churp

27 June 2012

Long Distance Relationship !!

Assalamualaikum...


Cinta jarak jauh. Sejenis percintaan bukan makanan yang memerlukan kesefahaman dan keserasian antara pasangan yang lebih tinggi compare dengan percintaan jarak dekat. Cinta jarak jauh nie bukan satu benda yang mudah tetapi sesuatu yang giler susah. Kecenderungan untuk curang, tahap kejelesan yang tinggi giler, keraguan kesetiaan dan pelbagai lagi masalah yang datang dalam cinta jarak jauh ini.

Selalu nyer, orang akan berkata bercinta jarak jauh nie susah giler nak kekal dan sebab itu ramai orang putus cinta ditengah jalan. Tapi, bukan semua yang bercinta jarak jauh itu akan gagal. Ade je yang berjaya gua tengok. Time kapel dulu dulu bahagia gak sampai dah kawen dah pun. Anak anak bersepah sepah keliling rumah gak. Heheheheee

Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta. Sentiasa berhubung walaupun tak dapat berjumpa bagi mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain. Tentunya korang tak mahu pasangan korang mencari orang lain bagi mengisi kekosongan dan kesepian hati disebabkan pasangan yang tinggal jauh dimata betul tak. So, pandai pandai la korang nak atasi masalah ini dengan sendirinye okey. Gua tak reti nak bagi nasihat nie. Hehehehehe

Gua dah pernah bercinta pelbagai jarak nie so gua rase yang jauh nie lebih mencabar namun bende nie bukan sesuatu yang mustahil. Maybe macam macam masalah datang dan pergi disebabkan terpisah jauh. Tapi, takkan disebabkan jarang jumpa pun boley jadi masalah besar. Betul tak ? Yang penting korang betul betul ikhlas nak bercinta, bukan nak maen maen kan anak orang tu, yamg laen laen takde hal la. Niat tu penting. NIAT ! Hehehehee.

Semua nyer bergantung gak kepada kemampuan individu itu sendiri. Agak agak rase diri korang tu susah nak bercinta jauh jauh nie, cari la awek dekat dekat. Kalau jiran sebelah rumah tu ade anak lawa, tak salah korang nak berkawan dengan anak jiran korang tu. Gua rase macam tak salah je. Tak tau la kalau mak jiran korang tu kate salah. Tu memang salah la. Hehehehehee

Kalau nak gua cerita semua tentang cinta nie, mahu menangis gua kesorangan menerangkan betapa susah nyer nak bercinta tu. Dah la gua bukan orang yang hebat dalam hal hal berkaitan cinta cinta bagai nie. Memang silap besar la kalau gua bercerita pasal cinta cinta nie. Kalau gua diberi kamus pasal cinta nie, belum tentu gua dapat menerangkan ape itu cinta. Itu baru cinta, belum masalah masalah dalam percintaan lagi. Memang susah ye cinta nie. Payah payah. Hehehehhee

So cukup la sampai sini je la gua cerita pasal cinta jarak jauh ini okey. Kalau nak mintak gak nasihat dekat gua nie. Pergi la tanya dekat formspring gua. Gua akan try menjawab soalan soalan korang dengan jaya nyer even jawapan yang gua kaci itu memang patut dibagi kaki. Hahahahahaa. Ok la, chow !!


p/s : jangan nak bercinta kalau tak reti nak bercinta. kikikiki

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    25 June 2012

    Tamat ..

    Assalamualaikum..


    Setelah beberapa lama gua tidak mengupdate blog yang cilake ini, akhirnyer terlintas juga dibenak hati gua yang paling dalam untuk mengupdate blog ini. Minggu exam memang memenatkan otak gua yang terpakse bekerja keras dan bekerja dengan lebih gigih pabila sume subjek mesti dihadap dan dihabiskan dalam tempoh masa 1 minggu sahaja.

    Biler diingatkan balik, 1 minggu itu macam gua tak gunakan sebaiknye sebabnye. Exam kali nie gua betul betul study last minit. 1 ari before exam  baru gua bukak buku. Memang jadi giler la gua dalam 1 ari gua nak abiskan 1 subjek. Tercabar otak gua untuk beroperasi dengan sebegitu dasyat. Time time nak exam la banyak pulak drama drama jepun berserta anime anime yang datang dari pelbagai ceruk.

    Time study week yang 1 minggu tu la gua berusaha sedaya upaya menghabiskan segala drama drama dan anime anime yang gua dapat. Ape punyer cilake la perangai gua nie kan. Time exam baru tau senang susah nyer paper tu. Menggeletar otak otak gua mencari jawapan kepada persoalan persoalan yang disediakan oleh lecturer lecturer gua yang gua tidak ketahui jawapan nyer itu. Hahahahaha

    Ape ape pun, gua telah berjaya menjawap exam gua dengan "cemerlang" sekali even gua tak belajar dengan bersungguh sungguh compare dengan kawan kawan gua yang stay up bagai tapi jawap still "cemerlang" macam gua. Hahahahaa

    Cukup la sampi disini cerita gua. Chow !!

    p/s : jangan korang nak tiru perangai gua tu. tak sihat tu. hahahhahaa

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    12 June 2012

    Exam !!

    Assalamualaikum...


    Gud luck bagi sesape yang ambil exam minggu nie dan minggu depan.

    Sincerely ,
    Hafiz Hafizi


    p/s : malam nie gua start dah exam. doakan kejayaan gua okey :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    11 June 2012

    Love Story !!

    Assalamualaikum...


    Saat kalian membaca surat ini. Aku mungkin sudah tiada lagi disini. Surat yang aku tulis sebelum aku pergi, aku tujukan untuk teman istimewaku. Saat pertama kali bertentang mata. Aku sudah jatuh cinta. Mulai saat itulah aku mencari peluang mencuri-curi melihat wajahmu dari jauh. Sungguh ayu wajahmu aku lihat dari jauh. Namun aku sedar, mustahil bagiku mendekati perempuan yang ayu seperti kamu. Masakan perempuan yang cantik seperti kamu tidak mempunyai teman teman istemewa yang lain. 

    Masihkah kamu ingat ketika kamu sedang makan petang disuatu kafe, aku menghampiri kamu tetapi belum sempat aku menegur kamu, penjagamu telah datang kepadaku dan telah menghalauku keluar. Saat itu juga, aku sedar dunia kita terlalu jauh beza nya umpama langit dan bumi tetapi, aku tetap tidak berputus asa. Aku tetap dengan pendirianku untuk mengenali kamu dengan lebih dekat.

    Ditakdirkan pada suatu petang, aku lihat kamu bersiar-siar ditaman tanpa ditemani penjaga kamu yang pernah menghalauku. Ketika itu jugalah aku menggambil kesempatan itu menegurmu. Masihkah kamu ingat perbualan kita yang pertama kalinya. Andai kata kamu tidak mengingatinya, aku akan menceritakan kembali detik-detik pertemuan kita itu.

    "Hai awak. Saya Romeo. Kenal tak ? Kita tinggal satu taman".

    Pertama kali aku menegur perempuan ayu menyebabkan aku merasa resah dan serba tidak kena. Pabila melihat mukamu itu, aku kembali gagah meneruskan perbualan itu. Persoalan yang aku tujukan tadi kamu hanya balas dengan satu senyuman yang cukup manis yang mampu mencairkan hati setiap lelaki yang memandangnya.

    Kemudiannya, aku memberanikan diri meminta izin dari kamu untuk membacakan sebuah sajak yang aku cipta khas untuk kamu seorang dan kamu mengangguk tanda setuju.

    *****

    Maafkan,
    Aku telah mencintaimu,
    Tanpa suara, 
    Tanpa kata,
    Dalam rahsia !

    Sejauh ini,
    Kusimpan sendiri dalam hati, 
    Bersama rinduku,
    Yang bagai awan,
    Tidak tercapai !

    Sering kau muncul, 
    Saat tak terduga, 
    Dan hilang,
    Disaat penjagamu datang,
    Aku resah !

    Dipuncak hatiku,
    Dalam doa aku meminta,
    Jangan pernah kamu pergi,
    Meski kita terlalu berbeza darjatnya,
    Aku berharap kita akan bersama !

    *****

    Satu sajak yang telah melahirkan perasaan cinta antara kita berdua. Mulai saat itu, kita sering keluar berdua-duaan secara curi-curi agar penjagamu tidak mengetahui hubungan cinta kita ini. Dari sehari ke sehari cinta kita semakin kuat hinggalah suatu saat kita terlanjur. Pada ketika aku mengetahui kamu sudah mengandung, perasaanku menjadi tidak keruan. Satu dosa besar telah aku lakukan antara kita berdua.

    Perbezaan semakin ketara semakin kelihatan terhadap perut kamu yang semakin membesar sehinggakan suatu saat kamu tidak mampu menyembunyikannya lagi. Seandainya aku mempunyai duit yang banyak, sudah pasti aku akan bawa kamu ke klinik untuk mengugurkan kandungan kamu itu tetapi hakikatnya aku tidak mampu. Disebabkan rahsia ketelanjuran kita telah terbongkar, maka aku telah dilarang untuk berjumpa kamu malah aku turut dibelasah penjagamu akan kesalahan yang aku lakukan dan kamu telah dikurung di dalam rumah sehingga anak itu dilahirkan.

    Aku merasa bersalah kerana telah merosakkan kamu tanpa mempunyai apa-apa ikatan yang sah pun. Sungguh keji diriku ini. Sepatutnya akulah yang patut menjaga kamu tetapi akulah yang menjadi punca kamu disisihkan masyarakat disebakan anak yang kamu kandung itu. Betapa pedihnya hakikat itu untuk aku telan. Teringat lagi kata-kata penjagamu yang menghina aku. Makian demi makian telah dihambur kepadaku tanpa mempedulikan perasaan aku ketika itu.

    " Dasar kucing kurap, menyampah aku melihat engkau dekat rumah aku ini. Berambus kau dari sini ".

    Sungguh pedih kata-kata itu untuk aku dengari. Maka dengan ini, aku akan mengakhirkan sisa-sisa hidup aku dengan terjun ke dalam kolam renang. Kamu tahukan betapa bencinya kaum kita kepada air. Selamat tinggal sayang. Btw, aku terlupa hendak memberitahu nama kamu di awal cerita. Nama kamu ialah Si Putih. Maafkan aku sayang kerana terlupa hendak memention nama kamu diawal cerita.

    The End,
    Romeo



    Cinta ini adalah kisah cinta antara kucing. Tiada kena mengena antara manusia-manusia sekalian alam. Hahahahhahaa


    Padan muka korang baca cerita gua yang agak celaka kali ini. Penat gua menaip satu satu cerita giler nie. Bagi korang yang menyirap dengan gua. Silakan. Gua peduli hape. Hahahahahaa

    p/s : sajak tu gua kopi paste je, tapi gua edit gak la bagi menepati kriteria cerita ini. hahahahahaaa

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !