churp

31 March 2012

Lelaki, Perempuan dan Kawan


Situasi 1 :

*************

Di suatu malam yang suram dan muram menandakan malam itu tidak indah seperti malam malam sebelum nyer kerana hujan akan melanda di beberapa negeri tepilih di semenanjung Malaysia. Di ketika itu la kelihatan seorang pemuda sedang khusyuk bermaen dota. Di saat beliau hampir memusnahkan semua tower pihak lawan, tiba tiba fon beliau berbunyi.

"Tet tet"

"Isyhhh. Sape la pulak kaco aku tengah maen game nie. Nak kate awek aku, dah awal awal tadi aku kate jangan kaco aku, aku tengah bizi. So mesti die takkan mesej or kol aku selagi aku tak mesej die malam nie. Eh eh, aku bukan ade awek pon sekarang nie. Perasan la pulak ade awek. Heheheheee. Sape lak yang kaco aku time tengah main game nie". Bisik Meon di dalam hati nyer.

Meon bangun dan terus mencapai fon nyer. Tertera nama Kamal di skrin fon beliau. Meon menjawap panggilan itu dan lantas terjadi la perbualan Meon bersama kawan nyer Kamal...

Kamal : Weyh Meon, amik aku dekat bangsar. Takde bas lak malam nie. Dah la gelap cam nak hujan je.

Meon : Amik kau? Malas la. Suruh la awek kau yang kau sayang giler giler tu. Siap dah janji nak hidup same kan. Takkan die sanggup biarkan laki die sorang sorang kat situ kan. Hahahahahaaaa

Kamal : Awek aku tido la weyh, lagipun da pukul 8 lebey nie. Kalo die boley amik aku pun, aku tak kasi. Perempuan tak elok keluar malam malam. Amik aku ye Meon. Hehehehe.

Meon : Takde takde, kau suruh gak awek kau amik kau. Aku tengah bizi nie. Jangan kaco aku la giler.

Kamal : Tolong la Meon. Tak kesian ke kat member kau nie. Amik aku kat bangsar je pun. Tak jauh mane la. Please. Nanti aku belanja kau makan kedai mamak kat tempat bese. Boley tengok Menyu lawan City time tu.

Meon : Celaka punyer member ! Menyusahkan member je tau. Okey okey. Tunggu aku dalam satu jam. Aku nak siap siap jap. Kalau lambat, padan muke kau. Aku peduli ape. Hahahahaaaa

Kamal : Thankz Meon.

*************

Situasi 2

*************

Di suatu tengah hari yang sangat panas terik sehingga mampu membuatkan seekor kucing kehausan dan menghabiskan tengah ari itu dengan hanya tidor dan telentang dek penangan kepanasan yang melampau. Di kala itu juga kelihatan seorang pemuda baru sahaja bangun tidor dan dalam keadaan separuh sedar. 

"Dah pukul berapa nie? Aku nak naek bas balik KL pukul 2 jap lagi balik KL". Pemuda itu bersuara.

Dilihat nyer jam di dinding dan terkejut la pemuda itu kerana waktu itu adalah pukul 1.30. Ini bermaksud, beliau cuma ada setengah jam sahaja lagi untuk ke perhentian bas. Dicapai nyer fon beliau dan terus mencari nama Kamal yang merupakan member sebilik nyer. Di tekan button kol dan terjadi la perbualan ini...

Meon : Kamal, kau kat mane ni. Kat bilik tak ade pon. 

Kamal : Aku tengah date ngan awek aku nie kat pekan. Asal kau nie gelabah semacam je ?

Meon : Date ?! Cilake kau. Bukan kau da janji malam semalam ke nak anta aku pergi perhentian bas. Balik la cepat. Sempat lagi kau nak anta aku nie.

Kamal : Alamak ! Aku lupe la Meon. Awek aku pagi tadi mesej ajak lunch same. Tu pasal aku lupe aku da janji dengan kau nak anta kau kat tempat bas tu.

Meon : Dah tu, kau nak anta aku tak?

Kamal : Tak kot. Kau mintak tolong Pian la anta kau kat tempat bas tu. Malas lak aku nak tinggal kan awek aku sekarang nie. Tengah syok date nie. Heheheheehee

Meon : Camni la member. Sial nyer perangai. Time susah, cari member gak mintak tolong. Time senang, member mintak tolong memang tak tolong la. Pentingkan la sangat awek tu. Nanti time kau susah, kau mintak tolong la awek tersayang kau tu. Tu pun kalau die nak tolong la. Dah la, bye.

*************
Assalamualaikum...

Dah lame gua tak update blog nie kan. Rase malas je minggu nie gua nak update. Maybe sebab gua terlalu taksud layan cerita anime kot minggu nie. Tu pasal gua tak bernafsu nak update blog gua nie. Hahahahahaa. Korang mesti da bace dua situasi yang gua dah tulis kat atas tu kan. Ape yang korang rase? Terase kan. Gua dah agak dah. Hahahahaa. 

Bile gua perhati kebanyakkan orang yang ade pakwe or makwe nie. Sume jenis yang pentingkan pasangan sendiri dari member member yang dah lame korang kenal. Kalo yang lelaki tu dah kawan dengan sorang perempuan nie dari kecik. And then bile si lelaki tu dah ade awek baru dua tiga bulan, terus putus kawan perempuan die yang dah lame kenal dari kecik tu. Agak kecelakaan juga la biler benda camtu terjadi kan. Seriusly gua tak berkenan jenis manusia yang macam gini.

Kalo korang nak bercinta bagai tu, gua nak kasi nasihat sikit la. Agak agak pasangan korang tu jenis tak nak korang kawan ramai. Pikir pikir la balik camne korang nak settle benda benda camtu. Jangan sebab sorang perempuan or lelaki. Korang hampir hampir kehilangan kawan korang semua. Pikir pikir kan la ye. Heheheheee

Okey la.. Cukup la sampai sini ok. Nanti ade mase gua sambung balik. Chow !

p/s : sungguh bosan malam minggu ini. layan anime gak yang bez. heheheheeee


Tamat sudah cerita gua. Sekian !

2 comments:

WhySoSerious? said...

pengalaman ye bro?

Hafizi Hasbullah said...

mungkin..
sape yang tahu kn...
kakakaa