churp

Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

04 July 2012

Gua, Gemuk dan Stress !!

Assalamualaikum...


Sedang gua baru menikmati poldober dari mekdi tadi. Tetiba je gua bersemangat nak mengupdate blog gua ini. Bertemankan sepasang t-shirt dan seluar jeans gua yang semakin ketat tanpa diketahui puncanye, gua duduk di atas kerusi sambil memikirkan kenapa seluar jean gua agak sempit sejak bermenjak menjak ini. Nak kate seluar ini semakin mengecil time dibasuh, mungkin juga, nak kate gua semakin gemuk. Oh tidak ! Tu jauh sekali. Gua bukan gemuk, berat je naek sikit. Hehehehee.

Gua rase dah nak dekat 2 minggu gua berada di rumah gua ini. Tak banyak yang gua lakukan selain makan, online, maen game, tengok katun dan tido. Aktiviti ini asyek berulang dari ari ke ari dan silap tarikh besday Mak Temah, mungkin benda yang same akan berulang dari bulan ke bulan kalau gua still tak cari keje lagi. Dan kemungkinan juga dari tahun ke tahun. Siapa tahu kan ? Tapi dari tahun ke tahun nampak cam tipu la pulak. Tak baek tipu tipu nie. Hehehehee.

Ari ke empat gua cuti, gua dah cari keje. Punya semangat gua nak cari keje tu, lepas subuh pagi pagi gua dah kuar rumah pergi cari keje. Dari pagi sampai ke malam gua keluar rumah tak balik balik. Gua syak mesti encik emak risau anak lelaki die yang baek lagi penyayang dan kiut miut nie tak balik balik rumah lagi. Hehehehee. Gua yang keluar sikit punye lame keluar dari pagi sampai ke malam tu just mintak keje dekat 1 tempat je. Tu pun kene rejek. Memang macam celaka lah kan. Shit betul rejek gua yang berdedikasi nie. Hahahahaa. 

Lepas gua kene rejek tu, gua dah malas nak pergi ziarah tempat tempat laen nak cari keje. Taknak gua menanggung malu kene rejek lagi. Malu gua. MALU. Hahahahaaa. Then, gua dengan tak malu nyer pegi la lepak dekat rumah pak cik gua untuk membuli anak die sampai nanges. Biar padan muke die kene buli ngan gua yang baru kene rejek keje nie. Hahahahahaaa. Dalam sibuk membuli budak kecik dan perasaan yang sedey kene rejek tu, gua tidak lupa menikmati makan tengah hari. Lepas je gua melantak makanan tu sume, ati gua yang sedey itu terus kembali ceria seperti kanak kanak yang maen di taman ribena celaka punye analogi dan gua pun tido. Sungguh senang hati gua selepas makan. Hahahahahaaa.

Tabiat buruk gua yang lepas makan pastu tido tu telah menyebabkan berat gua naek beberapa kilo. Dan disebabkan masalah itu juga la gua semakin stress untuk menjadi kurus dekat rumah nie. Tak boleh kurus langsung duduk dekat rumah nie. Pelbagai makanan cuba mengayat gua untuk dimakan begitu sahaja. Heheheheee. Hope bulan puase nie gua akan kurus seperti dahulu kala. This not kind of maen maen punye azam ye. Nie azam dari puase tahun lepas gua forward ke tahun ini. Nampak tak betapa semangat nyer gua meneruskan azam gua ini dari tahun lepas. Baguskan gua. Hahahahaa

That's all for now. Chow !

p/s : burger poldober mekdi tu sedap la. laen kali gua pau orang belikan untuk gua lagi. hehehehee

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

27 June 2012

Long Distance Relationship !!

Assalamualaikum...


Cinta jarak jauh. Sejenis percintaan bukan makanan yang memerlukan kesefahaman dan keserasian antara pasangan yang lebih tinggi compare dengan percintaan jarak dekat. Cinta jarak jauh nie bukan satu benda yang mudah tetapi sesuatu yang giler susah. Kecenderungan untuk curang, tahap kejelesan yang tinggi giler, keraguan kesetiaan dan pelbagai lagi masalah yang datang dalam cinta jarak jauh ini.

Selalu nyer, orang akan berkata bercinta jarak jauh nie susah giler nak kekal dan sebab itu ramai orang putus cinta ditengah jalan. Tapi, bukan semua yang bercinta jarak jauh itu akan gagal. Ade je yang berjaya gua tengok. Time kapel dulu dulu bahagia gak sampai dah kawen dah pun. Anak anak bersepah sepah keliling rumah gak. Heheheheee

Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta. Sentiasa berhubung walaupun tak dapat berjumpa bagi mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain. Tentunya korang tak mahu pasangan korang mencari orang lain bagi mengisi kekosongan dan kesepian hati disebabkan pasangan yang tinggal jauh dimata betul tak. So, pandai pandai la korang nak atasi masalah ini dengan sendirinye okey. Gua tak reti nak bagi nasihat nie. Hehehehehe

Gua dah pernah bercinta pelbagai jarak nie so gua rase yang jauh nie lebih mencabar namun bende nie bukan sesuatu yang mustahil. Maybe macam macam masalah datang dan pergi disebabkan terpisah jauh. Tapi, takkan disebabkan jarang jumpa pun boley jadi masalah besar. Betul tak ? Yang penting korang betul betul ikhlas nak bercinta, bukan nak maen maen kan anak orang tu, yamg laen laen takde hal la. Niat tu penting. NIAT ! Hehehehee.

Semua nyer bergantung gak kepada kemampuan individu itu sendiri. Agak agak rase diri korang tu susah nak bercinta jauh jauh nie, cari la awek dekat dekat. Kalau jiran sebelah rumah tu ade anak lawa, tak salah korang nak berkawan dengan anak jiran korang tu. Gua rase macam tak salah je. Tak tau la kalau mak jiran korang tu kate salah. Tu memang salah la. Hehehehehee

Kalau nak gua cerita semua tentang cinta nie, mahu menangis gua kesorangan menerangkan betapa susah nyer nak bercinta tu. Dah la gua bukan orang yang hebat dalam hal hal berkaitan cinta cinta bagai nie. Memang silap besar la kalau gua bercerita pasal cinta cinta nie. Kalau gua diberi kamus pasal cinta nie, belum tentu gua dapat menerangkan ape itu cinta. Itu baru cinta, belum masalah masalah dalam percintaan lagi. Memang susah ye cinta nie. Payah payah. Hehehehhee

So cukup la sampai sini je la gua cerita pasal cinta jarak jauh ini okey. Kalau nak mintak gak nasihat dekat gua nie. Pergi la tanya dekat formspring gua. Gua akan try menjawab soalan soalan korang dengan jaya nyer even jawapan yang gua kaci itu memang patut dibagi kaki. Hahahahahaa. Ok la, chow !!


p/s : jangan nak bercinta kalau tak reti nak bercinta. kikikiki

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    06 June 2012

    Komuter...

    Biler gua ingat kembali zaman gua kanak kanak, mahu gak berkaca kaca mata gua nak cerita kisah hidup gua dulu. Penuh cerita sedih. Time gua kecik dulu, gua jarang jarang dapat naek komuter. Kalau dapat naek pon, paling jauh gua pergi pon dekat The Mall. Tu pun ngan family gua and gua pon konpius The Mall nie ade lagi ke tak ? Tak silap gua sekarang nie die dah jadi Hotel Legend. The Mall nie dekat stesen putra tu kalau gua tak silap. Rase cam betul je. Malas gua nak peduli. Hahahahahaaa.

    Lagi pun, entry nie bukan pasal The Mall pun. So tak payah la gua buang masa je nak cerita lebih lebih pasal The Mall. Buat serabai je entry gua kejap lagi. Hahahahaa. Pastu makin mengarut je cite gua and korang pun bengang dengan gua kan. Starting nie pun dah ngarut. Tapi gua peduli ape. Korang bace sape suruh. Hahahahahaaa.


    Biler gua pikir balik la, dah lame benor gak gua tak naek komuter nie, dah berjanggut gak la kambing Pak Seman tu tunggu nak tengok gua naek komuter nie. Nampak sangat nipu nyer tu. Hehehehehe. Rase rase nyer, last sekali gua naek komuter nie ahad lepas. Ari nie ari rabu, so kire nyer dah tiga ari gak la gua tak naek komuter nie. Lame tu lame. Macam celaka punya lame nyer. Hahahahaaaa. Gua biase nyer naek komuter nie biler gua balik bercuti je. Bosan bosan, gua pergi la jalan jalan sorang sorang tengok wayang. Nak ajak member, memanjang takde duit. Entah ape la alasan die, sama je dari dulu. Bagi la alasan laen, dah naek tepu taik telinga gua dengan alasan alasan cam gitu. Tak kreatif langsung. Hehehehee.

    Disebabkan encik ayah yang selalu tak kasi gua keluar sesuka ati time kanak kanak ribena dulu, so gua first time naek komuter ngan kawan kawan gua time form 4. Perghh. Baek giler gua nie kan. Nampak sangat gua bukan kaki melepak mahupun kaki perempuan. Sape sape yang tak puas ati ngan statement gua nie, jap lagi gua bagi penerajang sekor sekor. Hahahahaaa. Time tu sume bajet kanak kanak la. Padahal dah form 4. Tak boleh blah langsung. Hahahahaha. Sebab nyer sekor sekor ngader ngader nak beli tiket kanak kanak yang kaler biru kat mesin tiket tu. Pergi KL Sentral RM1.20 je. Murah giler. Jimat duit gua. Sekali sekala takpe la buat cam gitu, tapi kalo dah macam selalu. Memang kene la balasan nyer.

    Pernah gak sekali kawan kawan gua kantoi beli tiket kanak kanak dengan orang yang cek tiket tu. Kene la denda sekor sekor RM10. Nasib baek la muke diorang muke melayu. Kalau la muke sekor sekor cam muke mat bangla dok selalu lepak kat KL time cuti raya, confirm sekor sekor kene tendang dari itu komuter. Hahahahaaa. Kadang kadang biler gua dah selalu naek komuter dulu dulu. Gua baru perasan yang kadang kadang gua boley muntah time naek tren. Nie disebabkan pnyakit bernama motion sickness.

    ******

    From Wikipedia, the free encyclopedia:


    Motion sickness or kinetosis, also known as travel sickness, is a condition in which a disagreement exists between visually perceived movement and the vestibular system's sense of movement. Depending on the cause it can also be referred to as seasickness, car sickness, simulation sickness or airsickness. Dizziness, fatigue, and nausea are the most common symptoms of motion sickness.

    ******

    Haa amik korang. Sepatah haram pun gua tak paham. Hahahahaaa. Nak senang korang google translate (klik sini) je ayat ayat di atas tu. Senang cerita. Hehehehehe. So, nak dipendekkan cerita. Aritu (ari ahad lepas) gua terpaksa membatalkan perjalanan gua pulang ke perlis menaiki keretapi disebabkan penyakit ini datang menyerang gua secara tetiba dan bertubi tubi. Dah la tiket mahal, pastu burn camgitu je. Kasihan encik emak yang membelanja tiket itu. Sorry encik emak. Lain kali tak mau dah naek keretapi lagi. Hehehehee. Actually gua buat entry nie nak cerita pasal gua nak muntah dalam komuter je. Tapi dah merepek merepek sudah cerita gua. Memang celaka la kan. Hahahahaaa

    That's the end of my story. Chow !

    p/s : disebabkan motion sickness tu, akhirnyer gua demam sudeyh. and sory sebab dah lame tak update blog. :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    14 May 2012

    Sape Nie?

    Di suatu petang yang terang. Kelihatan awan sedang malu malu untuk menangis. Alahai, awan itu sungguh kiut ketika sedang menahan untuk menangis. Heheheheehe. Gua merenung ke luar tingkap sambil mengharapkan kuliah gua akan segera habis cepat. Mata gua sudah tidak berdaya saing lagi untuk terus dibuka. Encik mata perlu ditutup segera kerana beliau sudah kepenatan sungguh. Disebabkan gua yang bersifat prihatin, dengan itu, gua pun segera la menutup mata. Baru sahaja 5 minit gua menutup mata, tiba tiba fon gua berbunyi menandakan ade orang telah send mesej dekat gua. Gua buka fon and cek mesej itu.


    "Nak tanya, siapa ye kawan awak yang guna nombor ni untuk mesej mesej sebelum nie"?

    Tak paham gua ngan ayat itu. Aneh je mesej tu. Then gua pun balas balik.

    "Ape ? Tak paham la".

    3 minit kemudian. 1 mesej diterima

    "Saya empunya nombor ini before kawan awak, cuma nak tau nama and details die je".

    Shit ! Gua semakin tidak paham. Tapi disebabkan gua bosan, gua pon layan la lagi. Gua reply balik.

    "Erk? Tak tau pon"

    Suasana tetiba menjadi tegang. Kedengaran anjing anjing di belakang bilik kuliah gua memekak seakan akan mahu meminta kaki. 10 minit kemudian. Suasana menjadi seperti sediakala, anjing anjing itu turut berdiam diri. Barangkali anjing anjing itu telah di beri kaki oleh tuan die kot. Itu gua tak peduli. Heheheheheee. Lalu, gua terima 1 mesej.

    "Kenal tak sesape name Linda"?

    Okey fine, gua dah tak boleh nak paham lagi. Sakit kepala gua memikirkan persoalan persoalan yang beliau lemparkan kepada gua. Disebabkan sume persoalan yang dilemparkan terlalu sukar untuk gua jawap. Then gua pun membalas mesej itu.

    "Sape Linda? Tak tau pun sape. Nie sape? Jawap la.".

    2 minit kemudian..

    "Takde.. Saya Naz. Aritu hp saya kene curi. Bile saya buat balik nombor nie, nombor awak masuk inbox saya. Tanya Linda da siap ke video tu? Ari isnin ari tu". Sungguh panjang lebar die menerangkan dekat gua.

    Okey okey. Gua dah tau sape die tu sape, tapi saje je gua nak maen maen kan lagi beliau. Biar padan muke beliau. Sape suruh jahat sangat ngan gua. Hahahahaaa. Then gua reply.

    "Ooo.. Salah nombor kot. Hp saya takde send item la plak nak cek".

    Then die reply.

    "Yeke.. Takpe lah kalau camtu.. Hp saya kene curik malam jumaat minggu lepas. Saya buat nombor saya balik ari isnin, so memang ade masalah die nak mesej mesej gune nombor saya. Kalau tak kenal takpe la".

    Dengan panjang lebar beliau menerangkan situasi beliau dekat gua. Tidak penat kah tangan beliau menaip mesej panjang panjang? Kasihan. Padahal gua dah tau ape cerita yang sebenar. Hahahahahaaa. Buat penat mate gua je nak mengeja satu satu per satu  ayat yang tertera di skrin hp gua itu.

    Dan tak semena mena, beliau segera menelefon gua. Gua dengan tenang mengangkat panggilan itu. Sedangkan gua still ade kelas lagi time tu. Memang kool kan gua. Hahahahaha

    Pemanggil: Hello, nie sape ?

    Gua : Nie sape plak?

    Pemanggil : Saya tanya awak nie, awak yang anta mesej dekat saye dulu aritu"?

    Gua : Mane ade? Bukan awak ke yang mesej saya dulu.

    Pemanggil : Awak la. Sape Linda?

    Gua : Linda mane? Tak kenal pon.

    Pemanggil : Takpe la. Sori kaco.

    Beliau terus meletakkan panggilan itu dengan selamba gajah nyer. Gua pasti, dalam hati die mesti tengah menyirap dengan gua. Laen yang ditanya. Laen pula yang gua jawap. Kalau la gua berada dihadapannyer, confirm gua sudah kene pukul dengan sekuat kuat ati nyer tanpa mempedulikan kesakitan gua. Heheheheee.

    Lepas abis kelas. Gua pun mesej beliau dan memperkenalkan diri gua. Pelbagai sumpah seranah gua terima free free dari beliau kerana mempermainkan beliau. Sungguh kasihan gua disumpah sumpah ketika itu. Beliau ingat gua nie sesumpah ke suke suke ati je kene sumpah. Apa pon tak boley ! Hahahahahaa

    Gua wat entry nie sebab nak mintak maaf dekat beliau nie. Kasihan kene maen maen kan denga gua. sori ye kakak. Nanti gua kasi secret recepi ye. Heheheheheee.

    K, chow !

    p/s : entry nie gua lambat publish skit sebab gua bizi sangat mnggu lepas :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    09 May 2012

    Blog Gua..

    Assalamualaikum..


    Kalau korang perasan, gua dah start jarang jarang update blog giler nie kan. Bukan sebab gua malas, tapi gua banyak menghabiskan mase gua dengan tido, tengok anime dan tidak lupe juga kepada maen game. Mesti korang kagum dengan alasan gua kenapa gua jarang update blog nie kan. Hahahahaaa.

    Tadi gua cek profile blog gua, tak sangka dah setahun juga blog gua nie ye. Then gua try tengok gambar gambar from this blog. Gua jumpa la banner banner gua yang lame lame tu. Tak silap gua, ade 2,3 gak la banner yang gua design dulu. Bile gua ratapi banner banner yang gua design dulu lame lame. Sumpah buruk ! Nape la gua design banner buruk cam gitu ye. Heran gak gua. Maybe sebab gua 1st time edit gambar gune adope photoshop. Tu pasal buruk kot. Hehehehee.

    Blog gua dulu tak macam blog gua sekarang. Kalau tak silap gua, dulu blog gua kaler itam merah ngan putih. Time tu bagi gua, kombinasi tiga kaler tu la yang paling cantik dekat dunia nie. Kombinasi kaler kaler laen sume tak cantik bagi gua. Buruk giler la kombinasi kaler kaler laen tu la senang cite. Hahahahaa. Btw, gua peminat setia kaler putih. Bersepah baju baju gua yang kaler putih. Nasib baek design laen laen. Takde la orang cakap gua tak mandi nanti sebab pakai baju same. Heheheheee

    Lagi satu, dulu dekat banner gua ade la gambar gua. Gua ingat buat camtu nampak menarik. Tapi gua silap. Gua memang silap besar time tu. Serius giler memang tak menarik letak muke sendiri dekat banner tu. Rase cam nak bagi penampor je kat diri sendiri. Hahahahaa. Bila ingat balik, time mule mule berbloging nie, gua takde follower. Satu pon takde. Sedey gak kan. Tapi gua bukan kesah pon sebab buat pe nak ade follower sedangkan enrty pon gua takde. Hahahahaha. Ape yang follower gua nak bace nanti. Tak kan nak tengok muke gua je ke. Memang tak la kan. Hahahahahahaa.

    Sebab gua buat blog nie pon gua dah tak ingat sangat. Yang gua ingat, dulu gua ade kawan yang ajak gua buat blog nie. Time tu gua taknak sebab gua rase gua suck dalam bab bab penulisan nie sebab rata rata blog yang gua tengok banyak yang kopi pasta je. Takde idea sendiri. Bosan and tak menarik ! Kalau sikit sikit takpe la, gua boley terima lagi. Kalu dah semua entry asyik mengkopi je, memang mintak kaki je la kan. Hahahahaaa.

    Then kawan gua tadi tu jadi la blogger yang berjaya, gua kagum gak. Entry die pon banyak gak yang giler giler cam entry gua. Menarik, tapi tak semua entry die gua baca sebab banyak sangat. Pening otak gua nak membaca sepatah demi sepatah perkataan yang muncul di skrin laptop gua. Heheheheheee. Finally, gua pon berusaha la membina blog nie. So tercipta la hafizhafizi91.blogspot.com hasil dari name gua sendiri sebelum gua tukar blog address kepada bilakucingmenari.blogspot.com hasil daripada kucing yang menari tango depan gua mintak makanan free. Hahahahaaa.

    Bila gua dah tukar blog address gua. Gua pon design 100% blog gua. Takde lagi background hitam merah bagai dan takde lagi banner muke sendiri sume. Gua buat blog kaler putih yang simple giler. Takde pecah pale nak pikir camne nak design blog jadi kool giler and time tu la gua bersemangat buat entry entry mengarut sume bagai. Hehehehehe. Okey okey ! Sudah cukup gua mengarut kali nie. Nanti laen kali gua cerita lagi ye. Tunggu je la okey. Gua tak lari mane pon. Hehehehehee. Before gua terlupa, gua memang taknak letak muke gua dekat blog nie. Takut jadi tak menarik plak pastu rase nak tampo tampo diri sendiri lak. Hahahahaa.

    Chow !!

    p/s : kawan yang ajak gua buat blog nie dah delete dah blog die. sedey :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    05 May 2012

    Tensen !

    2,3 minggu lepas punye cerita...


    Time tu gua still cuti pertengahan sem lagi. Disebabkan internet dekat U gua yang agak terlalu giler mengecewakan gua kerana kelajuannye yang mampu mencecah kelajuan seperti siput sedut, maka gua pun jarang la dapat online sepuas ati nye. Bukan sahaja gua je yang merasa kecewa masalah ini, malahan kucing kucing diseluruh U gua turut merasai kekecewaan gua ini. Kasihan kucing kucing itu tak boley nak update status FB selalu. Kasihan mereka meraka itu ! Hahahahahaa. Nak surf ini kene blok, nak surf itu pon kene blok, nak surf sana sini pon tetap kene blok. Ishhh ! Tak paham la gua nape mesti nak blok sume bende gua nak surf. Tensen la gua camgini. Kasi bakar ini line tau la. Hahahahaaaa.

    Bukan sahaja gua tidak puas ati terhadap perkhidamatan internet, malah gua pun giler kecewa dengan siaran radio yang entah berapa banyak nyer la sampai tak terucap dengan kate kate dekat Malaysia nie tapi satu pun susah nak dapat siaran yang clear giler dekat U gua nie. Setakat nak dengar radio dalam bahasa melayu memang takde harapan la nak dapat line clear, tapi kalau korang rase korang hebat giler memahami bahasa thailand. Sudi sudi la kan diri tu mendengar siaran radio itu di sini ye. Confirm clear giler line rado tu. Gua tak tipu. Heheheheee.

    Eh eh eh ! Jauh sangat gua sudah melakukan pergerakan lencongan ini. Merepek aje gua ini. Ayuh kite kembali semula kepada cerita cuti pertengahan sem gua. Macam cilake je ayat gua kan. Hahahahhaaaa.

    *********

    Pada suatu hari ape entah di waktu tengah hari. Gua pon dah lupe ari ape ari tu sebab dah 2,3 minggu nyer cerita kan. Mustahil la gua ingat kan. Heheheheheee. Tiba tiba.

    Pintu bilik gua ditolak dengan kuat nyer sehingga berguguran tombol pintu itu jatuh dan seberapa ketika kemudian, pintu bilik gua itu pun rebah. Dan selang beberapa saat selepas itu, bunyi guruh dilangit jelas kedengaran. Kilat sabung menyabung dan ayam yang tengah bersabung pon menghentikan perlawanan sabung menyabung mereka itu kerana takut takut mereka disambar kilat yang sedang sabung menyabung itu pula. Lantas hujan lebat mulai turun selepas itu dan banjir kilat pun berlaku. Itik itik pak cik Leman segera menggambil kesempatan akibat banjir kilat itu untuk meloloskan diri dari sangkar itik yang kerap berbau seperti tahi itik itu. Hehehehe. Okey okey. Ini cerita, gua tipu. Haahahhahaaaa. Kali nie cerita yang betol betol okey.

    Tiba tiba...

    "Hafiz, downloadkan lagu lagu baru. Kakak nak". Kakak gua mengarahkan gua.

    Sesuka ati beliau je mengarah ngarahkan gua yang sedang bersenang lenang bersama sama laptop gua yang sudah tiga ari tidak shut down di atas katil yang empuk ditemani bantal bantal pelok gua.

    "Tengok la kalo orang free, orang tengah bizi nie". Gua membalas dalam keadaan berbaring dengan ati yang riang seperti kanak kanak dalam iklan ribena tu. Hahahahahaa.

    Sememang nyer gua tengah bizi time tu even korang nampak gua sedang berbaring dengan senang lenang nyer time tu. Gua tak tipu la bab bab kebizian gua nie. Kebizian gua ini memang terlalu bizi sehingga kalau Obama tengok gua punye bizi. Die pon tak sanggup nak jadi gua disebabkan kebizian gua yang melampau itu sehingga mampu mengalahkan kebizian die sebagai presiden amerika. Confirm die menangis sendirian bawah katil kalau die amik alih kebizian gua yang lagi bizi dari kebizian die nie. Kasihan kan. Hahahahahaaa. Amik korang ayat yang berterabur yang ikhlas dari gua nie. Berape banyak bizi la gua nie. Hahahahahaa

    "Bizi ape la die tu. Asek baring je tau. Pemalas betol die nie. Patut la makin gemok". Satu perlian yang ikhlas dari kakak gua kepada gua di tengah hari itu.

    "Die pon gemok gak. Hahahahaa". Gua pon memerli balik kakak gua time tu gak. Mane boley gua sorang je yang gemok. Sape yang cakap gua gemok mesti la kene gemok gak. Baru fair and lovely. Tak gitu. Hahahahaaa.

    Dek kerana perlian yang tersasar dari kene jiwa raga gua. Gua pun segera la mencari lagu lagu baru seperti yang kakak gua arahkan.

    "Ape sume lagu nie. Tak best giler. Lirik entah ape ape. Bosan. Buang mase je download. Nasib baek free. Kalau kene bayar, confirm gua claim balik duit gua dekat kakak gua tu. Hehehehee". Ati kecil gua berkata kate manis.

    Setelah selesai mendownload sume lagu lagu yang gua rase baru tu, gua pun mendengar nyer satu persatu.

    "Apa pasal lagu lagu ini sume nyer tentang putus cinta. Bengang la gua camni. Time gua sedey break dulu, takde pon lagu lagu camni. Time gua da okey, lagu putus cinta je ade. Ini tidak adil" ! Ati kecil gua memberontak.

    Time itu mahu sahaja gua cari penulis lirik lagu lagu sedey itu tukar lirik lagu die sampai jadi lagu gembira. Kalau beliau tak mahu dengar cakap gua, terpaksa la gua ikat beliau dekat pokok dan lepaskan berjuta juta bala tentera kerengga gua yang gua ternak dekat pokok Kak Timah jiran gua menyerang beliau. Biar beliau tahu betape sakit nyer ati gua ini dengan lagu lagu sedey die. Hahahahaaa.

    THE END

    *********

    Actually, gua pon tak tau nape gua wat entry ini. Memang cilake kan setakat tulis entry untuk merepek aje.Lantak gua la kan. Hahahahaaa. Dah lame gua tak update blog nie sebab line internet dekat U gua memang mengecewakan. Sakit je ati gua. 

    And pasal lagu putus cinta tu, lagu tu sedap. Tapi lirik die, tak boley blah langsung. Gila bayang aje gua tengok. Hahahahaaa.Tak boley la gua nak perform lagu lagu camtu dekat orang tersayang gua nanti. Nanti die ingat gua nak mintak break plak. Hura hara la nanti. Hahahaaa. Cukup la sampai sini je gua taip. Penat sudah. Kalau la entry ni bley kopi paste, takde la penat sangat gua nak menaip kan. Heheheheee. K chow !

    p/s : tak semestinyer time bahagia tak layan lagu sedey sedey kan :)

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    10 April 2012

    Cuti !!

    Assalamualaikum...


    Cerita jumaat lalu...

    Tepat pukul 2015, gua segera mencapai kunci moto dan turun dengan pantasnye dari asrama menuju ke parking moto yang terletak di hadapan blok asrama gua. Gua ditemani rumate gua segera memecut laju di celah celah jalan raya dalam keadaan yang gelap beserta hujan renyai renyai. Sedang gua memandu, gua hanya memikirkan satu sahaja destinasi yang ingin gua tuju, iaitu KFC yang terletak dibandar Kangar.

    Bile dipikir pikirkan semula, gua sudah sebulan tidak makan KFC dek kerana kekurangan duit ptptn. 500 inggit yang dipotong dari akaun gua kerana membayar balik wang pendahuluan dulu sungguh menyeksakan gua. Kalau sem sem lepas, mahu tiap tiap minggu gua makan KFC nie. Gua nie dah kire macam pelanggan tetap KFC tu aje. Heheheheee

    "Kenapa la tidak dihalalkan saja duit pendahuluan sebanyak 1500 inggit itu. Bukankah ia lebih baek begitu. Tak ade la sebulan sekali je makan KFC. Huhuhuhuuu". Ati kecil gua berkata kata sebentar.

    Gua yang kurang jelas penglihatan di waktu malam tetap meneruskan perjalanan yang memakan masa 10 minit itu dengan kelajuan 80 km/h. Sampai sahaja di destinasi yang dituju, maka terlihat la ramai kawan kawan gua yang sedang menikmati KFC itu. 

    "Ceh ! Makan tak nak ajak. Kalau ajak, boley gak gua pau diorang tu. Jimat duit sikit. Hehehehee". Ati kecil gua berkata kata lagi.

    Bla bla bla... Gua makan KFC sampai kenyang. Bla bla bla... Gua tunggu bas dari pukul 9 sampai pukul 10. Bla bla bla... Gua naek bas. Bla bla bla... Gua duduk sebelah perempuan. Bla bla bla... Bulan terang menemani perjalanan gua. Bla bla bla... Gua telan ubat batuk setengah botol. Bla bla bla... Gua tido nenyak. Bla bla bla. Gua bangun da sampai.

    Begitu la perjalanan gua dari Kangar ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa selama 7 jam itu gua abiskan dengan tido sahaja. Tamat...


    Hello silent reader(s).

    Bile gua tengok blog gua nie, dah lame gak tak update ye. Dekat dua minggu gak la. Gua bukan tak nak update, tapi gua tak ada idea, tak tau nak update pasal ape. Nak lukis katun pun gua tak ade mud da. Bile idea tak ade, gua malas nak sentuh blog. Heheheheee

    Sekarang nie gua tengah cuti mid sem. Disebabkan gua tak ade kerja, bosan giler duduk umah. So kerja gua kat rumah hanyalah guling guling dari ruang tamu sampai dapur, kejar kucing gua sampai satu kampung, lumba lari dengan rimau tak pun, gua tangkap jerung dekat tasek belakang rumah gua pastu masak gulai. Heheheheee.

    Sampai sini sahaja la gua merepek ok. Gua pun da tak ade idea nak tulis ape lagi. Chow.

    p/s : gua still sakit lagi :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    24 March 2012

    Nostalgia !!

    Malam sabtu punyer cerita...


    Disebabkan gua selalu sangat duduk diluar, so jarang sekali gua dapat balik rumah. Jika dulu time gua form 4 ngan form 5, sebulan sekali je boley balik rumah. Tu pun kalo boley balik la, kalo la ditakdirkan sorang student tu buat onar dekat asrama gua. Sia sia je bulan tu tak boley balik. Sumpah gua bengang kalo kejadian sebegitu terjadi. Dah la gua suke balik, sesuka ati je die wat hal sampai satu batch tak ley balik. Nyirap giler giler la time camtu. Sian gak la member member gua yang da plan awal awal nak tido masjid mane kalo diorang dapat bermalam kat luar nanti. Orang rumah jauh, memang camtu la. Masjid masjid tu da cam kire rumah diorang gak la. Heheheheheee

    Part outing tak payah cakap la, same je sebulan sekali gak ley outing. Kalo outing pun bukan wat pe pun. Jalan jalan dekat Jusco Maluri tu dalam sejam dua je pon. Tapi time nak balik, kene la tunggu bas yang giler lame sampai dua, tiga jam. Panas je ati time nak tunggu bas tu, die ingat gua datang Jusco tu semate mate nak tunggu bas ke ape. Adoii !! Tensen gua. Nasib baek la tiket die singgit je sebab gua student. Kalo harga die due inggit, naek teksi la gua jawab nyer. Teksi dalam lapan inggit kot. Gua pun tak pasti sebab tak pernah naek pon. Tapi kalo naek empat orang, sorang kene la bayar sorang due inggit kan. Simple math. Very very easy. Hahahahahahaaa. Disebabkan kene bayar due inggit tu la gua menggambil keputusan menunggu bas yang lame tu dari naek teksi. Gua bukan kedekot okey, gua nie student, mane ade duit banyak nak bayar tambang teksi nie. Serius gua tak kedekot. Heheheheheeee.

    Berbalik dengan cerita gua. Memandangkan gua jarang sangat sangat tak balik, dulu sebulan sekali, bile da belajar jauh ke utara nie, makin jarang la balik, satu semester due kali je gua balik. Tu pun kene mintak encik emak supot tiket gua. Kalo tak supot, memang gua tak balik la. Yang nie pun bukan sebab gua kedekut, tapi sebab bajet gua untuk balik umah hanya ada sekali je. Tu pun time cuti akhir semester. Mahal sangat tiket pergi balik umah gua, mana gua boley tahan kalo balik selalu. Boley kaya raye la syarikat bas tu kalo gua balik tiap tiap minggu. Kalo camtu, biler gua nak kaye. Heheheheeee. Setakat cuti balik lima enam ari tu gua tak pandang la. Bukan tak nak balik tapi gua tak tau nak wat ape kat umah. Nak lepak lepak kat KL memang tak la, tiket pon encik emak supot, nie plak gua nak keluar merayap. Ternyata nyata la gua takde duit nak keluar buang duit kan. Hahahahaaa

    Dalam gua menghabiskan cuti tu, kadang kadang gua berkesempatan la solat jumaat dekat kampung gua tu. Time tu la jumpa kawan kawan yang entah berapa tahun tak jumpa sampai name pon dah start bertukar tukar. Dari Aman ke Ramli la, Aman ke Abu la, Aman ke Zainab la. Zainab ? Eh eh, yang ni gua rase rase cam tipu je. Nampak sangat kan tipu. Hahahahahaha. Time tu gak la gua nampak pakcik pakcik jiran gua yang dah start nampak tue. Nak solat pon dah duduk atas kerusi. Sendi sendi sume dah tak larat la katekan. Huhuhuhuuuu.

    Teringat time gua kecik kecik dulu, nampak diorang tu sume mude mude je. Tak de pun uban uban nie. Selalu je nak nyakat budak budak kecik cam gua nie. Cepat nyer zaman berlalu pergi, tak sanggup gua nak menghadapi ari mendatang. Sungguh mencabar cabaran untuk menghadapi masa hadapan ini. Huhuhuhuhuhu.Gua nak beremosi jap, korang jangan nak kaco. Sape kaco, gua terajang. Hahahahahahaaa.

    Bile teringat time kecik kecik, gua teringat nostalgia dulu dulu. Time tu gua kecik lagi, dalam enam, tujuh tahun gak la. Kat tepi tepi rumah gua ade la rumah jiran gua. Depan rumah gua pun rumah jiran gua, belakang rumah gua pun rumah jiran gua. Pendek kate, depan, belakang, kiri, kanan tu sume tu la rumah jiran gua. Hehehehehehe. Tapi rumah jiran gua punye tepi, bukan rumah jiran gua. Dekat situ ade hutan buluh, rimau, gajah, singa, badak sumatera, sume tak ade kat situ. Kalo gua kate ade, korang kate gua tipu lak kan. Hahahahahaaa. Sekarang hutan tu dah takde la, da jadi rumah jiran gua gak. Hehehehehehee.


    Dipendekkan cerita, jiran tepi rumah gua tu ade la tanam ubi dekat belakang rumah die. Disebabkan time tu gua nie perangai agak setan sikit. Gua dengan bangganyer menyabut satu persatu ubi ubi jiran gua tu tanpa rase bersalah pun. Tanpa gua sedari, satu mahluk tengah memerhatikan gua dari jauh. Mungkin kan mahluk itu dari hutan sebelah rumah jiran gua. Itu gua pun tak pasti. Nanti gua cek balik. Hehehehehe. Tengah gua bizi menyabut ubi ubi itu, tiba tiba.

    "Ha, buat ape tu. Cabut ubi orang ye. Jahat ye die". Mahluk itu berkata kata.

    Gua yang terkejut giler giler pada masa itu, terus berlari dan berlari dan terus masuk rumah gua dan menyorok bawah katil. Takut nyer pasal time tu, sampai nak terkencing pun gua cancel terus. Hehehehee. Actually gua bukan takut dengan suara itu, tapi gua takut kerana aktiviti gua yang celaka itu telah kantoi. Tu yang buat gua cuak giler tu. Mane tau nanti die bagitau encik emak. Abis la encik emak bagitau encik ayah. Siap la gua kene pukul sampai gua nangis nangis dengan encik ayah. Huhuhuhuhuuu. Time da cuak cuak cuak cam gitu baru la gua nak insap jadi budak baek.

    "Sudah terlambat la wahai awak. Siap la nanti kene pukul, terima la pukulan pukulan itu dengan ati terbuka. Hahahahahaaaa". Hati kecil gua memerli gua.

    Berani sungguh beliau mepermainkan gua. Tensen la gua time tu. Tapi last last, tak de laporan tentang kesetanan gua dibuat dan gua selamat. Betapa gembiranyer ati gua time tu. Lepas gua kantoi cabut ubi tu, berminggu minggu gua tak lalu belakang rumah jiran gua tu. Takut nyer pasal. Heheheheeee.

    Bile gua teringat cite lame lame. Terase cam semalam je gua buat sume tu. Rindu giler zaman tak sekolah lagi. Tak de assingment assingment yang melambak, takde nak pikir mase depan, tak nak pikir anak bini. Time tu just pikir, ape nak buat ari nie dan esok. Tak kesah la ape pun, janji epi, dapat maen maen dengan anak anak jiran. Tak ade masalah pun. Kalo ade masalah pun, encik emak yang tolong uruskan. Sangat seronok zaman itu. Tapi sekarang gua dah besar. Zaman itu tak kan pernah kembali lagi. So nak tak nak, kene la terus kan hidup cam biase kan.

    Cukup kot gua punye cerita kali nie. Penat nak tulis panjang panjang, nanti makin merepek je. Heheheheeee
    Chow !!

    p/s : rindu zaman budak budak dulu :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    20 March 2012

    Date !!

    Di suatu pagi ketika gua sedang makan di warung Pak Mat. Gua telah dihadapkan dengan satu aksi ngeri di mana seorang isteri membelasah suami nyer dengan sebatang kayu balak sebesar kereta kancil kawan gua. Sang suami yang dipukul kayu balak itu kelihatan seperti tidak sakit pun, malah hanya tersenyum dan ketawa girang seperti menonton persembahan Sepah di funfair dekat sebelah rumah gua je pada minggu lepas. Lawak sungguh performance diorang time tu sampai orang ramai yang menonton nyer berguling guling 100 minit non stop termasuk gua. Heheheheee.

    Aksi ngeri itu berlangsung selama 300 minit tanpa henti menyebabkan gua telah menghabiskan tiga cawan milo ais dan tiga bungkus nasi lemak dan terpaksa membayar sepuluh ringgit untuk makanan makanan tersebut. Gua yang ketika itu hanya membawa tujuh ringgit terpaksa berhutang sebanyak tiga ringgit. So, secara total nyer pada ari itu, gua telah berhutang sebanyak lima ribu ringgit termasuk hutang tertangguh dahulu kala dengan Pak Mat. Disebabkan Pak Mat baek orang nyer, mana mungkin die tidak benarkan gua berhutang dengan die kerana gua merupakan pelanggan tetap beliau yang suke berhutang ribu ribu nie. Orang laen mane berani. Heheheheeee

    Perkara di atas menyebabkan gua tidak puas ati dengan suami isteri yang bergadoh tadi kerana mereka, gua tidak mempunyai duit lagi untuk lunch pukul 1300 nanti di warung Ismail. Gua menggambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan pasangan tersebut untuk berbincang tentang ganti rugi yang sepatut nyer gua dapat iaitu sebanyak 50 juta akibat aksi mereka yang terlampau itu.


    "Hello akak akak dan abang abang sekalian. Dari tadi saya tengok kamu berdua bergadoh, tak bosan ke?" Gua memula bicara. Sungguh sopan sekali percakapan gua ketika itu. Heheheheheee

    "Bosan? Sori sikit adik. Tak kan bosan nyer kalo dapat pukul laki sendiri dengan kayu balak ni ha. Adik tak pernah try ke? Nak try tak"? Si isteri membalas bicara gua beserta jemputan untuk memukul laki nyer sekali.

    "Sopan dan baek juga si isteri itu ye walaupun die sedang mengenggam erat kayu balak itu". Bisik hati gua.

    "Betul nie akak kasi try, teringin juga saya ingin memukul laki akak ini. Disebabkan die, saya telah menghabiskan duit makan tengah ari saya untuk ari nie. Saya geram nie dengan laki akak". Gua mule menunjukkan ketidakpuasan ati gue kepada si isteri itu.

    "Iye adik, nah nie kayu nyer. Pukul la laki akak nie. Akak tak kisah pon". Si isteri berkate kate sambil ketawa berdekah dekah sampai terkeluar anak tekak nyer. Heheheheee

    "Kalo saya pukul laki akak, saya still bole mintak ganti rugi 50 juta tak sebab saya tak dapat lunch tengah ari nie"? Gua mendapatkan kepastian tentang ganti rugi tersebut.

    "Tak ade hal la adik. Tapi nape mintak 50 juta je? Mintak la 100 juta ke, satu bilion ke, baru nampak gempak sikit". Si isteri membalas

    "Saya orang baek baek, tak reti nak tamak tamak nie". Gua membalas. Ringkas sekali kate kate gua macam cilake. Hahahahaaa

    Lantas gua mengenggam kayu balak itu dan terus memukul laki si isteri tadi dan si suami itu terus terpelanting beribu ribu kilometer jauh nyer kerana pukulan gua yang terlalu dasyat giler itu mampu membuatkan bola besbol musnah sekelip mata tanpa dapat dijejaki oleh, CSI, FBI, mahupun PDRM. (why PDRM? why PDRM why?) Betapa kuat nyer pukulan gua tu kan. Hehehehee

    Sesudah gua menjalankan amanat gua terhadap si isteri untuk memukul suami die, gua teringat yang gua ade date dengan si awek pada pukul 1200. Memandangkan gua telah menghabiskan 500 minit untuk membincangkan tentang ganti rugi, so gua mempunyai mase lagi 30 minit lagi untuk berjumpa si awek. Btw, si isteri itu bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak 50 juta itu minggu depan. Betapa epi nyer gua ketika itu. Rase nak kawen empat je time tu.Hahahahahaa. Tapi semua nyer mustahil, kerana gua ingin menjelaskan utang utang tertunggak gua sebanyak 49.99 juta. Sedey ati gua mengenangkan nasib gua yang malang itu. Huhuhuhuuu.

