churp

11 June 2012

Love Story !!

Assalamualaikum...


Saat kalian membaca surat ini. Aku mungkin sudah tiada lagi disini. Surat yang aku tulis sebelum aku pergi, aku tujukan untuk teman istimewaku. Saat pertama kali bertentang mata. Aku sudah jatuh cinta. Mulai saat itulah aku mencari peluang mencuri-curi melihat wajahmu dari jauh. Sungguh ayu wajahmu aku lihat dari jauh. Namun aku sedar, mustahil bagiku mendekati perempuan yang ayu seperti kamu. Masakan perempuan yang cantik seperti kamu tidak mempunyai teman teman istemewa yang lain. 

Masihkah kamu ingat ketika kamu sedang makan petang disuatu kafe, aku menghampiri kamu tetapi belum sempat aku menegur kamu, penjagamu telah datang kepadaku dan telah menghalauku keluar. Saat itu juga, aku sedar dunia kita terlalu jauh beza nya umpama langit dan bumi tetapi, aku tetap tidak berputus asa. Aku tetap dengan pendirianku untuk mengenali kamu dengan lebih dekat.

Ditakdirkan pada suatu petang, aku lihat kamu bersiar-siar ditaman tanpa ditemani penjaga kamu yang pernah menghalauku. Ketika itu jugalah aku menggambil kesempatan itu menegurmu. Masihkah kamu ingat perbualan kita yang pertama kalinya. Andai kata kamu tidak mengingatinya, aku akan menceritakan kembali detik-detik pertemuan kita itu.

"Hai awak. Saya Romeo. Kenal tak ? Kita tinggal satu taman".

Pertama kali aku menegur perempuan ayu menyebabkan aku merasa resah dan serba tidak kena. Pabila melihat mukamu itu, aku kembali gagah meneruskan perbualan itu. Persoalan yang aku tujukan tadi kamu hanya balas dengan satu senyuman yang cukup manis yang mampu mencairkan hati setiap lelaki yang memandangnya.

Kemudiannya, aku memberanikan diri meminta izin dari kamu untuk membacakan sebuah sajak yang aku cipta khas untuk kamu seorang dan kamu mengangguk tanda setuju.

*****

Maafkan,
Aku telah mencintaimu,
Tanpa suara, 
Tanpa kata,
Dalam rahsia !

Sejauh ini,
Kusimpan sendiri dalam hati, 
Bersama rinduku,
Yang bagai awan,
Tidak tercapai !

Sering kau muncul, 
Saat tak terduga, 
Dan hilang,
Disaat penjagamu datang,
Aku resah !

Dipuncak hatiku,
Dalam doa aku meminta,
Jangan pernah kamu pergi,
Meski kita terlalu berbeza darjatnya,
Aku berharap kita akan bersama !

*****

Satu sajak yang telah melahirkan perasaan cinta antara kita berdua. Mulai saat itu, kita sering keluar berdua-duaan secara curi-curi agar penjagamu tidak mengetahui hubungan cinta kita ini. Dari sehari ke sehari cinta kita semakin kuat hinggalah suatu saat kita terlanjur. Pada ketika aku mengetahui kamu sudah mengandung, perasaanku menjadi tidak keruan. Satu dosa besar telah aku lakukan antara kita berdua.

Perbezaan semakin ketara semakin kelihatan terhadap perut kamu yang semakin membesar sehinggakan suatu saat kamu tidak mampu menyembunyikannya lagi. Seandainya aku mempunyai duit yang banyak, sudah pasti aku akan bawa kamu ke klinik untuk mengugurkan kandungan kamu itu tetapi hakikatnya aku tidak mampu. Disebabkan rahsia ketelanjuran kita telah terbongkar, maka aku telah dilarang untuk berjumpa kamu malah aku turut dibelasah penjagamu akan kesalahan yang aku lakukan dan kamu telah dikurung di dalam rumah sehingga anak itu dilahirkan.

Aku merasa bersalah kerana telah merosakkan kamu tanpa mempunyai apa-apa ikatan yang sah pun. Sungguh keji diriku ini. Sepatutnya akulah yang patut menjaga kamu tetapi akulah yang menjadi punca kamu disisihkan masyarakat disebakan anak yang kamu kandung itu. Betapa pedihnya hakikat itu untuk aku telan. Teringat lagi kata-kata penjagamu yang menghina aku. Makian demi makian telah dihambur kepadaku tanpa mempedulikan perasaan aku ketika itu.

" Dasar kucing kurap, menyampah aku melihat engkau dekat rumah aku ini. Berambus kau dari sini ".

Sungguh pedih kata-kata itu untuk aku dengari. Maka dengan ini, aku akan mengakhirkan sisa-sisa hidup aku dengan terjun ke dalam kolam renang. Kamu tahukan betapa bencinya kaum kita kepada air. Selamat tinggal sayang. Btw, aku terlupa hendak memberitahu nama kamu di awal cerita. Nama kamu ialah Si Putih. Maafkan aku sayang kerana terlupa hendak memention nama kamu diawal cerita.

The End,
Romeo



Cinta ini adalah kisah cinta antara kucing. Tiada kena mengena antara manusia-manusia sekalian alam. Hahahahhahaa


Padan muka korang baca cerita gua yang agak celaka kali ini. Penat gua menaip satu satu cerita giler nie. Bagi korang yang menyirap dengan gua. Silakan. Gua peduli hape. Hahahahahaa

p/s : sajak tu gua kopi paste je, tapi gua edit gak la bagi menepati kriteria cerita ini. hahahahahaaa

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

No comments: