Bile manusia berbicara tentang ego. Semua nyer akan tertumpu kepada kaum lelaki. Kaum lelaki la yang dikatekan mempunyai ego paling tinggi sekali mengalahkan ketinggian bukit. Ego yang gua mahu cerita kali ini tak ade kene mengena dengan moto Yamaha Ego mahupun permainan Lego. Sume tu gua tak sentuh dalam entry gua kali nie. Entry pasal mainan lego or moto ego tu, gua tulis len kali ok. Heheheeee
*******************
Mengikut Kamus Pelajar edisi kedua, ego adalah :
- Satu sifat sifat seseorang sebagai individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb) atau keperibadian.
- Satu perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) daripada orang lain
- Perasaan megah akan diri sendiri:
- Contoh ayat : Dia tidak mengaku bersalah kerana egonya terlalu tinggi.
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, ego pula bermaksud :
- Persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya
- Contoh ayat : Sebagai hamba yang sudah bebas kembali, egonya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sebagai manusia berkembang dan mengukuh kuat.
*******************
So, secara konklusinye. Ego adalah satu sifat yang sentiasa menggangap dirinye sahaja betol, satu sikap dimana tidak mahu mengalah, keras kepala,melindungi diri,tidak kenal erti putus asa serta mementingkan diri sendiri. Pendapat, kelakuan atau perangai orang lain diklasifikasikannya sebagai salah dan tidak boleh diterima. Perasaan ego ini selalu nyer akan membawa masalah besar dalam hubungan dan kehidupan seharian.
Perempuan turut akan mengatakan bahawa ego pasangan (lelaki) mereka tinggi merupakan punca tercetusnye pergadohan. Mereka tidak sedar kadang kala perempuan juga mempunyai egonye yang tersendiri.
"Bukan lelaki je ada ego, aku pun ada ego, ego aku tinggi lagi dari dia la"
Betul ke ayat atas ni? Ada sesetengah pihak akan cakap betul yang perempuan ade ego yang tinggi, tapi hakikat sebenarnya, lelaki tersebut telah merendahkan egonya kerana seorang perempuan yang dia cintai. Ini siyes gua tak tipu. Betul nie. Cayer la. Lelaki kan baek. Hahahaaaa
Kalo dalam hubungan sume nak tunjuk ego. Nanti time gado sape yang nak mintak maaf? Tak kan nak biarkan masalah tu selesai dengan sendiri nye. Itu bukan cara yang terbaik la kawan. Jap jap. Boley ke masalah gado gado boley selesai dengan sendiri nye? Nampak cam giler cool. Gua tak pasti la tentang itu. Hehehee. Rendahkan sikit ego tu, dan start mengalah. Tak de hal la kalo korang turunkan ego korang tu. Bukan kuar dinosor gigit korang pon kalo ego tu turun. Hahahahaaa
Semalam gua layan FB, de pasangan tengah perang besar. Yang perempuan kate lelaki yang ego tinggi and yang lelaki pula, kate perempuan tu yang ego tinggi. Dalam situasi nie, gua pon tak pasti siapa yang betul and siapa yang salah. Cuma satu nasihat je gua ley kasi. Korang try cakap baik baik. Guna kan bahase yang indah indah time korang belajar BM dulu. Kate kate yang mampu mencairkan wanita wanita diluar sana. Jangan ngorat bini orang sudah. Tu menyusahakan diri namenyer. Then jangan la terlalu kedekut untuk meminta maaf. Tak salah pon mintak maaf even tak de wat salah pon. Tak kene tumbuk la kalo selalu cakap maaf. Hahahahaaa
And yang paling penting. Salah seorang kene mengalah. Kalo rase diri tu susah sangat nak mengalah. Belaja la untuk mengalah. Orang yang selalu mengalah bukan la seorang yang lemah, tetapi merupakan orang yang kuat kerane mempunyai kekuatan untuk mengalah demi orang yang tersayang. Nie ayat gua reka sendiri, korang jangan nak memandai nak follow, nanti sesat jangan nak salah kan gua lak. Hahahaaaa
Ego seorang wanita adalah amat diperlukan kerana kebanyakan wanita ego demi untuk menjaga maruah dirinya. Dalam konteks ini ego adalah amat perlu dalam menilai harga diri seorang wanita itu.
Syah : Hai, sorang aje. Tak takut ke? Meh la sini abang hantar pulang. Panas ni tengah hari jalan kaki. Jom la Temah.
Temah : Eh, tak naklah aku naik motor buruk kau ni. Kalau Mercedes ke, BMW ke, nak jugak aku tumpang… Huh! (mendongak ke atas sambil berlalu pergi)
Tapi kalo ego nyer begini. Patut la di bagi kaki sahaja. Jual mahal sangat. Nanti tak laku padan muke. Hahahaha. Gua da tak ade idea nak cakap pe. So, gua chow dulu. Adios...
p/s : sape makan cabai, nanti die yang kene tibai. heheheee :)
No comments:
Post a Comment