churp

10 May 2012

Cerita Giler !!

Pada suatu malam yang gelap gelita. Di sebuah kampung yang tiada bernama. Kelihatan seorang pemuda yang tidak diketahui dari mana dan siapa singgah ke kampung tak bernama itu. Pemuda itu kelihatan gundah gulana kerana barangkali beliau sudah tersesat ditengah malam itu. Tiba tiba


"Abang, jauh lagi ke nak sampai nie? Dah lenguh badan badan saya duduk dalam kereta nie". Satu suara perempuan yang tidak diketahui datangnye tiba tiba memecah keheningan di malam hari itu.

Pemuda itu tersentak lantas menggeletar satu badan nyer. Dikuatkan semangat nyer untuk tidak menghiraukan suara yang menggangu concentration nyer untuk memandu. Diikutkan perkiraan, sudah 18 jam pemuda itu memandu tanpa henti. Memang agak memenatkan bagi pemuda itu tapi disebabkan sifat kedekot beliau yang sangat celaka, beliau menggambil keputusan tidak mahu beristirehat di R&R di sekitar lebuhraya di Malaysia. Hal ini mungkin berlaku disebabkan harga makanan makanan di R&R itu lebih mahal 20 sen ke 30 sen dari harga yang sebenar. Sungguh dasyat sifat kedekut beliau.

"Abang ! Nape diam nie. Tensen la saya ! Cuba cakap. Bisu dah ke"? Sekali lagi suara perempuan tadi memecah lagi keheningan malam itu. Tapi dengan nada yang lebih kuat dan nyaring. Burung burung gagak yang sedang bersenang lenang di atas pokok pain turut terkejut dan menggelabah meninggalkan pokok pain itu dek kerana ketakutan sama seperti pemuda itu alami.

Suara yang lebih kuat daripada biasa itu terus menyebabkan pemuda itu semakin gelabah. Wajah nyer bertambah pucat seperti kehilangan 100 liter darah. Dah la sedang sesat di satu kampung yang tiada bernama, ditambah lagi dengan suara yang entah datang dari mane. Situasi itu mampu menggoyangkan lutut sesape sahaja yang ada di dalam kereta tersebut. Lantas pemuda itu segera membrek kereta kancil nyer disatu simpang dan segera meninggalkan kereta kancil yang belum abis lagi dibayar hutangnye disimpang itu dan terus berlari memecut laju seperti dikejar gorilla.

"Abang ! Nak pergi mane plak tu abang. Giler da ke"? Suara perempuan yang entah dari mana itu kembali bersuara. Kali ini dua kali lebih kuat berserta dengan suara orang mengilai ngilai.

"Eh ! Siapa plak yang mengilai ngilai tengah malam ini"? Suara perempuan itu berkata kata. Didengar nyer suara itu dengan teliti dan dicarinye punca suara mengilai ngilai itu. Tiba tiba lagi sekali.

"La, fon laki aku ke yang bunyi. Ape kejadah nye laki aku buat ringtone suara antu mengilai nie. Dah la tetiba lari dekat tengah hutan tu. Isyh ! Tak paham aku ngan laki aku nie". Bisik perempuan itu di dalam ati nyer.

Diangkat nyer panggilan itu dan terjadi la perbualan seperti ini

Si isteri : Hello hello. Sapa di sana.

Si pemanggil : Saya di sini. Sapa plak di sana?

Si isteri : Ya ya, saya di sana. Sapa di sini?

Si pemanggil : Saya la di sini. Sapa di sana?

 Kelihatan mereka seronok sekali dengan panggilan itu. Seperti dua orang giler sedang berbual sahaja. Pebualan itu berterusan selama 15 minit dan tiba tiba terputus.

Si pemanggil : Tut tut tut... Tut tut tut.

Si isteri : Ye saya bercakap.

Si pemanggil : Sori about that. My coin finish already.

Si isteri : Wah wah. Sekiping kau nyah. Kelas gitu. Hahahahahaa

Si pemanggil : Bese la tu. Orang duduk KL. Mesti la sekiping rite. Hahahahahaaa.

Si isteri : Setakat sekiping je pandai, tapi kol gune public pon. Baek tak yah ngaku duduk KL. Buat malu orang KL je kau nie nyah. Hahahahahahaa

Si pemanggil : A'a kan. Malu la gua der. Hahahahaa

Perbualan itu berterusan selama 10 minit. Perbualan yang dipenuhi gosip gosip liar itu ter henti apabila...

Si pemanggil : Kau ngan Mail biler nak sampai umah aku nie Kiah. Penat aku tunggu nie. Dari pukul 1 petang sampai ke 1 pagi dah aku tunggu nie.

Kiah : Ntah la Senah. Laki aku tetiba jadi sasau. Pastu die lari pecut dalam utan sorang sorang. Macam nampak antu je.

Senah : Isyh. Buang tebiat Mail tu ye. Kesian aku ngan laki kau tu. Mude mude da sasau. Hahahahahaa. Kau mesti pakai bedak sejuk dalam kereta lagi kan

Kiah : Opkos la. Macam tak biase je kau. Hehehehehee. Takpe la. Aku drive sorang la balik umah kau. Tunggu... Mail tu, kalau aku jumpa die esok aku jemput die. Heheheheee

Senah : Okey okey. Aku tunggu kau. Bye.

Kiah : Bye.

Lantas, si Kiah pun membawa kereta kancil milik laki nyer itu ke rumah senah yang terletak 2 kilometer sahaja lagi di hadapan.

Pada masa yang sama, si pemuda yang bernama Mail itu telah berlari sejauh 5 kilometer ke dalam utan. Dan menggunakan akal fikiran beliau yang sedikit waras itu, beliau segera membuat bahasa tarzan. Maka, beribu ribu la binatang datang menyahut seruan tarzan Mail. Disebabkan Mail amat hebat membuat bahasa binatang, dia menggambil keputusan untuk tinggal bersama sama binatang binatang itu sehingga beliau terlupa akan bini nyer Kiah. Mail akhirnya hidup bahagia dengan binatang binatang itu, sehingga beliau ditembak mati sebulan kemudian oleh laki Senah kerana disangkakan gorilla datang menyerang kampung "Tiada Bernama". Si Kiah pon berkahwin baru dengan lelaki lain.

Sekian...

p/s : tahniah pada sesapa yang bace cerita ini sampai abis. hahahahahaa
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

4 comments:

evilknightlovemegalow said...

bongok la ko ni...pejat je aku bace...

Hafizi Hasbullah said...

hahahahaa..
mengarut je cite nie..

✿INA AINAA✿ said...

ape punya cerita ni...hahahahha... tp kelakarlah... XD...berpusing2 kejap...

Hafizi Hasbullah said...

@lady ana : cerita giler la kate kan..
hehehehhe