churp

14 February 2012

Perpisahan

Sahabat... 

Kelmarin kita bergurau manja,
Gelak tawa mengiringi semalam...
Dan... hari ini menjadi saksi...
Kita terpaksa berpisah.
Usikkan manja menjadi igauan,
Gelak tawa bagaikan masih didengari,
Kini... kenangan semalam terus mengusik mimpi...

Duhai sahabat.... 

Jika ada dendam yang terpendam....
Luahkanlah...
Jika ada benci yang menyelubungi diri...
Elakkanlah...
Jika ada kasih dan sayang...
Taburkanlah bagai sinar mentari.
Perpisahan ini mengajar kita
Erti... kasih sayang yang sebenar,
Memupuk erti kesabaran,
Menyemai kekuatan dalam diri,
Itulah yang terpaksa kita hadapi.

Sahabat... 

Doa perpisahan ini...
Agar kau tabah menhadapi liku² hidup,
Perpisahan bukan kerana dendam,
Bukan kerana benci...
Tetapi... kerana kasih sayang...
Duhai sang angin...
Khabarkanlah melalui sang bayu,
Bahawa...
Mereka adalah sahabat yang paling...
Aku sayangi...
Kenangan semalam kuabadikan selamanya... 


Credit to AnjungCafe

p/s : untuk awak..

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...



Bahagian 3
-------

KAD SIM

Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yang tak bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby tak boleh lupakan saat2 manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang ke rumah baby… Tak sabar nk tunggu sayang "

Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya.." Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dengan anak kita ni! " Ibu seakan2 tak percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

" Ko nak ke mana malam ni? "

" Ke rumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat "

" Lalu apa maksud sms ni? " Si ayah membentak.

" Lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nak tunggu sms penting? " Jawab anaknya selamba.

Si ayah lari… Ibu pulak mengejar dengan penyapu…

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DI PENDEK KAN CERITA

Satu hari Nani dapat call dari teman sepejabat dia Rosli yang sedang bercuti dan dalam keretapi menuju ke utara. Rosli call Nani sebab nak menceritakan satu insiden yang menggemparkan masa perjalanan dia dalam keretapi tuh.

Rosli pun ceritakanlah dengan panjang lebar kisah keretapi yang dinaikinya telah melanggar orang yang melintas rel keretapi tuh. Dia cerita dari part dia naik keretapi dan buat apa dalam keretapi sehingga part keretapi berhenti secara mengejut sebab dah terlanggar orang dan macamana keadaan mayat orang yang dilanggar tuh. Nani pun dengar penuh kusyuk dan teruja dengan cerita Rosli tadi.

Selepas jer Rosli letak telefon, Nani pun tak menyempat-nyempat nak sampaikan cerita Rosli tuh tadi pada kawan2 kat ofis dia.

Dia pun cakap " Korang nak tahu....aku ada cerita tergempar dari Rosli tapi sebab panjang sangat cerita dia, aku pendek cerita....tadi Rosli call aku dia cakap dia kena langgar dengan keretapi!!!! ".

Maka cerita yang panjang lebar pun jadi pendek dan lebih sensasi......

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SAKSI BENGAP !

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

13 February 2012

Bosan !!

Hello u guys...

Sedar tak sedar, tinggal seminggu je lagi gua nak menghabiskan beras dirumah. Nanti dekat perantauan, kene gune duit sendiri lak kalo nak beli beras. Hahahaaa. Tak ade keje yang meminta pertolongan gua untuk gua menolong nyer dekat rumah nie. Hanya setiap mase mengadap laptop, makan dan tido. Cam gini r gamak nyer, boleh r mak gua  membelasah gua tanpa belas ihsan dengan sikap gua yang terlalu pemalas ini. Heheheee.

Dalam menghabiskan cuti sem nie. Gua telah dihadapkan la dengan drama melayu yang agak terlalu bosan untuk diterima akal fikiran gua. Cinta bersegi2, Cinta akan suami orang, Cerita tahyul entah ape2. Ape sume nie?! Patut r gua sedikit pon tak menyesal tak tengok tb time dekat hostel. Hahahaaa.

Kalo kite tengok drama melayu la, kalo orang yang kaye gler la. Mesti de pembantu rumah and yang paling tak logik nyer, mesti pembantu rumah tu orang melayu dan duduk kat situ bertahun2 lame nyer, sampai anak die pun dah beranak, die still keje dekat rumah orang kaye tu. Tak betol tak betol. Gua tak pernah lagi tengok benda tu dalam alam realiti. siyes gua teringin nak tengok orang cam gini. Paling merepek nyer bile, ade la cerita yang anak pembantu rumah tertukar plak dengan anak orang kaya tu. Nape la mesti men tukar2? Gua siyes tak paham. Bukan bole kaya pon cam gitu. Adoiii... Nampak sangat ketidaklogikan akal di situ. Hahahaaaa

Bile gua layan cerita melayu yang tangkap cintan nie. Lebih2 lagi drama melayu. Confirm cinta bersegi2 yang sungguh berbelit2. Contoh nyer :

*******************

A suke dekat B, tapi B ske dekat C, C anggap B tu adik je. Actually C nie lak ske kat kawan A and kawan A plak ske dekat bf/gf A. Tapi C beriya-riya suruh A kenal kan kawan A tu kat C. Dalam diam, bf/gf A syok pulak dekat B. Last2 antara sume tu,  bf/gf A je kawen dengan orang B. Yang lain sume kawen orang lain and hidup happy bahagia selame nyer.

********************

Sungguh wadefak sekali jalan cerita ini. Cam haram je. Nasib la Malaysia nie haram kan gay/lesbian. Kalo x, lagi r bersegi2 cinta diorang. 

Gua malas la nak mengomen2 lagi drama2 yang gua tengok same je jalan cite diorang. Ubah r stail drama 2 sikit. Buat cite thriller ke, perang ke, gusti tangan ke. Ni tak, cinta cinta cinta pas2 cite seram yang tak seberapa seram. pfffttt sungguh. Hahahaa

Btw, cuti gua dah nak abis da. Perjalanan 200km akan gua tempuh lagi skali bersama2 rakan gua ini. Yang amat comey sekali dimate gua. Jumaat nie kte jumpa ye kawan. Tak sabo nak jumpa nie. Hahahaha. Siyesly gua sangat2 malas nak balik tapi gua pon da bosan duduk kat rumah. Disebabkan cuti sem selalu di ujung sem, so duit2 gua pon hanya tinggal ujung saja. Sangat sedey cite gua ini. Macam celaka je. Hahahahaaa. K r. Chow !

p/s: disebabkan gua terlalu excited nak balik hostel, maka gua pun telah siap mempacking barang2 gua. seminggu lebey awal. hahahahaaa

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

03 February 2012

Kenangan Lalu...

"Dah sampai, ini lah tempat nyer". Bapak gua mengejutkan gua yang sedang lena tido.

"Ha? Ini ke, buruk je  tempat ni. Biar betol, sunyi je". Gua membalas dengan nada yang nak tak nak je.

"Dah2, turun pergi pejabat. Daftar sekarang. Ko tu da la lewat daftar". Kate ayah gua sekali lagi. Mak gua pun menganggukkan kepala tanda setuju dengan ape yang bapak gua katekan.

"Bukan sengaja nak daftar lambat, tapi ayah kawan gua yang daftar kan anak die lambat, so gua follow la. Lagi pun gua tak pernah suke nie". Bentak ati kecil gua. Heheheee

Gua pun dengan berat hati, pergi la mendaftar diri gua yang lewat tu.

"Sume dah siap dik, bilik adik 2B2 ok". Kate kerani di pejabat tu dekat gua.

"Ape kejadah nyer 2B2 tu? Ni yang gua malas nie". Ati kecil gua berkate2.

Lalu kerani itu pun memanggil seorang pemuda dan menyuruh die menunjukkan bilik 2B2 itu.

************************** 

"Ok pakcik and makcik, nie r bilik 2B2, ini loker nyer dan ini katil die". Kate pemuda itu kepada mak bapak gua dengan sopan sekali.

"Dik, loker nie rosak la, boleh tolong tukar yang elok sikit". Kate bapak gua dekat pemuda itu.

"Nanti saya bagitau dekat pengurus asrama ye pakcik, sementara itu, sila pakai dulu loker ini ye". Kate pemuda itu kepada bapak gua.

Maka, gua, bapak gua, serta mak gua pun mule la mengemas baju2 beserta barang2 yang gua bawak dari rumah. 

"Ok la, ayah dengan mak balik dulu, jage diri elok2 dekat sini". Pesan bapak gua dekat gua.

Sayang juga bapak gua dekat gua nie. Bapak mane yang tak sayang kan anak nyer ye tak. Dah la gua anak lelaki tunggal. Hehehee.

"Nah duit RM50 nie, gune elok2, jangan bazir beli benda bukan2". Pesan mak gua buat kali terakhir before diorang pulang ke rumah.

Beliau amat paham dengan sikap gua yang taksub untuk membazir nie. selalu sangat beli benda bukan2. Heheheeee

Lalu, mereka pun menaiki kereta dan semakin hilang dari pandangan. Sikit demi sikit, bayangan mereka terus hilang. Heheheeee

Bersambung....

************************

Tepat tanggal 2 Februari 2012, sudah 5 tahun berlalu buat kali pertama gua menjejakkan dekat Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (ASiS). Pelbagai pengalaman suka dan duka selama 2 tahun gua tinggal di sekolah yang gua katekan agak keramat itu.

Sekolah yang agak buruk dan ditambahkan dengan sume pelajar lelaki adalah satu yang membuatkan suasana sekolah lebih meriah daripada biase. Tak ade rase malu antara pelajar lelaki dengan lelaki yang lain. Kalo malu gak, nasib korang la. Hahahaaaa.

Hidup diasrama pada mula nyer memang agak tertekan, dunia berubah secara total. Sume kene buat sendri. Tak ade bantuan dari sesape pun, tak ade kuli pun nak wat sume keje korang. Kalo malas, bayar je sape yang sanggup. Duit kan segala nyer. Hahahahaaa



Cukup la pengalaman first day gua datang dekat Asis. De mase lagi, gua sambung k. Chow

p/s: 5 tahun adalah satu tempoh yang sangat lame, kalo kawen, mau de 3-4 anak. heheheeee

Tamat sudah cerita gua. Sekian !