churp

06 May 2011

Lelaki dan Makanan...

Yosh!!

Semalam gua de chat ngan sorg budak nie. Gua sembang2 sampai tgh malam n then gua tnye die "xnak tido lagi ke"? Then die cakap "xnak coz kenyang giler". Gua pun tnya r die makan ape sampai knyg. Die cakap die makan nasi sampai tambah 2 kali, then makan burger lak, sambung makan kueh lagi, n ntah ape lagi r. Pastu gua tanya " xtakut gemok ke"? Perempuan slalu nyer takut nak gemok2 nie. Tapi dengan selamba die cakap, "a'a, aku mmg nak gemok pun, 2 pasal makan banyak". Gua pun diam je r coz gua pun makan bnyak gak. hehee...

Actually gua nak cite pasal laki dan makanan, tapi dah merepek lebih lak. Tadi gua jenguk jap blog sorg mamat nie. De r satu post 2 menarik minat gua untuk bace. Die pasal makanan berkhasiat untuk kaum laki. Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Berikut ada 7 jenis makanan bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk kaum lelaki.



1. Pisang



Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi.  Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah.  Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok.  Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.

2. Beri dan Ceri 


Semua jenis beri seperti blackbery, bluberry, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh.  Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.

3. Tiram

Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh.    Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.  Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
 
4. Brokoli


Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane.  Sulphoraphane mengandungi zat antikanser.  Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat.  Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.

5. Kacang Brazil


Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat.  Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

6. Sayuran berwarna oren



Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran bewarna oren seperti labu dan lobak merah adalah antioksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.  Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.

7. Ikan



Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi.  Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.

Makanan yang baik untuk lelaki adalah makanan yang mengandungi makanan panas dan seimbang dengan makanan sejuk. Dalam erti kata ilmu perubatan cina mesti ada Ying dan Yang. Kalau makan makanan yang panas sahaja pun tidak elok. Begitu juga kalau asyik makan makanan yang sejuk sahaja pun tidak elok. Jadi, seimbangkan pemakanan agar kehidupan lebih sihat dan sempurna!

p/s: Gua ingat makanan berkhasiat just untuk perempuan je. Sekarang gua baru tau de gak makanan bekhasiat untuk laki. hehee... Chow..
Kredit kat blog nie coz bg infomasi nie...

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

No comments: