churp

21 February 2012

Cerita Kedai Kopi...

Suatu hari di kedai kopi.

********************

"Makan dik". Pelayan itu menyapa gua yang baru sahahja melabuhkan punggung gua di kedai beliau.

"Roti kosong dua". Gua membalas sambil menjengah ke dalam dompet gua. Mane la tau duit tak ade ke time tu. Malu gak la gua time tu.

"Minum"? Pelayan itu bersuara lagi

"Air kosong je la". Gua membalas dengan riak muka yang menunjukkan gua tak ade duit.

Nampak nyer riak wajah gua yang tak ade duit berjaya dan seterusnye pelayan 2 beransur pergi sambil membuat wajah yang agak tidak puas ati dengan gua.

********************

Salah ke gua mintak air kosong je. Gua bukan takde duit, gua cuma tak suke je minum air manis nie. Tapi katekan la air milo ais same harga dengan air kosong. Gua prefer air milo ais lagi. Gua bukan manusia la sekiranyer gua tolak milo ais tu. Korang tak tau betape sedap nyer minum milo ais dikala hari yang sungguh panas sehingga tekak kekeringan. Heheheee

Masalah nyer, harga milo ais same seperti harga air kosong hanyalah mimpi di time senja saje. Takkan pernah harga milo ais akan jadi seperti air kosong. Harga mereka telah tiada jodoh kerana dipisahkan jurang yang terlalu jauh beza nyer. Hahahaaaa

Eh2.Dah jauh sangat gua merepek nie. Hahahaaa. Tujuan gua tulis entry kali nie adalah mengenai senario masyarakat yang selalu pergi ke kedai2 makan dan mengambil minuman manis.  Mengambil makanan manis tanpa kawalan sebenar menyumbang kepada penyakit kencing manis.




Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka.

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?

Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.

Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama. Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga



Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.


Jenis-Jenis Diabetes

Apakah jenis diabetes? 2 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

-    Kencing manis jenis 1:

Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

-    Kencing manis jenis 2:

Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis.

Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

Ok. Gua dah penat nak menkopi paste pasal benda nie. Kalo korang nak bace lebey2 lagi. Klik sini.

p/s : gua agak tak ade idea nak wat entry baru disebabkan masalah yang melanda :(


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

1 comment:

Anonymous said...

ayat copy..keh3