    Lalu, gua start moto dan memecut laju sehingga 500 km/h dari Ipoh ke Kampung Baru. Perjalanan yang kebiasaan nyer menggambil mase tiga jam lebey itu akan gua compress kan nyer menjadi 15 minit sahaja. Dalam gua memecut laju, tiba tiba gua terlihat sebuah kapal angkasa berada 200 km di hadapan gua sedang berenti di R&R dan  kelihatan seekor alien telah menghalakan sepucuk senapang pak cik gua yang telah hilang 1000 tahun lalu tepat ke arah moto gua. Kehebatan senapang pak cik gua itu mampu membuatkan sesape yang tekena tembakan nyer itu mampu melayang sehingga ke planet pluto.


    Gua yang ketakutan ketika itu segera memberhentikan moto gua dan menekan button emergency yang ade di moto gua. Tetiba, moto gua bertukar menjadi robot transformers. Gua yang ketakutan sebelum ini terus menjadi teruja dan bersama sama robot baru gua itu, gua segera berlari ke arah alien tersebut dan menyepak kapal angkasa nyer melayang ke ruang udara. Alien yang sebelum ini yang menghalakan senapang ke arah gua tadi terus melepaskan tembakan bertubi tubi ke arah robot gua sambil memakan ubi rebus yang dijual di R&R itu.

    Gua yang agak bengang kerana asyek ditembak terus memijak mijak alien tersebut seperti melenyek lenyek lipas tanpa belas kasihan sikit pon. Hohohooo. Tetiba (tetiba lagi. bosan la) keadaan cuaca yang tenang sebentar tadi terus bertukar gelap gelita dan guruh berkeliaran menyambar nyambar sesape saje yang dikehendaki. Abis tiga ekor lembu Pak Atan mati ditembak petir. Kasihan. Hehehhee. Tidak semena mena, satu panahan kilat hinggap dekat badan alien itu. Kemudian nyer, alien itu terus membesar dan membesar dan menjadi raksasa seperti dalam cerita Power Rangers dulu dulu.

    Gua dengan bantuan robot baru gua Bebalby terus berlawan dengan raksasa itu. Perlawanan sengit (sengit la sangat) itu menyebabkan Bebalby cedera parah sehingga hilang sume anggota badan nyer diratah gelojoh raksasa itu dan yang tinggal hanya kepala nyer sahaja. Raksasa yang 100 kali ganda lebey besar itu terus membuat onar sehingga air laut di Selat Melaka bergelora menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Sungguh tidak baek itu raksasa. (beremosi jap). Huhuhuhuhu

    Dalam keadaan yang sukar itu, tetiba muncul keajaiban. Seorang wanita datang dari ceruk planet mane ntah membawa bazoka dan menembak tepat dahi raksasa itu dan raksasa itu mengecil dan terus mengecil sehingga sebesar seekor cicak. Gua kemudian nyer berlari lari memijak raksasa kenit itu sehingga hancur. Selepas puas ati memijak raksasa kenit itu, gua merenung tepat ke arah wanita itu. Tenung dan terus tenung lantas wanita itu menjerit.

    "Hoi" !!

    Satu suara yang gua seakan akan familiar tetapi tidak ingat di mana gua pernah mendengar nyer. Gua hayati kembali suara itu dan...

    "Ape cerita awak merepek nie, da lambat tu lambat la, tak payah nak wat cerita utang berjuta juta, ganti rugi, alien bagai. Geram tau saya dengan awak nie, satu jam saya tunggu cam orang bodoh kat sini". Si awek mule memarahi gua.

    "Mane ade merepek. Betul la cerita saya". Gua membalas dan menunjukkan bangkai cicak di depan moto gua menandakan gua tidak merepek. Comel juga muke si awek nie biler marah. Hehehhehehe

    "Tipu lagi. Benci awak tau tak. Rumah awak tak sampai 15 km je dari sini, yang menipu dari Ipoh nak ke sini pasai pa. Ingat saya tak tau ke rumah awak mane"? Si awek memarahi gua.

    "Sori sori, salah saya. Nanti saya belanja awak lunch dekat hotel lima bintang k". Gua memujuk si awek.

    Macho juga cara gua memujuk si awek nie. Sampai die mengganguk angguk tanda percaya. Tapi benggap betol die tu kerana percaya yang gua akan bawak die dekat hotel lima bintang. Gua nie da la kedekot. Setakat warung lima bintang tepi umah Cik Senah tu pun gua berkire nie lak nak belanja die dekat hotel lima bintang. Mustahil tu mustahil. Hehehehe. Gua membuka wallet melihat duit gua.

    "Eik ! Singgit je ade camne nak belanja die makan nie". Ati kecil gua berkata.

    Kemudian, gua merenung tepat ke mata si awek membuat mata berkaca kaca. Si awek nampak nyer seperti mengerti ape yang gua ingin sampai kan.

    "Ok fine, awak tak ade duit nak belanja makan. Nanti saya yang bayar makan tu. Dah la datang lambat, pastu suruh orang belanja lak. Melampau je" Si awek memerli gua

    "Thankz awak". Gua membalas, even perlian nyer sungguh menikam kalbu gua ini. Huhuhuuhuu

    Kemudian kami segera meninggalkan kedai Cik Nah tu dan terus pergi ke tempat laen berbekalkan duit singgit gua. Nampak gaya nyer, si awek la kene supot gua date kali nie. Bahagia je rase. Kalo selalu kan bagus. Hahahaaa

    Berakhirnyer cerita gua tentang date ini.. Tamat.

    p/s : tak ade idea :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    14 March 2012

    Cerita Budak Sekarang..

    Hello guys and girls sekalian.



    Time gua tengah jejalan blogwalking, gua tengok kebanyakkan blogger adalah budak budak sekolah lagi. Sekolah menengah ke sekolah rendah ke, tu belakang cerita. Gua tak sempat tanya plak diorang sorang sorang yang diorang tu sekolah menengah ke sekolah rendah. Nanti gua dah tanya, gua kasi tau k. Tak ade hal la sume tu Hahahahaa.

    Btw, gua tengok budak budak sekolah menengah sekarang nie apesal pendek semacam je erk. Heran gak gua. Eh eh ! Bukan pendek, tapi rendah je. Kecik ati diorang jap lagi sebab kene kutuk dengan gua. Ati orang kene jaga wei. Nanti ati die merajok. Sape nak pujok. Nak suruh gua pujukkan? Memang tak la. Gua mane pandai pujuk pujuk orang nie. Ini siyes gua tak tipu. Hahahahaaa

    Jap jap, gua merepek ape nie. Actually gua bukan nak buat entry pasal tinggi mahupun pasal budak sekolah. Nanti bertambah lagi la gua merepek. Kesian korang asyik baca ape yang gua merepek kan. Sabo je la. Heheheeee

    Gua kali nie nak cerita pasal perbezaan budak sekolah dulu dengan budak sekolah sekarang. Keluar keluar dari perut mak korang je, da dapat psp, dapat iphone 4s, dapat lagi laptop vaio sebijik. Mane gua boley tahan cam gini. Nie yang buat gua jeles nie. Zaman gua tak de sume tu. Yang ade hanya guli, selipar dan lastik. Video video game mane ade.


    Time gua baru lahir, gua keluar keluar je, encik ayah hanya kasi gua sebiji guli je. Pastu die pesan

    "Hafiz, ayah nak kau jadi kan sebiji guli nie kepada sejuta biji sebelum umur kamu genap dua bulan".

    "Baik lah ayah, akan ku belaja ilmu magik untuk jadi kan sebiji guli nie kepada sejuta biji".

    Gua memberikan kembali harapan kepada ayah gua dengan mata yang bersinar sinar. Gua tak sampai nak mengatakan tidak kepada ayah gua even gua tau benda tu agak mustahil ketika itu. Giler ape nak jadikan sebiji kepada sejuta. Itu sume keje giler. Gua membebel sendirian. Heheheheee

    Fine la ! Nie sume cite tipu. Jangan la korang nak percaye sangat dengan gua nie. Hahahahaaa


    Budak budak sekolah sekarang pon da tak macam dulu lagi. Pandai da dalam bab bab IT nie. Tau da camne nak on9, tau da camne nak buat fb bagai. Siap dengan lima akaun lagi. Alasan, senang sikit nak maen game dalam fb. Pergh... Hebat nyer kamu ini.. Teringat gua mule mule ade fb. Men game je keje. Cam budak la pulak. Heheheeee

    Gua dulu ingat lagi. Time tu gua baru darjah 3 and baru dapat sebuah pc. Yang gua tau time tu, on off je. Yang laen gua tak reti. Setakat tekan tekan keybord tu boley la sikit. Tapi kene la marah dengan kakak gua tu nanti. Takut rosak la kate kan. Nak kopi paste apatah lagi. Memang sah sah la tak tau. Hohohoohooo

    Tapi yang gua musykil sikit, bapak gua beli pc tu untuk die, tapi die pun tak reti guna. So, pc tu terdiam la dekat sudut penjuru rumah tu. Sian die menangis kesorangan. Heheheeee. Last last, gua berjaya merosakkan pc tersebut sampai kene format balik. Memang gua kene marah kaw kaw la time tu. Tangan gatal sangat pegi delete folder window dalam hardisk tu. Memang tak boley hidup la beliau time tu. Menangis kesorangan lagi la beliau. Heheheeee

    Zaman sekarang serius la da tak macam zaman gua dulu, da tak ade da aktiviti outdoor. Nak men kejar kejar, men guli, men baling selipar. Sume tu gua da tak nampak budak budak sekarang maen. Sume pakat maen video games dalam bilik je. Ngadap games tu dari subuh sampai tengah malam. Makan pun bile ingat je. Tak ade life langsung.

    Ishhhh. Nie yang gua emo balik nie. Kenapa la korang  berjaya buat gua jeles teramat amat sangat nie. Adoi.. Gua dulu kecik kecik teringin gak nak men ps2 kat umah. Bosan da asek maen kat kedai je. Sejam 3inggit. Ari ari cam gitu, encik emak bising la duit belanje sekolah gua pakai pegi maen game. Siap encik emak report sama encik ayah. Tak pasal pasal gua kene warning.

    "Kau pergi maen game kat sane lagi. Siap ayah belasah kau". Encik ayah memarahi gua.

    Terkebil kebil mate gua time tu bile kene warning dengan encik ayah. Cuak punyer pasal, gua terus kurang kan aktiviti melepak dekat kedai game tu dari tiap tiap ari kepada seminggu tiga kali. Sian kan sama gua. Heheheee.

    K la, gua pon da tau nak tulis ape lagi. Sampai sini saje lah. Pape nanti, gua sambung. Chow !

    p/s : gua ingat nak sambung tulis cerpen balik la. ok tak? :)

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    10 March 2012

    Terima Kasih !!

    Cerita minggu lepas...

    *********************

    Sedang gua berusaha bersungguh sungguh menyiapkan esemen esemen yang banyak giler ibarat mengepam tayar keretapi. Tiba tiba...

    "Siot, sape nak print esemen esemen gua nie? Printer mane ade. Adoi. Jiwa kaco la cam gini. Pening pening". Gua merepek sendirian.

    Disebabkan printer gua dan printer rumate gua telah dimasukkan dalam wad kecemasan kerana cedera parah, so amat rumitlah bagi gua untuk memprintkan esemen esemen kopi paste gua nie. Hehehee. Gua yang sedang hampir hampir stress, lantas membuka fb gua yang tak seberapa ramai friend nyer dan terus mencari kawan kawan gua yang ade printer. Bese la gua nie, cari member biler gua susah je. Kalo tak susah tak la cari member. Camtu baru la member kan. Heheheheeee. Yang nie, korang abaikan. Merepek aje. Hohohohoo.

    Tengah dok mencari member yang de printer, gua sempat la berblog walking. Jalan punye jalan. Gua lupe yang gua kene siapkan esemen malam tu gak sebab esok nak anta. Buka satu blog demi satu blog, gua usha sumenyer dah berpunyer. Time tu, gua agak sedey gak la, tak ade sape nak gua. Cilake giler diorang berjaya buat gua rase cam forever alone. Sungguh tak patut sekali diorang wat camtu kat gua. Huhuhuhuuu.


    Dan sekali lagi alam maya berjaya melekakan gua dari terus membuat esemen. Disebabkan ati gua telah merajok dengan gua kerana tak kasi die sorang awek. Terpakse la gua kembali membuat esemen esemen tu balik dengan ati yang merajok. Heheheeee. Sungguh malang naseb gua ini ketika ini. Kalo camni la selalu, lepas nie boley la gua buat cerpen cerita sedey plak. Mane tau de orang minat. Heheheheee. 

    "Eh, cerpen yang lame tu pun tak sambung lagi, de ati nak wat cerpen baru. Blah la weyh. Tak payah nak semangat lebey". Kate ati gua yang tengah merajok tu.

    "Cis, berani beliau mengutuk gua. Tensen la gua cam gini asyik kene kutuk. Huhuhuhuuu". Gua merepek sendirian lagi.

    Tapi betol gak, dah lame gua tak update cerpen tu kan. Kalo ade labah labah, confirm dah bersawang sawang cerpen tu. Huhuhuhuuu. InsyaAllah nanti gua ade idea, gua sambung k. Nak bace cerpen tu, klik sini

    Ah sudah, gua dah terlalu jauh merepek nyer. Kesian korang kene baca hasil kerepek gua nie kan. Heheheheee. Kite sambung balik ape yang gua nak cerita kali nie.

    Selepas gua selesai berblog walking, jam dinding menunjukkan pukul 11.00. Pada masa yang same juga, gua teringat dekat member gua yang ade printer.

    "Weyh, kau ade printer kan. Tolong print kan esemen aku. Tapi lewat sikit la. Esemen tu tak siap lagi. Esok nak anta". Gua chat die gune skype.

    "Sehelai seposen, anta cepat sikit. Aku tengah bizi maen kek mania nie". Die pon membalas.

    "Sungguh wadefuq kau nie, ngan aku pon berkire". Bisik gua dalam ati.

    Then..

    "Tak pe la camtu, lupe kan je la". Gua membalas chat die dengan membuat cerita sedey. Sebab kedekot nyer pasal gua lagi rela tak print esemen gua dari kene bayar. Heheheee

    "Ceh, kau nak print ape. Tak payah la nak merajuk. Aku takkan pujuk nyer. Hahahaaaa" Die membalas chat gua tanpa rase sedey langsung.

    ______________________


    Tiba tiba, line internet gua terputus selama satu jam tanpa dapat disambung dan gua tak siap lagi esemen tersebut. Tensen nyer time nie.

    ______________________

    " Weyh, mane esemen kau yang nak print tu. Cepat la send. Aku nak tido nie". Die membalas.

    "Jap jap". Ringkas jawapan gua.

    Gua yang ketika itu sedang kegelabahan mula mempercepatkan aktiviti kopi paste demi menyiapkan esemen gua yang tercinta itu.

    Akhirnya...

    "Lambat la ko nie. Aku tido dulu. Pagi nanti pukul 6.30 kau send esemen kau". Die membalas dan terus tido tanpa menghiraukan gua.


    KEJAM ....

    Satu perkataan yang gua dapat ungkapkan pada masa itu. Suasana menjadi sepi pada masa itu. Bunyi bunyian dari katak dan cengkerik terus terhenti menandekan mereka memahami perasaan gua ketika itu. Keadaan yang sepi itu membuatkan gua menggambil fon. Set alarm pukul 5 dan gua pun tido gak.

    The end...

    *********************

    Hahahahaaa. Sungguh bosan entry gua kali nie. Disebabkan tangan gua teringin sangat nak menaip. So, inilah hasil nyer. Sumgguh tak menarik. Huhuhuhu. Btw, gua nak ucapkan la terima kasih kepada beliau ini kerana sanggup memprintkan esemen gua dengan free nyer. Yang nie gua suke. Heheheheee.

    Nanti gua belanje secret recepi ye. Kalo gua baek la. Hehehehee. Penat sudah merepek. Chow !

    p/s : susah gak nak wat entry kalo tak ade idea. adeyh..

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    08 March 2012

    Cita Cita

    Zaman kecik kecik nyer cerita...

    **************************


    Tengah gua lepak lepak dalam kelas sambil minum kopi dan nasi lemak. Tiba tiba....

    "Hafiz, biler besar nanti nak jadi ape?"

    Persoalan dari guru kelas gua itu membuatkan suasana menjadi sepi seketika. Mak cik makcik yang dari tadi duduk bergosip berhenti bergosip dan turut memberikan tumpuan kepada soalan itu. Pakcik pakcik yang sedang melantak di kedai makan terus berenti makan dan memandang bilik darjah gua. Persoalan itu sungguh mencabar akal fikiran gua time tu.

    "Hurm... Entah la cikgu. Ape saya nak jadi erk. Pe yang bez dan de gaji besar cukup la"

    Gua membalas persoalan guru kelas gua itu. Jawapan yang gua membuatkan semua kawan kawan gua diam. Tiba tiba seorang budak entah siape datang dari mane berkate kate.

    "Weyh, mate duitan la kau nie".

    Kate kate itu menyebabkan gua menerima gelakkan dari budak budak kelas gua.

    "Celaka punyer budak.Kenapa mesti kau mesti bahan gua ha? Nie yang tak puas ati nie, bikin panas je. Dapat kau siap gua rembat. Hahahahaaa". Jerit gua dengan sekuat ati sekali.

    Jeritan itu menyebabkan dedaun dedaun di taman bunga luruh dengan lebat nyer seperti hujan lebat. Laut yang tenang tiba tiba bergelora beserta ribut taufan dan kucing yang mendengar jeritan gua turut menyahut jeritan itu kembali. Menandekan yang beliau turut marah dengan budak itu. Nie gua tipu. Hahahahaaa.

    Pada time tu, pencuri, perompak, dan pekerjaan pekerjaan jahat yang sewaktu dengan nyer berjaya membuatkan gua teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Hasil curian mereka yang sugguh dasyat banyak nyer membuatkan kepala gua berfikir tentang duit sahaja. Halal haram time tu gua pon tak tau. Maklumlah, baru usia 7,8 tahun. Mane mampu fikir dose pahala lagi. Heheheeee.

    Time gua darjah 4. Gua dapat la sorang guru kelas lagi hensem dan bergaya tidak ubah seperti gua. Cuma yang beza nyer, gua lagi kiut dari beliau. Hahahahaa. Tapi kali nie gua bukan nak bercerita tentang kekiutan cikgu gua mahupun kekiutan gua. Sume tu gua malas nak cite. Nanti seko seko perli gua. Hahahaaa

    Dipendekkan cerita, guru kelas gua tu amat garang sekali bagi gua. Ketuk ketampi 100++ tu dah kire perkara biase bagi gua time tu. Gua pernah kene denda sampai 300 kali sebab tak hafal sifir. Sumpah gigil satu badan nie, tak boley tahan gua time tu. Sekse sangat ! Mule mule kene tu rase okey la tapi yang paling menyakitkan bile gua bangun besok pagi. Nak buang air besar mahupun air kecik gua tidak mampu kerana nak mencangkung itu amat amat la menyeksakan. Huhuhuuuu

    Ikutkan hati, nak je gua buang hajat berdiri. Tapi kalo la gua kene tangkap dengan mak gua, silap silap, gua kene ketuk ketampi lagi 100 kali kot. Tak pun gua kene ikat dekat pokok, kasi kerengga gigit gua. Yang nie sumpah gua tak sanggup. Serius sakit yang nie. Disebabkan itu, gua tepaksa berpikir 700 tambah 30 kali untuk melakukan aktiviti terlarang itu. Heheheeee

    Disebabkan guru kelas gua tu cikgu disiplin, so gua syak yang die nie suke buat orang sedih. Nampak je student buat salah. Amik kau bulu ayam tepat mengenai punggung. Adoiii ! Sungguh sakit sekali libasan yang beliau berikan tanpa merase kasihan sikit pon. Menangis budak itu kesorangan. Heheheheee.

    Disebabkan sifat beliau yang tegas itu, beliau telah menjadi idola gua. Cancel gua nak jadi perompak mahupun pencuri. Jadi cikgu lagi giler kool. Lebih lebih lagi jadi cikgu disiplin. Boley mendisplinkan orang. Heheheee

    Time tu gak gua buat keputusan nak jadi cikgu. Gua tak kire, gua nak jadi cikgu gak bile da besar nanti ! Boley sebat murid sesuka hati. Tampar murid sane tampar murid sini. Kool bukan. Hahahaha. Ok fine, gua agak jahat pada mase dahulu. Tapi gua kesah pe. Perlu ke gua kesah?Hahahaaa.

    Tapi bile dah besar ape yang gua nak jadi sume tak jadi. Takde cita cita langsung. Tak boley harap ! Tak boley pakai ! Macam ape ntah. Malas gua nak pikir tu sume lagi. Bikin serabut je. Hohohohooo. Actually gua mane pernah ade cita cita. Janji dapat keje gaji besar cukup la. Siyes gua mate duitan dan kedekot. Kalo tak kedekot bile nak kaya gamak nyer. Hahahahaaa.

    K r. Gua dah tak tau nak merepek ape lagi. Nanti gua sambung. Chow !

    p/s : gua teringin nak makan piza orang belanje. heheheee
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    03 March 2012

    Bla bla bla... [Part 2]


    "Mane budak perempuan tu Hafiz?" Zahar bertanye kepada gua.

    "Entah, tak tau die pergi mane". Balas gua pendek.

    "Hai, name saya Isa. Nama awak sape? Awak rumate saya gak erk? Isa bertanya dengan banyak sekali soalan nyer. 

    Nampak excited sungguh berjumpa dengan Zahar. Mungkinkah mereka berdua ade sesuatu rahsia yang gua tak tahu. Gua sendiri tidak pasti. Hahahaaa

    Hurm... Bla bla bla... Isa budak terengganu. Bla bla bla... Die dapat tawaran sambung diploma. Bla bla bla...Zahar nampak die dengan perempuan comel. Bla bla bla... Isa kenal kan gua dengan perempuan comel tu. Bla bla bla... Gua ayat perempuan tu. Bla bla bla... Perempuan tu sangkut... Bla bla bla... Zahar ayat perempuan lain. Bla bla bla... Isa pergi library pakai short. Bla bla bla... Gua nasihat Isa pakai seluar panjang. Bla bla bla... Bape banyak bla la weyh. Hahahaaa

    Pada suatu hari...

    "Hafiz, duduk kat matrik nie susah la. Payah sangat. Huuu." Isa mengadu pada gua.

    "Memang la, ade aku kate senang ke? Hahahaha". Gua membalas dengan nada selamba.

    "Camne nie. Huuuuu". Isa kesedihan.

    "Camni la, kalo aku jadi kau, aku tak masuk matrik ni, aku lagi prefer masuk u amik diploma. Kau kan dapat tawaran kat UMT. Lebey bek kau masuk sane. Tak ade la teruk sangat la macam study kat matrik nie". Gua berkate kate dengan penuh semangat.

    Isa memerhatikan gua tanpa mengelipkan kelopak mata nyer sambil mulut nyer terbuka luas. Tiba tiba, seekor cicak yang ntah dari mane datang nyer telah turut mendengar nasihat gua terhadap Isa lantas cicak itu bertepuk tangan tanda menunjukkan kekagumannye terhadap gua. Dengan tidak semena mena nyer, cicak itu telah terjatuh ke dalam mulut Isa dan Isa mengunyah ngunyah cicak itu dan memakan nyer. 

    "Sedap nyer cicak nie. Nak lagi bole?" Isa berkate kate tentang kesedapan cicak itu. 

    Gua pun mengiyakan sahaja tanggapan Isa tentang cicak itu kerana gua pun turut terliur melihat Isa memakan cicak itu.

    Sungguh sial sekali gua bercerita tentang penipuan yang tidak masuk akal ini. Memang celaka la siapa yang mempercayai cerita tipu dari gua ini. Hahahahaaa

    Pada keesokan hari.



    "Aik? Kosong da katil Isa nie. Mane die pergi?" Tanya gua kehairanan kepada Zahar.

    "Ntah. Eh, dalam loker die ade biskot la. Jom makan". Zahar mengajak gua memakan biskut itu bersama nyer.

    "Jom". Gua menerima perlawaan tersebut.

    Tiba tiba...

    "Weyh, ade surat la". Zahar memberitahu gua.

    Surat itu dari Isa yang telah keluar dari matrik pada pagi itu kerana tidak tahan dengan suasana di matrik yang amat susah. Die juga meninggalkan cadar yang telah gua rembat sebelum surat itu ditemui dan meninggalkan pesanan yang hanya satu saja yang gua  mampu untuk ingat iaitu berkaitan perempuan. 

    "Hafiz, hope berjaya la cari awek dekat matrik itu dan thankz pasal nasihat semalam".

    Sungguh celaka die mengatakan sebegitu kepada gua. Gua syak yang die nie tau yang gua selalu fail ngorat perempuan nie. Malu la gua nak jumpa die lagi camni. Hahahahaaa. Dan yang pasal nasihat tu, bodoh nyer die mendengar nasihat gua itu. Gua hanya mampu ketawa sahaja mengingati nasihat yang telah gua berikan. Hahahaaaa.

    Isa. Kalo kite jumpa kat terengganu. Gua harap lu carikan gua sorang lagi awek kat sane. Awek dulu telah gua putuskan perhubungan itu di tengah jalan mati di tepi rail keretapi. Sungguh tragis perpisahan itu. Hahaaaa.

    Sekian sahaja cerita gua kali ini. Segala situasi telah direka kembali tanpa mengikut susunan yang sebenar kerana gua pun sudah tidak ingat lagi jalan cerita yang sebenar. Hahahaaaa Sebahagian besar daripada entry ini adalah rekaan gua semate mate. Semua watak dalam cerita ini adalah benar dan sebenar benar nyer. Hehehee..

    Hope korang enjoy. Chow !!

    p/s : sungguh seronok merepek dimalam hari. hahaaaaa 

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    26 February 2012

    Ayam..

    Pagi tadi punya cerita

    *******************

    Gua yang baru sahaja hendak melelapkan mata selepas suboh dan mimpi sudah datang menjelma, tiba tiba dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok. Gua ingat ayam dekat asrama gua yang berkokok lantas gua tidak memperdulikannya.

    Tiba tiba gua teringat yang gua duduk di tingkat empat. Ape kejadah nyer ayam nak berkokok dekat tingkat empat. Orang giler je bela ayam dalam umah. Heheheee. Gua rase tak sedap hati. Gua amik bantal dan tutup telinga gua buat buat tak dengar bunyi ayam giler berkokok tu. Agak agak da sepuloh minit, ayam tu still tak paham paham nak berhenti berkokok, gua makin menyirap. 

    "Apahal dok bising bising nie, celaka celaka celaka. Nak tido pon tak senang". Bentak ati gua.

    Alarm fon rumate seperti meminta minta nak dilontarkan saja ke luar tingkap tak pon meminta kaki yang ikhlas dari gua. Hahahaaa Nasib bek fon member. Kalo tak, memang see u at the bottom la kalo gua lontar kat luar. Hehehehe. Tapi kalo la time tu gua ade kuasa bebola api. Sudah tentu gua memFIREkan bebola api dekat fon tersebut tanpa perlu bangun nak mematikan nyer. Senang kerja. Pagi nanti member gua tanya kenapa  fon die hangus. Gua cakap la ayam yang berkokok tu dah jadi KFC kene bakar. Tak de hal la sume tu. Hahahaaa




    Agak agak kesabaran gua mulai kurang, gua pon bangun dan mematikan alarm tersebut. Tetiba, gua terdengar sume rumate gua tengah berdengkur. 

    "Ape punye celaka diorang tak dengar bunyi ayam berkokok tadi. Punye la lame ayam tu dok bising. Seko seko pon tak memberikan respon yang sewajar nyer. Taik telinga banyak sangat ke sampai tak dengar pape". Ati kecil gua merungut sendirian.

    Sumpah gua bengang di pagi hari. Next gua pon kembali ke atas katil gua dan melelapkan mate.

     Baru lima minit tido............

    *******************

    KRINGGGGGGG................

    "CELAKA, lagi sekali ke". Sumpah seranah gua dekat alarm yang tengah berbunyi itu.

    Lagi satu alarm fon rumate gua berbunyi dan lagi sekali gua mendengar dengkuran dengkuran indah diulit mimpi. Gua bangun lagi sekali, gua pergi dekat fon tu. Gua matikan sume yang patut. Gua dah la tido lewat. Agak celaka la anasir anasir jahat ini menganggu tido gua yang berkualiti. Kalo da tau tak ley nak dengar bunyi alarm tu. Lain kali ujung minggu jangan set alarm. Tuan punyer fon beserta fon fon nyer sekali tak pasal pasal kene sumpah seranah dengan gua. Padan muke korang. Hahahaaaa

    Nasib baik la member gua itu cuma ada dua fon. Kalo la ade tiga, empat fon. Agak agak nyer tiap tiap fon die set alarm soh die bangun pagi. Hampeh sungguh begitu. Sekian saja luahan perasaan gua di pagi hari. Heheheee. Terima kasih awak kerana berjaya membuatkan gua panas di pagi hari.

    p/s : gua tidak pernah dikejutkan bangun pagi oleh perempuan perempuan comel. Mungkin kah ini disebabkan gua tidak comel. Agak sedey sekali. Heheheeee

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    24 February 2012

    Satu Konspirasi..

    6.39 pagi

    *****************

    Gua dikejutkan dengan suara budak kecil merengek. Lantas gua capai fon dan matikan alarm yang membingitkan halwa telinga gua. Gua cek fon. Zero mesej. Miskol pon tiada. Alangkah kasihan hidup gua sekarang. Tiada lagi ucapan selamat pagi dari sesape pon. Hidup kesorangan dan tiada siapa datang membantu dikala gua kesedihan.

    Jap jap. Asal sungguh cilake itu ayat. Korang jangan cayer sangat dengan ape yang gua bagi tau tadi. Maybe some part de yang betol and maybe some part gua kasi korang auta aje. Heheheheee 

    *****************

    Perempuan, satu mahluk yang diciptakan yang agak menarik dan mempunyai 1001 emosi yang lebey dari seorang lelaki mahupon pondan. Hahahaaaa. Emosi mereka yang kadang kala keterlaluan membuatkan para lelaki seperti gua agak cuak untuk melukakan perasaan mereka. Gua memang tidak ensem tapi gua still lelaki dan bukan pondan.Agak cilake la orang yang mengatakan gua ini pondan. Hahahaaaa

    Perasaan jeles yang keterlaluan tanpa disedari membuatkan hidup mereka semakin tidak tenang. Ape saje yang dilakukan oleh para lelaki menjadi perhatian dan masalah kecil seperti semut boleh menjadi sebesar dinosor lantas berlaku nyer perang teluk edisi khas. Okey, nie gua tipu. Hahahaaaa




    Perempuan juga satu kaum yang mudah sangat termakan dengan pujukan dan cerita sedey. Amat malang la perempuan2 yang selalu mendengar cerita sedey gua itu.Selain daripada membuat cerita sedey, gua amat terok sekali dalam berkata2 manis sekali. Bukan kerana takut kencing manis, tapi gua tidak pandai sejak kecil lagi. Nie serios gua tak tipu. Hahahaaa

    Dekat tempat gua belajar ni, gua ade beberape orang kakak yang sangat baik. Selalu belanja gua makan terutama nyer time gua pegi pasar malam ari rabu. Confirm diorang kasi upah dekat gua. Nape la pasar malam tiada ari2 dekat sini, kalo tak, boley la tiap2 ari mereka2 itu membelanjai gua yang selalu kesempitan uang ini. Ini secara tidak langsung membuatkan gua "sayang" akan mereka tetapi itu hanya sementara sahaja. Gua hanya "sayang" mereka2 itu bile mereka2 itu mengatakan mereka mahu belanja gua makan sahaja. Jikalau mereka tidak mahu membelanja gua, nescaya kasih "sayang" itu akan berkurangan secara automatik nyer. Hahahaaaa

    Disebabkan mereka itu kakak2 gua, so, kehidupan mereka tidak akan lengkap tanpa mendapat kutukan2 professional dari gua umpama makan megi rebus air panas tanpa telur. Serios kurang sedap rase megi tersebut. Hehehehee. Kepakaran gua mengutuk mereka kadang kala mendapat cacian dan makian juga dari mereka lantas membuatkan gua merajok dan mengambil keputusan drastik untuk tidak online selame 6 jam. Hahahaaaa.

    Sebagai seorang kakak kepada gua yang berperangai agak celaka ini, mereka amatlah selalu tidak melayani cerita2 sedey gua. Bukan mahu memberi kata2 semangat tapi telah memberikan gua kate2 kutukan yang amat menusuk ke dalam jantung hati yang mengepam darah selaju 120km/h. Kalo la gua ini mengalami gangguan emosi maka, secara rasmi nyer, gua akan menyalahkan mereka2 ini kerana telah memberi gua tekanan emosi secara drastik nyer. Hahahaaa

    Okey2, gua dah cukup mengarut sangat ini. Tak pasal2 nanti, gua kene kutuk lagi dengan diorang yang tak berhati perut itu. Nanti gua cite lagi secara terperinci sape kakak2 gua yang gua telah kutuk ini. Hahahaaa. Nak pegi melawat diorang, klik sini

    p/s: jangan marah ye gua punyer cerita yang agak mengarut ini. disebabkan gua dalam mud sedey, maka cerita2 gua semua nyer mengarut :)

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    13 February 2012

    Bosan !!

    Hello u guys...

    Sedar tak sedar, tinggal seminggu je lagi gua nak menghabiskan beras dirumah. Nanti dekat perantauan, kene gune duit sendiri lak kalo nak beli beras. Hahahaaa. Tak ade keje yang meminta pertolongan gua untuk gua menolong nyer dekat rumah nie. Hanya setiap mase mengadap laptop, makan dan tido. Cam gini r gamak nyer, boleh r mak gua  membelasah gua tanpa belas ihsan dengan sikap gua yang terlalu pemalas ini. Heheheee.

    Dalam menghabiskan cuti sem nie. Gua telah dihadapkan la dengan drama melayu yang agak terlalu bosan untuk diterima akal fikiran gua. Cinta bersegi2, Cinta akan suami orang, Cerita tahyul entah ape2. Ape sume nie?! Patut r gua sedikit pon tak menyesal tak tengok tb time dekat hostel. Hahahaaa.

    Kalo kite tengok drama melayu la, kalo orang yang kaye gler la. Mesti de pembantu rumah and yang paling tak logik nyer, mesti pembantu rumah tu orang melayu dan duduk kat situ bertahun2 lame nyer, sampai anak die pun dah beranak, die still keje dekat rumah orang kaye tu. Tak betol tak betol. Gua tak pernah lagi tengok benda tu dalam alam realiti. siyes gua teringin nak tengok orang cam gini. Paling merepek nyer bile, ade la cerita yang anak pembantu rumah tertukar plak dengan anak orang kaya tu. Nape la mesti men tukar2? Gua siyes tak paham. Bukan bole kaya pon cam gitu. Adoiii... Nampak sangat ketidaklogikan akal di situ. Hahahaaaa

    Bile gua layan cerita melayu yang tangkap cintan nie. Lebih2 lagi drama melayu. Confirm cinta bersegi2 yang sungguh berbelit2. Contoh nyer :

    *******************

    A suke dekat B, tapi B ske dekat C, C anggap B tu adik je. Actually C nie lak ske kat kawan A and kawan A plak ske dekat bf/gf A. Tapi C beriya-riya suruh A kenal kan kawan A tu kat C. Dalam diam, bf/gf A syok pulak dekat B. Last2 antara sume tu,  bf/gf A je kawen dengan orang B. Yang lain sume kawen orang lain and hidup happy bahagia selame nyer.

    ********************

    Sungguh wadefak sekali jalan cerita ini. Cam haram je. Nasib la Malaysia nie haram kan gay/lesbian. Kalo x, lagi r bersegi2 cinta diorang. 

    Gua malas la nak mengomen2 lagi drama2 yang gua tengok same je jalan cite diorang. Ubah r stail drama 2 sikit. Buat cite thriller ke, perang ke, gusti tangan ke. Ni tak, cinta cinta cinta pas2 cite seram yang tak seberapa seram. pfffttt sungguh. Hahahaa

    Btw, cuti gua dah nak abis da. Perjalanan 200km akan gua tempuh lagi skali bersama2 rakan gua ini. Yang amat comey sekali dimate gua. Jumaat nie kte jumpa ye kawan. Tak sabo nak jumpa nie. Hahahaha. Siyesly gua sangat2 malas nak balik tapi gua pon da bosan duduk kat rumah. Disebabkan cuti sem selalu di ujung sem, so duit2 gua pon hanya tinggal ujung saja. Sangat sedey cite gua ini. Macam celaka je. Hahahahaaa. K r. Chow !

    p/s: disebabkan gua terlalu excited nak balik hostel, maka gua pun telah siap mempacking barang2 gua. seminggu lebey awal. hahahahaaa

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    30 January 2012

    Sesat !!

    Di suatu pagi yang tak pagi. Gua bangun tido dan segera bersiap untuk keluar bersama Cik Siti. Tepat pukul 8.20 gua sudah terpacak di parking lot KTM. Dengan selamba nyer gua berjalan ke kaunter tiket. Tiba2

    "Dik, singgit duit parking moto".

    "Ha? Ape? Sejak biler kene bayar nie sape pulak mintak duit nie. Celake sungguh mintak duit dekat student yang tengah sengkek cm gua nie". Ati kecil gua berkate2.

    Mane gua berani nk ckp depan2. Mau disepak2 nyer gua nanti. Gua keluar kan duit syiling gua. Kira dan terus kira lalu melontarkan memberikan duit tersebut disebalik tingkap yang penuh misteri.

    "Ini singgit, amik r". Kate gua sambil menghulur kan duit syiling yang dipenuhi duit 10sen dan terus blah seperti tiada ape2 berlaku.

    *****************************

    "Kak tiket pi KL Sentral 1". 

    "Ok". Orang di kaunter itu membalas sambil memandang gua dengan muke pelik.

    Salah ke gua beli tiket 1 je. Mesti ke beli sampai 2,3 baru x pelik. And mesti ke gua bawak perempuan keliling pinggang baru tak di usha pelik. Adoii.. Ape sume nie. Time tunggu KTM pun gua asyik diusha pelik. Tau r gua pakai seluar di badan n baju dikaki. Tak payah r nak usha pelik sangat. Ok, itu gua tipu. Heheheee.

    Bla bla bla...... Sampai KL Sentral.... Bla bla bla.... Jumpa Cik Siti... Bla bla bla.... Tengok wayang cite melayu yang entah ape2.

    ********************************

    And before gua balik, gua sempat r singgah Sg Wang setelah beberape tahun gua x menjejakkan kaki dekat situ. Tujuan gua masuk situ pon bukan ape. Just nak balik KL Sentral je. Dan benda paling gua lupe sekali dekat sane ialah, mane letak nyer KL Monorail? Jalan punyer jalan, tingkat demi tingkat gua naik and finally. Gua SESAT !! Adalah amat cilake gua sesat di satu tempat yang gua pernah pergi tapi sudah lame tidak pergi.

    Lalu gua pon bertanya kepda mak cik cleaner yang gua jumpa. Maklumlah, beliau mesti lagi pakar dari gua slok belok tempat berpuaka ini. Heheheee..

    "Cik, nak tanya nie, mane KL Monorail erk"? Gua bertanya dalam nada yang agak sopan.

    "Ade di tingkat 1, kene turun balik la kamu ini". Beliau menjawap. Mesti beliau hairan macam mana org macam gua ini tak tau tempat KL Monorail. Maklumlah, gua dah lame tak pergi melawat situ mak cik oi.

    Ape?! Kene turun balik. Gua punye penat naik sampai tingkat atas sekali, rupe nyer, benda yang gua cari itu ade di tingkat 1. Memang tensen sekali gua time 2. Akhirnyer, gua jumpa juga KL Monorail itu dan terus balik dengan pantas nyer. Xmahu gua sesat lagi dalam sane. Hahahaaa.

    Serius gua penat mencari stesen KL Monorail itu. Goyang juga r lutut gua jalan lame sangat. Sampai di rumah gua terus tido hingga waktu subuh menjelma.

    p/s: adalah sangat memalukan gua sesat di tempat kejadian. sigh

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    20 January 2012

    Penat...

    "Please wake up, your clock is 6.45 a.m" !

    Alarm gua mengejutkan gua. Sungguh lantang die bersuara. Panas je ati bler ade orang kaco tido. Gua pun bangun dengan semangat nyer untuk balik bercuti semester lantas gua melihat ke arah luar rumah gua.

    "Mak aih, gelap nyer. Cancel plan gua nak basuh moto camni" !

    Gua pon gerak suboh dan kembali tido.

    "Please wake up, your clock is 7.30 a.m" !

    Celake, alarm gua sekali lagi menggangu kosentrasi tido gua. Ikutkan hati, mau je lempar beliau laju2 ke arah dinding seperti muve2 omputih yang gua tengok. Tapi gua tidak la sebenggap itu, Giler ape lempar alarm sampai hancur and then beli baru. Oh tidak ! Itu sume keja giler. Hahahaaa

    Gua pon mandi and call member gua.

    "8.30 pagi kite konvoi balik."

     Gua memberi arahan kepada beliau. Beliau pon berkata dalam loghat utara yang sungguh pekat sekali.

    "Sat2 kol 9 kite gerak, aku x siap kemas barang lagi".

    "Tidak mengapa la kalo begitu."

    Gua membalas dalam nada yang mengantok.

    Ikot kan hati, mau je sambung tido lagi.

    Tepat pukul 9.00 pagi. Kite orang sume bergerak dari Perlis ke Bukit Mertajam, Penang. Perjalanan sejauh 200km selama 4jam setengah itu seriosly mencabar kelakian gua. Habis kebas badan2 gua. Ini baru 200km gua dah gigil satu badan, kalo bawa moto hampir 500km. Boley jadi sotong badan gua gamak nyer bile sampai rumah nanti. Hahahaaa.

    Setelah gua sampai di Bukit Mertajam, gua pon menerus kan perjalanan gua ke rumah gua menaiki bas. Tidak sanggup gua menderita lagi menaiki moto lame2. Pedih punggung gua still tak hilang lagi.

    Entry nie gua tujukan kepada kawan gua yang sanggup menjaga moto gua ketika gua menikmati cuti semester ini. Thankz kawan !! Jage elok2 k, t gua upah gula2. Heheheee

    p/s : cuti semester ini selalu nyer membosankan. xtau nak buat ape coz duit pon xde sudeyh. adeyh
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !