok la nanti. Kalo die still nak merajok gak, korang biar je pakwe korang tu. Nanti die da ok or rindu korang, die mesej la balik korang. Lelaki nie simple je, tak serabut payah cam perempuan. Hohohoho

    ****************

    Sekian sahaja tips yang gua dapat berikan pada  kali ini. Semoga kite berjumpa lagi di mase akan datang di dalam blog yang same. Hehehehee. Celake giler ayat gua, sekema nak mampos. Mesti korang menyirap je dengan gua kan. Hahahahaaa. Gua pon dah tak tau nak tulis ape dah nie. Chow !

    p/s : budak ini utang gua pizza ! dah dua sem gua tak makan pizza nie. grrrrrr

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    11 March 2012

    #1 Bahagia

    Testing testing..


    p/s : percubaan pertama gua melukis. heheheee
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    29 February 2012

    Lelaki, Perempuan dan Ego

    Hello lelaki lelaki curang dan perempuan gedik sekalian.




    Bile manusia berbicara tentang ego. Semua nyer akan tertumpu kepada kaum lelaki. Kaum lelaki la yang dikatekan mempunyai ego paling tinggi sekali mengalahkan ketinggian bukit. Ego yang gua mahu cerita kali ini tak ade kene mengena dengan moto Yamaha Ego mahupun permainan Lego. Sume tu gua tak sentuh dalam entry gua kali nie. Entry pasal mainan lego or moto ego tu, gua tulis len kali ok. Heheheeee

    *******************

    Mengikut Kamus Pelajar edisi kedua, ego adalah :


    • Satu sifat sifat seseorang sebagai individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb) atau keperibadian. 
    • Satu perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) daripada orang lain
    • Perasaan megah akan diri sendiri:
    • Contoh ayat : Dia tidak mengaku bersalah kerana egonya terlalu tinggi. 

    Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, ego pula bermaksud :

    • Persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya
    • Contoh ayat : Sebagai hamba yang sudah bebas kembali, egonya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sebagai manusia berkembang dan mengukuh kuat.

    *******************

    So, secara konklusinye. Ego adalah satu sifat yang sentiasa menggangap dirinye sahaja betol, satu sikap dimana tidak mahu mengalah, keras kepala,melindungi diri,tidak kenal erti putus asa serta mementingkan diri sendiri. Pendapat, kelakuan atau perangai orang lain diklasifikasikannya sebagai salah dan tidak boleh diterima. Perasaan ego ini selalu nyer akan membawa masalah besar dalam hubungan dan kehidupan seharian.

    Perempuan turut akan mengatakan bahawa ego pasangan (lelaki) mereka tinggi merupakan punca tercetusnye pergadohan. Mereka tidak sedar kadang kala perempuan juga mempunyai egonye yang tersendiri. 

    "Bukan lelaki je ada ego, aku pun ada ego, ego aku tinggi lagi dari dia la" 

    Betul ke ayat atas ni? Ada sesetengah pihak akan cakap betul yang perempuan ade ego yang tinggi, tapi hakikat sebenarnya, lelaki tersebut telah merendahkan egonya kerana seorang perempuan yang dia cintai. Ini siyes gua tak tipu. Betul nie. Cayer la. Lelaki kan baek. Hahahaaaa

    Kalo dalam hubungan sume nak tunjuk ego. Nanti time gado sape yang nak mintak maaf? Tak kan nak biarkan masalah tu selesai dengan sendiri nye. Itu bukan cara yang terbaik la kawan. Jap jap. Boley ke masalah gado gado boley selesai dengan sendiri nye? Nampak cam giler cool. Gua tak pasti la tentang itu. Hehehee. Rendahkan sikit ego tu, dan start mengalah. Tak de hal la kalo korang turunkan ego korang tu. Bukan kuar dinosor gigit korang pon kalo ego tu turun. Hahahahaaa





    Semalam gua layan FB, de pasangan tengah perang besar. Yang perempuan kate lelaki yang ego tinggi and yang lelaki pula, kate perempuan tu yang ego tinggi. Dalam situasi nie, gua pon tak pasti siapa yang betul and siapa yang salah. Cuma satu nasihat je gua ley kasi. Korang try cakap baik baik. Guna kan bahase yang indah indah time korang belajar BM dulu. Kate kate yang mampu mencairkan wanita wanita diluar sana. Jangan ngorat bini orang sudah. Tu menyusahakan diri namenyer. Then jangan la terlalu kedekut untuk meminta maaf. Tak salah pon mintak maaf even tak de wat salah pon. Tak kene tumbuk la kalo selalu cakap maaf. Hahahahaaa

    And yang paling penting. Salah seorang kene mengalah. Kalo rase diri tu susah sangat nak mengalah. Belaja la untuk mengalah. Orang yang selalu mengalah bukan la seorang yang lemah, tetapi merupakan orang yang kuat kerane mempunyai kekuatan untuk mengalah demi orang yang tersayang. Nie ayat gua reka sendiri, korang jangan nak memandai nak follow, nanti sesat jangan nak salah kan gua lak. Hahahaaaa

    Ego seorang wanita adalah amat diperlukan kerana kebanyakan wanita ego demi untuk menjaga maruah dirinya. Dalam konteks ini ego adalah amat perlu dalam menilai harga diri seorang wanita itu.

    Syah     : Hai, sorang aje. Tak takut ke? Meh la sini abang hantar pulang. Panas ni tengah hari jalan kaki. Jom la Temah.

    Temah   : Eh, tak naklah aku naik motor buruk kau ni. Kalau Mercedes ke, BMW ke, nak jugak aku tumpang… Huh! (mendongak ke atas sambil berlalu pergi)

    Tapi kalo ego nyer begini. Patut la di bagi kaki sahaja. Jual mahal sangat. Nanti tak laku padan muke. Hahahaha. Gua da tak ade idea nak cakap pe. So, gua chow dulu. Adios...

    p/s : sape makan cabai, nanti die yang kene tibai. heheheee :)

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    28 February 2012

    Lelaki, Perempuan dan Curang

    Hello manusia manusia sekalian.

    Entry kali nie takde kene mengena dengan cerpen gua yang ntah pape tu. That's mean takde la hubungan adik beradik ke, pak cik makcik ke, abang angkat kakak angkat la. Sume tu takde kene mengena dengan entry gua kali nie. Betul, tak tipu nie. Hahahaaaa

    Panjang pula gua merepek nie. Intro memang selalu nyer kene buat yang merepek repek kan? Kalo tak silap gua la. Merepek dalam setiap entry tu seperti benda wajib. Contohnye kalo dah lepas buang hajat, kene flush. Tak flush tu da kire dose korang tau tak umpama meninggalkan kapal selam di darat. Tak ley nak pegi mane mane. Nak menyelam pun tak bole. Da tak de hala tuju. Kesian. Hahahaaaa

    Eh eh. Merepek lagi gua nie. Bikin panas je. Hahahaaaa. Ok ok, kite teruskan dengan entry gua kali nie..

    *****************


    Lelaki dan curang satu benda yang agak sinonim dengan norma masyarakat dekat dunia nie. Siyesly, nak cari lelaki yang tak pernah curang umpama mencari semut hitam di malam hari yang hitam di atas jalan yang hitam sambil dikejar kambing hitam. Hahahaaa. 

    Cam susah je kan nak cari lelaki yang tak curang kan. Maybe betol kot nak cari lelaki yang tak curang nie susah tapi gua nie jenis spesis yang setia. So bahagia la awek awek gua nanti dapat pakwe yang setia lagi baik. Siyes nie gua tak tipu. Hahahaaa. 

    Selalu nyer lelaki yang suke curang nie bukan la lelaki yang baek sangat. So kalo nak start bercinta tu. Tak payah la sangat nak sayang giler giler kat pakwe pakwe korang tu. Nanti kalo dah kene main kayu tiga kayu empat. Tak de la nak menangis 10 ari 10 malam. Bengkak bengkak biji mate sampai kale merah. Muke pon dah cam pontianak je. Cube time sedey sedey tu korang panjat pokok and menangis kat atas pokok. Mesti bez coz nampak macam seronok. Try la. Mane tau enjoy. Hahahaaa

    Gua nie adalah seorang yang suck dalam percintaan tapi selalu sangat dirujuk dalam mendapatkan nasihat tentang love love nie. Korang tak rase cam da salah orang ke mintak nasihat dekat gua. Yang paling nampak sangat tipunye bile kate gua player. Dah la gua nie tak la sehensem mane. Camne la korang ley kate gua player. Pelik pelik. Hahahaaa

    Tulis sikit merepek banyak. Tu la keje gua. Cam da tak de keje len. Naik bosan da korang kan. Tapi gua tak peduli pon. Sape soh bace hasil karya merepek gua ini. Hahahaaa. Ok ok, kite sambung balik.

    Bagi perempuan, korang tak pernah terpikir ke lelaki tu curang sebab korang. Gua syak la korang nie maybe:

    • Suke membusykan diri. Asyik ade kerja je dari pagi sampai malam. Sampai lupe kat pakwe pakwe korang. Kalo kerje atau study, tu len episod la. Tu pandai pandai la korang manage time bile nak mesej. Gua tak nak kaco part tu. Hahahaaa. Sejam sebelum tido tu, kalo mesej pakwe pakwe korang tu pun bagi gua dah cukup okey la. Kalo dok tiap tiap mase mesej. Bosan gak. Sampai da mati idea pakwe korang nak mesej korang. Betul kan nie? Gua rase cam betul je ayat gua. Heheheheee

    • Jenis kaki merajok 3,4 ari lame nyer. Tu tak termasuk cuti public holiday. Mau bertambah lagi bilangan hari merajok nyer. Kalo la pakwe korang tu jenis tak pandai pujuk. Memang tak nak la ie layan korang merajok tu. Bek layan perempuan yang sporting. Bukan kaki ngajok. Lagi pekdah. Tak de nyer nak bukak buku belajar teknik teknik memujuk kekasih sebab awek bukan kaki ngajok. So wat pe nak belajar kan. Hahahahaaa.

    • Jenis yang tak pernah pegi dapur. Nak pegang sudip pon da start berpeluh peluh. Jenis nie, siyes gua tak berkenan. Mak korang punyer la pandai masak. Korang bole plak nak masak nasi pon still nak mak ajar. Susah susah. Kalo nyer anak Pak Sudin jiran depan rumah tu lagi lawa dari korang and pandai memasak. Tak rase ke pakwe korang pegi ngayat die. Yang alasan paling tak bole blah bile dah kawen baru nak belajar masak. Tu kalo kawen. Kalo tak kawen? Memang tak pandai masak la sampai bile bile. Masak je la megi gune air panas. Sedap juga rase nyer bile lapo kan. Hahahaaa

    • Bentuk fizikal badan korang dah berubah. Dulu comel je cam nie tapi sekarang da macam nie memang nak tak nak, terpakse la pakwe korang mencari perempuan yang lebey comel. Jangan ingat disebabkan ade orang yang sayang korang, korang menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak menjaga berat badan. Bile dah kene dump baru nak nyesal memang agak kasihan la. Daripada korang dok asyik makan je, bek sedekah sikit duit tu dekat gua. Ley gak gune wat beli KFC. Dapat buat amal jariah dekat gua nie. Dapat pahala. Hahahahaaa

