churp

09 May 2011

Rokok...






KUALA LUMPUR: Seramai 336 perokok di bawah umur 18 tahun dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi di seluruh negara kerana merokok atau memiliki hasil tembakau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.

Katanya seorang pekedai runcit juga telah dikompaun di bawah peraturan 8(1) akta larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang menyebabkan dia dikenakan kompaun bernilai RM500.

Di bawah Peraturan 14(1) Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau kepada Orang di Bawah Umur 18 tahun, 24 orang pekedai lagi dikenakan kompaun, kata Dr Hassan dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 2,101 tempat telah diperiksa di bawah ''Ops OBD'' di mana 1,600 tempat yang diperiksa merupakan tempat penjualan hasil tembakau seperti gerai runcit, kedai runcit, pasaraya, kedai makan dan sebagainya.

Nie paper Metro 9 Mei n gua bukan nak cakap ape2 r. Just gua nk kc tau r yang gua kesian r ngan budak2 2 coz x pasal2 kene kompaun RM50. RM50 2 bnyk weyh, kalo lu orang hisap rokok dunhill, bley dapat 5 kotak. 2 kalo dunhill, kalo rokok yg RM3.50, lu orang bley beli 1 katon k. 

Gua nie bukan nak bg ceramah ke ape, just nk kc tau r. Yang merokok nie bahaye. Cepat mati!! Xsempat tue.Rokok mengandung lebih dari empat ribu nahan2t dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan tidak baik bagi kesihatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan2 yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. 

Bahan pada rokok yang paling berbahaya adalah TarNikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanser. Nikotin mempunyai bahan dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok susah gler berhenti merokok dan berisiko mengakibatkan penyakit jantung. Karbon monoksida sangatlah beracun dan tidak berbau mau pun berwarna. Ia merupakan sebab utama keracunan yang paling umum terjadi di beberapa negara. Pendedahan dengan karbon monoksida dapat mengakibatkan keracunan sistem saraf pusat dan jantung.



Merokok nie xde langsung kesan baik tp terlalu banyak kesan buruk. Contoh nyer:
1. Memendekkan usia
Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubungkait dengan rokok.

2. Punca penyakit
Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

3. Tidak sihat dan hidup tidak berkualiti
Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

4. Kesihatan anak2 terjejas
Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

5. Punca remaja merokok
Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

6. Gigi kuning
Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

7. Bau nafas
Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

8. Kulit rosak
Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

9. Memusnahkan keluarga dan rakan-rakan
Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

10.Mudah letih dan kurang cerdas
Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

11. Baju dan rambut berbau
Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

12. Meningkatkan pencemaran udara.
Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

13. Menjejaskan kesuburan(fertiliti)
Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

14. Disfungsi ereksi
Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.


Tu dia, banyak kan kesan buruk merokok yang gua dapat search dekat siniSo, gua nak nasihat kan la kt korang xpayah r nak ngade2 hisap rokok. Xde pekdah pon. Pk2 kan r n selamat beramal. Chow...

p/s: pmpn x ske lelaki merokok weyh. Saham jatuh.


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

No comments: