churp

27 June 2012

Long Distance Relationship !!

Assalamualaikum...


Cinta jarak jauh. Sejenis percintaan bukan makanan yang memerlukan kesefahaman dan keserasian antara pasangan yang lebih tinggi compare dengan percintaan jarak dekat. Cinta jarak jauh nie bukan satu benda yang mudah tetapi sesuatu yang giler susah. Kecenderungan untuk curang, tahap kejelesan yang tinggi giler, keraguan kesetiaan dan pelbagai lagi masalah yang datang dalam cinta jarak jauh ini.

Selalu nyer, orang akan berkata bercinta jarak jauh nie susah giler nak kekal dan sebab itu ramai orang putus cinta ditengah jalan. Tapi, bukan semua yang bercinta jarak jauh itu akan gagal. Ade je yang berjaya gua tengok. Time kapel dulu dulu bahagia gak sampai dah kawen dah pun. Anak anak bersepah sepah keliling rumah gak. Heheheheee

Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta. Sentiasa berhubung walaupun tak dapat berjumpa bagi mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain. Tentunya korang tak mahu pasangan korang mencari orang lain bagi mengisi kekosongan dan kesepian hati disebabkan pasangan yang tinggal jauh dimata betul tak. So, pandai pandai la korang nak atasi masalah ini dengan sendirinye okey. Gua tak reti nak bagi nasihat nie. Hehehehehe

Gua dah pernah bercinta pelbagai jarak nie so gua rase yang jauh nie lebih mencabar namun bende nie bukan sesuatu yang mustahil. Maybe macam macam masalah datang dan pergi disebabkan terpisah jauh. Tapi, takkan disebabkan jarang jumpa pun boley jadi masalah besar. Betul tak ? Yang penting korang betul betul ikhlas nak bercinta, bukan nak maen maen kan anak orang tu, yamg laen laen takde hal la. Niat tu penting. NIAT ! Hehehehee.

Semua nyer bergantung gak kepada kemampuan individu itu sendiri. Agak agak rase diri korang tu susah nak bercinta jauh jauh nie, cari la awek dekat dekat. Kalau jiran sebelah rumah tu ade anak lawa, tak salah korang nak berkawan dengan anak jiran korang tu. Gua rase macam tak salah je. Tak tau la kalau mak jiran korang tu kate salah. Tu memang salah la. Hehehehehee

Kalau nak gua cerita semua tentang cinta nie, mahu menangis gua kesorangan menerangkan betapa susah nyer nak bercinta tu. Dah la gua bukan orang yang hebat dalam hal hal berkaitan cinta cinta bagai nie. Memang silap besar la kalau gua bercerita pasal cinta cinta nie. Kalau gua diberi kamus pasal cinta nie, belum tentu gua dapat menerangkan ape itu cinta. Itu baru cinta, belum masalah masalah dalam percintaan lagi. Memang susah ye cinta nie. Payah payah. Hehehehhee

So cukup la sampai sini je la gua cerita pasal cinta jarak jauh ini okey. Kalau nak mintak gak nasihat dekat gua nie. Pergi la tanya dekat formspring gua. Gua akan try menjawab soalan soalan korang dengan jaya nyer even jawapan yang gua kaci itu memang patut dibagi kaki. Hahahahahaa. Ok la, chow !!


p/s : jangan nak bercinta kalau tak reti nak bercinta. kikikiki

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    25 June 2012

    Tamat ..

    Assalamualaikum..


    Setelah beberapa lama gua tidak mengupdate blog yang cilake ini, akhirnyer terlintas juga dibenak hati gua yang paling dalam untuk mengupdate blog ini. Minggu exam memang memenatkan otak gua yang terpakse bekerja keras dan bekerja dengan lebih gigih pabila sume subjek mesti dihadap dan dihabiskan dalam tempoh masa 1 minggu sahaja.

    Biler diingatkan balik, 1 minggu itu macam gua tak gunakan sebaiknye sebabnye. Exam kali nie gua betul betul study last minit. 1 ari before exam  baru gua bukak buku. Memang jadi giler la gua dalam 1 ari gua nak abiskan 1 subjek. Tercabar otak gua untuk beroperasi dengan sebegitu dasyat. Time time nak exam la banyak pulak drama drama jepun berserta anime anime yang datang dari pelbagai ceruk.

    Time study week yang 1 minggu tu la gua berusaha sedaya upaya menghabiskan segala drama drama dan anime anime yang gua dapat. Ape punyer cilake la perangai gua nie kan. Time exam baru tau senang susah nyer paper tu. Menggeletar otak otak gua mencari jawapan kepada persoalan persoalan yang disediakan oleh lecturer lecturer gua yang gua tidak ketahui jawapan nyer itu. Hahahahaha

    Ape ape pun, gua telah berjaya menjawap exam gua dengan "cemerlang" sekali even gua tak belajar dengan bersungguh sungguh compare dengan kawan kawan gua yang stay up bagai tapi jawap still "cemerlang" macam gua. Hahahahaa

    Cukup la sampi disini cerita gua. Chow !!

    p/s : jangan korang nak tiru perangai gua tu. tak sihat tu. hahahhahaa

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    12 June 2012

    Exam !!

    Assalamualaikum...


    Gud luck bagi sesape yang ambil exam minggu nie dan minggu depan.

    Sincerely ,
    Hafiz Hafizi


    p/s : malam nie gua start dah exam. doakan kejayaan gua okey :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    11 June 2012

    Love Story !!

    Assalamualaikum...


    Saat kalian membaca surat ini. Aku mungkin sudah tiada lagi disini. Surat yang aku tulis sebelum aku pergi, aku tujukan untuk teman istimewaku. Saat pertama kali bertentang mata. Aku sudah jatuh cinta. Mulai saat itulah aku mencari peluang mencuri-curi melihat wajahmu dari jauh. Sungguh ayu wajahmu aku lihat dari jauh. Namun aku sedar, mustahil bagiku mendekati perempuan yang ayu seperti kamu. Masakan perempuan yang cantik seperti kamu tidak mempunyai teman teman istemewa yang lain. 

    Masihkah kamu ingat ketika kamu sedang makan petang disuatu kafe, aku menghampiri kamu tetapi belum sempat aku menegur kamu, penjagamu telah datang kepadaku dan telah menghalauku keluar. Saat itu juga, aku sedar dunia kita terlalu jauh beza nya umpama langit dan bumi tetapi, aku tetap tidak berputus asa. Aku tetap dengan pendirianku untuk mengenali kamu dengan lebih dekat.

    Ditakdirkan pada suatu petang, aku lihat kamu bersiar-siar ditaman tanpa ditemani penjaga kamu yang pernah menghalauku. Ketika itu jugalah aku menggambil kesempatan itu menegurmu. Masihkah kamu ingat perbualan kita yang pertama kalinya. Andai kata kamu tidak mengingatinya, aku akan menceritakan kembali detik-detik pertemuan kita itu.

    "Hai awak. Saya Romeo. Kenal tak ? Kita tinggal satu taman".

    Pertama kali aku menegur perempuan ayu menyebabkan aku merasa resah dan serba tidak kena. Pabila melihat mukamu itu, aku kembali gagah meneruskan perbualan itu. Persoalan yang aku tujukan tadi kamu hanya balas dengan satu senyuman yang cukup manis yang mampu mencairkan hati setiap lelaki yang memandangnya.

    Kemudiannya, aku memberanikan diri meminta izin dari kamu untuk membacakan sebuah sajak yang aku cipta khas untuk kamu seorang dan kamu mengangguk tanda setuju.

    *****

    Maafkan,
    Aku telah mencintaimu,
    Tanpa suara, 
    Tanpa kata,
    Dalam rahsia !

    Sejauh ini,
    Kusimpan sendiri dalam hati, 
    Bersama rinduku,
    Yang bagai awan,
    Tidak tercapai !

    Sering kau muncul, 
    Saat tak terduga, 
    Dan hilang,
    Disaat penjagamu datang,
    Aku resah !

    Dipuncak hatiku,
    Dalam doa aku meminta,
    Jangan pernah kamu pergi,
    Meski kita terlalu berbeza darjatnya,
    Aku berharap kita akan bersama !

    *****

    Satu sajak yang telah melahirkan perasaan cinta antara kita berdua. Mulai saat itu, kita sering keluar berdua-duaan secara curi-curi agar penjagamu tidak mengetahui hubungan cinta kita ini. Dari sehari ke sehari cinta kita semakin kuat hinggalah suatu saat kita terlanjur. Pada ketika aku mengetahui kamu sudah mengandung, perasaanku menjadi tidak keruan. Satu dosa besar telah aku lakukan antara kita berdua.

    Perbezaan semakin ketara semakin kelihatan terhadap perut kamu yang semakin membesar sehinggakan suatu saat kamu tidak mampu menyembunyikannya lagi. Seandainya aku mempunyai duit yang banyak, sudah pasti aku akan bawa kamu ke klinik untuk mengugurkan kandungan kamu itu tetapi hakikatnya aku tidak mampu. Disebabkan rahsia ketelanjuran kita telah terbongkar, maka aku telah dilarang untuk berjumpa kamu malah aku turut dibelasah penjagamu akan kesalahan yang aku lakukan dan kamu telah dikurung di dalam rumah sehingga anak itu dilahirkan.

    Aku merasa bersalah kerana telah merosakkan kamu tanpa mempunyai apa-apa ikatan yang sah pun. Sungguh keji diriku ini. Sepatutnya akulah yang patut menjaga kamu tetapi akulah yang menjadi punca kamu disisihkan masyarakat disebakan anak yang kamu kandung itu. Betapa pedihnya hakikat itu untuk aku telan. Teringat lagi kata-kata penjagamu yang menghina aku. Makian demi makian telah dihambur kepadaku tanpa mempedulikan perasaan aku ketika itu.

    " Dasar kucing kurap, menyampah aku melihat engkau dekat rumah aku ini. Berambus kau dari sini ".

    Sungguh pedih kata-kata itu untuk aku dengari. Maka dengan ini, aku akan mengakhirkan sisa-sisa hidup aku dengan terjun ke dalam kolam renang. Kamu tahukan betapa bencinya kaum kita kepada air. Selamat tinggal sayang. Btw, aku terlupa hendak memberitahu nama kamu di awal cerita. Nama kamu ialah Si Putih. Maafkan aku sayang kerana terlupa hendak memention nama kamu diawal cerita.

    The End,
    Romeo



    Cinta ini adalah kisah cinta antara kucing. Tiada kena mengena antara manusia-manusia sekalian alam. Hahahahhahaa


    Padan muka korang baca cerita gua yang agak celaka kali ini. Penat gua menaip satu satu cerita giler nie. Bagi korang yang menyirap dengan gua. Silakan. Gua peduli hape. Hahahahahaa

    p/s : sajak tu gua kopi paste je, tapi gua edit gak la bagi menepati kriteria cerita ini. hahahahahaaa

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    10 June 2012

    Hurts Quotes..



    I'm going to smile like nothing wrong, talk like everything's perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting me.

    I want to love someone whose heart has broken. So he knows exactly how it feels and won't break mine.

    It hurts the most when the person that made you feel special yesterday makes you feel so unwanted today.

    When you are in love and you get hurt, it’s like a cut... it will heal, but there will always be a scar.

    Some people accidentally walk on your feet and apologize, while others walk all over your heart and don't even realize.

    If only you could delete feelings the same way you delete text messages.

    You know you deserve someone better when the one you’ve always fought for is also the one you’ve always cried for.

    A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.

    Love is like the truth, sometimes it prevails, sometimes it hurts.

    'I'm happy for you!' is the hardest lie to tell when your old love found someone new.


    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    Peladang...

    Jumaat lepas punye cerita (Dah 2 minggu cite nie. Lambat update sebab gua malas sikit. Heheheheee )..

    Sedang gua melepak kemalasan ditemani lappy kesayangan gua bersama cerita katun yang tak pernah sudah sudah. Tiba tiba gua kedengaran satu suara yang jarang didengari. Suara yang hanya datang pabila gua selalu tido lewat. Gua amati betul betul bunyi yang tiba tiba muncul itu. Setelah seberapa purnama, gua berjaya mengesan bunyi itu dan dari mana bunyi itu datang. Itu adalah bunyi yang datang dari perut gua. Biler dipikirkan balik. Sudah 6 jam gua tidak makan. Ini bermakna, gua perlu mencari sesuatu untuk dimakan bagi menambah kemalasan gua ini. Hahahahaha

    Gua pun segera memerah otak memikirkan ape yang patut gua makan pada waktu itu. Pikir punye pikir, gua tetiba teringin nak makan steamboat. Dan masalah nyer, gua taktau plak kat mane ade steamboat kat ini perlis. So gua pun chat la kakak gua.(Orang yang same gua pernah kenakan dulu. Hehehehe)

    Gua : Weyh. Makan steamboat la jom.

    Beliau : Sape belanje? Ko? Jom.. Aku pon tengah lapo je ni. Hahahaa

    Cis, berani beliau menyuruh gua membelanja beliau. Memang tak la gua buat sebegitu rupa. Gua sanggup tahan lapar dari membelanja beliau sesuka ati. Hahahahaaa. Lantas gua memaksa beliau supaya bersetuju dengan cadangan gua tanpa perlu gua membelanja beliau. Setelah gua mengadakan perbincangan dengan beliau selama 15 purnama, finally beliau bersetuju dengan cadangan gua yang terlalu bagus untuk ditolak itu. Heheheheee.


    Disebabkan gua menggambil masa terlalu lama untuk kakak gua bersetuju dengan cadangan gua itu, maka langit yang cerah pada mula mula nye mula mengorak langkah untuk menghilangkan diri mereka supaya sang hujan boleh turun bermain main dengan riang ria pada waktu itu. Sang hujan turun bermain main dengan asyik tanpa menghiraukan malam yang bakal menjelma tidak lame lagi. Heheheheee.

    Oleh kerana hujan sedang rancak menghujani muka bumi ini, maka gua terpaksa la sekali lagi memaksa kakak gua mencari kereta supaya hajat gua untuk menikmati steamboat pada aritu tercapai dan tidak terkubur begitu saja. Heheheheheee. Seperti cerita kakak gua pada blog beliau ini. (klik sini). Beliau telah mengatakan gua agak mengada ngada ketika itu memaksa beliau mengikut kenhendak gua. Tapi gua peduli ape. Sikit pun tak terasa berkata sedemikian, biar padan muka beliau. Saja je gua nak menyusahkan beliau. Bukan jarang pun kan. Hahahahahaaa.

    So tepat pukul 8 lebey sikit. Kitaorang pun berangkat la ke kedai steamboat yang terletak dikawasan mane ntah tetapi yang pasti sunyi sepi sahaja tempat itu. Sampai sahaja di kedai itu, bersepah sepah la manusia yang sedang melahap makanan makanan yang disediakan. Dengan berbekalkan RM9.90, korang boleh la makan sehingga mane korang mampu makan. Makan je RM9.90. Minum kire lain bil ye. Benda tu tak same. Mati mati gua ingat RM9.90 tu sekali makan dan minum. Nampak nyer gua tertipu lagi. Hahahaaaa.

    Setelah 2 jam gua memuaskan nafsu gua yang agak buas terhadap makanan makanan yang sedia ade ini. Maka gua pun kekenyangan lah setelah 2,3 pinggan ayam gua melantak. Nafsu makan gua memang agak celaka skit. Maybe gua kene diet lepas nie. Berat sudah naek mendadak giler giler nie. Hampeh betol ! Hehehehehe

    Then, lepas makan kitaorang pergi la jenjalan dekat satu dataran dekat Kangar nie. Ape ntah name dataran tu. Gua tak pernah ingat la plak. Fail ! Time tu dataran tu ade ekspo peladang. Banyak la booth booth yang berkaitan ngan tumbuh tumbuhan bagai ade kat situ. Tapi sebab gua sampai sane dah pukul 10 lebey. So banyak gak la booth booth yang da tutup. Kedai kedai yang ade pun dah tak meriah sangat sebab macam dah lewat.

    Dipendekkan cerita, gua pon berjalan jalan la di dataran itu tanpa hala tuju. Tujuan gua pada asalnye ingin melihat dan mendampingi lembu yang ade di situ pada waktu tetapi tiada kesampaian. Buat penat aje gua datang situ tapi sekor lembu pun gua tak jumpa. Sesungguhnye ketika itu mahu gua menjerit sekuat ati menyeru lembu lembu itu keluar dan gua mahu beramah mesra dengan mereka semua. Mana tau satu ikatan persahabatan boleh terjalin pada masa itu kan. Siapa tahu kan. Hahahahahaaa. Oke fine, itu memang cilake, nampak sangat menipu je cerita gua ni kan. Kalau korang cayer, korang memang terbaek lah. Bengong gak cam lembu gak Hahahahahaaa.

    That's all my story for this story. Cerita yang telah gua olah menjadi sesuatu yang agak mengarut telah berjaya disiapkan dengan panjang lebar. Walaupun pada asal nyer gua nak cerita pasal gua makan steamboat dan tak dapat bersemuka dengan lembu. Tu aje. Tak lebey dan tak kurang. Hehehehee. Tapi takkan gua nak wat entry just letak, " Ari ini saya makan steamboat dan gagal beramah mesra dengan lembu. The end ". Memang tak la gua nak wat entry panjang giler camtu. Memang giler tak kool la. Hehehehehee. Cukup la sampai di sini gua mengarot. Chow.

    p/s : gua tipu je pasal nak beramah mesra ngan lembu tu. tenung lembu pun gua taknak, nie plak beramah mesra. memang tak la. hehehehe :)
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    06 June 2012

    Komuter...

    Biler gua ingat kembali zaman gua kanak kanak, mahu gak berkaca kaca mata gua nak cerita kisah hidup gua dulu. Penuh cerita sedih. Time gua kecik dulu, gua jarang jarang dapat naek komuter. Kalau dapat naek pon, paling jauh gua pergi pon dekat The Mall. Tu pun ngan family gua and gua pon konpius The Mall nie ade lagi ke tak ? Tak silap gua sekarang nie die dah jadi Hotel Legend. The Mall nie dekat stesen putra tu kalau gua tak silap. Rase cam betul je. Malas gua nak peduli. Hahahahahaaa.

    Lagi pun, entry nie bukan pasal The Mall pun. So tak payah la gua buang masa je nak cerita lebih lebih pasal The Mall. Buat serabai je entry gua kejap lagi. Hahahahaa. Pastu makin mengarut je cite gua and korang pun bengang dengan gua kan. Starting nie pun dah ngarut. Tapi gua peduli ape. Korang bace sape suruh. Hahahahahaaa.


    Biler gua pikir balik la, dah lame benor gak gua tak naek komuter nie, dah berjanggut gak la kambing Pak Seman tu tunggu nak tengok gua naek komuter nie. Nampak sangat nipu nyer tu. Hehehehehe. Rase rase nyer, last sekali gua naek komuter nie ahad lepas. Ari nie ari rabu, so kire nyer dah tiga ari gak la gua tak naek komuter nie. Lame tu lame. Macam celaka punya lame nyer. Hahahahaaaa. Gua biase nyer naek komuter nie biler gua balik bercuti je. Bosan bosan, gua pergi la jalan jalan sorang sorang tengok wayang. Nak ajak member, memanjang takde duit. Entah ape la alasan die, sama je dari dulu. Bagi la alasan laen, dah naek tepu taik telinga gua dengan alasan alasan cam gitu. Tak kreatif langsung. Hehehehee.

    Disebabkan encik ayah yang selalu tak kasi gua keluar sesuka ati time kanak kanak ribena dulu, so gua first time naek komuter ngan kawan kawan gua time form 4. Perghh. Baek giler gua nie kan. Nampak sangat gua bukan kaki melepak mahupun kaki perempuan. Sape sape yang tak puas ati ngan statement gua nie, jap lagi gua bagi penerajang sekor sekor. Hahahahaaa. Time tu sume bajet kanak kanak la. Padahal dah form 4. Tak boleh blah langsung. Hahahahaha. Sebab nyer sekor sekor ngader ngader nak beli tiket kanak kanak yang kaler biru kat mesin tiket tu. Pergi KL Sentral RM1.20 je. Murah giler. Jimat duit gua. Sekali sekala takpe la buat cam gitu, tapi kalo dah macam selalu. Memang kene la balasan nyer.

    Pernah gak sekali kawan kawan gua kantoi beli tiket kanak kanak dengan orang yang cek tiket tu. Kene la denda sekor sekor RM10. Nasib baek la muke diorang muke melayu. Kalau la muke sekor sekor cam muke mat bangla dok selalu lepak kat KL time cuti raya, confirm sekor sekor kene tendang dari itu komuter. Hahahahaaa. Kadang kadang biler gua dah selalu naek komuter dulu dulu. Gua baru perasan yang kadang kadang gua boley muntah time naek tren. Nie disebabkan pnyakit bernama motion sickness.

    ******

    From Wikipedia, the free encyclopedia:


    Motion sickness or kinetosis, also known as travel sickness, is a condition in which a disagreement exists between visually perceived movement and the vestibular system's sense of movement. Depending on the cause it can also be referred to as seasickness, car sickness, simulation sickness or airsickness. Dizziness, fatigue, and nausea are the most common symptoms of motion sickness.

    ******

    Haa amik korang. Sepatah haram pun gua tak paham. Hahahahaaa. Nak senang korang google translate (klik sini) je ayat ayat di atas tu. Senang cerita. Hehehehehe. So, nak dipendekkan cerita. Aritu (ari ahad lepas) gua terpaksa membatalkan perjalanan gua pulang ke perlis menaiki keretapi disebabkan penyakit ini datang menyerang gua secara tetiba dan bertubi tubi. Dah la tiket mahal, pastu burn camgitu je. Kasihan encik emak yang membelanja tiket itu. Sorry encik emak. Lain kali tak mau dah naek keretapi lagi. Hehehehee. Actually gua buat entry nie nak cerita pasal gua nak muntah dalam komuter je. Tapi dah merepek merepek sudah cerita gua. Memang celaka la kan. Hahahahaaa

    That's the end of my story. Chow !

    p/s : disebabkan motion sickness tu, akhirnyer gua demam sudeyh. and sory sebab dah lame tak update blog. :(
    Tamat sudah cerita gua. Sekian !