churp

17 May 2011

CerLaPen (Cerita Lawak Pendek)...





Bahagian 2
------


UMUR TINGGAL ENAM MINGGU


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAHWIN LAIN

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BAHASA INGGERIS

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


TIRU

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Ali tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu Ali,, aku lagi la tak tahu".




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TUKANG JUAL



Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor 
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan 
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Tamat sudah cerita gua. Sekian !

2 comments:

achik said...

=.=' .. cehh ..

Hafizi Hasbullah said...

lawak gak kan lawak nie..
^_^