    • Korang punyer mulut amat amat la laser. Bercakap non stop. Gosip sane, gosip sini. Merungut sane merungut sini dekat pakwe korang. Siyes bosan dapat awek yang suke sangat cakap. Cam 7 Eleven je. Lelaki memang la seorang pendengar yang baek. Tapi, kalo terlalu banyak dengar, emosi agak terganggu la awak. Ingat tu. INGAT !! Sama sama

    Oh tidak ! Entry nie gua buat seperti gua menyalahkan perempuan itu punca utama lelaki curang. Nampak tidak adil bukan. Hahahahaaa. Actually gua tak tau nak cakap nape lelaki itu selalu curang. Maybe sifat curang itu memang sudah ade dalam diri sejak lahir kot. Cuma ditunjukkan atau tidak. Bergantung kepada lelaki itu sendiri la.

    Tapi kalo la korang mintak nasihat gua camne nak hadapi lelaki curang. 1 je jawapan yang gua boley kasi. Putus, break, clash atau sewaktu dengannye. Korang mesti tak sanggup nak break cam gitu je kan. Tapi tu la benda yang patut korang buat coz bile korang baru kapel and die asyik menggatal dengan perempuan lain. Bayangkan kalo da kawen. Tak huru hara rumah tangga. Kalo da ade anak anak. Camne la hidup diorang. Pikir cepat pikir. Hahahahaa

    Curang nie kire macam dadah gak. Bile da sekali wat. Nanti mesti akan buat lagi. Maybe lepas kantoi curang tu, die akan insap kejap. Tapi lame lame, curang lagi. Tapi katekan la korang ready nak de 2,3 orang madu time dah kawen nanti. Boleh la stick ngan lelaki tu. Gua tak de hal la sume tu. Ayam still makanan feveret gua. Tak terjejas seinci pon la makanan feveret gua tu sebab masalah korang. Hahahaaa

    Lelaki nie suka kan sesuatu yang indah. Andainya da dapat benda yang indah. Mereka akan puas ati tetapi jika sudah mendapat sesuatu yang indah tetapi still mencari yang lagi indah. Itu patut mati. Ok tu gua guro. Hahahahaaa. So secara konklusi nyer, korang kene la jadi yang terbaik untuk pasangan korang. Perbaiki ape yang kurang dan tingkatkan ape yang dah okey.
    Ok la. Cukup la sampai sini gua merapu. Nak tanya lagi, pegi tanya dekat formspring gua. Gua akan jawap semacho macho nyer soklan korang. Hahahaa. K chow..

    p/s : perempuan yang suke curang nie kebanyakkan nyer comel juga :)

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    17 February 2012

    Tips Putus Cinta...

    Assalamualaikum semua..

    Kali ni gua nak wat entry sedey plak. Pasal pe? Itu gua punyer suke. Hidup ini bukan cuma ade gembira je. Sedey itu perlu juga. Dan bersifat celake itu perlu. Heheheee

    Dalam kehidupan ini, seriously kite tak akan tak pernah putus cinta. Putus cinta itu seperti lumrah dalam kehidupan. Tipu la kalo de orang selalu bercinta tapi tak pernah putus cinta. Percintaan ini adalah something yang indah dan boleh menjadi sesuatu yang sangat terok lagi dasyat bile putus cinta.

    Putus cinta selalu nyer terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:

    1. Kecurangan
    2. Cemburu
    3. Tidak serasi
    4. Percintaan jarak jauh
    5. Kehadiran orang ketiga dan lain2 lagi

    Terdapat satu fakta yang mengatakan, lelaki mengalami stress yang jauh lebih besar daripada wanita ketika menghadapi situasi putus cinta. Secara statistik, lelaki yang bunuh diri akibat kemurungan kerana patah hati atau putus cinta mencapai nisbah 4:1 daripada wanita.

    Ini disebabkan kerana lelaki tidak mampu mengungkapkan masalah emosional mereka pada orang lain, bahkan pada kawan baik sekalipun. Sebagai lelaki, kita seharus nyer tidak cenderung memendam masalah sehingga merosakkan akal fikiran. Betul atau tidak mende nie, gua tak pasti. Maybe betol kot sebab gua selalu gak dengar cite laki bunuh diri sebab putus cinta.

    Kali ni gua nak kasi tips lepas putus cinta. Tips nie gua search je and ade gak based on experience gua yang tak seberape nie. Hahahahaaa



    **********************

    1.   Menangis

    Kalo dah tak ley nak tahan sangat air mate tu, nangis je r. Itu mungkin perkara yang terbaek sekali nak menggambarkan hati yang remuk hancur berkecai. Tapi nasihat gua la, jangan nak nangis lame2 sangat. Dua tiga ari dah la. Dan jangan nak tunjuk kat satu dunia yang anda tengah sedey. Siyes melampau sangat. Jangan sebab putus cinta, da tak nak pergi kerja, nak stop study, tak makan sampai kesihatan terjejas. Tak elok sume 2, sian kat mak bapak skit sebab asyik riso  kat korang tu. Jangan nak pentingkan diri sendiri je. Orang len pun pernah putus cinta gak.



    2.   Bz kan diri

    Bz kan diri itu bukan bermaksud bz body. Dah laen da maksud itu. Silap2, disebabkan bz body 2, ley gado anak2 jiran sebelah 2. Bertumbok bertampar. Heheheee. Korang kene la bz kan diri dengan wat keje2 rumah yang korang tak pernah wat tu. Mop lantai rumah, cat bumbung rumah, cat dinding rumah. Sume keje korang tak pernah wat, korang try la. Mane tau, korang enjoy. Heheheee. tak pon, korang layan balik muve2 yang korang dah tengok sampai 10kali kasi hafal sume dialog. Mane tau lepas nie korang ley jadi pelakon plak. Heheheee. 



    3.   Keluar dengan member2

    Kalo duduk umah asyik nangis je. Elok lah kuar ngan member2 len. Mane tau tengah2 kuar ngan member jumpa bf/gf baru. Kan seronok tu. Heheheee. Get new life ! Lagipun, member2 kan just tempat luahan prasaan bile dalam kesusahan je. Kalo tak susah, tak de nyer nak contact2 member. yang ni gua terase. Asyik 24/7 mesej bf/gf je. Cam da  tak ade keje len. Mak suroh kasi kucing makan pun tak nak sebab bz mesej. Adoi... Kesian kucing tu kelaparan.



    4.   Menghapus kenangan bersama

    Bile rase2 sampai bile2 tak ley nak lupe kan bekas kekasih tu. Bersedia la nak buang sume2 gambar, remove contact, padam sume mesej2, remove friend dalam laman sosial, bakar sume barang yang bekas kekasih kasi. Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin dan delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. So, korang take time la k. Maybe masa akan membantu korang start new life.



    5.   Bersedia dengan kehidupan yang berbeza

    You Never Walk Alone (YNWA). Kalo dulu ade orang yang selalu bersama dengan korang. Tapi sekarang kamu bersendirian saje. Tapi ingat lah. Kamu still ade family yang sayang kan kamu lebey dari segala nyer. So jangan nak letak diri korang dalam hidup yang sunyi. Maybe meluah kan perasaan kepada family sendiri akan melegakan segala tekanan yang datang. 



    6.   Sila benci bekas kekasih anda

    Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, korang harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa. Kemudian, hubungi bekas kekasih korang balik. Sila maki dan marah bekas kekasih korang tu walaupun sedikit sebanyak korang pun ada salahnya terjadinya perpisahan tu. Lepaskan amarah dalam dada sepuas hatinya.



    7.   Dekatkan diri dengan agama

     Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa yang terluka. Ia juga dapat membantu korang untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa. Tetapi bukan korang perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas.



    **********************

    Belajarlah terima kenyataan yang korang dah tak ade hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak boley terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan dengan dia? MOVE ON! Korang juga sepatutnyer menerima orang baru yang hadir dalam hidup korang kerana setiap pertemuan dan perpisahan ade HIKMAH yang telah ditetapkan. 

    Mungkin orang baru itu akan mengajar erti bahgia yang sebenar dan bukan nyer bekas kekasih. Siapa tahu mase depan kan. So, jangan terlalu memikirkan bekas kekasih kerana die tidak akan meninggalkan diri korang jika dia adalah jodoh korang.

    Kadang2 hidup ini agak kejam, tapi kite seharusnyer pandai menyesuaikan diri dengan hidup baru. Tapi bagi gua, tips di atas banyak yang korang boley pakai and ade risiko yang korang perlu tanggung selepas tu. Maybe lepas korang remove sume contact bekas kekasih korang, korang menyesal kerana mane tau satu ari nanti korang boley jadi kawan baik. Semakin kita benci semakin kuat perasaan rindu itu menguasai kita

    p/s : bagi gua, setiap bende yang pergi. bende yang lebih baek akan datang. smile :)

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    12 January 2012

    Cinta... [Part 2]


    Assalamualaikum and Hello manusia2 sekalian !

    Dalam kehidupan manusia, kite memang x pernah terlepas dari menyayangi orang dan sangat suke disayangi. Before nie pon gua pernah cite gak pasal love2 nie. (Klik sini).  

    Cinta nie kadang2 membahagiakan n kadang2 menyakitkan. Gua dah banyak kali bercinta n banyak kali bahgia and banyak kali sakit gak.

    Eh jap2. Apasal gua cakap ayat yang sungguh skema nie. Cilake gler. Hahaaa

    Kali nie gua nak kasi korang tips r dalam bercinta nie. Banyak benda  do and don't dalam bercinta nie. Gua x ade r hebat sangat sangat suck dalam  bab2 bercinta. Tips nie sesuai untuk lelaki yang teringin nak ade gf. Tapi perempuan pon ley gak pratikkan. X ade larangan pon gua kene kan.



    ****************************************

    Do :

    • Selalu r kate yang korang sayang die. Kalo setiap hari pon x ape. Perempuan suke je kene puji2 nie. Lebih2 lagi dengan bf sendri. Tapi gua x pasti dengan satu statement 2 yang kate setiap kali kite katekan kita cintakan pasangan kita, rase sayang semakin kurang. Ntah betol ntah x. Persetankan sume 2. Janji time 2 bahagia. Hahaaa
    • Tolong r jage perasaan pasangan korang. Diorang pon manusia gak. Reti gak perasan2 emo2 nie. Jangan r terlalu ego sangat kaum lelaki nie. Perempuan x suke. Buat sakit hati je. Ikutkan hati nak je disepak2 nyer bf yang terlalu ego nie. Hahahaaa
    • Sentiasa sensitif dengan perubahan diri diorang, diorang potong rambut ke (confirm free hair malas pakai tudung je), diorang pakai baju baru ke, diorang pasang inai ke (bab nie gua x konpius sikit, inai diorang mengalahkan pengantin je ) dan puji n terus puji. Kalo gajah 2 comel cam diorang, cakap je die comey cam gajah. X ke kiut name nyer. Hahahahaa.
    • Selalu r ade unsur humor dalam percintaan. X akan nak dok serius je. Naik nyampah gak lame. Contoh nyer:


    Bf  : " U tadi i nampak ade nampak ade sekor cicak bunuh diri coz gf die cakap muke die cam cicak".
    Gf  : " Ok !"

    2 je yang gf die balas. Memang tensen r gua kalo awek jenis cam gini jenis x ade perasaan nie. Nyesal je kapel. Jenis perempuan gini memang susah kalo nak buat gf. Bek kapel ngan kucing je cm gitu. Comel gak pe. Hahahaa

    • Sikap ambil berat 2 penting juga ok. Selalu r tanya diorang " dah makan ke", "sihat x", "camne hari nie, de bende menarik ke". Tapi jangan r dok sejam tanya bende same. Mau nyer silapar jepon saiz 6 melekat kat muke korang. Hahaha. Nampak sangat korang x ade idea nk tanya.

    Dont's :

    • Jangan korang sesekali tengok atau renung atau jeling atau yang sama waktu dengan nyer dekat prempuan yang lagi cantik. Kalo die kate nenek yang korang selisih pon cantik. Korang jangan nak gatal2 main mate ngan nenek 2. Silap haribulan, terkeluar biji mate korang di garfu nyer gf korang. Hahahaa
    • Jangan sesekali cakap gf korang dah naik berat badan, gemuk, berisi, montel atau yang sama waktu dengannya. Perempuan memang sensitif bab2 camni. Kalo korang pegi jejalan kat shoping mall, terjumpa r tempat timbang. Jangan nak ngader2 suruh awek korang pegi timbang. Mau je die balik terus dari terus date. Hahahaa
    • Jangan bercinta kerana rupa sahaja ! Sape yang x suke dapat awek comel kan. Tapi kecantikan fizikal memang indah dan mudah sangat menggoda sesiapa sahaja , tapi kalo nanti dah x comel dah ade ank 10. Dah x macam siti saleha, dah macam itik je. X akan nak tinggal cam2 je. Korang ingat diorang ape? Sedang kan anak kucing yang dah comel pon gua x sanggup nak buang, ni plak manusia. Ishhh. So, kalo nk cari gf 2 kene r ikhlas k. Serius nie. Kikiki
    ************************************

    Cukup r tips yang gua kaci nie. Naik tepu otak gua nk pk. Hahaha. Kalo de yang nak tambah. Tambah r kat tempat komen 2. Gua bla dlu. Chow !!

    p/s : bukan senang nak bercinta nie. banyak dugaan


    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    04 May 2011

    Cinta...

    Yosh!!


    Tgh gua lepak baring2 td. Gua tetiba teringat kt status kawan gua kt dalam fb smlm. "People say you can't live without love". Bler gua pk2 blk, ape kene mengena cinta ngan hidup. Gua bukan r org yang hebat dalam bab2 cinta nie tapi gua pk r, xde cinta pn orang ley je hidup. Contohnyer gua. Gua hidup je sampai sekarang even gua x bercinta. Ini terbukti r yang manusia still bley hidup kalo xde cinta. Ape yang gua merepek nie. adeyh...


    Bler sebut pasal cinta je, sume org bley jawap. Kalo tanya bdak darjah 1, cnfm die pn ley jawap. "Cinta 2 jadi bler kte ske kat seseorg n rase x seronok kalo die xde sehari", 2 lah jwapan yg bdk kecik 2 kc bler lu org tanya kt diorg. Apa itu CINTA?? Bler gua search kat pak cik google, banyak sungguh jawapan yang diberikan. sekarang gua list kan jawapan2 tersebut:


    Pertama
    • Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggungjawab, Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir. Continue

    Kedua
    • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Continue
    Ketiga
    • CINTA itu Fitrah, Naluri, Komitmen, Terletak di puncak, Melebihkan orang yang dicintai dari diri sendiri. Continue
    Sekarang lu org mst pening dengan sume definisi2 cinta nie kan. Tapi gua sti x nampak 1 pun definisi yang mengatakan bahawa tanpa CINTA manusia akan mati. So, cyer r yang lu org ley hidup even xde cinta.
    Cukup r info2 yang gua kc nie. Kalo lu org nak tau lebih lanjut lagi, g r kat link yang gua sediakan 2 k. Chow..





    p/s: gua kadang2 tensen gak tgk bdk2 skolah rendah dah pandai kapel2 nie. Gua dulu time skolah rendah xpandai pn kapel2 nie. Jeles tol. hehee...

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !