churp

01 December 2012

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...

Bahagian 5


-------

Luar Kotak

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan 1 soalan ,

” Ada 3 ekor burung di atas pokok. Sekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi yang tinggal? ”Mat mengangkat tangan & menajawab,”Kosong cikgu”.

”Kenapa kosong Mat?” Tanya cikgu. ”Sebab 2 ekor lg tu mesti la terbang lari cikgu.”

”Salah! Jawapannya 2, Mat. 3 - 1 = 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir”.

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas & murah hatinya belanja Mat makan aiskrim.

Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba2 bertanya, ”Cikgu, ada 3 gurl makan aiskrim.

Sorang tu style makan telan semua sekaligus.
Yang sorang lagi gigit sikit2.
Gurl yg last sekali jilat keliling dulu & kulum aiskrim sampai habis.

Antara 3 gurl tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana 1 cikgu?

”Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Mat tu! Tp cikgu tetap maintain cool jerk. Dgn berlagak neutral cikgu pun menjawab, “Yang jilat keliling dulu & kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin”.

”Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir. Hahahahaha xD

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mandikan Kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tujupakale

Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

2 comments:

L.O.V.E.P-QaH said...

TUJUPAKALE serius comel! hahahaaa

Hafizi Hasbullah said...

L.O.V.E.P-QaH @ :))