Assalamualaikum semua..
Kali ni gua nak wat entry sedey plak. Pasal pe? Itu gua punyer suke. Hidup ini bukan cuma ade gembira je. Sedey itu perlu juga. Dan bersifat celake itu perlu. Heheheee
Dalam kehidupan ini, seriously kite tak akan tak pernah putus cinta. Putus cinta itu seperti lumrah dalam kehidupan. Tipu la kalo de orang selalu bercinta tapi tak pernah putus cinta. Percintaan ini adalah something yang indah dan boleh menjadi sesuatu yang sangat terok lagi dasyat bile putus cinta.
Putus cinta selalu nyer terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:
1. Kecurangan
2. Cemburu
3. Tidak serasi
4. Percintaan jarak jauh
5. Kehadiran orang ketiga dan lain2 lagi
Terdapat satu fakta yang mengatakan, lelaki mengalami stress yang jauh lebih besar daripada wanita ketika menghadapi situasi putus cinta. Secara statistik, lelaki yang bunuh diri akibat kemurungan kerana patah hati atau putus cinta mencapai nisbah 4:1 daripada wanita.
Ini disebabkan kerana lelaki tidak mampu mengungkapkan masalah emosional mereka pada orang lain, bahkan pada kawan baik sekalipun. Sebagai lelaki, kita seharus nyer tidak cenderung memendam masalah sehingga merosakkan akal fikiran. Betul atau tidak mende nie, gua tak pasti. Maybe betol kot sebab gua selalu gak dengar cite laki bunuh diri sebab putus cinta.
Kali ni gua nak kasi tips lepas putus cinta. Tips nie gua search je and ade gak based on experience gua yang tak seberape nie. Hahahahaaa
**********************
1. Menangis
Kalo dah tak ley nak tahan sangat air mate tu, nangis je r. Itu mungkin perkara yang terbaek sekali nak menggambarkan hati yang remuk hancur berkecai. Tapi nasihat gua la, jangan nak nangis lame2 sangat. Dua tiga ari dah la. Dan jangan nak tunjuk kat satu dunia yang anda tengah sedey. Siyes melampau sangat. Jangan sebab putus cinta, da tak nak pergi kerja, nak stop study, tak makan sampai kesihatan terjejas. Tak elok sume 2, sian kat mak bapak skit sebab asyik riso kat korang tu. Jangan nak pentingkan diri sendiri je. Orang len pun pernah putus cinta gak.
2. Bz kan diri
Bz kan diri itu bukan bermaksud bz body. Dah laen da maksud itu. Silap2, disebabkan bz body 2, ley gado anak2 jiran sebelah 2. Bertumbok bertampar. Heheheee. Korang kene la bz kan diri dengan wat keje2 rumah yang korang tak pernah wat tu. Mop lantai rumah, cat bumbung rumah, cat dinding rumah. Sume keje korang tak pernah wat, korang try la. Mane tau, korang enjoy. Heheheee. tak pon, korang layan balik muve2 yang korang dah tengok sampai 10kali kasi hafal sume dialog. Mane tau lepas nie korang ley jadi pelakon plak. Heheheee.
3. Keluar dengan member2
Kalo duduk umah asyik nangis je. Elok lah kuar ngan member2 len. Mane tau tengah2 kuar ngan member jumpa bf/gf baru. Kan seronok tu. Heheheee. Get new life ! Lagipun, member2 kan just tempat luahan prasaan bile dalam kesusahan je. Kalo tak susah, tak de nyer nak contact2 member. yang ni gua terase. Asyik 24/7 mesej bf/gf je. Cam da tak ade keje len. Mak suroh kasi kucing makan pun tak nak sebab bz mesej. Adoi... Kesian kucing tu kelaparan.
4. Menghapus kenangan bersama
Bile rase2 sampai bile2 tak ley nak lupe kan bekas kekasih tu. Bersedia la nak buang sume2 gambar, remove contact, padam sume mesej2, remove friend dalam laman sosial, bakar sume barang yang bekas kekasih kasi. Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin dan delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. So, korang take time la k. Maybe masa akan membantu korang start new life.
5. Bersedia dengan kehidupan yang berbeza
You Never Walk Alone (YNWA). Kalo dulu ade orang yang selalu bersama dengan korang. Tapi sekarang kamu bersendirian saje. Tapi ingat lah. Kamu still ade family yang sayang kan kamu lebey dari segala nyer. So jangan nak letak diri korang dalam hidup yang sunyi. Maybe meluah kan perasaan kepada family sendiri akan melegakan segala tekanan yang datang.
6. Sila benci bekas kekasih anda
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, korang harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa. Kemudian, hubungi bekas kekasih korang balik. Sila maki dan marah bekas kekasih korang tu walaupun sedikit sebanyak korang pun ada salahnya terjadinya perpisahan tu. Lepaskan amarah dalam dada sepuas hatinya.
7. Dekatkan diri dengan agama
Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa yang terluka. Ia juga dapat membantu korang untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa. Tetapi bukan korang perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas.
**********************
Belajarlah terima kenyataan yang korang dah tak ade hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak boley terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan dengan dia? MOVE ON! Korang juga sepatutnyer menerima orang baru yang hadir dalam hidup korang kerana setiap pertemuan dan perpisahan ade HIKMAH yang telah ditetapkan.
Mungkin orang baru itu akan mengajar erti bahgia yang sebenar dan bukan nyer bekas kekasih. Siapa tahu mase depan kan. So, jangan terlalu memikirkan bekas kekasih kerana die tidak akan meninggalkan diri korang jika dia adalah jodoh korang.
Kadang2 hidup ini agak kejam, tapi kite seharusnyer pandai menyesuaikan diri dengan hidup baru. Tapi bagi gua, tips di atas banyak yang korang boley pakai and ade risiko yang korang perlu tanggung selepas tu. Maybe lepas korang remove sume contact bekas kekasih korang, korang menyesal kerana mane tau satu ari nanti korang boley jadi kawan baik. Semakin kita benci semakin kuat perasaan rindu itu menguasai kita
p/s : bagi gua, setiap bende yang pergi. bende yang lebih baek akan datang. smile :)
No comments:
Post a Comment