churp

27 June 2012

Long Distance Relationship !!

Assalamualaikum...


Cinta jarak jauh. Sejenis percintaan bukan makanan yang memerlukan kesefahaman dan keserasian antara pasangan yang lebih tinggi compare dengan percintaan jarak dekat. Cinta jarak jauh nie bukan satu benda yang mudah tetapi sesuatu yang giler susah. Kecenderungan untuk curang, tahap kejelesan yang tinggi giler, keraguan kesetiaan dan pelbagai lagi masalah yang datang dalam cinta jarak jauh ini.

Selalu nyer, orang akan berkata bercinta jarak jauh nie susah giler nak kekal dan sebab itu ramai orang putus cinta ditengah jalan. Tapi, bukan semua yang bercinta jarak jauh itu akan gagal. Ade je yang berjaya gua tengok. Time kapel dulu dulu bahagia gak sampai dah kawen dah pun. Anak anak bersepah sepah keliling rumah gak. Heheheheee

Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta. Sentiasa berhubung walaupun tak dapat berjumpa bagi mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain. Tentunya korang tak mahu pasangan korang mencari orang lain bagi mengisi kekosongan dan kesepian hati disebabkan pasangan yang tinggal jauh dimata betul tak. So, pandai pandai la korang nak atasi masalah ini dengan sendirinye okey. Gua tak reti nak bagi nasihat nie. Hehehehehe

Gua dah pernah bercinta pelbagai jarak nie so gua rase yang jauh nie lebih mencabar namun bende nie bukan sesuatu yang mustahil. Maybe macam macam masalah datang dan pergi disebabkan terpisah jauh. Tapi, takkan disebabkan jarang jumpa pun boley jadi masalah besar. Betul tak ? Yang penting korang betul betul ikhlas nak bercinta, bukan nak maen maen kan anak orang tu, yamg laen laen takde hal la. Niat tu penting. NIAT ! Hehehehee.

Semua nyer bergantung gak kepada kemampuan individu itu sendiri. Agak agak rase diri korang tu susah nak bercinta jauh jauh nie, cari la awek dekat dekat. Kalau jiran sebelah rumah tu ade anak lawa, tak salah korang nak berkawan dengan anak jiran korang tu. Gua rase macam tak salah je. Tak tau la kalau mak jiran korang tu kate salah. Tu memang salah la. Hehehehehee

Kalau nak gua cerita semua tentang cinta nie, mahu menangis gua kesorangan menerangkan betapa susah nyer nak bercinta tu. Dah la gua bukan orang yang hebat dalam hal hal berkaitan cinta cinta bagai nie. Memang silap besar la kalau gua bercerita pasal cinta cinta nie. Kalau gua diberi kamus pasal cinta nie, belum tentu gua dapat menerangkan ape itu cinta. Itu baru cinta, belum masalah masalah dalam percintaan lagi. Memang susah ye cinta nie. Payah payah. Hehehehhee

So cukup la sampai sini je la gua cerita pasal cinta jarak jauh ini okey. Kalau nak mintak gak nasihat dekat gua nie. Pergi la tanya dekat formspring gua. Gua akan try menjawab soalan soalan korang dengan jaya nyer even jawapan yang gua kaci itu memang patut dibagi kaki. Hahahahahaa. Ok la, chow !!


p/s : jangan nak bercinta kalau tak reti nak bercinta. kikikiki

    Tamat sudah cerita gua. Sekian !

    No comments: