churp

14 May 2012

Sape Nie?

Di suatu petang yang terang. Kelihatan awan sedang malu malu untuk menangis. Alahai, awan itu sungguh kiut ketika sedang menahan untuk menangis. Heheheheehe. Gua merenung ke luar tingkap sambil mengharapkan kuliah gua akan segera habis cepat. Mata gua sudah tidak berdaya saing lagi untuk terus dibuka. Encik mata perlu ditutup segera kerana beliau sudah kepenatan sungguh. Disebabkan gua yang bersifat prihatin, dengan itu, gua pun segera la menutup mata. Baru sahaja 5 minit gua menutup mata, tiba tiba fon gua berbunyi menandakan ade orang telah send mesej dekat gua. Gua buka fon and cek mesej itu.


"Nak tanya, siapa ye kawan awak yang guna nombor ni untuk mesej mesej sebelum nie"?

Tak paham gua ngan ayat itu. Aneh je mesej tu. Then gua pun balas balik.

"Ape ? Tak paham la".

3 minit kemudian. 1 mesej diterima

"Saya empunya nombor ini before kawan awak, cuma nak tau nama and details die je".

Shit ! Gua semakin tidak paham. Tapi disebabkan gua bosan, gua pon layan la lagi. Gua reply balik.

"Erk? Tak tau pon"

Suasana tetiba menjadi tegang. Kedengaran anjing anjing di belakang bilik kuliah gua memekak seakan akan mahu meminta kaki. 10 minit kemudian. Suasana menjadi seperti sediakala, anjing anjing itu turut berdiam diri. Barangkali anjing anjing itu telah di beri kaki oleh tuan die kot. Itu gua tak peduli. Heheheheheee. Lalu, gua terima 1 mesej.

"Kenal tak sesape name Linda"?

Okey fine, gua dah tak boleh nak paham lagi. Sakit kepala gua memikirkan persoalan persoalan yang beliau lemparkan kepada gua. Disebabkan sume persoalan yang dilemparkan terlalu sukar untuk gua jawap. Then gua pun membalas mesej itu.

"Sape Linda? Tak tau pun sape. Nie sape? Jawap la.".

2 minit kemudian..

"Takde.. Saya Naz. Aritu hp saya kene curi. Bile saya buat balik nombor nie, nombor awak masuk inbox saya. Tanya Linda da siap ke video tu? Ari isnin ari tu". Sungguh panjang lebar die menerangkan dekat gua.

Okey okey. Gua dah tau sape die tu sape, tapi saje je gua nak maen maen kan lagi beliau. Biar padan muke beliau. Sape suruh jahat sangat ngan gua. Hahahahaaa. Then gua reply.

"Ooo.. Salah nombor kot. Hp saya takde send item la plak nak cek".

Then die reply.

"Yeke.. Takpe lah kalau camtu.. Hp saya kene curik malam jumaat minggu lepas. Saya buat nombor saya balik ari isnin, so memang ade masalah die nak mesej mesej gune nombor saya. Kalau tak kenal takpe la".

Dengan panjang lebar beliau menerangkan situasi beliau dekat gua. Tidak penat kah tangan beliau menaip mesej panjang panjang? Kasihan. Padahal gua dah tau ape cerita yang sebenar. Hahahahahaaa. Buat penat mate gua je nak mengeja satu satu per satu  ayat yang tertera di skrin hp gua itu.

Dan tak semena mena, beliau segera menelefon gua. Gua dengan tenang mengangkat panggilan itu. Sedangkan gua still ade kelas lagi time tu. Memang kool kan gua. Hahahahaha

Pemanggil: Hello, nie sape ?

Gua : Nie sape plak?

Pemanggil : Saya tanya awak nie, awak yang anta mesej dekat saye dulu aritu"?

Gua : Mane ade? Bukan awak ke yang mesej saya dulu.

Pemanggil : Awak la. Sape Linda?

Gua : Linda mane? Tak kenal pon.

Pemanggil : Takpe la. Sori kaco.

Beliau terus meletakkan panggilan itu dengan selamba gajah nyer. Gua pasti, dalam hati die mesti tengah menyirap dengan gua. Laen yang ditanya. Laen pula yang gua jawap. Kalau la gua berada dihadapannyer, confirm gua sudah kene pukul dengan sekuat kuat ati nyer tanpa mempedulikan kesakitan gua. Heheheheee.

Lepas abis kelas. Gua pun mesej beliau dan memperkenalkan diri gua. Pelbagai sumpah seranah gua terima free free dari beliau kerana mempermainkan beliau. Sungguh kasihan gua disumpah sumpah ketika itu. Beliau ingat gua nie sesumpah ke suke suke ati je kene sumpah. Apa pon tak boley ! Hahahahahaa

Gua wat entry nie sebab nak mintak maaf dekat beliau nie. Kasihan kene maen maen kan denga gua. sori ye kakak. Nanti gua kasi secret recepi ye. Heheheheheee.

K, chow !

p/s : entry nie gua lambat publish skit sebab gua bizi sangat mnggu lepas :)
Tamat sudah cerita gua. Sekian !

5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

hahaha...kaco kakak sendiri... hikhik...lawak la awk ni... lau sy jd cam dy, sy pun bengang...

Hafizi Hasbullah said...

@lady ainaa : kesian die..
marah marah kot die aritu..
hehehehe

evilknightlovemegalow said...

kuang asam tol budak ni!!!

Unknown said...

gelak guling-guling fiza baca entri hafiz ni.. entri selamba tapi lawak.. ada patut kaco kakak sendiri.. patut dia bengang kemain.. hehehe..

Hafizi Hasbullah said...

@megalow : padan muke kau !
ahahhaa

@fiza diaries : tQ..
hehehe