*****************
Gua dikejutkan dengan suara budak kecil merengek. Lantas gua capai fon dan matikan alarm yang membingitkan halwa telinga gua. Gua cek fon. Zero mesej. Miskol pon tiada. Alangkah kasihan hidup gua sekarang. Tiada lagi ucapan selamat pagi dari sesape pon. Hidup kesorangan dan tiada siapa datang membantu dikala gua kesedihan.
Jap jap. Asal sungguh cilake itu ayat. Korang jangan cayer sangat dengan ape yang gua bagi tau tadi. Maybe some part de yang betol and maybe some part gua kasi korang auta aje. Heheheheee
*****************
Perempuan, satu mahluk yang diciptakan yang agak menarik dan mempunyai 1001 emosi yang lebey dari seorang lelaki mahupon pondan. Hahahaaaa. Emosi mereka yang kadang kala keterlaluan membuatkan para lelaki seperti gua agak cuak untuk melukakan perasaan mereka. Gua memang tidak ensem tapi gua still lelaki dan bukan pondan.Agak cilake la orang yang mengatakan gua ini pondan. Hahahaaaa
Perasaan jeles yang keterlaluan tanpa disedari membuatkan hidup mereka semakin tidak tenang. Ape saje yang dilakukan oleh para lelaki menjadi perhatian dan masalah kecil seperti semut boleh menjadi sebesar dinosor lantas berlaku nyer perang teluk edisi khas. Okey, nie gua tipu. Hahahaaaa
Perempuan juga satu kaum yang mudah sangat termakan dengan pujukan dan cerita sedey. Amat malang la perempuan2 yang selalu mendengar cerita sedey gua itu.Selain daripada membuat cerita sedey, gua amat terok sekali dalam berkata2 manis sekali. Bukan kerana takut kencing manis, tapi gua tidak pandai sejak kecil lagi. Nie serios gua tak tipu. Hahahaaa
Dekat tempat gua belajar ni, gua ade beberape orang kakak yang sangat baik. Selalu belanja gua makan terutama nyer time gua pegi pasar malam ari rabu. Confirm diorang kasi upah dekat gua. Nape la pasar malam tiada ari2 dekat sini, kalo tak, boley la tiap2 ari mereka2 itu membelanjai gua yang selalu kesempitan uang ini. Ini secara tidak langsung membuatkan gua "sayang" akan mereka tetapi itu hanya sementara sahaja. Gua hanya "sayang" mereka2 itu bile mereka2 itu mengatakan mereka mahu belanja gua makan sahaja. Jikalau mereka tidak mahu membelanja gua, nescaya kasih "sayang" itu akan berkurangan secara automatik nyer. Hahahaaaa
Disebabkan mereka itu kakak2 gua, so, kehidupan mereka tidak akan lengkap tanpa mendapat kutukan2 professional dari gua umpama makan megi rebus air panas tanpa telur. Serios kurang sedap rase megi tersebut. Hehehehee. Kepakaran gua mengutuk mereka kadang kala mendapat cacian dan makian juga dari mereka lantas membuatkan gua merajok dan mengambil keputusan drastik untuk tidak online selame 6 jam. Hahahaaaa.
Sebagai seorang kakak kepada gua yang berperangai agak celaka ini, mereka amatlah selalu tidak melayani cerita2 sedey gua. Bukan mahu memberi kata2 semangat tapi telah memberikan gua kate2 kutukan yang amat menusuk ke dalam jantung hati yang mengepam darah selaju 120km/h. Kalo la gua ini mengalami gangguan emosi maka, secara rasmi nyer, gua akan menyalahkan mereka2 ini kerana telah memberi gua tekanan emosi secara drastik nyer. Hahahaaa
Okey2, gua dah cukup mengarut sangat ini. Tak pasal2 nanti, gua kene kutuk lagi dengan diorang yang tak berhati perut itu. Nanti gua cite lagi secara terperinci sape kakak2 gua yang gua telah kutuk ini. Hahahaaa. Nak pegi melawat diorang, klik sini.
p/s: jangan marah ye gua punyer cerita yang agak mengarut ini. disebabkan gua dalam mud sedey, maka cerita2 gua semua nyer mengarut :)
No comments:
Post a Comment