Gua syak la, ayam ayam nie yang yang buat gua asek kecundang dalam peperiksaan. Asek menggangu tido gua je tiap tiap pagi. Then, last last, gua tak bole nak concentrate dalam ujian dek kerana gangguan emosi akibat mendengar kokokon beliau setiap pagi yang mengikut irama R&B tu. Time tu, nak salin soalan pun gua tak boley, apatah lagi gua nak menjawap soalan tu. Sudah tentu la tidak boley. Okey, nie gua tipu. Heheheee. Dah la gua selalu kantoi dek kerana
Part kantoi nie pun gua heran gak, punyer baek la gua sorok kan toyol tu, last last gua kantoi gak. Ini mesti kes lecturer gua pun kaki bawak toyol gak time jawap exam dulu. Kalo tak, macam mane die tau gua simpan toyol tu dekat dalam stokin, dekat dalam pencil case, dalam kocek seluar, dalam tandas, dalam baju, dalam baju kawan gua. Gua bukan sengaja nak bawak toyol toyol tu sume. Gua just ikot bak kate pepatah omputih tu, “It's not how many times you fall that matters, it's how many time you get back up”. Nampak tak ayat tu !? Nampak sangat ayat kopi paste kan. Hahahahaaaa
Tiba tiba..
"Argghhh... Lambat bangun lagi. Mati la aku kali nie. Dah sebelas kali lambat dalam mase dua minggu nie.
Gua mengelabah sendirian dan segera mencapai tuala. Gua membuka baju dan sedia untuk mandi. Gua masuk ke bilik air dan membasuh tangan. Tidak semena mena, tangan gua menjadi beku akibat menyentuh air sejuk itu.
"Isyh, sejuk sangat air nie. Baek aku tak payah mandi. Gosok gigi dengan basuh muka dah la". Gua berpikir kesorangan.
Jam di fon menunjukkan pukul 0755. Itu bermaksud gua ade lima minit je lagi untuk pergi ke kuliah. Gua segera memakai baju dan terus melompat dari bilik gua ke tempat parking moto. Selepas melompat, gua baru tersedar, yang gua duduk di tingkat empat. Gua telah membuat kesilapan yang besar pada pagi itu bukan kerana gua bertindak bodoh terjun dari tingkat empat, tetapi kerana gua telah melakukan kan aksi bertaraf lima bintang itu tanpa sempat merakam nyer. Camne la gua boley lupe. Heheheee
Time mendarat tu, nasib baek la gua tidak cedera parah, Hanya patah tulang ibu jari kaki kiri dan patah jari tengah tangan je. Hebatkan gua. Batman pon sure sure kalah nyer. Hahahaaa. Tapi dengan keadaan gua yang tak seberapa teruk tu, gua tetap terus melangkah ke tempat parking moto dan meneruskan perjalanan ke bilik kuliah.
Dalam perjalanan ke bilik kuliah, ketika gua sedang membawa moto kawasaki ninja dalam kelajuan 200 km/h. Tiba tiba, sebuah moto yamaha ego memotong gua dari belakang. Gua terkejut dan terus mengejar moto yamaha tu.
"Macam mane moto buruk tu boleh bawak sampai 200++ km/h. Ape enjin roket ke die pasang dekat moto tu." Gua bercakap sendirian.
Dalam suasana pecut memecut tu, moto yamaha itu telah berada seratus kilometer dihadapan gua.
" YES !! Puas ati aku dapat kalah kan kau moto burok. Makan asap la engkau. Dasar moto lembab". Gua menjerit di atas moto dengan sekuat ati nyer.
Pada saat itu juga la, sebuah kerusi hinggap di kepala gua.
"ADOI !!".Gua mengerang kesakitan.
Gua menoleh kebelakang dan melihat seorang orang tue tengah berlari mengejar gua kerana telah melanggar kebun lobak nyer sehingga hancur lobak lobak beliau. Gua memberhentikan moto gua dan memohon maaf kepada orang tue itu kerana merosakkan kebun lobak beliau.
"Baiklah, aku maafkan kau." Orang tue tu memaafkan gua selepas membelasah gua sampai semua gigi gigi gua patah. Kesian kan gua. Heheheeee.
Selepas dibelasah orang tue itu, gua pun pergi ke hospital untuk mendapatkan gigi palsu beserta rawatan akibat dibelasah tadi. Kemudian gua kembali meneruskan perjalanan ke kuliah gua dan terlambat selama satu jam.
"Begitu la cerita saya mengapa saya lewat ari ini puan". Gua memberikan alasan kepada lecturer gua. Baek punyer alasan kan. Heheheheeee.
"Punyer panjang cerita kamu, satu jam je lewat? Sah sah la kamu menipu saya kan." Lecturer gua bersuara.
"Disebabkan cerita kamu yang super power tu, saya kasi kamu assingment yang super power juga ok. Saya nak kamu buat assingment tentang cara cara mengatasi bangun lewat dalam seratus muka surat. Minggu depan saya nak tengok !" Tambah beliau lagi.
"Hahahahahahahahaha". Satu bilik kuliah menggelakkan gua kerana alasan gua yang giler tadi itu.
Gua hanya menundukkan muka dan berlalu pergi akibat malu ditertawakan rakan sebaya.
Sekian sahaja cerita tipu ini :)
p/s : gua bosan, so cerita pon bosan. heheheheee
4 comments:
banyak alasan, biasalah tu :)
Hahaha. Amboi cerita dia. Ayam lah,toyol lah, kebun lobak laah. Adeei,tragis sungguh. Last-last sebab sejam bangun lambat. Hahahha.
assignment 100 mukasurat?haha..bila agak2 boleh siap tu..haha
sengal!
tu je yg mampu terucap..hahaha
Post a Comment