churp

14 February 2012

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...



Bahagian 3
-------

KAD SIM

Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yang tak bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby tak boleh lupakan saat2 manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang ke rumah baby… Tak sabar nk tunggu sayang "

Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya.." Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dengan anak kita ni! " Ibu seakan2 tak percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

" Ko nak ke mana malam ni? "

" Ke rumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat "

" Lalu apa maksud sms ni? " Si ayah membentak.

" Lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nak tunggu sms penting? " Jawab anaknya selamba.

Si ayah lari… Ibu pulak mengejar dengan penyapu…

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DI PENDEK KAN CERITA

Satu hari Nani dapat call dari teman sepejabat dia Rosli yang sedang bercuti dan dalam keretapi menuju ke utara. Rosli call Nani sebab nak menceritakan satu insiden yang menggemparkan masa perjalanan dia dalam keretapi tuh.

Rosli pun ceritakanlah dengan panjang lebar kisah keretapi yang dinaikinya telah melanggar orang yang melintas rel keretapi tuh. Dia cerita dari part dia naik keretapi dan buat apa dalam keretapi sehingga part keretapi berhenti secara mengejut sebab dah terlanggar orang dan macamana keadaan mayat orang yang dilanggar tuh. Nani pun dengar penuh kusyuk dan teruja dengan cerita Rosli tadi.

Selepas jer Rosli letak telefon, Nani pun tak menyempat-nyempat nak sampaikan cerita Rosli tuh tadi pada kawan2 kat ofis dia.

Dia pun cakap " Korang nak tahu....aku ada cerita tergempar dari Rosli tapi sebab panjang sangat cerita dia, aku pendek cerita....tadi Rosli call aku dia cakap dia kena langgar dengan keretapi!!!! ".

Maka cerita yang panjang lebar pun jadi pendek dan lebih sensasi......

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SAKSI BENGAP !

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

No comments: