churp

18 April 2014

Hati...




ku punya hati
yang engkau sakiti
tapi itu tak bererti
aku ingin mati


dulu ko ungkapkan sayang
namun kini aku dibuang
tiada guna beri peluang
kelak peristiwa same berulang


bila hati berbicara
hati yang sakit lagi terluka
segala luahan hati ingin disuara
mohon agar engkau terasa


rindu separuh mati
tapi engkau tak peduli
mungkin satu hari nanti
hati engkau yang akan disakiti
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

12 August 2013

Sesaje...

Assalamualaikum..

Gua nak kabo ape dalam entry nie pon gua tak tau. Tetibe je tangan gua nak update blog gua yang dah berusia ni. Kemaen lame blog gua nie tak dibelai. Ade la 5 bulan sekali je gua datang jenguk. Tu pon kesian dengan blog yang terbiar nie. Mane tau ade follower gua yang rindu dengan karya gua. Tak sedih beliau tengok blog gua bersawang sawang nih. Kahkahkah

Gua perati blog gua nie la kan, skrol punya skrol. Ade la 5 atau 6 entry je dari tahun lepas. Ape celaka nyer blog gua just ade 5 atau 6 entry setahun. Mane semangat gua yang berkobar kobar dulu nak sampai ratus ratus entry setahun. Ini semua poyo. Agenda yahudi semua nih. Hahahahaaa.

Blog gua punye draft ade lagi cerita raye tahun lepas. Ntah biler gua nak publish pon gua tak pasti. Ikotkan ati gua, mau je gua combine cerita raya tahun lepas dengan tahun nie. Baru nampak meriah gile ye dak. Hahahahaaa

Tahun nie punya raya lebih kurang serupa dengan tahun lepas. Takde yang menarik. Raye nie gua still single lagi serupa tahun tahun lepas just yang tak same nyer, gua kene keje time manusia manusia laen tengah cuti raye. Ini la yang paling gua tak puas ati, sepatut nyer raye raye camgini gua duduk depan sofa sambil layan astro ceria sambil makan kuih raya sambil pegang remote tibi kasi adik adik gua tak dapat tengok channel laen. Hahahahaaa

Gua actually terpakse da keje sebab nak bagi anak gua makan. Kalo tak gua yang bagi anak gua makan, sape lagi nak bagi ye dak. Takkan si leman seberang jalan sane yang nak bagi anak gua plak makan. Itu memang mustahil la kan. Disebabkan gua da kabo yang gua da ade anak, diharap gadis gadis yang menaruh ati dekat gua jangan bersedih pulak ye. Kumbang bukan seekor. Ecececece..

Entry pasal bagaimana gua ade anak even gua sentiasa single dengan ape keje selama ni, nanti gua kabo kalo gua teringat la ye. Disini gua nak ucapkan selamat ari raya maaf zahir batin pada semua yang mengenali gua. Cukup la entry gua kali ini ye. Kbai.


p/s : cerita pasal puasa pon takde, terus cerita pasal raye. nampak sangat gelojoh nyer tu. hahahaa :p
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

27 May 2013

.

Assalamualaikum..

Wah.. Sumpah lame giler gua tak datang blog nie buat cerita baru. Bizi kemaen mengalahkan Barrack Obama gua nie. Niat dihati serius nak update blog macam org laen gak. Tapi, disebabkan kemalasan yang terlampau extreme serupa extremis padang pasir. So gua pon cancel la niat yang suci lagi murni macam minyak murni tu. Hahahaaa

Tujuan gua update blog nie pon bukan ade tujuan sangat pon. Yang gua pasti. Tujuan gua yang paling penting sekali, gua nak kabor yang gua super bizi. Bizi giler giler. Tu aje. K bye.

kah kah kah


p/s : penat gua taip entry panjang panjang nie. berpeluh peluh liang roma jari gua nie ha. hahahahaaa


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

01 December 2012

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...

Bahagian 5


-------

Luar Kotak

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan 1 soalan ,

” Ada 3 ekor burung di atas pokok. Sekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi yang tinggal? ”Mat mengangkat tangan & menajawab,”Kosong cikgu”.

”Kenapa kosong Mat?” Tanya cikgu. ”Sebab 2 ekor lg tu mesti la terbang lari cikgu.”

”Salah! Jawapannya 2, Mat. 3 - 1 = 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir”.

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas & murah hatinya belanja Mat makan aiskrim.

Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba2 bertanya, ”Cikgu, ada 3 gurl makan aiskrim.

Sorang tu style makan telan semua sekaligus.
Yang sorang lagi gigit sikit2.
Gurl yg last sekali jilat keliling dulu & kulum aiskrim sampai habis.

Antara 3 gurl tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana 1 cikgu?

”Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Mat tu! Tp cikgu tetap maintain cool jerk. Dgn berlagak neutral cikgu pun menjawab, “Yang jilat keliling dulu & kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin”.

”Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir. Hahahahaha xD

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mandikan Kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tujupakale

Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.


Tamat sudah cerita gua. Sekian !